Untuk pertanyaan/iklan/berita sila hubungi saya disini orderonline2010@gmail.com.

Fitnah terbaru terhadap PAS.




Lagi fitnah berniat jahat terhadap PAS. Sapa yang wat kerja neh? Entah aku taktahu. Siyes. Nak tuduh memang senang tetapi masalahnya nak tuduh kena berserta bukti.. jom analisis benda alah neh sat ;

1. Banner di atas telah dipasang oleh pihak yang berniat untuk mencetuskan provokasi.

2. Ada beberapa kebaikan dan keburukan bagi tiap-tiap parti yang bertanding ble banner di atas dipasang oleh pihak tersebut [pihak provokasi]

3. PAS jelas tak buat kerja-kerja macam neh. Aku dah lama bersama pas. Kebanyakkannya ahli-ahli pas kat tempat aku neh bebal-bebal belaka nak fikirkan taktik kotor seperti neh sampai kena tipu berkali-kali dengan penyokong umno time pru. Siyes. Jelas dalam kepala hotak ahli/penyokong pas selain dari bahasa maki dorang memang tak reti guna bahasa kotor, menipu atau provokasi. kenapa? Dorang rasa takut lah apatah lagi parti pro islam mana kemas main kotor2 neh dah lari dari terma perjuangan parti itu sendiri.

3. UMNO buat ke? Entah. aku taktahu. Siyes. Katakanlah umno buat sah-sah umno bodoh. Mana tak bodoh, fikirlah sket taktik kotor neh bukan menaikkan imej UMNO sebaliknya imej PAS.

4. Sudah tentulah intergriti umno akan tercalar habis. Tetapi bukanlah perkara baru umno bermain dengan taktik kotor. Aku dah sedia maklum. So nak kata umno 100% buat banner kat atas aku tak boleh. Tetapi 50-50 lhar. Sebab UMNO memang expert bab-bab provokasi menggunakan taktik kotor dan memanipulasikan minda rakyat. Terbukti beb. Dah banyak kali. Nak lari dari imej tue pun dah tak mampu melainkan umno benar-benar berubah. 

5. Meskipun PAS terlihat sebagai mangsa melalui banner kat atas.. tetapi kemungkinan besar juga ada yang berfikir bahawa ada individu [bukan ahli/penyokong pas] yang mahu pas menang sengaja wat taktik neh untuk tarik simpati pengundi. Kononnya niat dia baiklah tue.. mungkin lebih kurang beginilah niat dia

"sahaja aku cipta banner kontroversi / provokasi agar pas menang di merlimau"

 6.Cuba analisis rega banner tue.. warna banner ada 3. Merah, hijau dan hitam. Jenis material yang digunakan untuk bina banner. Siap buat dua banner. Duit tengah takde.. tapi individu tersebut berduit plak nak buat banner ke ada syarikat banner sendiri? Heh

7. Fikir pasal syarikat yang terlibat dalam pembuatan banner tersebut. Biasanya mereka akan letak nama syarikat kat tepi-tepi banner bagi tujuan promosi tetapi dalam banner tersebut takde plak syarikat tersebut iklankan syarikat kat banner tersebut.

8. Nak lebih terperinci check seme kedai-kedai yang wat banner kat merlimau. Sang pencetus provokasi neh harus di tangkap tak kira siapa pun dia. Supaya kita leh tahu siapa dalang disebalik kerja banner membanner neh. Baru senang nak review dibalik kerasionalan tindakan tersebut. Heh

9. So polis nak amek kes tak? Kes diam kaluu.. macam [macam je taw] umno buat.. kes bising kalu.. macam [macam je tahu] bukan umno yang buat. Heh



Nak baca komen orang umno pasal banner di atas? Klik sini. dan sini


Ameno : provokater yang provokasi. heh

WOW! Bayaran letak kereta TBS RM4 sejam!


Kepada bapak-bapak orang, kepada emak-emak orang, kepada adik, kakak, abang, sedara, sepupu kawan-kawan, orang, korang kena ahti-ahti sket ble nak hantar sedara mara, kekawan atau sesiapa saja kat tbs neh. Lepas hantar korang kena chiaww.. tak pun kena parking luar kawasan [kalau kena saman nasib lher.. ha ha ha] Nak tahu kenapa?

Tengok gambar kat atas [kalau nak tengok gambar clear klik sini] Charge parking rm4 sejam. Nasi ayam dah dapat sepinggan. Ngam-ngam rm4 standard rega kl larh. Kalau kat kampung rm3.50 ada lagi. Heh

Memang mahal. Mahal nak mampos. Tadi aku sempat call astro. Tanya pasal tax yang ada dalam bil aku. Kakitangan astro cakap macam neh ;

" cik, government tax tue bukan kami yang buat tetapi kerajaan yang tetapkan cukai tersebut. Pihak astro tidak mengambil apa-apa keuntungan dari government tax sebaliknya semua tax tersebut akan pergi kepada government. Government tax bukan cukai keuntungan yang astro bayar kepada government. Cukai syarikat adalah perkara yang lain"

Ha Ha Ha..

Saja aku call nak tahu lanjut pasal neh. Apsal tv3 tak siar pasal government tax neh? Banyak atau sedikit jumlah tax bukan isu. Isunya ialah kenapa kerajaan tak war-warkan dalam media massa. Itu aje. 

Tapi harga parking kereta tue memang mahal. Memang cantik terminal tue melalui gambar2 yang aku tengok.. tapi kalau charge mahal2 untuk cepat dapatkan pulangan modal..[itu tak masuk kos tersembunyi dek angkara markup price time kontraktor wat kerja] perghh.. nampak sangat fikir untung dulu then baru rakyat.. harap2 lepas 2,3 tahun masih cantik dan tiadalah apa2 yang retak or roboh.. ha ha ha


Sumber gambar ehsan rakan facebook dari sini.

Ameno : Apa setahun lepas dah bagitau? Ceh.. itu citer tahun lepas.. sebelum nak laksanakan.. sekarang citer tahun neh.. kenalah announce juga.. apatah lagi dah dilaksanakan.. ha ha ha.

Zambry : PAS parti celaru.

Statement neh aku petik dari sinar harian. Pergh macam tak percayalah zambry yang memberikan statement macam neh. Perhatikan statement yang dia cakap mengenai pas kat bawah neh ;

1. DAP yang akan menggantikan PAS, bukan parti itu akan menggantikan UMNO. 

Ameno : Tak faham apa yang zambry maksudkan melalui kenyataan di atas. Adakah dia cakap DAP akan jadi parti islam yang lebih baik berbanding PAS? Maksudnya ahli-ahli DAP seme akan convert masuk islam ke? Ataupun dimaksudkan DAP akan ambilalih seme kerusi dan kedudukan PAS kat seme negeri-negeri di malaysia? Jika ya, kenapa umno cakap macam tue? Untuk menakut-nakutkan rakyat ke? Kenapa nak takut-takutkan rakyat pula? Untuk kekalkan kuasa UMNO ke? Habis tue yang menggantikan kuasa melayu kat pulau pinang tue sapa? DAP atau GERAKAN? [baca UMNO]. Heh.

Relevan ke menakut-nakutkan melayu dengan bangsa cina? Wa tak takut dengan bangsa cina. Wa cuma tak suka kalau islam dipermainkan je. Heh

2. Perjuangan UMNO berpaksikan bangsa melayu dan semangat  nasionalisme yang cukup menebal di kalangan ahlinya.

Ameno : Terima kasih kerana mengakui berjuang demi bangsa melayu. Nasionalisme tak salah. Yang salah ble memperalatkan nasionalisme untuk kepentingan sendiri. Errkk zambry melayu cap apa? Kah Kah Kah..

3. Ahli UMNO tak pernah malu mengakui sebagai bangsa melayu tetapi ada parti yang malu mengaku mereka adalah bangsa melayu.
Ameno : Setuju. Dalam UMNO tak melayu seme mengaku melayu dan mereka memang tak malu. Heh

4. Saya rasa parti itu menghadapi kecelaruan pemikiran yang keterlaluan sehinggakan tidak sanggup mengakui bangsa sendiri.

Ameno : Harap sangat zambry pada masa itu tengok cermin ketika berucap. Kah kah kah

5. Pakatan mereka seolah-olah hanya tidur sebantal tetapi mimpinya berlainan.

Ameno  : Salah. PR tidur guna bantal lain-lain. Apa kes tidur kongsi-kongsi bantal neh? Mimpi sudah tentulah lain-lain. Namun cara untuk mencapai mimpi itu yang sama lhor. Iaitu kena tidur. Ada faham ka? Kah Kah Kah..

Zambry.. zambry.. tak salah bangsa mamak mengaku mamak.. mamak pun manusia. Mamak pun ciptaan Allah swt juga.. mamak pun ramai yang berjayaa.. yang salah ble mamak mengaku melayu dan ia buat orang meloya.. 

kah kah kah
kah kah kah kah
kah kah kah kah kah
Ameno : Umno = parti untuk orang melayu. Tetapi melihat ke dalam ahli umno.. mana satu rupa melayu pun aku taktahu.. azeez? naina merican? kj? kah kah kah..

Abu kassim tersenarai tokoh paling berpengaruh..

Berita paling mengantuk..memandangkan aku dah mengantuk.. aku nak share rasa mengantuk dengan korang.. sama-sama kita sebarkan virus mengantuk neh..

Baca bawah ;

Citer neh memang aku akan kondem. Aku tak kisah kalau korang nak kondem aku balik. Tapi sebelum tue baca dulu apa yang aku nak kondem ;

1. Berpengkalan kat new york plak tue. Ceh. Sikit pun aku tak percaya ketelusan dia mendapat no 4. Aku takmo kaitkan ia dengan amerika ataupun apco apatah lagi obama. Trtapi malaysia memang mesra dengan usa sejak akhir-akhir neh. Heh

2. Tak faham kelogikkan dia mendapatkan no 4 tue. Apakah jasa-jasa dia? Stastistik rasuah semakin menaik. Kes rasuah yang melibatkan orang atasan pun tak settle-settle lagi. So dari segi apa dia dinilai neh? Korang tahu?

3. Untuk bina imej dan umpan rakyat agar memberikan gambaran yang baik kepada SPRM? Mungkin.. Jauh sangat sampai ke newyork. Tak yah susah-susah.. settlekan kes rasuah yang tertangguh. Kami rakyat tak kesah ko nak tangkap sapa. pkr ke, umno ke, dap ke, mic ke, mca ke, pas ke asalkan mereka terbukti rasuah kasi tangkap dan hukum. Yang kami peduli ble ko tak wat kerja. Sebab tue sprm di pandang buruk dan teruk. Heh

Tak faham kerelevanan tokoh ini kepada abu kassim.


Ameno : Berapa kena bayar untuk dapat no 4 tue? Heh.

Mohsen Namjoo kecewa konsert batal di malaysia..


Bagi yang tidak tahu cerita neh dari awal, elok baca sini dulu. Kat atas ini ialah kenyataan mohsen sebab kecewa tak dapat datang ke malaysia dan membuat konsert sulungnya di sini angkara bantahan orang islam di malaysia.

Siap kata kita 'sakit seni' lagi.. tak boleh tahan.

Rakyat malaysia bukan anti budaya ke anti seni ke anti apa2 sekalipun sebaliknya kita anti orang hina islam. Kalau benda simple macam tue tak faham bek takyah buat konsert kat malaysia. Pulak tue dia neh artis islam [mungkin dah murtad kot.. tapi tak sahih check kat internet bukan pengakuan langsung dari dia.. sekadar bacaan belog je] yang hina kandungan Alquran.. so memanglah kita kena sensitif. 

Orang bermuzik. Ko bermuzik. Orang bermuzik tak hina islam. Ko bermuzik siap hina islam dan ejek islam dalam konsert sapa tak marah macam tue.



Ameno : Nak provoke fb dia larh.. ha ha ha