Untuk pertanyaan/iklan/berita sila hubungi saya disini orderonline2010@gmail.com.

Hot! Akhil Hayy peniaga penipu?


Baca bawah neh beb ;

KUALA LUMPUR: “Ana cari makan cara halal, kenapa harus ada pihak yang cuba menidakkan atau memfitnahnya? Jika benar perniagaan yang dijalankan berunsurkan penipuan dan menyalahi hukum syarak, sila kemukakan bukti dan ana sedia bertanggungjawab.

“Memang tiada perkara atau benda yang akan membuatkan semua pihak berpuas hati, jadi tidak hairanlah jika apa saja yang ana lakukan, pasti ada yang tidak kena. 
 
“Bagaimanapun, ingin ana tegaskan di sini, perniagaan yang baru ana mulakan ini tidak berasaskan perniagaan jualan langsung berbilang tingkat (MLM) seperti yang didakwa kerana kami lebih menitikberatkan perniagaan berteraskan 'trading' atau pemasaran satu tingkat (SLM),” kata artis dan penceramah bebas, Akhil Hayy. 
Beliau diminta mengulas tohmahan yang dilemparkan terhadapnya melalui blog kononnya perniagaan yang dijalankannya berteraskan sistem piramid, malah menggunakan kredibiliti sebagai pendakwah untuk ‘cari makan’ dalam perniagaan MLM.

Antara kandungan blog yang mencercanya berbunyi: “Amende mamat kat atas ni angkat tangan macam Ayah Pin? Mintak murah rezeki daripada skim piramid yang dilancarkannya itu ke apa?”
Penyanyi nasyid itu dituduh menjalankan perniagaan membekal dan pengeluar produk minyak wangi dan produk kesihatan untuk orang Melayu yang ketinggalan zaman dan tidak berpelajaran. Dalam masa sama, dia juga didakwa menipu orang Melayu dengan skim piramid yang dilancarkan. 

Ketika dihubungi Metro Ahad semalam, beliau berkata syarikatnya Akhil Hayy Network yang beroperasi di Kajang pada mulanya hanya menjual produk kesihatan untuk kaki dan minyak wangi tetapi kini mula mengembangkan operasi dengan memperkenalkan pakej umrah dan haji selain urusan berkaitan insurans. 

Metro Ahad yang cuba mendapatkan gambaran sebenar perniagaan penceramah bebas itu di pejabatnya di Kajang semalam mendapati pintu utama pejabatnya lengkap dengan kamera litar tertutup (CCTV) di bangunan dua tingkat itu berkunci kira-kira jam 3 petang. 

Setakat ini, katanya, perniagaan yang dibuka secara rasmi 26 Ogos tahun lalu itu diuruskannya sendiri manakala isterinya, Waheeda sibuk dengan aktiviti dakwah. 

“Buat masa ini, ana sendiri yang menguruskannya dengan dibantu beberapa kakitangan. 

“Bukan dia langsung tidak membantu, tetapi tidak secara menyeluruh kerana ana tidak mahu membebankannya,” kata bekas vokalis kumpulan D’riyadh itu. 

Dia yang dihubungi dari Pulau Pinang menganggap dakwaan itu tidak berasas dan sengaja ditimbulkan oleh golongan tertentu yang kurang senang dengan kejayaannya. 

Menurut Akhil, dia kecewa apabila ada pihak yang bukan saja mempertikaikan perniagaannya, malah mendakwa gambar pada papan iklannya seakan-akan memohon bantuan daripada Ayah Pin. 

“Siapakah dia (Ayah Pin) untuk ana minta pertolongan? Mungkin orang yang memfitnah ana itu lebih kenal Ayah Pin daripada ana kerana tahu cara dan gaya ketua ajaran sesat berkenaan,” katanya berseloroh. 

Katanya, jika dia menjalankan perniagaan secara haram, mustahil untuknya mendaftarkan perniagaan dan mempromosikannya melalui laman web. 
“Ana bukan bodoh untuk berbuat demikian, malah sebelum memulakan perniagaan, ana sudah berbincang dengan beberapa ulama dan pakar agama bagi mengetahui sama ada perniagaan yang dilakukan ini menyalahi syarak atau tidak. 

“Memang ada MLM yang menyalahi (syarak) tetapi bukan perniagaan seperti yang ana uruskan ini,” katanya. 

Bukan saja sebagai ahli perniagaan tetapi juga sebagai pendakwah, dia turut dikutuk apabila pihak tertentu mendakwa dia tidak mendapat tauliah untuk berbuat demikian. 

“Mungkin ramai tidak tahu ana mendapat tauliah daripada Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria dan kini dalam proses mendapatkan pengiktirafan daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais),” katanya yang bakal menunaikan umrah bersama isteri, Mawi dan Ikin 8 April ini. 

Ditanya sama ada beliau dan Waheeda kini bersiap sedia untuk menerima ‘orang baru’, beliau berkata: “Kami hanya merancang, tetapi Allah yang menentukan, jadi ana tumpukan perhatian kepada anak ana dan perniagaan yang dijalankan itu.”


Aku tarik keluar beberapa point yang aku rasa penting kat sini ;

1. Akhil hayy cakap biz dia bukan biz MLM. Entah betul entah tidak aku tak tahu sebab aku memang tak pernah amek tahu pasal biz akhil hayy neh. Sebenarnya aku pun baru tahu dia ada biz. Ceh. Lambat rupanya aku neh.

2. Penulis blog yang membuat research tue aku rasa kita sama kita dah sapa dia sebenarnya. Aku memang selalu baca blog dia bolehlah dikatakan aku rasa research dia tue memang munasabah untuk dipercayai. Tapi.. kita pun kena buat research sendirilah. Sebenarnya kebanyakkan product kesihatan termasuk minyak wangi memang berasaskan MLM. Siyes. Contohnya ;

- Satu syarikat [pembekal/penyedia product/pelabur] cari ejen - ejen cari pengedar/stokis cari customer - customer cari customer untuk komisen.

Neh seme MLM dan melibatkan kos berantaian. Contohnya macam neh ;

Modal rm50 dari pelabur - jual 3x ganda kat ejen jadi rm150 - then ejen cari pengedar jual plak rm250 - then pengedar jual plak rm350 kat customer. Then customer yang nak komisen rm10 cari plak customer len. 

Neh seme MLM neh. Kos berantaian. Kenapa nak buat biz macam neh? Alasan nak menambahkan peluang pekerjaan? Heyoooo.. cari jalan yang baik sikit lah.

Sepatutnya satu syarikat - terus jual product kat customer - buat iklan utk kembangkan biz bukan buat network utk kembangkan biz. Ble buat network itulah jadi MLM. Orang bawah berkerja utk orang di atas. Orang di atas goyang kaki beb.

Modal rm50 boleh cecah sampai rm350.. ble sampai kat pasaran.. tak ke menaya orang namanya neh?Kebanyakkan syarikat neh mereka cari orang utk kembangkan biz mereka sebab mereka malas nak turun bawah utk kerja susah2 tapi kaya nak. Orang2 yang taktahu jadi terjebak.

Lepas tue suka sangat kaitkan product mereka dengan unsur2 kesihatan. Mentang2lah rakyat malaysia neh banyak yang berpenyakit.. mulalah amek kesempatan. Tak bolehlah macam tue. Nak menjual kena ikhlas beb. Kalau tak boleh sembuhkan penyakit jangan pandai2 nak tokok tambah product tersebut boleh menyembuhkan penyakit. 

Dan kebanyakkannya pula, product mereka neh versi copypaste. Sorang jus mangga. Sorang jus mentimun. Dan sorang pula jus mengkedu. Heyoooo.. jadilah kreatif beb. Ini asyik ubahsuai je. Sampai ble? Namun kat atas neh cuma contoh je. Bukan aku kata akhil menipu.Harap jangan salah faham.

3. Gambar yang dikatakan oleh penulis blog tersebut ialah gambar neh ;




Lain orang lain pandangan. Memandangkan sudah ada teguran yang negatif, mungkin akhil hayy patut menukar kepada gambar yang lain. Gambar neh takde salahnya pada aku. Tapi yelah.. mungkin ada gambar yang lebih baik. Lagipun dia ialah pendakwah selebriti. Kalau orang biasa saja2 bergambar di atas aku rasa ia bukan isu.

4. Neh syarikat akhil hayy. Dia ada sebut pasal insurans kan kat atas tadi tue? Perasan tak? Insurans neh aku dah baca banyak pandangan. Aku tahu korang pun sama. Ada macam2 pandangan mengenai insurans. 

Ada kata boleh, ada kata harus, ada yang kata haram. Kecenderungan aku mempercayai bahawa semua bentuk insurans adalah haram. Aku taktahu akhil hayy maksudkan apa dengan insurans. Mungkin dia nak cakap takaful kot. 

Tetapi skim takaful pun ada yang tipu. Jangan terpedaya dengan helah syarikat yang dok melabelkan simpanan mereka takaful tetapi di dalamnya masih berasaskan keuntungan sebelah pihak. Syarikat insurans adalah syarikat yang diberikan lesen oleh kerajaan untuk menipu. Nak hentam aku, hentam. Tapi pandangan aku atas insurans tidak akan berubah.



5. Masyarakat sekarang lebih mementingkan bukti. Adalah lebih baik kalau akhil hayy boleh ke depan nak tunjukkan bukti dokumen atas seme pernyataan dia di atas.

Bukan isu dengki mendengki. Ataupun fitnah menfitnah. Kadangkala kita sendiri pun tak sedar bahawa perniagaan kita berbentuk MLM. MLM secara asasnya tidak menipu. Tetapi MLM ini telah digunakan oleh mereka untuk mengaut keuntungan segera. Skim cepat kaya telah menggunakan MLM untuk menipu ramai orang melayu suatu ketika dulu.

Namun, adalah lebih baik hapuskan teruskan perniagaan berasaskan MLM neh daripada berkembang di malaysia. Sejarah membuktikan kebanyakkan MLM digunakan utk menipu rakyat malaysia dan ia berterusan sebab tiada langkah2 penguatkuasa yang tegas.  Dan satu2 product MLM yang paling berjaya di malaysia ialah HPA sebab BOS mereka berkerja demi Allah swt. Manakala yang lain adalah hampeh. Aku tak percaya. Maaf, aku berterus terang di sini.

Ameno : MLM = MElayu lanyak melayu.

Fulamak, ganjaran dia! Memang patutlah orang asyik cakap pasal Axiata Cup ni…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...