Untuk pertanyaan/iklan/berita sila hubungi saya disini orderonline2010@gmail.com.

Isu ubat babi : kenapa kerajaan cuai?


Ramai masyarakat muslim malaysia tidak tahu bahawa ubat-ubatan kapsul yang mereka makan itu sebenarnya mengandungi dna babi. Kalaupun ubat-ubatan itu dibalut oleh kapsul yang ber-dna kan lembu sekalipun ianya belum tentu halal. Ianya di sahkan sendiri oleh pembuat kapsul halal yang pernah di siarkan oleh kosmo keluaran dua minggu lepas, hari jumaat tidak silap saya.

Namun kenapa masyarakat muslim malaysia semacam tidak kesah makan ubat babi? Kenapa mereka tak mengamuk seperti mana ketika kartunis zoy menghina bencana tsunami yang berlaku di jepun baru-baru ini menerusi karya dia?

Adakah perkara di bawah ini menjadi antara sebab-sebab mereka merelakan situasi tersebut?

1. babi digunakan untuk tujuan perubatan dude.. so what's the problem? Kami makan babi sebab mao sihat maa.. salah meh? [orang islam yang cerdik dan berani].

2. Zaman dulu teknologi apa, zaman sekarang teknologi apa? dulu tiada perubatan alternatif sebab tue terpaksa makan ubat babi. Jangan ulas kalau taktahu citer beb [geng2 budak perubatan yg bijak pandai]

3. Penyakit zaman dulu berbeza dengan penyakit zaman sekarang. Bukan masyarakat aje pandai nak moden-moden, penyakit dan virus pun pandai juga. Sebab tue lah ubat babi dibolehkan dalam perubatan.. penyakit yang ada cuma dapat dirawat guna ubat dari dna babi je.. [masyarakat yg moden dan celik teknologi]

4. Bersyukurlah kerajaan nak buat pengasingan ubat babi dengan ubat yang tiada babi sekurang-kurangnya kerajaan dah mula prihatin [penyokong kerajaan yang setia]

5. Bercakap macam takde otak!! Babi kalau dimakan gitu memang tak boleh tp sekarang babi itu dijadikan ubat. Allah swt larang makan babi tapi tp dalam keadaan darurat boleh je pun makan babi. So isu penyakit ni tahap daruratlah.. sebab tue kami makan ubat babi. WTF!! punya blogger's!! [individu yang dah makan ubat babi hari2]

Isu ini adalah isu yang sangat sensitif. Kalau anda tak bersedia nak terima, saya cadangkan usah buang masa baca artikel ini. Isu ini menjelaskan kenapa saya marah kerajaan bila mereka menjual ubat babi kepada saya, awak dan kita semua.

Ya, saya faham mungkin di antara anda ada yang tidak marah bila makan ubat babi. Itu mungkin kerana dna babi di dalam badan anda lebih banyak berbanding dna babi di dalam badan saya. Oleh itu kesedaran dan kewarasan saya lebih baik berbanding anda, dan jangan marah saya untuk itu. Ianya kerajaan yang harus anda persalahkan kerana mereka tidak prihatin.

Baca petikan berita mengenai isu ini di bawah ini ;
Serentak itu, JAKIM akan mendapatkan maklumat senarai produk farmaseutikal yang dikenal pasti mengandungi kapsul gelatin haram di pasaran ketika ini dan senarai itu akan diumumkan sebagai produk haram supaya umat Islam lebih berhati-hati ketika membuat pembelian.Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata larangan itu akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat bagi memastikan umat Islam di negara ini tidak terpedaya dan terbeli produk haram terbabit yang ketika ini dijual secara terbuka.


Apa nama? Lebih berhati-hati? 
Apa nama? Tidak terpedaya?

Baca lagi yang ini pula ;

“JAKIM akan mengadakan mesyuarat khas untuk membuat semakan dan pemantauan terhadap produk farmaseutikal mengandungi kapsul gelatin haram dan diasingkan jualannya dengan produk kesihatan halal,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), di sini semalam. 

Beliau mengulas laporan kajian Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi terhadap 15 sampel produk farmaseutikal tempatan yang dibungkus dengan kapsul gelatin yang diambil secara rambang dari pasaran yang mana tiga daripadanya positif DNA babi. 

Di PUTRAJAYA, Pengarah Bahagian Hab Halal JAKIM, Zainal Abidin Jaffar, berkata pihaknya tidak mempunyai kuasa untuk mewajibkan syarikat farmaseutikal mendapatkan sijil halal daripada agensi itu kerana permohonan mengikut Akta Perihal Dagangan 1972 dibuat atas dasar sukarela. 

Ini, katanya, menyukarkan pihaknya memantaupenggunaan bahan tidak halal dalam mana-mana produk farmaseutikal yang dijual di pasaran kerana JAKIM hanya boleh mengambil tindakan terhadap mana pihak yang menyalahgunakan logo halal.

Apa nama? Tiada kuasa untuk ambil tindakan?

Beberapa point yang aku faham ble baca berita di atas ialah ;

1. Selama ini ubat-ubatan halal + tidak halal = di jual secara terbuka oleh semua ahli farmasi dan digunakan secara meluas oleh semua hospital kerajaan ataupun swasta.

2. Namun kini jakim hanya nak buat pengasingan ubat-ubatan untuk penjualan di farmasi sahaja sebab hospital kerajaan ataupun swasta akan memberitahu kepada pesakit jika mereka makan ubat yang mengandungi babi. [Aku taktahu ini betul atau tidak, ahli farmasi yang bagitau, ttp dari apa yang aku tahu, mereka hanya bagitau ubat suntikan je, kalau kapsul yang ada gelatin babi mereka tak bagitau pun]

3. Jakim tiada hak untuk memaksa pengeluar product ubat-ubatan memohon sijil halal dari jakim.

4. Jakim baru nak buat senarai ubat-ubatan yang haram agar masyarakat muslim tidak terpedaya dan terbeli product tersebut lagi.

5.Product ubat-ubatan haram kini di jual secara terbuka di farmasi seluruh malaysia.

Namun dari apa yang pernah aku baca dulu menerusi suratkhabar, kapsul yang ada gelatin babi ini juga digunakan secara meluas oleh hospital kerajaan dan swasta. Kalau ahli farmasi di larang menjual product ini secara terbuka, bukan kah wajar juga hospital-hospital di seluruh malaysia mematuhi larangan ini?

Kapsul halal sudah lama wujud di dunia ini. Apakah ada beza jika ubat dibalut guna kapsul halal atau kapsul haram dari segi penyembuhan penyakit?Jika tiada beza, maka apa yang susah sangat kerajaan mewajibkan semua ubat-ubatan dibalut guna kapsul yang halal pula?

Dah berapa lama umat islam di malaysia terjebak dalam soal makanan haram ini? Yang haram itu menjadi sebahagian dari darah daging ini dan membentuk jatidiri kita pada hari ini. Sebab itu kalau lihat orang yang beriman mereka cukup menitikberatkan soal pemakanan yang halal. Sebab apa? Sebab ianya memang mempengaruhi setiap keputusan dalam kehidupan kita.Contohnya jenayah rogol orang islam, masalah sosial remaja muslim, merempit dan sebagainya, ini mempengaruhi. 

Bila dalam badan sudah ada babi [yang haram] bagaimana bisa kita menerapkan yang baik dalam keadaan yang rela sebab babi [yang haram] itu sentiasa menolak-nolak darah yang baik itu sekaligus menjadikan kita jiwa anak muda yang memberontak. Babi [yang haram] dalam badan itu akan sentiasa mencari taktik untuk mempengaruhi setiap keputusan kita. Sebab apa? Sebab babi itu haram. Mana boleh yang haram bercampur gaul dengan yang halal. 

Adakah babi itu salah? Babi tidak salah, salahnya umat islam sebab makan babi padahal Allah swt dah berfirman menerusi Alquran larangan yang jelas babi itu haram. Benda haram jangan dekat apatah lagi makan. Ini pula dibuat ubat, lagilah tak logik. Takanlah benda yang sebegitu haram boleh dijadikan ubat untuk menyembuhkan kita? Mungkin sembuh secara zahir tetapi batin semakin sakit sebab babi [yang haram] telah beranak-pinak dalam badan dan menjadikan kita tempat agen pembiakan dna babi pula. Sebab itu ada orang islam yang jahat mengalahkan syaitan sebab babi [yang haram] dalam badan dia lebih banyak dari babi [yang haram] dalam syaitan itu sendiri. Heh

Bidang kuasa JAKIM juga haruslah ditambah. Sampai bila soal yang berkaitan umat islam harus di pandang enteng oleh kerajaan kita? Kalau ini negara islam, maka di manakah keutamaan untuk orang islam macam aku, ko dan kita? Sedangkan kita dengan slumber je makan benda yang haram, itupun secara terbuka dan itupun kerajaan tak rasa bersalah bila mereka membabikan kita semua selama bertahun-tahun.

Kalaupun kerajaan tak mampu nak sekat ubat-ubatan berkapsulkan dna babi maka umumkanlah secara terbuka. Buatlah undang-undang agar ubat-ubatan berkapsulkan babi di cetak dalam setiap label ubat. Contohnya begini ;

"Ubat ini mengandungi babi"

At least kami tahu ubat itu ada babi. Umat islam perlu diberikan pilihan samada mereka mahu sembuh dengan babi, atau sakit tanpa babi. Bila mereka diberikan pilihan itu, maka iman umat islam akan teruji. Biar kita, umat islam deal sendiri Allah swt. Jangan buat keputusan untuk seluruh umat islam seperti ini sebab kita sudah tentu tak rela. Buat masa sekarang, aku akan menyalahkan kerajaan 100% jika ada dna babi dalam tubuh sebab aku tak diberikan pilihan untuk makan ubat halal ataupun ubat haram. Heh.

Walaupun halalgel dan hpa telah mengeluarkan ubat-ubatan halal sejak 7 atau 8 tahun yang lepas. Ubat-ubatan mereka masih terhad dan tidak mencakupi semua bentuk penyakit. Siapa jamin bahawa kapsul ubat tahan sakit yang biasa kita telan itu tiada dna babi? Berapa banyak kapsul ubat tahan sakit itu wujud di pasaran? Ada berapa banyak jenama? Yang mana satu ada babi dan yang mana satu pula tiada babi?

Dan siapa jamin bahawa ubat itu sendiri benar-benar halal dari segi pembuatan? Memandangkan tiada jaminan, maka sudah sampai masanya untuk kerajaan berkerjasama dengan halalgel dan hpa. Berkerjasama untuk membina rangkaian ubat halal untuk semua jenis penyakit. Kerajaan akan untung besar di sini. Rakyat malaysia ramai yang berpenyakit. Orang islam di malaysia mencintai makanan halal meskipun ada di antara mereka mencintai minuman haram. Percaya cakap saya.

Dan jangan lupa kita tiada hak nak membuat keputusan dan pandangan bagi pihak lain. Apa itu "better late than never bro"? Adakah layak kita nak menentukan kemarahan org lain mengenai isu ubat babi? Sorry guys.. kita tidak layak dan takan layak. Aku tak layak untuk suruh ko marah kalau ko rela makan ubat babi. Aku tak layak juga untuk suruh ko jangan marah kalau ko bengang ble ko dapat tahu ko termakan ubat babi. Benda ini masuk dalam badan masing2 dan masing2 kena buat keputusan sendiri.
Jika ada yang dah meninggal dunia tanpa tahu mereka makan ubat babi hari2 ketika mengubati penyakit macam mana? Jika ada yang masih makan ubat babi hari2 tanpa tahu di dalam nya ada babi macam mana? Jika ada yang sedang belajar tahfiz dalam masa yang sama sedang makan ubat babi sampai begitu lambat dia menghafal ayat2 Alquran berbanding rakan2 nya bagaimana? So benda neh berbalik bro..

Aku marah dengan siyesly kepada kerajaan kerana mereka lambat ambil tindakan. Patutnya kalau tiada pun ubatan alternatif tanpa babi yang boleh ditawarkan di pasaran pada ketika itu, wujudkan lah peraturan yg macam aku cakap kat atas tadi. Cetak pada label kotak, biar kita analisis iman kita sendiri.

Jangan org lain analisis buat kita. Jangan ko analisis buat aku. Aku memang marah kerajaan. Ko taknak marah, hak ko. Namun jangan halang org yg nak marah. Sebab mereka [kerajaan] yang start dulu membabikan tubuh badan aku melalui babi bentuk ubat. Heh.

Baca sini.


Ameno : 1malaysia kena babi.

The 13 Coolest Things To Have Ever Happened Onboard AirAsia Flights

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...