Untuk pertanyaan/iklan/berita sila hubungi saya disini orderonline2010@gmail.com.

Analisis video seks : Ya atau Tidak ia DSAI??

Terlalu banyak spekulasi dan andaian mengenai video seks ini. Memang dah lama aku mengharapkan agar aku dapat tonton video neh. Aku takmo tonton aksi ranjang yang wujud dalam video ini. Tak penting. Apa yang penting aku nak tengok ya atau tidak dsai berada dalam video yang dicanang-canang oleh pihak kerajaan dalam seminggu dua ini.

Ini ialah video yang diperkatakan bagi mereka yang belum tengok. 

video

Aku dah tengok lebih dari sekali video ini. Aku dah tengok macam-macam benda dalam video neh. Aku tengok anwar ibrahim. Aku tengok datuk eskay. Aku tengok perempuan cina [yeke pompuan cina? takde rupa cina pun]. 

Aku sempat gak tengok cermin. Aku sempat gak kira berapa kali pintu tandas di tutup/di buka. Aku sempat juga cuba fahamkan remote control apa yang dipegang oleh eskay dan dsai. Aku sempat tengok aircond. Aku sempat perhatikan katil dan jenis tuala/kain yang dipakai dsai dan wanita tersebut.  Aku perhatikan kedudukan suis lampu. Adakah hotel di thailand akan meletakkan suis lampu mereka si sebelah kira atau kanan.

Aku juga perhatikan meja solek. Aku sempat buat analisis yang meja solek, meja tepi dan katil lebih kurang macam satu set. Aku tengok mereka petik remote. Aku taktahu apa benda di hadapan mereka. Adakah tv ataupun lampu? Jika aircond tak mungkin sebab aircond atas katil.

Kalau tv aku percaya. Aku sempat juga tengok baju yang dipegang dsai. Aku tak faham kenapa dsai tak simpan/gantung baju tersebut dalam almari? Adakah hotel tersebut tidak menyediakan almari? Baju dia akan berkedut kerana di lipat berkali2 dan dibubuh macam tue je. 

Apa yang aku leh cakap, ini bukan hotel murah."Dsai" boleh jenguk keluar dari bilik dengan keadaan tidak berbaju.Ini bermaksud ia bukan bilik biasa. Mungkin suite. Tapi perabot dalam bilik dsai tidak kelihatan seperti suite. Almari pun takde.Pintu hotel tidak ditutup. Aku jenguk menerusi cermin dalam video tersebut. Aku tak faham hotel neh hotel apa. Tapi yang pasti ia agak besar. Bukan macam bilik hotel yang kita biasa pergi. Mungkin hotel neh ada dua atau tiga bilik yang lain. Lebih kurang macam suite walaupun hiasan dalaman nya tidak seperti suite.

Aku tahu pintu hotel tue kaler putih. Aku nampak. Aku perhatikan cincin dan jam eskay. Aku taknampak dsai buka jam. Buka baju pun aku tak nampak. Aku taktahu dia buka baju kat mana. Mungkin bahagian itu telah di sunting. 

Aku tengok gambar pelakon dalam video itu memang mirip dsai. Aku cuba untuk kata tidak. Tapi aku taknak tipu diri aku sendiri. Memang aku rasa ianya seiras dsai. Soal perut ialah soal persepsi. Ianya adalah persepsi yang di pupuk untuk mengatakan perut lelaki itu buncit. Walhal aku tak nampak ia sebuncit yang digambarkan.

Namun aku ada sedikit keraguan. Adakah ini bentuk rakaman cctv? Maksud aku, bukan kah cctv sepatutnya di atas, bukan di bawah? Kualiti visual ini tidak seperti kualiti yang dihasilkan cctv. Apatah lagi tiada rakaman suara. Aku agak binggung.

Kebinggungan aku makin bertambah bila aku teringat yang pada hari itu dsai bersama keluarga nya. Jika dia berada di thailand maka ia mengambil masa untuk dia ke sana dan ke mari. Lagipun sepatutnya ada rekod dsai ke thailand pada hari tersebut. Memandangkan datuk eskay yang bayar, maka datuk eskay patut ada dokumen yang mengesahkan dia bayar untuk bilik hotel tersebut pada hari itu.

Dsai juga ada jadual perjalanan. Jadual perjalanan dsai sangat teratur. Sudah tentu individu yang boleh memerangkap dsai atas isu neh tahu pada 21 february dsai tidak majlis bersama rakyat ataupun bertemu dengan mana2 pemimpin. Jika tidak kenapa dia memilih 21 february, hari ketika dsai bersama keluarga?
Apakah pada hari itu, dsai tidak menerima sebarang panggilan telefon? Sudah tentu ada macam2 rekod bagi membuktikan dsai tidak bersalah. Rekod twitter tidak boleh digantung harap sepenuhnya.

Tapi kalau itu sebenarnya dia,  situasi tersebut berlaku di thailand ataupun kuala lumpur? Jika di kuala lumpur, hotel apa yang mempunyai perabot sebegitu rupa? Apakah ada rakaman cctv yang menunjukkan dsai masuk ke ruang hadapan hotel tersebut? Alah tempat check in. Dsai sudah tentu naik hotel untuk ke bilik. Apakah ada rakaman cctv dalam lif yang memaparkan muka dsai? Dan kenapa wujud perkataan thailand di bawah rakaman tersebut?

Lagi satu yang menimbulkan tanda tanya aku ialah kenapa perut datuk eskay kelihatan sangat boroi dalam video ini? Kenapa baru2 ini perutnya tidak seboroi yang terpapar dalam video di atas?

Menonton video ini tidak menyelesaikan masalah. Ia menambahkan persoalan. Ada banyak persoalan yang timbul. Aku masih tak faham. Memang wajah macam wajah dsai. Alasan perut boroi dan jalan kangkang bagi aku bukan isu. Sebab tue aku nak tunggu penafian dari anwar ibrahim. Aku rasa sekarang neh sesiapa cakap apa pun tak guna. Memandangkan yang dituduh ialah dsai, maka layaklah dia menjawab isu ini. 

Sebagai rakyat malaysia, aku, ko dan kita semua ada hak untuk memberikan pandangan atas isu neh. Apatah lagi dsai telah di amanahkan oleh kita untuk menjatuhkan kerajaan barisan nasional. Pandangan aku atas isu neh masih berada di tengah-tengah. Iaitu 50-50. Aku tak pandai tafsir ketulenan video neh. Aku tunggu orang yang pandai tafsir untuk buat analisis.

Kalau disuruh aku tafsir jalan citer, aku memang merasakan ada keraguan. Aku cuba juga mematahkan keraguan dan mempercayai itu ialah dsai. Tetapi aku tak boleh. Ibarat seorang pencuri yang mengatakan dia dituduh pencuri oleh orang lain. Ko rasa aku nak percaya ke cakap orang macam neh? Aku dah cakap banyak kali. Umno terbukti banyak kali suka menfitnah.  Kalau tiba2 umno datang dan mengatakan dsai berzina walaupun dia bawa bukti, aku terpaksa cakap yang aku ttp akan rasa ragu2. Sebab? Umno pun lebih kurang sama dengan apa yang dia cuba bongkarkan. 

Dalam erti kata lain aku tak boleh menolak bulat2 bahawa itu bukan dsai. Dan aku tidak juga mampu menerima bulat2 bahawa itu ialah dsai. Aku berada di landasan was2. Sebab itu penafian dari dsai amatlah diperlukan oleh aku. Aku nak dengar apa kata2 penafian dia. Kalau dia kata, itu bukan dia, Insya-Allah aku percaya. 

Di tv3 tadi, isu mengenai video seks ini telah tersebar. TV3 bukan sahaja memaparkan klip video yang memaparkan dsai, malahan mereka turut mempromosikan laman web pro umno. Tujuan nya ialah agar mereka yang ingin melihat video terbabit akan cari video terbabit di laman2 berikut.
Seperti yang kita tahu, laman2 tersebut sudah tentu akan menanamkan persepsi bahawa dsai adalah pesalah. Dari situ kepercayaan orang islam dan melayu khususnya akan hilang. Kalaupun mereka tak mempercayai itu adalah anwar ibrahim, sejauh mana kepercayaan mereka akan bertahan kalau hari2 di suakan dengan berita yang sama menerusi media?

Penafian dari pemimpin pkr lain adalah tidak perlu buat masa ini. Penafian dari ahli pkr juga tidak relevan. Aku percaya, seluruh penyokong rakyat hanya mahu mendengar penafian dari dsai. Kerana dia pemimpin kami. Dan kami hanya mahu mendengar suara dia.

Updated : Video ini telah di uploaded oleh thepowercam yang baru register youtube semalam.  Dan di upload dari thailand. Kenapa perlu susah payah ke thailand utk upload video ini? Aku binggung. Kata adegan seks itu berlaku di kuala lumpur. Baca sini.

Ameno : Aku terkedu.. tapi terkawal. Walaupun aku 50-50 dalam isu neh, tp aku masih mempercayai dsai bukan seperti apa yang dituduh umno.


Fulamak, ganjaran dia! Memang patutlah orang asyik cakap pasal Axiata Cup ni…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...