Untuk pertanyaan/iklan/berita sila hubungi saya disini orderonline2010@gmail.com.

Terkini : Susu tin naik harga!

Cerita neh taktahu ada keluar berita ke takde. Aku dah check berita online belum keluar lagi. Mungkin berita tadi ada kot tp aku tak dapat tengok berita tadi. Atau mungkin lagi beberapa hari kot baru keluar berita. Ataupun mungkin tak keluar berita langsung. Lantaklah. Yang penting keluar berita ke tak keluar berita ke barang tetap dah naik.

Barang yang naik kali ini ialah susu tin brand f&n. Tengok bawah neh ;


Neh lah brand bagi susu tin tersebut. Aku dapat info tue kat sini. Tengok bawah neh plak ;


Aku petik kat sini. Kat tempat ramai orang share info pasal kenaikan harga barang kat malaysia neh terutamanya harga barang makanan. Kemalrin sampai ke hari ini ramai orang dah perasan berlaku kenaikan 'sorok2' terhadap susu tin dan susu tepung. Tadi ada keluarga aku beli susu tin. Aku tanya dia harga berapa? Dia cakap rm2.60. Aku tanya lagi memang normal ke rm2.60 tue? Dia cakap tak perasan tapi rasa cam dah mahal pula. Dulu dia rasa rm2.30 je. Ntah betul ntah tidak aku pun not sure lhar.

No wonder lhar kenapa milo ais dan teh tarik makin mahal kat kedai makan. Sebab kos untuk membuat minuman pun dah meningkat. Nak salahkan peniaga makan pun susah. Dorang pun peniaga kecil kecilan je. Bagi yang peniaga besar biasa beli sekali borong banyak-banyak leh dapat murah tapi dorang pun sibuk nak naikkan rega gak. Heran juga aku kenapa..

Aku ada gak buka website f&n neh tetapi belum ada berita ataupun isu mengenai kenaikan tersebut walaupun barang2 tersebut telah pun naik. Selain dari susu tin, susu tepung pun turut naik. Kenaikan yanga aku confirm kerajaan akan cakap tak membebankan pengguna di malaysia. Heh.

Bab kenaikan minuman berkarbonat tue aku takde lah terasa sangat sebab jarang minum benda gas2 neh kecuali 100plus. Dan hundred plus termasuk sebagai salah satu product f&n. 100plus neh plak minuman yang aku memang selalu minum. Hah mampos lepas neh rega dia dah naik 13% jadi berapa lhar plak.. aisehmen.. 






Gambar-gambar kat atas neh antara susu tin keluaran f&n. Rupanya f&n neh conquer kebanyakkan brand susu tin. Cis. Nampaknya hampir kesemua susu tin yang berada di pasaran neh dah naik harga lah jawabnya. Hah mampos nak pilih yang murah pun tak bleh sebab seme dia punya product dan dia telah naikkan harga untuk seme jenis product plak tue. 

Pecah otak aku memikirkan kenaikan harga barang neh. Kalau tak tahan sangat aku fikir nak pecahkan pentadbiran negara pula. Amacam nak join ke?

Updated ; 4 march 2011

Lihat bawah neh, keluhan peniaga berikutan kos makanan yang semakin naik..

KUALA LUMPUR: “Harga minyak naik, harga barang pun naik, susah peniaga nak cari makan,” keluh peniaga burger, Asraf Ahmad, 24 berikutan kenaikan beberapa harga barang yang memberikan kesan kepada perniagaan yang diusahakannya di sini. Katanya, harga sedozen roti burger yang dibelinya sebelum ini RM9, namun baru-baru ini ia naik sehingga RM12.80 sedozen.
“Selain itu, harga sos, mayonis dan kicap turut mengalami kenaikan,” katanya.Sementara itu, tinjauan Harian Metro di beberapa kawasan di sini mendapati beberapa barang kegunaan harian mengalami kenaikan harga, malah ada beberapa barang makanan utama mengalami peningkatan harga sehingga menyebabkan peniaga serba salah untuk menaikkan harga.
Kenaikan itu dakwa mereka kerana harga ditawarkan pemborong amat tinggi berbanding harga sebelumnya.“Payah sebab kami nak jaga pelanggan, tapi harga daging naik pula,” kata Kamarulzaman Ghazali, 55, yang kini berada dalam dilema untuk menaikkan harga daging dalam pasaran.

Menurut Kamarulzaman, harga borong bagi sekilogram daging tempatan RM18 dan harga daging import antara RM12 hingga RM13, namun berlaku perubahan harga yang mendadak baru-baru ini“Harga baru kami terima dari pemborong semalam RM24.50 bermakna harga daging tempatan naik RM6.50,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.



Ameno : BN stand for barang naik ke?

8 Affordable Beach Destinations For A Relaxing Getaway

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...