Untuk pertanyaan/iklan/berita sila hubungi saya disini orderonline2010@gmail.com.

Lagi kantoi! Nik Aziz beri rasuah pula!

Ini berita yang saya baru terima. Tuan guru nik aziz telah merasuah parti pas. Ini memang melampau. Memang geram betul sebab baru-baru neh SPRM siap lepaskan tuan guru nik aziz dan menantu beliau daripada tuduhan fitnah rasuah. Pada saya fitnah rasuah haruslah diteruskan tanpa kompromi dan campurtangan pihak tertentu dalam SPRM. Jika tuan guru nik aziz dilepaskan daripada tuduhan fitnah rasuah, maka imej tuan guru nik aziz akan terlihat bersih. Ini yang kita tidak mahu sebenarnya. Ini yang kita geram dengan sprm sebenarnya. Sepatutnya mereka berada di side kita untuk menjahanamkan parti islam. Cis.

Lihat bukti printscreen di bawah ini ;

Saya percaya ini bukan derma. Kalau pun ini derma kita kena fikir strategi baru untuk divert kepada rasuah. Kita mesti berbuat demikian. Sebagai pembodek dan pengampu tegar umno kita mesti berbuat demikian. Fitnah adalah darah daging kita.Meneruskan kerjaya fitnah memang adalah sangat dimestikan.  Sekarang neh saya akan havockan posting ini dengan fitnah. Saya akan cuba memanipulasikan rakyat marhaen bahawa tuan guru nik aziz sebenarnya memberi rasuah bukan derma. Sama ketika kempen PRK di galas. Bijak fitnah, saham kita naik. 

Oleh itu saya telah menyiapkan beberapa plan fitnah. Pertama sekali perkasa kelantan mesti report polis. Cakap tuan guru nik aziz merasuah parti pas. Kedua, umno kelantan pun kena report polis. Juga atas alasan yang sama. Ketiga mesti muncul di tv. Mesti masuk buletin utama. Jangan berita yang lain. Takde kick. Awani pula lebih suka bebas. Kerjasama antara umno-awani dilihat tidak menjadi. Persetankan awani. Kita sokong tv3 suku sudah.  Lagipun tv3 milik umno yang pro umno. So itu bukan masalah besar. Selepas itu masuk dalam utusan.Minda rakyat harus di jajah. Ingat, selagi rakyat malaysia melayu-muslim bodoh dan sering mencaci maki tuan guru nik aziz selagi itulah kita akan rakus menjahanamkan negara neh. Mesti sokong umno jika mahu melayu terus jahanam. 

Tengok lagi printscreen bawah neh ;



Baca betul-betul apa yang terkandung dalam artikel di atas. Petikan ini dipetik dari utusan. Bukan dari harakah. Tetapi dari utusan. Lihat sini
Nisbah pemilikan tanah malaysia : non-malaysia ialah 70 : 30.

Daripada 70 itu pula berapa ramai melayu yg memiliki? Lebih tepat berapa ramai islam yang memilikinya? Kira balik betul2 berapa rizab melayu. Terima kasih kepada umno. Jasa mu tetap ku kenang sampai mati.

Baca betul2. Tiada had pelaburan oleh warga asing untuk memiliki tanah di malaysia. Tiada had. Apa? Tiada had. Ya, tiada had. 30 percent dari bumi malaysia dimiliki oleh warga asing. Apa? 30%? Lagi 20% maka malaysia kini dimiliki oleh warga asing tak lama lagi. Siapa yang jual negara neh? Apa? DSAI? Memang mangkok ayun punya menteri!! Berani lue jual negara neh kat warga asing. Cikabeng lue! Mari kasi ajar pengkhianat negara ini!



Ameno : 30% tanah di malaysia dimiliki oleh warga asing. adakah itu satu peratusan yang kecil guys?

Sumber : sini dan sini

Anak adun pas kantoi pakai rantai dan warna rambut!

Jangan main-main. Ini berita pecah panggung. Berita ini memang berita yang mengoncang seluruh keimanan team pas. Saya minta UMNO sebarkan berita neh diseluruh berita dan media massa yang didomininasikan oleh kerajaan. Sebab tue saya dah pesan banyak kali dekat PAS. Jangan berlagak hero. Jangan berlagak baik. Jangan ceramah berkobar-kobar tapi dalam masa yang sama, anak-isteri sendiri tah kemana-mana hala. Jangan suka kutuk umno dalam tv. Jangan suka hentam umno yang memang terbukti juara islam. Jangan suka halang umno buat kerja-kerja dakwah. Jangan roboh masjid sebab orang masjid lebih pro umno dari pro pas. Jangan suka super-impose gambar pemimpin umno. Dan jangan suka menempelak umno dalam paper-paper terbitan mereka. Lihat gambar di bawah ini.



Untuk rekod : Adun Pas ini ialah yang bertanggungjawab menaikkan harga barang dan menipu seluruh rakyat malaysia. Saya tak tipu. Boleh lihat sendiri di sini. Inilah dia adun pas yang tak tahu malu. Siap sound peniaga lagi jangan naikkan harga barang. Saya tak tipu. Boleh tengok sini. Malahan siap suruh tanam sayur sendiri. Saya tak tipu. Boleh tengok sini

Sebab tue lah saya minta media jangan bias. Jangan berat sebelah. Jangan asyik bela pembangkang je. Saya tak boleh tahan dengan media macam neh. Siyes. Boleh ke muslim pakai rantai, makeup dan mewarna rambut? 

Jangan salah faham. Kami pun takdelah baik sangat. Kami pun kena tarbiah gak. Kami pun selalu dengar ceramah gak bagi memperbaiki diri sendiri. Sebab tue lah kami tak suka cakap besar. Kutuk2 orang dalam tv tapi bila terkena batang hidung sendiri, boleh pulak buat sembunyi2. Sebab tue dah pesan banyak kali, jangan serang peribadi. Heh.


Ameno : Jangan serang peribadi pemimpin. Jangan serang peribadi mereka. Mereka pun ada keluarga.Kita pun ada keluarga. Keluarga kita tak perfect. Sebab tue jangan serang peribadi pemimpin dengan niat licik. Iman tak boleh diwarisi, oleh itu jangan suka cakap besar dan cakap berapi2 depan tv konon nya pas parti sesat. Sekian.

Sumber maklumat : Rakan fb dan blog ini

Roboh rumah rakyat, bukti kerajaan prihatin.

Kerajaan selangor buat kecoh lagi. Kepimpinan khalid Ibrahim buat hal lagi. Pakatan rakyat memang tak serik-serik lagi. Sudahlah baru-baru ini mereka dihalau dan digantung dari parlimen masih lagi cuba nak berlagak hero dan memperjuangkan keadilan demi rakyat. Agaknya mereka belum sedar lagi kot sejauh mana BN mampu bertindak untuk hapuskan mereka. Mereka tak tahu kuasa apa yang ada pada BN. Mereka tak tahu apa yang UMNO mampu buat untuk mengenakan mereka. Mereka cuba pandang rendah kepada UMNO. Takpe, saya percaya Najib ada strategi sendiri untuk menunjukkan dia lebih berkuasa. Dan Najib ada strategi sendiri untuk menundukkan kemaraan pakatan rakyat. Dan dengan taktik-taktik licik dan keji saya percaya PR akan terkubur. Padan muka. Berani cari pasal dengan UMNO. Itulah pembalasan nya. 




Saya minta korang jangan percaya kat PR bulat-bulat. Mereka memang suka sangat menyibuk. Cerita sebenarnya macam neh ;

1. Kerajaan BN nak merobohkan 80 buah rumah kat taman bakti, ampang.

2. Kerajaan BN ada niat yang tertentu untuk robohkan perumahan tersebut.

3. Niat tersebut ialah nak membangunkan kawasan tersebut.

4. Mereka bercadang nak bina lebuhraya.

5. Ada lebuhraya mestilah ada toll.

6. Ada toll mestilah ada peluang pekerjaan.

7. Tapi kerajaan PR neh manalah nak nampak semua neh.

8. Minda mereka dibutakan untuk berbakti kepada rakyat marhaen. Ceh.

9. Kerajaan PR telah campurtangan atas kes ini dengan menghalang cadangan tersebut.

10. Cadangan ini telah diluluskan oleh kerajaan negeri selangor dibawah pimpinan khir toyo terdahulu. Yakni di bawah BN.

11. Namun sejak khalid masuk campur, dia telah membuat beberapa plan dan mesyuarat dengan syarikat yang akan bina lebuhraya.

12.Antara plan tersebut ialah memastikan tiada rumah yang akan dirobohkan.

13. Selain itu khalid telah menukar arah laluan lebuhraya yang sepatutnya. Jika ikut pelan asal, sebanyak 80 rumah rakyat wajib di nyahkan.

14. Namun atas campurtangan kejahatan khalid, 80 rumah rakyat ini dia pertahankan.

15. Namun khalid mungkin syok sendiri, sebab menteri kerja raya akan melawat kawasan taman bakti. Dan jika menteri tidak bersetuju dengan cadangan khalid, ini bermakna 80 rumah rakyat tetap akan dimusnahkan sepertimana yang pernah dipersetujui oleh khir toyo.

Itulah cerita sebenarnya. PR memang suka menyibuk tak tentu hala.Naik geram dibuatnya. Saya harap menteri jangan ikut terpengaruh dengan mereka. Robohkan aje rumah rakyat tue. Buat apa rumah tepi lebuhraya. Nanti mereka claim takmo bayar toll pula bila ulangalik kerja. Lagi payah nak handdle masa depan. Untuk elak kesulitan saya cadang hapuskan semua mulut2 yg berbunyi. Jangan takut. Iblis sentiasa bersama kita. Mudah-mudahan dirahmati Iblis dan Syaitan. Mari kita sama2 doakan. Iblisssss... (ganti amin)


Ameno : WOW, kampung baru, taman bakti kedua2 nya dalam bahaya!