Untuk pertanyaan/iklan/berita sila hubungi saya disini orderonline2010@gmail.com.

Update terkini II : Protes di Mesir.


Entry lepas terlalu panjang. Takpe aku sambung update kat sini je beb. Masih lagi update untuk hari ketujuh protes. Dan untuk entry yang lepas rujuk sini dan sini Sumber : media internet, awani, dan bernama.

31/1/2011


1. Najib sedia bawa pulang rakyat malaysia di mesir. Langkah itu akan dibuat sekiranya keadaan kritikal [sumber berita]. Maknanya belum nak bawa pulang lagi lah.

2. Deligasi malaysia akan berlepas ke mesir jam 12 malam ini untuk meninjau lebih kurang
11,307 rakyat malaysia di mesir. [11,307 angka yang berdaftar dengan kedutaan malaysia di mesir].

3. Kerajaan malaysia belum memberikan keputusan yang pasti untuk membawa pulang rakyat malaysia dari mesir. Berita terbaru cuma mengatakan bahawa kerajaan malaysia akan memantau keselamatan rakyat malaysia di mesir. Jika keadaan bertambah kritikal, mereka akan bawa pulang melalui jalan udara atau darat asalkan rakyat malaysia dapat di bawa pulang. [dalam erti kata lain..kena tunggu keadaan menekan.. ]

Dan rakyat malaysia dinasihatkan patuhi larangan berkurung, duduk di rumah jangan keluar, berkumpul di satu tempat yang selamat, dan jaga satu sama lain.


4. Laporan bahawa ada pelajar malaysia yang dirogol juga tidak dilaporkan di berita2 malaysia. Jika benar ada pelajar malaysia di rogol sila buat laporan polis [UP cik nadia]. Untuk elakkan kekeliruan informasi.


5. Kerajaan juga mengesahkan semua rakyat malaysia di mesir selamat, cuma mereka menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bekalan makanan dan ubat-ubatan selain berada dalam ketakutan. [sekali lagi aku cakap, bawa je mereka pulang. naik kapal terbang tudm pun takpe, bukan seme lapangan terbang tutup bhai]


6. Pelajar malaysia di mesir juga mengatakan [melalui awani] bahawa talian sms dan internet telah dipotong dan mereka tidak boleh berhubung sesama mereka. Mereka kekurangan bekalan makanan namun selamat. Yang berkumpul di kedutaan malaysia di mesir kebanyakkan pelajar universiti al-azhar.

7. Rakyat malaysia yang mempunyai ahli keluarga di mesir menggesa kerajaan agar bawa pulang rakyat malaysia dari mesir kerana mereka risaukan keselamatan ahli keluarga mereka. [Ya, sekarang selamat, esok lusa tak tahu bhai.. bawa keluar je lah bhai.. nak tunggu sampai ble?]


8. US, Jordan dan Turki telah memindahkan rakyat mereka dari Mesir. [Malaysia??]


9. Kanada juga telah bawa pulang rakyatnya. [Malaysia?? kritikal??]


10. Jepun jemput rakyat mereka melalui kapalterbang siang tadi. [Malaysia?? kritikal??]


11. NGOs dan PR hantar memorandum ke kedutaan mesir di malaysia pagi tadi. Memo tersebut di masukkan ke peti surat. Hosni didesak untuk mendengar suara rakyat mesir. [Errr umno, najib apa pendirian korang? jgn korang sokong hosni alkejam alzalim tue...]


12. Pelajar malaysia yang dihubungi oleh awani sebentar tadi juga mengatakan bahawa harga makanan naik mendadak dan kebanyakkan makanan telah diborong awal2 dengan kuatiti yang banyak berikutan revolusi di mesir. Bekalan makanan juga telah mulai susut akibat tiada bekalan baru [untuk diperdagangkan].


13. Pelajar malaysia dimesir [tak silap aku nama dia azman kot, lupa daaa] mengatakan keadaan di mesir makin teruk. [adoii ketahuilah piem, teruk dah kat sana teruk2.. ]


14. Bank di mesir berisiko tinggi hilang deposit.


15. Pelabur asing bawa keluar wang pelaburan dari mesir dalam masa 2 hari protes.


16. Nissan Motor tangguhkan pelancaran terbaru mereka di mesir.


17. Negara luar mula keluar larangan berkunjung ke mesir.


18. SHELL bawa pulang 60 pekerjanya dari mesir.


19. Mohammed El-Baradei [IK] sertai kumpulan protes di mesir.


20. Esok [isnin kat sana] warga mesir rancang mogok di seluruh negara. [harap2 internet aku cantik esok]


21. Hari selasa pula, kaherah rancang protes sejuta umat mesir di atas jalan. [kaherah ada 12 juta penduduk pelbagai negara].

22. Israel sudi membekalkan senjata tambahan kepada kerajaan hosni. [Aik.. apa kena mengena dengan lue israel? g mamposlah lue, org tolong cara diplomasi.. lue kasi senjata? bapak zalim lue neh].


23. Britain menekan hosni agar mendengar suara rakyat dan segera berundur.


24. Dunia antarabangsa terus kecam hosni untuk berundur.


25. US menasihatkan hosni dalam kenyataan terbaru hillary. Tetapi tidak menyebut bahawa hosni patut berundur. [mampos hosni, mampos lue juga kan? heh]


26. IK tidak bercadang untuk mengambilalih kepimpinan mesir melainkan meneruskan agenda / matlamat protes terlebih dahulu.

27. 7 hari protes telah berlaku di mana hari jumaat ialah hari kemarahan rakyat mesir = hari kebangkitan pertama. Esok dijangka menjadi hari kebangkitan kedua rakyat mesir.

28. Polis dan tentera tidak cukup kakitangan untuk mengawal keselamatan di seluruh mesir. Terdapat juga beberapa kumpulan yang sengaja menimbulkan provokasi untuk memburuk2kan kumpulan protes di mesir. [awas dengan provokasi neh, mereka diupah oleh hosni dan israel bertujuan perang psikology utk lemahkan pejuang2 mesir]


29. Perintah berkurung dikenakan pada waktu malam sahaja. Keadaan di waktu siang agak tenang. Terdapat beberapa kumpulan yang menyamar sebagai kumpulan protes berniat jahat telah merompak dan menganiaya orang awam [neh lah dia jenis manusia bebal, org sibuk cari keadilan dorang sibuk buat jenayah, dah tue yang dapat nama kena kutuk, kumpulan pejuang kebebasan gak.. org berjuang nak cari kerajaan adil, dorang lak cari duit lebih puaskan nafsu sialan betul org2 macam neh.. cilakak].


30. AL-Jazzera ditekan oleh hosni sebab menyebarkan berita sahih, cepat dan tepat. Walaupun mereka diarahkan tutup pejabat di kaherah mereka masih beroperasi mencari berita yang tepat, telus, adil untuk disalurkan kepada rakyat di luar sana.


31. Protes dijangka berterusan.


32. Palestine memberikan sokongan penuh kepada kumpulan protes di mesir. [kebanyakkan rakyat mesir sayangkan palestine dan tak boleh terima hosni yang berpakat dengan israel. Kemarahan rakyat mesir kali ini tercetus akibat bersabar terlalu lama dengan karenah hosni alzalim alsetanbermukamanusia neh]

33. Terusan suez = laluan yang digunakan untuk membawa petrol keluar masuk dispekulasikan akan terjejas. Harga petrol dunia mungkin akan naik berikutan krisis di mesir. Harga barang makanan dan keperluan juga akan naik mendadak di seluruh dunia. [haizz orang lain naik harga sebab krisis.. di malaysia krisis ke tak krisis ke naik juga tiap2 bulan enh..?]

34. Neh plak updated terbaru yang tak sampai 2 minit dari mesir.

Updates: Hundreds of thousands reported in Tahreer square even more than yesterday. Alexandria is full of protesters. About 100 thousand in Mahalla. Mubarak appoints new cabinet. Protesters are rejecting new cabinet saying he is not Egypt’s president anymore. US state dept asks Egypt to be open & clear!? Which means what? To who? Where? Unbelievable! Israel asks US govt to continue support Mubarak.
Dapatkan update dari mesir di sini. Terkini, cepat dan tepat.
Saya akan update lagi..

Lagi updated ;

1/2/2011 00.15 malam.

1. 500 pelajar malaysia telah dipindahkan ke tempat yang selamat.

2. 100 pelajar malaysia mahu pulang.

kita kena desak kerajaan utk bawa pulang rakyat malaysia di mesir segera. Saya tak pastilah samada benar atau tidak rakyat malaysia di rogol dan ada yang ditembak di kaki akibat peluru sesat sebab tak keluar kat berita2 di kaca tv.. [mengambil point bahawa ini mungkin juga provokasi] tetapi kalaupun semua rakyat malaysia selamat dari segi fizikal..

kerajaan tak boleh jamin mereka akan terus selamat apatah lagi mereka kini terputus bekalan makanan dan ubatan.. [bekalan makanan dah semakin kurang]. Itu tak masuk lagi kesukaran untuk berhubung. Elok bawa pulang je. Takyah cadang2. Takyah sedia2. Takyah tunggu kritikal [padahal dah kritikal beb]. Bawa pulang, elak risiko.


Ameno : Revolusi kat mesir cantik tapi keganasan kat sana neh sapa yang menjadi dalang? Kumpulan perusuh / pejuang kebebasan rasanya takan merompak, merogol dan etc.. melainkan ada dalang2 tertentu yang merosakkan imej mereka.. urmm.. teringat taktik keji israel dan us ke atas afghan dan iraq.

Petrol naik esok malam!

Entry kali neh pendek je. Malas tulis banyak pasal tengah sibuk busy dengan isu revolusi di mesir. Ewaahh cam aku kat mesir plak. Hahaha.. actually aku tengah belajar dan prastice maaa.. sebab tak lama lagi nak buat revolusi kat malaysia pula. Senang nanti nak kerjakan kerajaan zalim neh..

Berita yang aku dapat tahu minyak naik tengah malam ini. Sumber terkini dari twitter teo neo ching.. ahli parlimen serdang = mp pakatan rakyat. dan lagi satu sumber plak dari rakan2 saya benci harga barang naik. baca bawah neh laporan dia.


Kepada kekawan yang nak update pasal harga barang2 dan perkara2 yang berkaitan, sila join group tersebut. Banyak info menarik dalam tue. Seme update kat situ.

Apa pun harga petrol terbaru ini effected untuk ron 97 je. Tak pasti dah masuk berita ke belum tapi kalau belum masuk pun aku rasa esok kot baru diwar2kan. Selamat menikmati harga baru ya kekawan2. eNJoy yourselves. Heh

Updated :



aDa sedikit kekeliruan dari segi info. Samada naik malam ini atau malam esok. Tarikh kurang pasti tapi rujuk kepada member yang dapat MOF tue dia cakap tengah malam neh. Rasanya betul larh kot. Apa pun selamat menikmatinya lah sebab naik tetap naik. Enjoy!

Ameno : BN naik, barang naik, semua naik. Heh

*** Maaf, aku silap tafsir tarikh daa.. petrol naik malam neh.

U/P Najib piem lembab : krisis sebenar rakyat malaysia di mesir.


Woit piem dan tipiem. Korang baca bebaik kat bawah neh. Entah betul entah tidak aku taktahu tapi apa yang pasti lebih baik korang berdua kerah kepala hotak korang berdua tue sekarang untuk bawa balik rakyat malaysia dari mesir. Dah tentu2 revolusi kat sana, ko tahu, aku tahu, tah mana mungkin aman. Agak bangang juga bile tipiem mengatakan tiada keperluan untuk bawa pulang rakyat malaysia dari mesir. Cuba kalau itu anak ko sendiri, boleh gak aku senyum dengar ko berkata begitu. Heh

Media mesir dok propaganda sebarkan keadaan yang berbeza untuk kurangkan stress. Tapi hakikatnya sekarang keadaan kat sana kelam kabut. Warga asing di larang masuk ke mesir tahu tak? Sekarang jepun dok hantar kapal terbang untuk bawa balik rakyat mereka? USA dah 2 hari pesan rakyat mereka harus segera pulang, manakala beribu2 warga asing digesa pulang ke negara masing2 dan korang berdua boleh plak bebal2 melancong sakan (piem and mrs piem) sambil meraikan kemenangan tenang (tipiem).
Akai ada ka? Aku tahu korang ada tapi tak guna tue je. Heh.

Enh jangan nak marah, entry aku neh mmg kasar pasal aku geram. Aku peduli hapa. Mesir di bantu israel. apa ko berpakat ka dengan israel ka?
hosni - israel = linked najib - israel = linked najib - hosni - israel = linked. ada betul ka? heh Korang berdua baca dulu bawah neh ;

Salam Ariff, saya Nadia, a student in Egypt.

Ariff, kini saya berada di Malaysia kerana pulang untuk winter break, but when I got home, the condition in Egypt somehow got worse about the Hosni Mubarak thingy. Ramai yang sangka keadaan kat sana adalah okay, mengikut kata Jabatan Penuntut Kaherah Mesir dan Kedutaan Malaysia di sana, but there are parts that they don’t know:

Di tempat saya Mansoura, people got killed on the streets, houses are getting robbed and they are aiming to attack Malaysian students. There are about 6000 prisoners on the streets! Pelajar kita di Alexandria dirogol, airport dibakar dan anggota polis tidak lagi menjalankan tugas mereka.

Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.

Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita

Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923

Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com

Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.

- Nadia


Dah2 sudah jangan cakap banyak. Samada betul atau tidak student malaysia dirogol, kita kena bawa dorang balik gak. Ini aspek2 keselamatan. Aku tak peduli lar amaran jingga ke amaran biru ke merah ke macam si hanafiah bercakap tue yang aku tahu lebih baik bawa dorang pula sebab keluarga dorang dah risau yang amat2. Kalau tak berlaku sekarang pun belum tentu takan berlaku.

Dengar citer ada pelajar malaysia terkena peluru sesat. Boleh bayangkan keadaan kat sana macam mana? Kalau degil juga aku cadangkan piem dan tipiem je lepak sana forever. Sila menikmati revolusi di negara orang dulu sebab tak lama macam tue akan jadi kat malaysia. Tak percaya? Sila kejam lebih lagi dari sekarang. Heh


Ameno : Satu nasihat aku kepada kerajaan malaysia yang bebal neh.. aku faham kat tenang banjir. Aku faham bn baru menang kat tenang. Tapi tak payahlah dok canang dalam berita beria2 satu pasukan khas dihantar utk bantu mangsa tenang ke apa ke.. kat terengganu pun banjir gak apasal tak cover lebih2 citer tue? Yang kat mesir pe citer? Bodoh punya kerajaan. Langsung tak reti nak jaga perasaan rakyat. Satu je rakyat malaysia mati/meninggal kat mesir aku dengar .. siap ko.