Untuk pertanyaan/iklan/berita sila hubungi saya disini orderonline2010@gmail.com.

Info terkini tentang misi bantuan ke mesir!!


Sumber maklumat : Berita tv3 dan awani.

1. Najib dah bersetuju akan bawa pulang semua pelajar malaysia yang terkandas di mesir ke malaysia semula.

2. Mereka akan dibawa pulang guna kapal TLDM.

3. Kapal tersebut kini berada di teluk aden atas sesuatu misi dan akan terus ke pelabuhan terdekat di mesir untuk mengambil pelajar2 dari malaysia. [termasuk rakyat malaysia rasanya].

4.Semua pelajar telah diarahkan berkumpul di dewan mahasiswa malaysia.

5.Kapal tersebut kemudian nya akan berlabuh di jeddah atau mana2 tempat yang bersesuaian sebelum rakyat malaysia dibawa pulang ke malaysia melalui penerbangan antarabangsa.

6. Tindakan najib neh berkemungkinan besar ada kaitan dengan desakan dari rakyat bertubi2 menerusi fb, email, blogs, twitter dan kemarahan orang ramai menerusi email news@tv3.com.my

7. Najib juga memberikan penjelasan bahawa kerajaan sebenarnya sedang memikirkan langkah paling pratikal untuk membantu rakyat malaysia di sana. Katanya lagi, malaysia ada lebih dari 10,000 ribu rakyat yang berdaftar dengan kedutaan di mesir jadi sebarang langkah yang di ambil adalah perlu efektif dan bersesuaian dengan keadaan semasa.

8. Najib juga menjelaskan bahawa kos yang mahal dan saiz kapal terbang yang kecil juga menyebabkan kerajaan enggan mengangkut rakyat malaysia yang berada di mesir mengunakan flight. Satu2 kapal terbang [rasanya kapal terbang tentera yang najib mention neh] hanya mampu memuatkan lebih kurang 40 penumpang jadi takan nak angkut separuh je dan tinggalkan separuh yang lain sedangkan malaysia mahu menyelamatkan semua rakyat malaysia.

9. tv3 juga melaporkan beberapa email yang marah kat kerajaan dan risau dengan warga malaysia di mesir. [kalau korang nak marah ke kasi idea ke apa ke sila ke sini news@tv3.com.my]

10. tv3 juga menyiarkan perbualan tv3 dengan Nurul Aini Jahaya, salah seorang pelajar malaysia yang berada di mesir yang menceritakan perkara sebenarnya di mesir. Mereka berada dalam ketakutan dan tiada makanan. [Dari suara dia yang aku dengar.. dia macam sebak, takut dan mungkin nak menangis]. Nurul juga berkali2 minta selamatkan mereka di mesir. [dia 3,4 kali cakap tolong selamatkan kami, tolong amek kami..]

11. Mohammed Husaini Salleh, salah seorang mahasiswa dan ketua bagi fakulti perubatan[rasanya aku ya ingat2 lupa paparan kat tv3 tadi] mengesahkan semua student yang di bawah dia berada dalam keadaan yang selamat. Tetapi mereka terputus bekalan makanan, dan tiada tempat yang selesa untuk berlindung. [Tv3 kemudian nya potong.. aisehmen kasi rakaman penuh bhai]

12. Ahli keluarga pelajar yang berada di mesir juga datang ke tv3 untuk membuat aduan dan rayuan agar kerajaan menjemput pulang rakyat malaysia di mesir. [terdapat juga ahli keluarga pelajar bagitau pasport anak mereka di simpan oleh pihak universiti. Kalau begitu lah keadaan macam mana dorang nak terbang balik?]

Dan yang neh dari awani pula

13. Awani mengatakan najib sedia menimbangkan untuk membawa pelajar malaysia di mesir menggunakan kapal TLDM iaitu KD Bunga emas yang kini berada di teluk aden. Mereka kemudiannya akan di bawa ke jeddah, arab saudi sebelum berlepas pulang ke malaysia dari sana.

14.Najib juga menegaskan bahawa kerajaan tidak boleh terburu2 membuat keputusan kerana ini melibatkan rakyat malaysia yang ramai di mesir. Setiap tindakan haruslah diteliti terlebih dahulu.

15. Alasan najib tidak menggunakan kapal c100 kargo hercules [tolonglah betulkan kalau aku salah sebut neh.. tah kapal terbang atau kapal laut aku pun tak jelas] adalah tidak pratikal.

16. MAS dan AIR-ASIA diminta bantu menyediakan penerbangan untuk membawa pulang pelajar2 malaysia di mesir.

17. Bantuan zakat juga disalurkan kepada pelajar2 malaysia di mesir untuk menampung keperluan harian mereka di sana sehingga diselamatkan.

18. Terdapat 1,000 rakyat kelantan berada di mesir. Kelantan kini sedang mengumpulkan sumbangan untuk membawa pulang pelajar2 mereka dari mesir.

19. persatuan pemuda umno perak akan menubuhkan satu talian khas untuk update pelajar2 perak di mesir dari semasa ke semasa agar ahli keluarga mereka tidak terlalu bimbang.

20. Awani tadi sempat berhubung dengan pelajar jurusan islamiah di universiti al-azhar, mesir. Berikut adalah butiran perbualan tersebut ;

- terputus bekalan makanan kerana kedai runcit tutup.

- bertahan dengan bekalan makanan yang lama.

- tiada talian internet dan gagal hubungi sesama mereka dalam mesir, kecuali luar dari mesir.

- tidak boleh keluarkan duit kerana bank tutup. Mesin atm tidak beroperasi dan rosak.

- berlindung di rumah semata2 dengan dua rakannya yang lain dan tiada jalan lain.

- dua rakan nya yang lain ialah Mohd fauzan dan Khairul Munif. [kenal tak? mereka bertiga selamat buat masa sekarang cuma tiada duit]

[Student lelaki neh aku dengar suara dia agak berani berbanding student perempuan.. tapi yelah.. lelaki kan mmg berani pun dari pompuan]

Lepas tue ada beberapa demo di seluruh negara yang sokong rakyat mesir seperti mahgribi, amerika, filipina dan thailand.

Dan ketika sedang baca berita tadi, tiba2 penyampai awani mengumumkan bahawa najib akan hantar misi menyelamatkan rakyat malaysia tak kira melalui udara atau darat. [Dalam erti kata lain misi tersebut bermula dah, so ahli2 keluarga kat sini boleh menarik nafas lega] Dan ini ada sedikit kekeliruan informasi yang diberikan oleh tv3 tadi. Entah tv3 dapat maklumat yang salah ataupun memang disengajakan aku tak peduli la.. dalam entry neh aku mmg malas nak kondem kerajaan pasal dah penat. Heh

1. tv3 lapor bahawa rakyat mesir tolak Mohammed Albaradei untuk mengetuai mereka membentuk kerajaan campuran sementara menunggu pilihanraya. [Ini tipu. Rakyat mesir tidak menolak Mohammed Albaradei. Mereka mengalu2kan Mohammed Albaradei. Malahan Mohammed Albaradei berkerjasama dengan IK untuk mencari penyelesaian dan diplomasi terbaik bagi menangani krisis di mesir]

2. TV3 juga melaporkan bahawa Omar suleiman di terima baik oleh rakyat mesir. [ini tipu bhai. adoiiyai. Omar suleimen neh proksi kuat kepada us dan israel sama macam hosni mubarak, takan rakyat mesir terima bhai? check sendiri kat fb mereka, mereka kutuk omar gila babi. bukan hosni je kena berambos, sekutu2 dia pun kena berambos gak dari mesir termasuk omar. Itu tuntutan rakyat mesir. Mereka reject omar suleiman neh. Mereka juga tolak kabinet baru yang dibuat oleh hosni mubarak. tv3 lue jgn bagi citer palsu kat rakyat malaysia bhai. adoiiyai. internet ade kiri kanan bhai. sekarang seme pun boleh jadi wartawan. Heh]

3.Amerika desak mesir selesaikan konflik segera. [Mmg betul. Tapi masalahnya dok bagi citer sekerat2. Amerika desak mesir iaitu hosni untuk tamatkan revolusi di mesir segera. amerika masih mahu hosni jadi presiden tetapi dia soh tamatkan konflik dengan cepat bagi mengelakkan kepentingan amerika di mesir terjejas. Ini isu sebenarnya. adoii tv3.. semoga ahtimu dibuka oleh Allah swt. aminnn..]

Persepsi yang baik kepada omar..
Persepsi yang baik kepada amerika..
Persepsi yang baik memang disukai israel..
Persepsi2 yang baik di jaja oleh tv3 milik umno..

hurmm.. apakah makna nya di sini?

lue fikir
lue cerna
lue faham.

Ameno : benda neh pun mau tipu ka? jangan beb. Jangan jadi orang islam yang tikam 'islam' sendiri. Ada juga ahli keluarga yang marah kerajaan dok cakap rakyat malaysia di mesir selamat2.. padahal bom situ sana sini.. banduan bebas berkeliaran.. harap2 tv3 janganlah sekat info betul.. rakyat menilai.. kalau taknak teruk dihentam bek ikut label awani. Awani tak pro sapa2 .. bebas dan telus. Ini baru adil.

Surat rayuan : Bawa pulang rakyat malaysia dari mesir segera!


Kepada yang berkenaan ;

Perdana menteri malaysia,
Timbalan perdana menteri malaysia,
Menteri hal ewhal luar negara malaysia,
Media perdana malaysia,
Rakyat malaysia.

Perkara : Bawa pulang rakyat malaysia dari mesir.

Saya yang bernama Mohd Hasfman bin Asnin meminta kerjasama dan bantuan segera dari kerajaan untuk membawa pulang rakyat malaysia yang berada di mesir dengan kadar segera kerana memikirkan keselamatan mereka di sana.

Beberapa perkara yang perlu menjadi perhatian perdana menteri malaysia dan kerajaan malaysia ialah ;

- terdapat laporan mengatakan ada pelajar medic di rogol dalam rumah mereka oleh kumpulan banduan di mesir.

- terdapat juga laporan tersebar bahawa 2,3 orang student malaysia terkena peluru sesat ketika keluar mencari makanan dan usaha untuk menghubungi ahli keluarga bagi meminta bantuan.

- terdapat laporan mengatakan bahawa ada sekumpulan student kehabisan wang untuk membeli makanan dan kini ketakutan. Bank2 di seluruh mesir tertutup dan mereka kebuntuan untuk meminta bantuan kerana talian komunikasi terputus.

- Kebanyakkan student perempuan yang berada di hostel berasa cemas, kaget dan ketakutan.

- Ada hostel student malaysia dan indonesia yang dipecah masuk dan dirompak.

- Ada yang masih sabar berkampungdi lapangan airport alexandaria untuk menunggu flight yang tertangguh.

- Ada yang tiada wang untuk pulang selain mengharapkan ihsan kerajaan dan pihak yang sudi menaja. Harga tiket dilaporkan naik 7kali ganda di samping harga makanan yang mendadak naik dalam tempoh kurang 5 hari demostransi di mesir.

- Di maklumkan hanya student MARA dan JPA sahaja yang akan di bawa pulang ke malaysia dan ini tidak adil. Kenapa perlu wujud double standard? Saya harap berita ini tidak sahih.

- Protes di mesir di jangka akan berlarutan untuk suatu tempoh yang lama dan panjang dan brkemungkinan akan berjangkit di negara2 kejiranan mesir.

-hospital, balai polis dan pusat bantuan lumpuh kerana dibakar, diserang dan kekurangan kakitangan untuk mengawalselia keadaan di sana.

- ramai penjenayah bebas di atas jalan2 di mesir dan keselamatan orang awam tidak terjamin.

- Terdapat laporan mengatakan bahawa ada beberapa warga malaysia akan berkampung di negara kejiranan mesir. Saya mencadangkan lebih baik bawa mereka pulang terutamanya student2 dari malaysia. Selain boleh mengurangkan kos makanan, penginapan dan perbelanjaan lain, ahli keluarga mereka di malaysia juga tidak akan sentiasa risau memikirkan keselamatan anak2 mereka di sana.

2. Jepun, Amerika, Jordan, Turki, Kanada, Syria, Australia dan China sudah membawa warganegara mereka menaiki kapalterbang yang khas yang digunakan untuk mengangkut rakyat mereka di sana.

3. Selain dari krisis mesir yang tidak dapat dijangka akan berlanjutan sampai bila, kerajaan juga perlu menimbangkan aspek2 keselamatan dan kesihatan lebih dari 11,000 ribu warganegara malaysia di sana yang terdiri daripada pekerja2 dan pelajar2 di malaysia.

4.Dengan merujuk kepada paparan printscreen di atas, jelas terdapat kekacauan yang besar dan rakyat malaysia sedikit sebanyak sudah tentu akan terjejas. Tanpa perlu menunggu amaran merah, kerajaan perlu sedia bawa pulang rakyat malaysia segera kerana dikhuatiri ada nyawa yang mungkin melayang. Jika benar ada pelajar malaysia yang ditembak sudah tentu pelajar tersebut tidak boleh mendapatkan rawatan apatah lagi bekalan makanan dan wang mereka juga kian susut. Bank masih ditutup. Laporan kewangan juga mengesahkan bahawa bank2 di mesir berisiko tinggi kehilangan deposit. Jika ini berlaku, samada bank dibuka atau ditutup tiada beza kerana student tidak boleh keluarkan wang mereka dari bank yang tiada wang.

5. Apabila saya melihat berita menerusi kaca tv saya dapati kurangnya kesedaran tentang pelajar malaysia di mesir oleh kerajaan dan kerajaan mungkin tidak mendapatkan gambaran sebenar tentang apa yang berlaku di sana. Oleh itu izinkan saya share satu link yang melaporkan setiap perkara yang berkaitan pelajar malaysia di mesir dan mohon budi bicara kerajaan untuk bawa pulang mereka segera. Kerajaan boleh mendapatkan segala akses mengenai pelajar di mesir disini dan tolonglah bawa mereka pulang segera. Keselamatan dan kesihatan mereka mungkin dalam bahaya dan bukan semua sempat berkumpul di lokasi yang selamat.

Kerjasama dan perhatian kerajaan dalam kes ini amatlah diperlukan.

Yang risau tentang nasib rakyat malaysia di mesir.
Mohd Hafsman Bin Asnin

Surat kat atas ini dikarang oleh budak yang send mesej kat fb aku. Dia harap kerajaan boleh bantu student yang terperangkap kat mesir dan topik di atas takde kena mengena dengan politik sebab dia minta aku jgn sebut perihal politik or menyalahkan kerajaan dalam hal neh. So aku hormati pendirian dia dan aku harap najib boleh pertimbangkan idea ini..

Ameno : bab rogol tue aku tak tahu dari malaysia or dari indonesia.. apa2 pun aku harap malaysia boleh bawa balik seme student dan warga malaysia dari mesir.. keselamatan yang paling utama.. cukup2lah tue nak pertimbangkan apa lagi?nak pantau apa lagi? hantar je kapalterbang jemput cam china tue. [dengar citer china komunis.. heh.]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...