Untuk pertanyaan/iklan/berita sila hubungi saya disini orderonline2010@gmail.com.

Konspirasi jais, masjid dan gereja di malaysia.


Baca di atas. Pembaca aku tahu bahawa dalam isu jais menangkap orang islam di dalam gereja aku cenderung memihak kepada tindakan jais. Lihat bawah neh. Bawah neh ialah pandangan pembaca yang bernama andak. Dia minta aku siarkan siarkan pandangan dia berhubungan isu neh ;

aku nak bagi pendapat peribadi sikit pasal ISU MURTAD dan GEREJA ni....secara ringkasnya aku nak simpulkan:

1. UMNO/BN buat isu ni sebab nak alih tumpuan rakyat pasal ISU BERSIH dan penyelewengan SPR/JPN yg kita bongkar!

2. Mengikut pakar2 gerak saraf mrka, isu MURTAD apa dekat pada orang melayu(tak kira PAS,UMNO, PKR) mrka cukup2 sensetif terhadap isu ini!

3. Satu grand design (perancangan peringkat tertinggi) telah di buat bagi menjayakan misi ini(Guna JAIS, Polis) #JAIS ni ramai yg jadi balaci UMNO....(kena ingat tu!) di samping ingin memecah belahkan PAS dan PKR melalui Dr Hassan Ali(yg di kenal pasti sudah tidak mendapat sokongan dari PAS Selangor)

4. Ingat lagi tak kes bakar gereja dulu? Siapa master mind dlm isu tersebut? 

Semua ini di rancang dengan teliti...ISU MURTAD bukan ISU BARU, Isu kristian bagi bantuan pd org Islam pun bukan perkara baru tapi semua dlm pengetahuan pihak keselamatan(Polis,MKN dsb). Mereka semua tahu pergerakan pihak2 mubaligh kristian...aku yakin mereka tahu sbb mrka ada segenap tenaga utk mendapatkan maklumat ttg gerakan kristian ni. TETAPI kenapa mereka tak bertindak selama ni? Kenapa bertindak hanya di Selangor melalui JAIS? Kenapa tidak di Sabah, Serawak yg lagi kuat gerakan utk kristiankan org Islam....

Akhir sekali...MARI KITA BONGKAR KOSPIRASI TERANCANG ni! harap ko kupas dalam blog ko! Salam Ramadan. ~andak

Dan sila baca bawah neh pula ;

Senarai gereja yang mana orang Islam diberi makan percuma:

(1) Gereja Bukit Nenas-Setiap Tengahari dan Weekdays

(2) Setiap Ahad berdekatan Gereja Bukit Nenas - Foods Not Bomb


(3) Setiap Pagi- Tingkat 2 Bus Stand Klang, Petaling Street


(4) Setiap Pagi Hari Rabu- Gereja St Mary berdekatan Dataran Merdeka


(5) Setiap Petang Ahad- Grace Community di Wisma Bunus berdekatan Jalan TAR


(6) Setiap Hari - Gereja Kedai Bangsar Utama berdekatan Pejabat Malaysiakini


(7) Setiap Malam Khamis di Pusat Gereja Bukit Bintang


Pusat Kesihatan

Pusat Kesihatan Terbesar Kristien berasa di Rawang.. Majoriti Pesakitnya Melayu Islam 

Sumber : tranung online.

Ini hujah aku.

1. Salah ke kita umat islam masuk gereja? Tak salah ikut pandangan aku. Aku tak pernah tahu kalau ada hukum dalam islam yang melarang aku mengunjungi rumah ibadat orang lain tak kira lah gereja, kuil, tokong dan etc.

2. Salah ke umat islam terima bantuan daripada gereja? Aku berpandangan tak salah. Tak salah andai pusat zakat dah mampos. Andai baitulmal dah mampos. Andai jkm dah mampos. Andai kesemua badan yang bertanggungjawab menjaga kebajikan umat islam dan rakyat malaysia secara am nya neh dah mampos, maka apa masalahnya pun kalau gereja nak bantu orang yang memerlukan? Tapi selagi mereka masih hidup sila mainkan peranan mereka. 

Bukan kah itu tujuan nya kita bayar zakat harta + emas + fitrah tiap2 tahun? Andai wang kita tidak digunakan untuk tujuan yang sepatutnya maka buat apa collect wang dari kita? Kenapa perlu lepas tangan dan biarkan gereja membantu sedangkan pusat yang sepatutnya membantu mereka masih lagi wujud di malaysia neh? Walaupun tak salah gereja membantu umat islam, tetapi itu tidak bermakna pusat zakat dan lain2 badan yang berkaitan patut diberikan pelepasan daripada dipertanggungjawabkan di atas kelalaian mereka. Disebabkan mereka lalai lah, maka umat islam yang miskin2 neh kena mengharap pada bantuan gereja yang dilihat lebih prihatin dan mesra rakyat miskin regardless agama dan kaum.

3. Tapi orang kata gereja ada niat disebaliknya. Iaitu memurtadkan umat islam. Ini salah. Sila lihat gambar yang aku letakkan di atas. Jika ini niat gereja maka ini salah. Tak kira lah samada dia bagi makan or tak bagi makan, tapi kalau dia mahu [ada niat/dengan sengaja] memurtadkan umat islam tanpa mengira umat islam itu lemah akidah + pegangan dan etc. Ini salah. Dan ini memang termaktub sebahagian daripada tugas jais itu sendiri. Kita kena hormat suka tak suka.

4. Tapi macam mana pula dengan umat islam yang memang mahu mengenali kristian secara rela? Maksud aku macam neh ;

- Dia tidak dipengaruhi sapa2. Sebaliknya dia sendiri yang mendekati agama kristian + gereja. Last2 dia convert. Bukan nya paderi singgah dari satu orang islam kepada satu orang yang islam untuk berdakyah bagi tukar agama. Kalau ini situasi nya macam mana? Siapa yang harus dipersalahkan?

- Paderi nampak orang susah. Paderi bantu. Kebetulan orang itu orang islam. Dan orang islam yang dibantu pula tertarik dengan kelembutan dan keprihatinan sikap paderi2 yang ikhlas membantu. Last2 umat islam yang dibantu itu convert ke kristian. Jadi bagaimana? Siapa yang harus dipersalahkan kalau begini situasi nya?

Ringkasnya begini ;

- Paderi + gereja + lain2 agama tiada masalah memberikan bantuan kepada umat islam. Dan umat islam tidak sepatutnya rasa kekok menerima bantuan mereka. Maksudnya kedua2 pihak sepatutnya tidak ada masalah di antara satu sama lain. Sorang hulur kuih, sorang terima kuih, apa masalahnya disitu? Janji kuih tersebut halal di makan oleh umat islam sudah.

- Paderi + gereja + lain2 agama hanya boleh memberikan bantuan ikhlas tanpa mempengaruhi, memujuk, memaksa, mendorong dan mendakyahkan agama lain kepada penganut islam.

Sekarang neh gereja harus dibuktikan bersalah dalam kes memurtadkan umat islam terlebih dahulu sebelum menyalahkan mereka dalam isu neh. Manakala jais yang mengheret keluar 12 individu islam dalam kes neh amatlah berpatutan sebab apa? Sebab mereka mendorong kepada salah faham umat islam yang lain.

Jika tidak kenapa mereka tidak mahu hadir untuk memberikan keterangan dan memberikan kerjasama penuh kepada siasatan jais? Kita tak kata mereka murtad. Tapi 12 individu neh kalau dorang menyorok, persepsi rakyat akan mengatakan memang mereka murtad dan gereja akhirnya akan dipersalahkan tanpa sebab.

Untuk rekod, sempena bulan ramadhan neh, masjid tiap2 hari bagi makan berbuka puasa percuma. Tapi sayangnya pengunaan masjid masih tidak menyeluruh. Aku sendiri berharap suatu masa nanti agar penggunaan masjid dapat diperluaskan lagi. Masjid rumah Allah swt. Masjid ialah bukan rumah ibadat semata2. Siapa kata Allah swt larang kita buat apa2 perkara di dalam masjid melainkan membuat kemungkaran dan membinasakan masjid? 

Takan main sepak takraw dalam kawasan masjid salah kot? Takan duduk bersembang2 dan membicara hal2 semasa salah kot? Takan baring2 sementara tunggu waktu solat di masjid salah kot. <-- ada notis larangan berbaring di kawasan masjid. Pernah aku baca. What's this? Baring pun ko tegah? Gila dowh. Jangan buat umat islam malas datang masjid lah weh wahai ahli2 ajk masjid. Jangan buat peraturan ridicilous. Aku tahu korang nak jaga kesucian rumah Allah swt tapi apa point kalau jemaah tarak?

Buat peraturan biar selari dengan firman Allah swt. Bukan dengan kemahuan diri sendiri yang malas mengebeng akibat malas nak mengemas segala bagai. Dah dibayar untuk jaga masjid, maka buatlah cara di bayar. Jangan disebabkan ko dibayar maka ko ada hak nak buat peraturan2 bangang dalam masjid. Sok2 kita semua kena masuk gereja untuk bersolat gamaknya. Mungkin kah paderi lebih prihatin? Siapa tahu kan. Heh.
Ameno : Konspirasilah sangat..  muahahah..

Mahu Cuba Dapatkan IPHONE 6 DGN HARGA 418?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...