Untuk pertanyaan/iklan/berita sila hubungi saya disini orderonline2010@gmail.com.

Jom cari rumah jamil khir yang besar gedabak neh


Lihat gambar di atas neh. Gambar neh dipercayai rumah milik jamil khir. Nilai rumah neh ialah 

juta - jutaan

ringgit...

WOW.. !!!

Besar no problem. Mahal pun no problem. Masalah nya ialah mampu + layak ke dia? Baca bawah neh ;



Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, (AMK) Khairul Anuar Ahmad Zainuddin menggesa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Agama Islam, Datuk Seri Jamil Khir menjelaskan rumah mewahnya yang dianggar menelan jutaan ringgit.

Keraguan timbul apabila menteri yang baru dilantik 3 tahun oleh Perdana Menteri dan hanya memiliki gaji tidak menjangkau RM15,000 itu, mampu memiliki kediaman mewah dalam masa yang singkat.

“Kalau dia (Jamil Khir) rasa seorang yang berpegang teguh terhadap agama dan ada kebertanggungjawaban terhadap negara, dia perlu jujur menjelaskan kekayaan sebelum dan selepas (menjadi menteri),” katanya mengulas isu yang didedah oleh akhbar Suara Keadilan semalam.

Khairul berkata ia bukan perkara memeranjatkan kerana menjadi kebiasaan menteri yang ditadbir Kerajaan Barisan Nasional (BN) hidup mewah. -cina islam-

Perghh.. lihat statement jamil khir di bawah neh plak ;

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyifatkan tindakan mereka yang suka meminta-minta sebagai tamak dan boros.

"Contohnya kes di Negeri Sembilan, di mana seorang individu bukan sahaja telah menerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Baitulmal malah sanggup meminta bantuan dari sebuah gereja di Seremban," katanya. -MKINI-

Maksudnya kalau lue meminta-minta = tamak tapi kalau lue mencuri + merompak  = rezeki. Yeke jamil khir? Cuba explain sikit..

kah kah kah

Btw.. sapa tahu lokasi rumah neh di mana? Teringin nak beraya beb... maklum kan through inbox aku pun takpe. Ada info g tau yer. 

Ameno : Patutlarh jamil khir mudah buta..

8 Affordable Beach Destinations For A Relaxing Getaway