Untuk pertanyaan/iklan/berita sila hubungi saya disini orderonline2010@gmail.com.

Surat Mahathir tolak hudud yang dihantar kepada Tok Guru Nik Aziz

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan

Y.A.B. Tuan Haji,

PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993 DI NEGERI KELANTAN

Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26)
Bertarikh 8 Jun 1994

Pihak kerajaan pusat sentiasa berpandukan kepada kebijaksanaan (al-Hikmah) yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. dan juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidun dalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hukum-hukum jenayah.

1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kepada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu "tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum)." Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.


2. Sepertimana yang Amat Berhormat sendiri sedia ketahui, KEADILAN adalah ASAS yang paling utama ditekankan oleh agama Islam apabila melaksanakan sesuatu perkara. Penekanan mengenai dengan keadilan adalah sangat terserlah dalam ajaran Islam lebih daripada penekanan yang terdapat dalam ajaran-ajaran yang lain dalam sejarah agama. Baginda Rasulullah SAW sewaktu mengembangkan agama Islam ialah usaha menghapuskan ketidakadilan yang menjadi sebahagian daripada budaya di zaman itu.

3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Disamping itu al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.

4. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan aakan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:

(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran. Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW. Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan.

Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan agama Islam.

(ii) Masaalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kapada undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita itu adalah mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan.

Seperti kita ketahui, melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia diwaktu mana orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia, tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang terdiri daripada orang-orang yang baik. Jika saksi ini melihat dan mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai bersubahat seperti penjenayah-penjenayah Serb bersubahat dengan perogol daripada kaum mereka. Jika ada pun saksi, dan mereka tidak membuat apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai terdiri daripada orang yang baik, tetapi disebaliknya dianggap sudah bersubahat. Dengan itu tuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol akan terlepas.

Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan anak di luar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun sebagai sesuatu yang adil, bahkan aia adalah satu kezaliman yang dahsyat.

5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolok sebarang kezaliman. Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya .

6. Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya. Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.

7. Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya. Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadapKerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
15 Julai 1994

Apa yang aku dapat simpulkan disini ialah mahathir celaru. Umno juga mungkin celaru. Bila kita sudah celaru angkara kekurangan info maka kita cenderung untuk menilai sesuatu perkara itu dari sudut negatif dan bukan sebaliknya.

Bagi pandangan aku ;

1. Pas kena berusaha fahamkan umno apa itu undang2 islam. Apa itu hudud, qisas dan takzir dan lain2 lagi.

2. Bawa isu neh ke parlimen untuk diperdebatkan.

3. Undang2 islam yang mana melibatkan jenayah ia tertakluk kepada semua tanpa mengira status agama etc. Seperti merogol, membunuh, merompak, menculik etc. Tujuan nya untuk mencegah / membendung kadar jenayah.

4. Undang2 islam yang mana melibatkan dosa kerana iktikad islam seperti zina dan maksiat contohnya bersetubuh di luar pernikahan, buka aurat, minum arak, murtad, sesat, makan babi dan lain2, hanya tertakluk kepada umat islam sahaja. Tujuan nya untuk membendung masalah moral umat islam.

5. Undang2 islam tidak menghukum ibu yang sedang mengandung, ataupun ibu yang baru lepas melahirkan anak, ataupun ibu yang sedang sakit akibat dosa zina.

6. Hukuman akan dijalankan mengikut ketetapan hakim yang dilantik. Dan hakim pula bukan terdiri dari seorang sahaja.

7. Empat saksi diperlukan untuk merejam individu yang berzina. Jika kurang daripada empat saksi yang soleh dan adil, hukuman tetap boleh dijalankan. Daripada pembacaan aku, aku dapati hukuman rejam begitu ketat prosuder nya adalah kerana Allah swt sayangkan manusia. 

- Tidak semestinya individu yang berzina dihukum rejam angkara pelbagai faktor, tetapi hakim boleh memberikan hukuman yang lain setimpal dengan perbuatan nya andai pendakwaan berjaya membuktikan tertuduh telah berzina.

- Penubuhan jabatan pencegah maksiat adalah untuk mencegah zina [menghalang maksiat] bukan bertujuan untuk menghukum umat islam. Ini adalah bukti umat islam saling berkasih sayang. Jabatan maksiat akan membawa ramai orang semasa tangkapan dibuat. Ini bermaksud saksi empat sudah dipenuhi. Tetapi kena faham apa beza SUDAH bersetubuh ataupun BARU mula untuk bersetubuh. REJAM = seseorang yang sudah berzina.

Itu sebab kita kena mencegah mereka supaya hukuman rejam tidak dijalankan. Hukuman ini sangat berat. Dalam masa yang sama rakyat juga akan sedaya upaya mengelakkan perzinaan akibat undang2 yang ketat + penguatkuasaan yang tegas. Takut kena hukum + yang menjatuhkan hukuman pula tegas  + adil = moral umat islam terjaga.

8. Seseorang yang mengandung anak luar nikah akibat dirogol tidak akan dihukum. Sebaik2nya kandungan digugurkan jika usia kurang dari 3 bulan. Sebab itu jika berlaku perbuatan rogol segera laporkan kepada pihak hospital sebaik2nya dan pihak hospital pula patut berikan ubat tertentu bagi mengelakkan sebarang kemungkinan untuk 3 bulan sekurang2nya [pandangan sendiri]. Undang2 islam ialah undang2 kasih sayang. Seseorang yang dirogol akan dilindungi bukan dihukum. Seseorang yang dirogol akan dirahsiakan identiti nya bagi menjaga nama baik keluarga, bukan macam sekarang. Semua didedahkan.

9. Seseorang yang mengandung anak luar nikah diberikan pilihan untuk berkahwin dengan pasangan masing2. Tetapi dia tidak akan dihukum selagi dia masih mengandung dan menyusukan anak. Itupun jika perbuatan zina dilaporkan. Jika perbuatan zina tidak dilaporkan maka pasangan zina terbabit akan di didik untuk bertaubat dan kembali kepada ajaran islam yang sebenarnya. [Pernah baca, tapi tak ingat kat mana]

10. Pendek kata, walaupun undang2 islam dilihat tegas atas permukaan tetapi cukup lembut, cukup kasih sayang dan penuh bertanggungjawab di dalam nya.

Kalau umat islam faham dan tahu bahawa Allah swt tidak kejam kepada kita, maka semua persepsi positif akan terbentuk. Allah swt menciptakan kita bukan untuk menghukum kita. Namun masih ramai yang tidak faham tujuan kita diciptakan di dunia ini. Akibat ketidakfahaman ini lah membuatkan mereka menyangka bahawa Allah swt kejam sedangkan yang kejam itu kita malahan kita kejam kepada diri kita sendiri terlebih dahulu sehingga menyebabkan orang lain juga bersikap kejam kepada kita.

Sudah cukup untuk kita mempertikaikan undang2 islam. Setiap perbezaan tidak akan selesai tanpa perbincangan. Alquran bukan untuk dijadikan perhiasan time ceramah dan kuliah agama je. Pas tidak mencipta undang2 islam. Ia hasil dari firman Allah swt menerusi Alquran. Hentikanlah menanam fitnah bahawa pas mempolitikkan undang2 islam. Allah swt tahu apa yang mahathir lakukan. Sebab itu anak dia ada syer dalam kilang arak. Itu baru satu anak. Belum masuk lain2 anak. Malas nak cakap pasal peribadi orang. Elok analisa peribadi sendiri. Tapi diharap lain kali mahathir jangan spin firman Allah swt.

Ameno : Mahathir lupa yang Allah swt tidak lupa..
JUAL SEKALI, UNTUNG BERKALI2, DAPATKAN FORMULANYA DISINI