Untuk pertanyaan/iklan/berita sila hubungi saya disini orderonline2010@gmail.com.

4 protokol easy untuk menjana pendapatan online.


Entry neh adalah update dari entry lepas. Dulu pernah gak buat entry pasal neh tapi incomplete. Ketika mula-mula buat entry neh aku taktahu kesahihan fakta yang aku baca menerusi blog orang lain. Namun selepas beberapa bulan mencuba, aku dah tahu dah mana satu yang boleh bagi duit dan mana satu yang tak boleh bagi duit. 

Untuk buat 4 perkara neh korang kena ada blog. Kalau takde blog pun takpe juga. Namun tak semua pendapatan boleh dijana tanpa blog. Lebih baik kalau korang ada blog. Barulah korang leh target cara untuk menjana pendapatan online.

Namun, sebelum buat blog pastikan korang sedar diri kemampuan korang. Kalau takde idea untuk menulis pun takpe. Buatlah blog bergambar. Letak gambar2 yang menarik. Blog mesti lain dari yang lain. 

Pernah tak tengok orang buat blog untuk headline berita hari ini? Maknanya scan berita-berita penting dan masukkan dalam blog untuk tujuan penyimpanan dan fakta. Tak pernah kan? Hah, aku nak buat blog macam tue kelak. Memang ini idea aku tapi sengaja je aku letak kat sini. Sapa-sapa nak ciplak idea aku pun takpe. Idea mungkin boleh diciplak tetapi kreativiti membezakan kita. Heh

Untuk tidak membuang emas [masa] masing2, eloklah aku terus kepada topic utama.

1. Menerusi nuffang.

Aku rasa ramai gila bloggers guna nuffang untuk target income. Memang boleh raih income. Siyes aku cakap. Tetapi aku sendiri tak letak iklan nuffang dalam blog aku. Pendapatan yang diraih menerusi nuffang amatlah sedikit dan lambat. Mungkin sebab aku tiada status glitteri. Atau mungkin juga kerana ketika itu followers aku baru 10 orang. Heh

Namun dari dulu lagi ada sedikit kemusykilan di ahti aku mengenai event nuffang. Malas aku nak cakap kat sini sebab nanti kena cari bukti dan etc lah.. memandangkan entry kali neh citer pasal buat duit so better aku focus on that particular issue dulu. Heh

2. Adverlets.

Adverlets neh aku cedok dari rakan blogger aku. Rakan blogger aku itu adalah sekutu rapat maher zain. Heh. Memang boleh buat duit menggunakan adverlets. 

Pendapatan aku 3 bulan bersama adverlets telah cecah rm??. Aku baru cash out bulan lepas. Belum terima checque. Aku rasa aku tak perlu tunjukkan bukti cashout dan bukti impression yang aku raih setiap bulan. Tidak berbuat demikian bukan bererti aku tipu. Tidak berbuat demikian ialah disebabkan aku taknak korang beria2 benar buat blog untuk cari duit. 

Aku dapati ramai bloggers suka menunjuk2 pendapatan yang mereka raih. Sebenarnya tidak salah. Tetapi kalau dah keterlaluan sangat mungkin itu akan menyebabkan orang lain menulis blog semata-mata nak raih income yang dia dapat tue. Dan mungkin juga disebabkan itu, mereka akan menulis yang bukan2 untuk raih pendapatan lumayan. 

3. Innity.

Innity neh aku baru masuk sebulan lebih. Namun dia dah buat hal dengan aku. Cakap terus terang innity bayar memang tinggi berbanding adverlets. Untuk pertama kalinya aku terkejut baru 4 hari pendapatan aku dah cecah rm50. Namun itu tidak kekal lama. Selepas 3 minggu lebih tiba-tiba innity aku tak memberikan impression. Sedang dalam proses untuk menyelesaikan masalah berbangkit.

Namun aku dah cash out rm250 pendapatan yang diraih menerusi innity. Belum terima duit. Pendapatan itu aku raih lebih kurang hampir 3 minggu [tak tepat sangat sebenarnya] memasang innity kat blog sebelum tiba-tiba dia tak kira impression aku macam selalu. Masalah neh dah dekat 2 minggu. Biar jelah iklan dia kat blog aku sementara aku bangang2 nak fikir apa problem sebenarnya. Boleh gitu? Heh.

Untuk nuffang korang takley pasang iklan innity dan adverlets dalam blog korang. Nanti dia tak kira income korang. Untuk innity dan adverlets korang leh join venture bagi memaksimumkan pendapatan korang. Untuk nuffang dan adverlets korang tak perlu ada pageview yang ditetapkan every monthly untuk pasang iklan di blog melainkan ada blog je. Walaupun takde blog korang tetap boleh berdaftar di nuffang dan adverlets. Namun untuk innity korang kena ada pageview yang ditetapkan. Pageview untuk innity ialah 100k sebulan dengan 2k ialah unique readers.


Yang neh aku baru je buat. Itupun atas saranan member blogger, milosuam. Adalah dalam 3 hari termasuk lah hari neh. Hasil taktahu macam mana. Tapi churpchurp neh boleh digandingkan dengan nuffang sebab mereka neh dok bawah satu label. Churp2 neh agak menarik sebab tak perlukan blog. Guna facebook pun boleh raih pendapatan online. Salah satu cara guna fungsi note yang ada kat facebook korang. Aku dapati tak ramai yang gunakan fungsi nota neh untuk buat job churp2. Takpe, aku kasi idea tue kat korang. Gunakan note untuk sebarkan promosi dalam churp2. Gunakanlah html untuk letak link. Ada code tapi aku taktahu. Bab2 tue korang kena cari sendiri.

Lagi satu aku nak share. Buat duit guna survey ke, guna klik-klik ke, iklan yang macam google tue tapi nama dia apa yek, aku lupa tue seme tak boleh pakai tue. Tak payah letak kat blog korang. Menyemak. Siyes aku cakap. Tak payah focus banyak2 iklan tapi satu haramjadah pun tak memberikan pendapatan kat korang. 

Dan juga tolong jangan terpedaya dengan omongan kosong bahawa perniagaan di internet tak perlukan modal. Itu semua penipuan semata-mata. Berniaga apa pun kena ada modal. Aku tengok ramai gila yang cuba menipu orang-orang islam untuk mencapai keuntungan segera. Tak suka betul aku.

Dan lagi satu aku nak pesan gak, tak payah suruh orang klik iklan kat blog korang. Ye aku faham korang nak cari duit. Aku pun nak cari duit gak beb. Tambahan pula aku nak menjadi blogger sepenuh masa. Tetapi dok pursue reader klik iklan kat blog korang tue memang kelakar. Ya, ya aku faham. Blog korang, korang punya pasal lah korang nak wat apa kan? Tapi kena fikir gak perasaan orang yang membaca blog korang tue. Macam aku lainlah. Aku mana ada perasaan punya manusia. Aku men spesis langgar dan lari. Heh

Kadangkala aku faham korang memang perlukan duit untuk certain keperluan. Daripada suruh mereka klik iklan better korang cari jalan lain untuk cari income tambahan bagi mengatasi kos kenaikan barang2. Jual lah barang macam aku. Aku nak jual pampers yang boleh pakai semula. Nanti aku tulis pasal tue akan datang.
 
Ameno : Aku dengar says.com dan pixel iklan pun boleh bagi duit. Tapi tak tahu betul ke tak betul... 

Sambutlah Valentine kerana ianya bukan haram...


Leceh betul. Satu perkara pun nak ulang cakap sampai berpuluh-puluh blog menyiarkan perkara neh. Ada yang mempertahankan valentine. Ada yang marahkan valentine. Ada yang keliru samada patut ke tak patut sambut valentine. Benda remeh cam neh pun nak bertekak bagai nak rak. Ini baru isu kecik. Isu kecik cam neh sepatutnya takdelah bebankan kepala hotak. Tetapi ntah camne benda-benda camne lah mereka pusing berdarjah-darjah untuk kelirukan penganut-penganut islam di malaysia. Heh

Setiap perkara mesti ada asas. Setiap perkara mesti ada permulaan. Kena kaji apa itu asas dan permulaan kepada valentine itu sendiri. Memandangkan Allah swt tak terangkan pasal valentine dalam Alquran kepada kita, jelaslah kita kena pergi buat research sendiri. Hasil research aku mendapati bahawa ;

1. Kisah [lagenda] paderi valentine yang sering diperkatakan oleh masyarakat kebanyakan kita boleh diragui sumber keasliannya.

2. Menerusi wiki yang aku baca cincai boncai pasal malas, dia [penulis yang juga boleh diragui keamanahannya dalam menyampaikan mesej] mengatakan tiada elemen-elemen romantika dalam asbab kematian paderi valentine. Entah kenapa tema kasih sayang [romantik] dengan kematian paderi ini boleh terkait. Faktor masa menyebabkan ramai orang mula salah tafsir.. Memang aku percaya. Manusia suka mengumpat dan membuat persepsi sendiri. Contoh terdekat ialah aku sendiri. Lihat sini

3. Paderi valentine mati pada 14 february juga tidak dapat dipastikan. Apa yang ada cumalah dia dikuburkan pada 14 february. Tarikh kematian tidak dapat dikenalpasti. Paderi-paderi kristian juga secara teknikalnya tidak tahu kesahihan fakta-fakta valentine neh. Apalah yang kita boleh harapkan pada mereka sedangkan mereka pun main ubah je kitab asal injil tue kan? [maaf enh penganut kristian, walaupun saya taknak cakap tapi benda neh fakta, kita kena terima okeyh]. Lihat sini.

4. Terdapat pelbagai mitos dan lagenda kenapa valentine disambut dibeberapa negara barat yang kemudian nya turut tersebar ke negara-negara arab dan asia.

5. Antara mitos yang aku baru amek tahu.. [dulu aku tak pernah amek tahu.. siyes aku tinggalkan valentine itu demi akidah ku bukan demi mitos] 

Hari valentine ini diraikan sempena mengingati perngorbanan dan jasa-jasa paderi valentine terhadap rakyat rom suatu ketika dulu. Paderi valentine neh pernah memujuk pemerintah rom [raja] untuk menganuti kristian tetapi ditolak oleh pemerintah ketika itu. Askar-askar [lelaki] rom pada ketika itu konon nya tidak boleh berkahwin atas alasan perkahwinan akan melemahkan kekuatan fizikal mereka. 

Namun secara senyap-senyap paderi valentine mengahwinkan juga askar-askar muda rom kepada pasangan masing-masing. Apabila penguasa rom mendapat tahu akan perbuatan paderi valentine, dia jadi marah dan memanggil paderi valentine mengadap. Ketika sesi soal-jawab, penguasa rom sempat memujuk paderi valentine agar menukar agamanya kepada agama pagan [animisne = atheis = tiada kepercayaan kepada agama]. Jika paderi bersetuju, penguasa rom akan membebaskan paderi valentine daripada sebarang hukuman tetapi paderi valentine enggan. 

Kerana marah, paderi valentine dijatuhi hukuman mati. Sebelum mati, paderi valentine telah menyembuhkan seorang perempuan yang buta. Dan ketika dijatuhkan hukuman mati, paderi valentine telah menghantar sekeping kad kepada gadis tersebut sebagai tanda ingatan/kasih sayang. Aku pun tak sure. Maklumat neh bersepah dalam google. 

6. Namun kisah di atas ini [dan lain2 kisah] telah banyak kali menjadi pertikaian di barat. Mereka mengatakan bahawa kisah yang diperkatakan dalam valentine day itu adalah mitos dan bukan nya fakta.

7. Kenapa barat sibuk2 nak pertikaian kesahihan citer di atas, aku tak pula nak amek tahu. Cuma nak bagitau memandangkan orang barat pun mencucuk mitos kristian neh, apakata kita owang islam pun cucuk gak mitos kristian neh?

8. Sabar dulu bukan aku nak create perang salib version II ke ataupun the remake of perang salib, cuma nak memperjelaskan je bahawa orang2 kristian [orang islam pun sama gak] neh suka betul lah mengada-ada kan apa yang tiada. Heh

9. Dah kalau macam tue, apa je ada hal orang-orang islam sibuk nak celebrate menda alah neh hah? Ceh, dah kantoi dah taktik paderi-paderi kristian.

10. Negara seperti jepun dan korea celebrate valentine neh secara meriah. Mungkin sebab tiada kepercayaan kot. Yelah dorang neh bukan macam kita orang islam. Busy nak mampus 24 jam. Solat wajib je ada 5x. Itupun belum masuk bab zakat, puasa dan menunaikan haji. Time dekat2 nak raya pun busy. Tak kiralah raya apa sekalipun. Pendek kata orang islam memang busy so kalau dah busy apa ke hel nya nak sambut valentine yang dimitoskan oleh kristian agar diraikan oleh setiap manusia di seluruh pelosok negara?

11. Di samping itu sambutan valentine ini juga sebenarnya satu pembaziran. Peniaga mula fikir untung segera dengan menawarkan product-product makanan seperti coklat dan bunga konon nya untuk meraikan rasa kasih sayang. Padahal nak bagi korang gemuk weh!!! Ble dah gemuk mulalah slimming centre bagi diskount untuk kurus pula... Bunga-bungaan pula selalunya tak laku time hari-hari biasa. Biasanya hari-hari cam neh lah bunga tetiba laku.. ceh. Mengekplotasikan mitos valentine untuk mengenakan kita sebagai pengguna. Peniaga itu sesat. Sesat mencari untung. Heh.

12. Walaubagaimanapun tidak dapat dinafikan sambutan valentine neh memang ada kaitan dengan kristian. Kristian secara teknikalnya tiada perayaan tersendiri. Krismas tue pun entahlah.. tak tercatatpun dalam bibble dorang kan? Dalam islam ada macam-macam perayaan.  Mungkin kristian melihat perkara tersebut dan mulalah mencipta pelbagai mitos dan etc.. untuk membolehkan mereka pun ada sambutan macam orang islam. 

13. Walaupun lagenda valentine adalah satu mitos tetapi ianya tetap tercatat sebagai salah satu hari yang diraikan oleh penganut kristian di seluruh dunia. Yang tak kristian pun raikan gak. Tukar format kepada tema kasih sayang.. tetapi tak tukar asas kepada sambutan [fakta kes kenapa hari valentine tercipta].

14. Mungkin tujuan penganut kristian pada ketika itu adalah baik. Iaitu mahu memperuntukan satu hari khas untuk tema kasih sayang tetapi sayangnya hari itu telah disalahertikan. Sebab kebanyakkan pada hari itu orang islam busy buang duit dan buang tenaga untuk berseks.

15. Lagipun tiada matlamat dan niat yang khusus diperincikan kenapa orang kristian pada ketika itu sibuk mempromosikan valentine neh.

16. Maaf sekali lagi, tiada niat pula nak bercerita pasal kristian kat sini tetapi nak buat macam mana, fakta valentine neh memang sedikit sebanyak terkait dengan ajaran kristian. Kepada orang2 kristian yang matang, mereka faham benar saya ulas berdasarkan fakta setelah menyelusuri sejarah kewujudan hari valentine.

17.  Paling terpenting sekali ialah orang islam sejak dulu lagi suka melebih2. Kalau orang sambut krismas kat umah, dorang sambut krismas dengan party foam. Orang kristian pun kalah. Begitu gak dengan valentine neh. Kat malaysia neh orang islam terover menyambut daripada penganut asal itu sendiri. Ceh. Mereka sambut dengan macam2 stail sampaikan satu saat aku pun terlupa sambutan valentine neh ajaran islam ke ataupun kristian. Heh

18. Mengikut protokol sambutan valentine neh ialah ;

- mesti sambut pada 14 feb tiap2 tahun.
- mesti beli hadiah tak kira laki or perempuan.
- mesti tukar2 hadiah
- mesti beromen bagi membuktikan tanda cinta masing2.

Itu protokol. Kalau korang buat salah satu dan tinggalkan salah satu tak sahlah valentine korang pada hari tersebut. Heh.

Dan kebanyakkan orang2 islam yang sambut memang follow 4 steps neh. Sebab apa?
- orang islam yang belum kahwin takley romen hari2. tak macam org bukan islam. nak romen setiap saat pun takde sapa bising. [so orang2 bkn islam takdelah beria2 nak beromen time valentine].

- so mereka mengambil kesempatan utk beromen time valentine. Ini terbukti menerusi stastistik oleh jabatan pencegah maksiat itu sendiri.

- memandangkan org2 islam dah menukarkan format kasih sayang kepada kasih seks pada hari valentine, memang wajarlah org2 islam neh dibendung dari menyambut hari neh. Lagipun telah dijelaskan tiada faedah yang nyata untuk sambut valentine melainkan mudharat. Mudharat sebab taktahu tujuan valentine secara khusus kenapa ianya diraikan [dicipta] dan mudharat sebab menjurus kepada perlakuan zina, bidaah, khurafat, boros dan mencuri.  



Dan dunia telah membongkarkan muslihat orang2 kristian pada waktu dahulu. Iaitu kisah disebalik sambutan valentine adalah mitos semata2. Ada juga paderi kristian yang mengakui perihal tersebut. Dan meminta jangan kaitkan valentine dengan kristian lagi. So kesimpulan nya valentine neh adalah satu sambutan yang direka2 seperti sambutan merdeka dan etc. Tetapi apa sebab orang islam nak sambut hari yang dimitoskan untuk meraih populariti dan keuntungan neh? Lue fikirlah sendiri.

Ameno : Kalau tak buat 4 protokol valentine di atas, sambutan valentine korang tak sah... tahu? Heh

WOW!! Tawaran hebat dari Piqa Bakery!

Piqa Bakery sekarang ada buat diskaun untuk mini kek. Sebenarnya dorang panggil menda tue macarons. Tapi aku panggil kek je. Sebab aku pernah makan sekali. Rasa cam mini kek. Bentuknya kecik dan comel2. Aku tak pernah beli pun. Sedara aku yang beli dulu, so aku pun tumpang melantak sekaki lah. Sedap. Tapi ikut perasa gak. Berbeza kaler berbeza rasa tahu. Heh

Tengok bawah neh ;




Ini antara contoh-contoh macarons lah. Tapi yang aku makan dulu bukan macam neh. Bentuknya lebih kurang macam kat bawah neh ;



Tapi takde kaler ungu. Dan aku tak tahu kat mana sedara aku beli dulu. Tak pernah tanya pun. Aku melantak je benda free lah katakan. Heh

Harga untuk menda alah yang comel-comel macam kat atas neh ialah rm12 untuk 12 keping / sedozen. Kalau ikut harga asal rm24 untuk 12 keping / sedozen. Tapi dia bagi offer 50%. Tapi yang paling best sebenarnya ialah korang hanya perlu bayar rm7 je untuk beli benda alah kat atas neh. Siyes. Tak tipu. Tak percaya tengok bawah neh ;


Itupun kalau korang ada facebook lah! Kalau takde facebook memang rugi sket lah. Sebab tawaran rm5 untuk pengguna facebook je. Klik sini untuk dapatkan mini kek tue.

Dan ini lagi satu benda yang aku nak sampaikan kat korang. Pada korang yang nak belajar buat kek boleh try ikuti bengkel yang di anjurkan oleh Piqa Bakery neh. Aku dapat tahu dia neh memang antara yang terkenal juga dalam bidang neh. Terutamanya sekali dalam produce kek lapis. 


Klik je sini untuk dapatkan no hp untuk sebarang pertanyaan.

Anhh sebelum aku terlupa, aku nak bagitau kos penghantaran untuk klang, shah alam, subang jaya dan subang parade adalah percuma.

Ameno : Kat kl kena bayar gak ke?