Untuk pertanyaan/iklan/berita sila hubungi saya disini orderonline2010@gmail.com.

Entry berapi : Zulkifli nordin sasau.

Mula-mula aku nak korang lihat dua petikan printscreen kat bawah neh dulu  ;



Dah baca? Kalau tak faham meh aku elobrate sket.

1. Kat atas neh sebahagian dari artikel zul nordin yang aku petik dari blog dia. Kalau nak baca yang penuh korang leh klik sini.

2. Apa yang aku perasan ialah zul nordin mengungkap ayat-ayat yang macam aku tandakan di atas. Maksud aku, boleh ke kita mengambarkan diri sebagai Allah swt dan menjawab macam tue?

3. Aku taktahu benda neh. So harap yang arif boleh ulas lanjut. 

4. Adakah kita boleh teka/agak apa yang Allah swt bakal jawab kat kita di akhirat kelak? Lebih kurang beginilah persoalan yang bermain di minda aku.

Kat bawah neh aku nak bidas hujah zulkifli nordin.

16 SEPT BUKTI ANWAR PEMBOHONG.

1. 16 sept adalah sejarah. Kami pr menerima kekalahan itu. Dan dsai pun dah minta maaf berhubung insiden itu.

SAIFUL TELAH DILIWAT

2. Saiful pergi haji dengan nenek dia. Bukan dengan mak dia. Dan fakta2 mahkamah menunjukkan saiful tidak diliwat.

ENGGAN SERAH DNA

3. Tiada kewujudan sperma dalam dubur saiful. Yang ada cuma dna. Harap zulkifli nordin faham fakta sebelum ulas membabi buta. DNA anwar ibrahim boleh diperolehi daripada kes siasatan liwat I dan barang2 yang anwar ibrahim pegang ketika dia dipenjarakan sehari tahun lepas. Jadi tiada keperluan untuk fresh dna.

KENAPA ANWAR PERASAN DIA TERLIBAT DALAM SKANDAL VIDEO SEKS PADAHAL TAK SEBUT NAMA DIA PUN.

4.Alasan kenapa anwar buat sidang media menafikan dia lelaki dalam video seks itu mudah. Wartawan berita alternatif [yg telah tonton video terbabit] yang menyampaikan berita tersebut kepada pkr. Sebab itu anwar buat pc untuk menafikan ia. RCI akan dibentuk untuk mengesahkan dakwaan anwar dan jam omega akan diserahkan kepada pihak berkuasa jika diminta.

PAS DAN DAP HIPOKRIT.

5. Mat sabu yang mengelarkan anwar ibrahim aljuburi dah minta maaf secara terbuka dan tertutup kepada anwar. Jadi gelaran itu tidak patut digunakan dan dikaitkan lagi dengan pas. Karpal singh tidak bongkarkan liwat dsai II ketika dalam mahkamah. Dia cuma bongkarkan siasatan polis terhadap kes dsai. Kena faham dua perbezaan ini. 

1. Membongkarkan kes liwat ataupun 

2. Membongkarkan pihak yang sedang menyiasat kes liwat. 

Karpal singh melakukan yang no dua. Bukan yang pertama. Dia tahu pihak polis dan kerajaan siasat anwar. Jadi dia tanya ketelusan pihak polis ketika itu terhadap dsai kerana ketika itu dsai berada dalam kerajaan. Tidak hairan kalau karpal singh membela anwar ibrahim sekarang sbb dia tahu dsai mangsa fitnah.

Tidak pelik kalau karpal singh dan dap anti islam. Tapi pelik kalau umno anti islam. Harap zulkifli nordin faham perkara itu.

RAMAI AHLI2 PKR KELUAR TINGGALKAN PRK DAN MASUK UMNO.

6. Tiada alasan yang jelas kenapa kebanyakkan mereka angkat kaki keluar dari pkr. Mungkin juga umno bercita2 nak hancurkan pkr sama seperti mereka hancurkan semangat 46. Pkr ialah parti serpihan umno. Mungkin umno berdendam sangat dengan pkr. Sebab itulah satu persatu keluar pkr dan masuk umno.

Kaitan anwar ibrahim dengan amerika dan yahudi bukanlah kaitan yang luar biasa kerana anwar ibrahim mengakui secara terang2an bahawa dia berhubungan dengan mereka atas pelbagai urusan. Namun apa yang menghairankan ialah kaitan umno dengan apco. Kerana umno kelihatan benci yahudi tapi dalam masa yang sama berkerjasama dengan yahudi.

Kalau lah mereka mahu menerima penjelasan dan jawapan demi jawapan maka perkara ini tidak perlu di ulang2 tulis. Saje aku tulis kat sini. Senang. Bila geng2 umno meroyan tanya soklan2 macam zul katak, aku copy paste. Senang. Dorang kan robot. Tanya soklan sama je tiap2 hari. Heh.

Ameno : Nanti dia tak mengaku itu blog dia pula.. kah kah kah siot je ko..

Mahu Cuba Dapatkan IPHONE 6 DGN HARGA 418?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...