Untuk pertanyaan/iklan/berita sila hubungi saya disini orderonline2010@gmail.com.

Inilah teropong paling mahal di dunia. -Updated!

Ahhhhaaa..

Rupanya teropong paling mahal di dunia berada di malaysia. Cukup tak sangka malaysia mencipta sejarah memiliki teropong malam yang termahal di dunia. Neh satu pencapaian yang membanggakan aku sebagai warga malaysia yang aman, harmoni, selamat, sejahtera, islamik, suci dan bebas israel.

Mari kita lihat gambar teropong yang paling mahal di dunia neh terlebih dahulu ;



Jika kita perhatikan betul2, kita akan dapati teropong neh mempunyai beberapa kelebihan sehingga menjadikan ia sebagai teropong yang paling mahal di dunia. Antara nya ialah ;

1. Boleh meneropong sehingga menembusi kulit. Macam mata superman / xray.

2. Berfungsi macam kacamata 4d. Maksudnya setiap apa yang ko tengok, ko akan rasa sekali benda tue.

3. Boleh tukar kaler ikutsukahang

4. Ada jam loceng + boleh jadi telefon time emergency + boleh transform jadi senapang untuk menembak bila diserang musuh + boleh menukar warna anak mata andai selalu menggunakan teropong neh.

Harga teropong neh ialah ;

RM56,350

Harga neh ialah 29kali ganda lebih mahal dari harga teropong biasa di pasaran. Teropong biasa harganya ialah RM1,940. Tetapi oleh kerana jabatan taman laut malaysia [JTLM] yang membuat pembelian teropong malam maka harga dia jadi luarbiasa x 29kali ganda mahal dari harga pasaran.

Ada di mana teropong paling mahal di dunia?

Ya. Betul. Ada di malaysia. Hanya di malaysia. Di malaysia kita boleh melihat pelbagai keindahan rasuah dan penyelewengan dengan jiwa yang sangat seronok. 

Selain dari teropong paling mahal, kita juga memiliki tv lcd dan pemain dvd yang paling mahal di dunia. JTLM membuktikan bahawa mereka mampu berbangga apabila ;

1. TV LCD + DVD belian JTLM dibeli pada harga rm16,100  sedangkan harga pasaran ialah [lcd] rm2,182.

2. Komputer riba dan pencetak warna yang berharga RM3,428  dibeli pada harga RM11,845 (lebihan 246 peratus)

3. Hand-held portable VHF Transceiver yang berharga RM1,561 dibeli pada harga RM4,324 (lebihan 177 peratus)

Hebat sungguh kaedah JTLM membelanjakan wang dengan cara yang sangat salah. Sesungguhnya kalau bukan mereka yang nak menyelewengkan wang rakyat, pada siapalah kami nak harapkan untuk selewengkan wang rakyat. Sungguh murni usaha mereka.

Di harapkan jabatan audit boleh terus mendedahkan keindahan penyelewengan oleh jabatan2 kerajaan untuk dihayati oleh rakyat malaysia. Kami berbangga mempunyai agensi kerajaan yang pandai berboros menggunakan wang rakyat tapi kerja lembab nak mampos. Sekian.

Updated ;

Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tiada unsur rasuah dalam isu pembelian binokular marin penglihatan malam oleh Jabatan Taman Laut Malaysia sepuluh kali ganda lebih mahal berbanding harga pasaran.
Sebaliknya, SPRM memaklumkan pembelian seperti yang didedahkan melalui Laporan Ketua Audit Negara 2010 itu cuma satu kegagalan pegawai jabatan itu mematuhi arahan Perbendaharaan dan tatacara pengurusan perolehan kerajaan secara tender.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Mohd. Shukri Abdull berkata, siasatan SPRM mendapati pembelian peralatan yang dilaporkan 177 peratus hingga 2,805 peratus lebih tinggi berbanding harga pasaran itu berpunca daripada kegagalan membuat kajian pasaran.
“Kajian pasaran sepatutnya dilakukan dengan mengambil kira aspek kualiti, harga, kegunaan, kos penyelenggaraan dan faktor lain yang berkaitan,” katanya pada satu sidang media di sini hari ini.
Mohd. Shukri menjelaskan, pembelian binokular tersebut dilakukan secara berpakej bersama bot, komputer riba, televisyen, mesin pencetak dan peralatan lain melalui prosedur tender yang ditetapkan.
Menurutnya, sebanyak tiga daripada enam syarikat yang mengemukakan tender telah disenarai pendek dan syarikat yang berjaya pada peringkat akhir menawarkan harga RM7.5 juta.
Jelasnya, harga RM7.5 juta itu diterima kerana ia adalah lebih rendah berbanding harga siling RM10 juta yang diluluskan kerajaan dan tawaran yang dibuat dianggap murah jika dikira secara berpakej.
Tetapi, kata beliau, beberapa alat terutamanya binokular telah ditawarkan dengan lebih mahal, dua binokular dijual dengan harga melebihi RM100,000 berbanding harga pasaran kira-kira RM10,000 sahaja.

Alhamdullilah. Kita telah dapat menjimatkan rm2.5juta daripada keseluruhan peruntukkan rm10juta yang diberikan oleh kerajaan kepada JTLM untuk pembelian barang2 yang tak sampai pun sejuta. Marilah kita mengucapkan syukur alhamdullilah. Sama2lah berbangga kerana ada kerajaan yang benar2 cekap sehingga kita mampu tercekik setiap kali membaca kecekapan mereka membelanjakan wang rakyat.

Ameno : Bersyukurlah. Penyelewengan di malaysia lebih rendah berbanding negara jiran, k.

The 13 Coolest Things To Have Ever Happened Onboard AirAsia Flights

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...