Untuk pertanyaan/iklan/berita sila hubungi saya disini orderonline2010@gmail.com.

Anak ketua menteri sarawak taib mahmud sah bercerai.


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Syariah hari ini mengesahkan penceraian antara anak Ketua Menteri Sarawak, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib, dengan pasangannya Datin Seri Shahnaz Abdul Majid, dengan lafaz cerai talak satu.

Ketua Hakim Syarie Wilayah-Wilayah Persekutuan, Datuk Mohamad Abdullah, membenarkan lafaz itu selepas berpuas hati bahawa perkahwinan pasangan itu menyaksikan perpecahan dan tidak dapat dipulihkan. "Mahkamah mensabitkan gugur lafaz talak kali pertama berjumlah satu dan memerintahkan Shahnaz untuk beredah tiga kali suci," kata Mohamad.

Katanya, mahkamah turut berpuas hati bahawa pada ketika ini Shahnaz selaku defendan dalam keadaan suci selain tidak melakukan sebarang hubungan sebagai suami isteri dan tidak hamil. Mahmud Abu Bekir, seorang ahli perniagaan yang diwakili peguam Saadiah Din, memfailkan permohonan penceraian pada 14 Feb lepas mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam selepas dikatakan berlaku ketidaksefahaman antara pasangan itu.

Okey fine. Cerai-cerai lah. Bukan hal aku pun sampai nak menyibuk sangat. Tapi berapakah tuntutan harta bekas isteri akan menuntut dari bekas suami? Mao tahu? Baca bawah ;

Mahkamah juga menetapkan 27 Jun ini untuk sebutan bagi kes tuntutan mutaah sebanyak RM100 juta dan harta sepencarian bernilai RM400 juta terhadap ahli perniagaan itu bagi memboleh pihak defendan memfailkan pembelaan.

Anak sapa? Anak ketua menteri sarawak. Heheheh.. mutaah rm100 juta? Hehehe.. mutaah bhai.  





Ameno : Bagi aku rm5k pun dorang tak rugi apa.. heheh

8 Affordable Beach Destinations For A Relaxing Getaway

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...