Untuk pertanyaan/iklan/berita sila hubungi saya disini orderonline2010@gmail.com.

Hot : Sambut hari ibu haram!

Isu neh panas beb. Aku sendiri pun blur. Malahan aku taktahu nak cakap apa. Walaubagaimana pun meluahkan disini bukan bermaksud aku menidakkan apa2 keputusan yang dibuat oleh ahli agama. Sekadar meluahkan beberapa perkara yang menjadi persoalan2 aku supaya perkara ini berjumpa dengan jawapan nya kelak.

Hah? Apa nama? Kalau ustaz cakap dah haram tue haram lah beb. Yang ko sibuk persoalkan napa. Ko fikir ko tue sapa? Hebat sangat ke bab2 agama neh?

Hek eley.. gua sedar lah gua tak pandai bab2 agama bhai. Pasal tue gua cakap tadi, gua tanya. Gua tanya untuk dapatkan kepastian. Gua bukan letak conclusion kat sini beb. Gua berhak tanya pasal benda neh meragu2kan diri gua. So what? Sejak bila pertanyaan itu menjadi suatu keharaman pula buat umat islam? Sesi tanya bertanya neh akan merungkaikan pelbagai masalah dan mendatangkan kefahaman kelak.So aku punya pasal lah aku nak tanya pun supaya aku boleh faham kenapa hari ibu neh haram! Ada faham?

Benda neh sebenarnya aku dah terbaca 3,4 hari yang lepas. Cuma tak nampak lagi bukti bahawa ustaz sendiri cakap perkara tue haram. Then bila aku nampak bukti itu sendiri, so aku terkalut banyak. Bukan sebentar atau sedikit. Tapi banyak bhai. Lihat bawah ;

Hait. Hukum sambut hari ibu haram? Haram? Apa dia? Haram. Jap. Apa? Haram.. whorr haram. Haram ke? Semuslim malaysia sambut hari ibu neh beb. Ahli pas pun sambut. Siyes. Nak tipu apa. Pemimpin pas pun ada wish kot kat fb dan twitter masing2. [kot aje ye, bukan aku cakap ada, aku cakap KOT]. So haram ke perkara neh?

Kenapa haram? Sebab ada kaitan dengan kristian? Whorr.. okey fine itu pandangan ustaz. Sudah tentulah ustaz neh bukan main pandai2 ulas. Sudah tentulah ustaz neh mempunyai ilmu agama yang tinggi. Siapalah kita nak dibandingkan dengan ilmu ustaz neh. Namun di bawah ini ialah persoalan2 yang terbit dari benak aku. Jangan marah bhai. Aku cuma nak cari jawapan. Aku tahu ramai orang cerdik agama ada fb. Ada twitter. Ada belog. Mungkin korang leh bantu aku seek jawapan kepada persoalan2 aku kat bawah neh ;

1. Apakah benar hari ibu neh ada kaitan dengan umat kristian? Adakah ia benar2 berasal dari kristian [agama] ataupun dari manusia yang menganuti kristian [budaya]? 

Contohnya macam neh, aku cipta tanglung. Kebetulan aku orang islam. Dan ciptaan tanglung aku popular. Setelah zaman berlalu, tiba2 orang kristian cakap tanglung haram sbb ada kaitan dengan org islam. Hait.. ketika aku menciptakan tanglung aku tak expect pun ia akan dikaitkan dengan agama aku, sekadar nak menyatukan seluruh umat manusia bermain tanglung sama2 semoga mereka boleh bermuafakatan. Itu je. So kat sini aku nak tahu. Kenapa hari ibu neh haram? Haram sbb ia memang berasal dari agama kristian ataupun haram kena dia diasaskan oleh penganut kristian? So facebook, patut haram juga? Ini pertanyaan ye.

2.Aku tak rasa hari ibu neh menjurus kepada kemungkaran apabila kita menyambutnya. Memang lah orang kata hari2 ialah hari ibu. Betul ke hari2 dorang sambut hari ibu pun? Heh. Tapi salah ke peruntukan satu hari khusus untuk sambut ibu masing2 secara besaran2? Ia diadakan supaya perkara ini boleh meluas. Hari neh aku, ko, kita dan seluruh manusia celebrate ibu masing2.. so apa masalahnya kalau begitu? Bukan nya ada roh2 kristian pun kan? Yang aku tahu ada roh2 keuntungan. Peniaga mencari keuntungan dengan menjual hadiah hari ibu. Heh.

Jadi kenapa tidak amek yang baik [niat sambut ibu] dan buang yang keruh [diasaskan oleh penganut kristian]. Bukan kah penganut kristian juga ialah manusia ciptaan Allah swt?Adakah jika hari ibu ini dicipta oleh orang islam maka ia dibolehkan? Jika ya mari kita jadikan 8 jun sebagai hari ibu untuk orang islam.

Aku siyeslah semakin binggung dengan benda2 macam neh. Benda yang aku rasa ianya tak memudaratkan orang islam tak patutlah kita fikir terlalu jauh dan terlalu dalam. Ini pandangan aku lah. Tapi aku tahu korang memang hebat. Sudah tentu pandangan korang pun hebat gak. Heh.


Nota : Sambutan hari ibu bukan bererti sayang ibu satu hari. Tiap2 hari sayang ibu cuma pengkhususan 1 hari untuk meraikan ibu. Ker korang tiap2 hari celebrate ibu bawa pergi dinner dan etc? Heh.


Ini nota yang mengatakan sambutan hari ibu adalah haram. 


Di dalam wall ustaz ramai mengatakan bahawa sambutan hari ibu haram kerana ustaz yang cakap.. salah satunya ialah ini ;



Memandangkan ada yang bertanya, maka aku nak bagitau yang aku dah pastekan link blog ini di wall ustaz. Sorry, ini cuma pertanyaan aku kepada ustaz. Yang korang naik marah kenapa pula der? Hehhehe.. balon2 jangan tak balon..

3 soklan aku kepada ustaz ;

1. ustaz, kenapa tak boleh sambut hari ibu? apakah bukti wikipedia layak digunakan untuk menjadi saksi bahawa hari ibu ada kaitan dengan kristian? saya meragui sumber2 dari wiki dan saya mengesyaki bahawa wiki digubal untuk membuatkan kristian dan islam salingbercakaran seterusnya yahudi [org yg tidak beragama] mengambil kesempatan di atas peperangan itu.


2. Merujuk kepada kata2 ustaz di atas ; apakah majlis fatwa kebangsaan patut membincangkan isu neh? Jika haram, maka katakan terus terang dan begitulah sebaliknya. Kalau kita sayangkan akidah umat islam, kita tak boleh lah cakap macam neh kan? 

‎[Ustaz Azhar Idrus ( Original )]~ hari ibu ialah hari mother church atau ibu gereja kristian.. siapa yg nak sambut silakan.. siapa yg rasa takut rosak akidahnya sebab raikan hari besar kristian ini.. jgn sambut.. -semua fatwa yg bercanggah dgn nas quran dan hadith adalah terbatal secara otomatik.
Siapa nak sambut silakan? saya beranggapan ayat ini tidak ditulis oleh ustaz sendiri.

3. Apakah tindakan ustaz jika suatu masa kelak, kristian menafikan hari ibu ada kaitan dengan mereka? Adakah hari ibu neh dibolehkan sambut ataupun kita patut tukar hari ibu kepada hari yang lain? 


Ramai yang saya lihat kurang jelas mengenai sambutan hari ibu. Sambutan hari ibu ialah satu hari yang digunakan untuk meraikan ibu. Bukan bermasksud sayang ibu satu hari je.  Semoga ustaz boleh merungkai persoalan2 saya. Terima kasih ustaz.



Ameno : Seme benda ada kaitan dengan kristian..lama2 org kristian malaysia bunuh diri kot.. seme benda yang org islam tak leh sambut dikaitkan dengan kristian.. aisehmen..


The 13 Coolest Things To Have Ever Happened Onboard AirAsia Flights

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...