Untuk pertanyaan/iklan/berita sila hubungi saya disini orderonline2010@gmail.com.

Isu altantuya : Yang tersirat dan tersurat.

Nama altantuya rasa nya tidak perlu diperkenalkan lagi di malaysia neh. Nama itu dah cukup glamer. Semua tahu siapa itu altantuya. Dah lama aku bercadang nak tulis tentang neh. Cuma aku tangguh dan tangguh hingga lah ke hari neh. Ulasan kali neh lebih tepat di anggap sebagai memuhasabahkan semula perjuangan penyokong2 pakatan rakyat dalam isu neh. 

Mari kita melihat isu neh dari awal.

1. Siapa Altantuya? 

Seorang wanita yang bekerja sebagai seorang model yang dipercayai ada dua anak. Dia tidak berkahwin. Dia terlibat dalam skandal urusan perundingan pembelian scorpene. Penglibatan dia di dalam isu neh berdasarkan kepada spekulasi, andaian dan persepsi. Hujah ada, tetapi bukti konkrit belum diperolehi. Samada bukti dihapuskan ataupun memang dia tidak terlibat. Allah swt saje yang tahu. Tetapi hakikatnya dia memang berada di malaysia dan mati di bom dengan c4. Rekod kemasukkan dia ke malaysia hilang. Bukan calang2 orang boleh melenyapkan rekod kemasukkan individu ke malaysia. Dia mesti sekurangnya berpangkat bagi memasuki data pihak imigresen bagi menghilangkan rekod kemasukkan. Atau mengarahkan orang lain berbuat demikian.

Kalaupun dia bukan orang yang berpangkat, dia sekurang2nya orang yang mahir dalam sistem data pengkomputeran imigresen sehingga boleh memadamkan rekod kemasukkan altantuya. Lebih kurang macam penceroboh. Altantuya neh ada kaitan dengan razak baginda. Dia datang ke malaysia bagi bertemu dengan razak baginda. Urusan dia dengan razak baginda tidak dapat dimuktamadkan secara tepat atas sebab apa. Penghujahan di mahkamah ada yang mengatakan bahawa mereka ada skandal [hubungan], atas urusan duit [kapal scorpene], dan atas ugutan [altantuya tahu rahsia razak baginda]. 

Mana satu betul? Taktahu. Adakah kesemua di atas neh betul? Boleh jadi. Apa yang pasti ialah ;

- Altantuya memang ada masuk malaysia.
- Altantuya sekurang2 ada kaitan dengan razak baginda.
- Altantuya mati dibom.
- Altantuya dihilangkan menerusi rekod imigresen.

2. Siapa razak baginda?

Razak baginda neh ialah bekas pembantu khas kepada najib. Ini ialah apa yang aku dapat melalui penulisan blog pakatan rakyat. Betul ke tak betul aku tatau. Dia juga seorang penganalisis politik. Razak baginda dikaitkan dalam pembunuh altantuya tetapi akhirnya dibebaskan sebelum menghilangkan diri. Ya, hilang diri, sampai sekarang.

Razak baginda ialah pemilik syarikat perimekar. Syarikat ini dilantik sebagai perunding kepada pembelian scorpene dengan harga yang sangat mahal disamping spesifikasi yang bukan larh memenuhi kesesuaian kerajaan malaysia. Ibaratnya gini larh, ko seorang yang pekak, kalau aku bagi ko radio, apa ko boleh buat? Nak dengar lagu pun tak boleh.. ko tak boleh mendengar.. begitulah juga dengan pembelian scorpene neh. Tak salah beli kapal selam tapi biarlah spesifikasi yang bertepatan dengan kesesuaian kehendak dan keperluan tentera malaysia.

Pembelian neh berlaku ketika najib memegang jawatan menteri pertahanan. Memandangkan kontrak neh disalurkan kepada geng sendiri, maka isu kroni timbul. Dan harga yang dibayar juga mahal, maka rakyat marah. Sedangkan kerja2 perundingan neh patut dilakukan yang pakar dan telah lama berkhidmat dalam ketenteraan di malaysia. Mustahil tiada kakitangan tentera yang pakar pasal senjata dan tidak boleh menguruskan urusan pembelian senjata. 

Kalau perunding diperlukan, lantik sahaja perunding dalam jawatan kerajaan. Dan khidmat perunding haruslah dikemaskini supaya bukan senjata neh aje yang dia boleh beli dan uruskan, lain2 senjata akan datang juga dia boleh uruskan. Almaklumlah.. takan setiap kali nak beli senjata, setiap kali ko lantik syarikat perunding? Pokai weh duit rakyat macam neh. Ko ingat aku minta duit kat pokok ka?

Tapi nampaknya najib razak tak berfikir macam aku fikir. Ini disebabkan dia tak pernah hidup susah. Kenderaan awam yang dia pernah naik masa kecil2 dulu pun nama nya basikal. Heh. Jadi tak hairan kalau najib yang meluluskan tender pembelian scorpene kepada syarikat perimekar. Syarikat neh belum lagi ada rekod pernah menjadi perunding dalam soal pembelian senjata. Syarikat neh juga tiada rekod2 kecemerlangan yang boleh dibanggakan.

Syarikat neh juga dipercayai baru ditubuhkan pada ketika itu. Dan syarikat ini dipercayai mendapat kontrak melalui rundingan terus. Dan apa yang pasti ialah ;

- Perimekar memang dimiliki razak baginda.
- Razak baginda dan najib razak rapat.
- Scorpene dibeli ketika najib jadi menteri pertahanan.
- Yang luluskan pembelian scorpene ialah najib razak.

Persoalan yang timbul ialah ;

- Siapa uruskan perimekar ketika razak baginda di dalam penjara?
- Siapa uruskan perimekar sekarang apabila razak baginda hilang?
- Wujud ke lagi perimekar ? 
- Adakah pembelian peluru dan maintainance boleh dibuat tanpa melalui perkhidmatan perundingan perimekar?


3. Siapa Sirul azhar dan azilah?

Pembunuh altantuya. Kenapa altantuya dibunuh sampai sekarang belum ada jawapan. Apa yang dihuraikan pendakwaan raya ialah benar ataupun tidak kedua2 pegawai polis neh membunuh altantuya. Sepatutnya persoalan kenapa altantuya dibunuh dihuraikan terlebih dahulu. Soalan neh kategori wajib kerana harus mencari motif kepada pembunuhan sebelum boleh merungkai kronologi kejadian. Kalau tak dicari sebab [motif] macam mana nak faham tujuan [pembunuhan]?

Kedua2 pegawai polis neh menggunakan bom untuk meletupkan mayat altantuya. Mereka memang ada kepakaran dalam penggunaan bom kerana itu antara bidang mereka ketika berkhidmat bersama polis. Mereka berdua neh dipercayai kenalan kepada razak baginda. Mereka dihubungi razak baginda apabila altantuya datang ke malaysia. Dan kisah neh berakhir dengan kematian Altantuya. Adakah mereka berdua sudah dihukum gantung sampai mati? Belum lagi rasa nya. Tapi mereka berdua didapati bersalah kerana membunuh dan razak baginda pula dibebaskan. 

Secara peribadinya mereka berdua sepatutnya tiada dendam dan permasalahan dengan Altantuya. So sepatutnya tidak wujud sebab kenapa mereka harus membunuh Altantuya. Dipercayai mereka di arahkan untuk membunuh. Tetapi oleh siapa? Dan kenapa? Adakah lokasi pembunuhan hanya di atas bukit? Ataupun atas bukit ialah lokasi kedua? Kenapa tak bunuh sepupu altantuya sekali? Bagi lenyapkan cerita? Ataupun kematian altantuya atas sebab yang tidak disengajakan? Bergaduh2 then mati? Hanya Allah swt yang tahu tapi apa yang pasti ;

- Sirul azhar dan azilah didapati bersalah manakala razak baginda dibebaskan.

- Yang bermasalah dengan altantuya ialah razak baginda tapi sirul azhar dan azilah pula yang beria2 disabitkan dalam kesalahan membunuh.

- cara pembunuhan tidak didedahkan secara detail. Melainkan cara pengeboman sahaja. Seolah2 kematian altantuya bermula pada saat dibom. Maksudnya adakah dia dibom hidup2? Kenapa dia tidak melawan kalau masih bernyawa ketika dibom? Ini semua tidak didedahkan secara detail melalui soaljawab ataupun aku terlepas pandang. Maybe ada melalui penulisan akhbar. Tak pasti.

Cara pembunuhan neh penting untuk kita tahu. Sebab cara pembunuhan akan mendedahkan COD. Maksudnya cause of death ataupun punca yang membawa kepada kematian. Kalau cara pembunuhan itu konsisten kepada cara kematian, dan konsisten pula dengan penceritaan dan hasil siasatan polis melalui sirul azhar dan azilah memang tiada pertikaian lagi bahawa mereka memang membunuh altantuya. Harus di ingat bahawa ;

- meletupkan mayat

dan

- membunuh orang

ialah dua perkara yang berbeza. Kes mahkamah hanya mengupas isu altantuya dibom dan bukan isu cara altantuya dimatikan. Lagisatu lokasi pembunuhan yang didedahkan oleh pihak polis adalah berdasarkan pendedahan yang dinyatakan oleh pihak polis yang mereka dapat melalui sirul azhar. Kena faham betul2 apa maksud ayat neh.

4. Siapakah bala?

Bala ialah penyiasat persendirian yang di upah oleh razak baginda untuk memantau dan menghalang altantuya daripada menemui dan "mengangu" razak baginda. Perkhidmatan bala diberhentikan beberapa hari sebelum kematian Altantuya. Dan bala juga individu yang bertanggungjawab mengaitkan najib razak dengan pembunuhan altantuya. Ramai orang terlepas pandang yang neh. Mereka fikir anwar ibrahim dan pakatan yang tuduh najib razak padahal yang mengaitkan najib razak dengan altantuya ialah bala. Ini lah bala, orangnya yang dah lari bersama satu keluarga. 

Dia buat dua akaun bersumpah. Pertama dia kata ya, kedua dia kata tidak, yang kena last2 pakatan rakyat. Belum ada pemimpin pakatan rakyat yang menuduh najib razak dan rosmah mansur membunuh altantuya. RPK juga tidak menuduh. Yang menuduh ialah si bala neh dan dua orang pegawai atasan tentera yang lain. Pakatan cuma bawa isu neh ke depan. 

Tetapi memang tidak dapat dinafikan bahawa ada penyokong pakatan rakyat yang terlebih over2 memfitnah najib razak sebagai pembunuh seolah2 dia menyaksikan benar bahawa najib razak melakukan pembunuhan. Ini salah. Juga menyebarkan gambar super impose najib dan altantuya. Ini juga salah. Satu benda yang aku tak faham mentaliti penyokong pakatan rakyat ialah cara mereka berfikir. Situasi dia macam neh ;

1. Super impose gambar rosmah mansur => hiburan. Boleh je.

2. Super impose gambar tgna => babi celaka anak haram punya umno. <-- kena maki bhai. 

PR buat, kita panggil apa? HIBURAN. Ya, sebut betul2, HIBURAN. BN buat kita panggil apa? Ya, haram + berdosa + sebarkan fitnah. Ceh.

Benda sama je, tapi bila bn buat ia jadi haram dan bila pr buat ia jadi hiburan dan lawak. Satu benda yang kita terlepas pandang apabila kita menganggap diri kita sempurna, sedangkan tiada manusia yang sempurna. Menegur diri sendiri atas perbuatan salah yang dilakukan memang sukar, tapi kalau diri sendiri boleh faham dan menerima bahawa diri sendiri memang bersalah, orang lain akan maafkan kita. Sebelum kita sibuk fikir nak mengkakulatorkan cara penyokong umno berjuang, apa kata kita nilai dulu kaedah yang kita gunapakai.. adakah kita berada di landasan yang betul dan tepat?

Tiada manusia yang sempurna di dunia neh, jangan salah faham, kita bukan Nabi ma, kita kena terima larh baik buruk diri kita. Sebab itu jangan larh bagi hujah2 bahawa najib razak ialah pembunuh dan etc. Kot yer pun nak lepas geram.. lepaslah, tapi jangan disebabkan rasa geram maka mendorong kita menfitnah dia. Belum lagi ada bukti bahawa najib dan rosmah ialah pembunuh altantuya. Tetapi mungkin ada kaitan dan ruang yang boleh kita kata atau andai bahawa wujud campurtangan dalam siasatan dan keputusan berhubung kes kematian altantuya.

Andaian dan persepsi aku atas kes neh. Harus faham bahawa ini ialah andaian aku. Andaian ini belum lagi dibuktikan sebagai benar. Aku sekadar menulis andaian dan bukan nya sedang menfitnah. Harap maklum.

1. Najib razak dan rosmah mansur tiada kaitan dengan kematian altantuya.

2. Maksudnya dari saat altantuya hidup sehinggalah dia dimatikan najib dan rosmah tidak tahu menahu langsung.

3. Selepas altantuya mati barulah najib razak tahu.

4. Mungkin razak baginda minta tolong najib razak. Mungkin juga atas dasar ugutan dan paksaan. Mungkin juga atas perjanjian dan tawaran. Aku tak pasti.

5. Perimekar beli scorpene ketika najib razak menteri pertahanan.

6. Makmal sekolah runtuh ketika najib razak menteri pendidikan.

7. Razak baginda bersama najib razak dalam kedua2 kes di atas.

8. Tak mustahil ada rahsia yang razak baginda gengam. 

9. Jadi dalam keadaan nak membebaskan razak baginda daripada tuduhan membunuh altantuya tue.. pelbagai perkara terpaksa dilanggar. Selain melindungi razak baginda, najib juga nak melindungi rahsia dia. Rahsia terbesar itu mungkin juga dalam bentuk rakaman ke.. mana larh tahu kan. Sebab rakan2 yang mendampingi razak baginda mengatakan bahawa razak baginda orangnya bijak. Orang bijak neh pepaham larh cara mereka berfikir. Mungkin dia dah simpan senjata andai dia tersepit pada masa akan datang kan.

10. Demi nak melindungi penyelewengan yang dilakukan tak mustahil najib razak terpaksa membuat beberapa keputusan yang tidak adil seperti mengarahkan pembebasan razak baginda, membayar bala, menghalang peguam perancis masuk, dan macam2 lagi.

Sebenarnya benda neh mudah je. Andai najib razak benar2 tidak bersalah dan mahu membersihkan nama dia, dia sepatutnya biarkan sahaja penyiasatan kes altantuya dan skandal scorpene disiasat. Lagi dia halang, lagi orang syak bukan2. Sebagai rakyat, adalah normal aku memerhatikan tindak tanduk pemimpin aku. Apa yang tak normal ialah pemimpin yang tidak berimej bersih menjadi pemimpin. Kan? Heh.


Ameno : Ruang untuk berubah masih ada najib razak.

Does this video mean that we're racist? Wait, look closer…