Untuk pertanyaan/iklan/berita sila hubungi saya disini orderonline2010@gmail.com.

Panas! Video seks Anwar ibrahim terdedah..

Gila beb berita neh.. siyes. Baca bawah ;

Satu rakaman video aksi seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin utama pembangkang dengan seorang wanita muda yang tidak dikenali didedahkan kepada pihak media pagi ini.

Berikutan itu, pihak yang mendedahkan rakaman tersebut mendesak ahli politik berkenaan meletak jawatan dalam tempoh seminggu jika tidak mahu klip video didedahkan kepada umum.

Klip video tersebut ditayangkan untuk tontonan pihak media pagi ini di hotel Seri Carcosa Negara di ibunegara. Wartawan menonton video selama 20 minit itu secara bergilir mengikut kumpulan.

Menurut satu sumber, klip lebih jelas daripada rakaman video presiden MCA Dr Chua Soi Lek yang juga dirakam melakukan hubungan seks dengan seorang wanita di sebuah hotel di Batu Pahat dan diedarkan sekitar Disember 2007.

Wartawan yang telah menyaksikan video itu berkata mereka 90 peratus pasti yang lelaki dalam video itu kelihatan seperti pemimpin utama pembangkang tersebut.

Beberapa pihak menamakan ahli politik tersebut dalam twitter mereka, dan parti pimpinannya mendakwa ia klip video palsu.Wartawan kanan dan editor akhbar dari Utusan Malaysia, New Straits Times dan Berita Harian adalah kumpulan pertama yang melihat klip tetapi enggan mengulasnya ketika ditanya mengenainya.

Wartawan juga diminta menyerahkan semua alat-alat elektronik seperti telefon bimbit dan kamera serta pen mereka dan buku nota mereka.

Mereka seterusnya diminta memakai jubah atas pakaian mereka sebelum mereka dibenarkan masuk ke bilik rakaman tersebut ditayangkan.

Kumpulan kedua pula terdiri daripada wartawan The Malaysian Insider, Free Malaysia Today, dan seorang editor kanan dari agensi berita nasional, Bernama.

AFP telah diberitahu bahawa rakaman video tersebut akan ditayangkan kepada media antarabangsa pada jam 2 petang ini.

Sementara itu, akhbar the Star melaporkan bahawa klip video selama 30 minit itu menunjukkan lelaki yang didakwa seorang pemimpin pembangkang, yang juga seorang ahli parlimen, sedang melakukan pelbagai aksi seks.

Menurut akhbar tersebut, video itu yang dirakamkan pada 21 Februari, ditemui di sebuah bilik hotel di Kuala Lumpur.

Menurut the Star, wakil media dibawa ke sebuah bilik hotel untuk menyaksikan video tersebut yang ditayangkan oleh satu kumpulan yang tidak dikenali, yang diketuai oleh seorang yang mahu dikenali sebagai Datuk T....

Dah tengok kan? Berita cuma tulis pemimpin utama pembangkang. So sapa yang ada dalam kepala hotak korang? Dalam kepala hotak aku ialah anwar ibrahim. Takan tuan guru haji hadi awang pula? Kot-kot lim guan eng? Ke lim kit siang? Ataupun karpal singh? Enhh.. lawak siottt.. kah kah kah.. 

Apa pun kalau benar video tersebut sahih, maka memang kenalah si "dia" berambos dari arena politik malaysia dan harus dijatuhkan hukuman. Tetapi video tersebut harus dibuktikan sahih terlebih dahulu la.

Namun aku ada sedikit kepelikkan di sini. Kenapa ya ;

1. Desak pemimpin utama pembangkang letak jawatan jika tidak mahu video seks tersebut di dedahkan.

Apa kata dedahkan aje video tersebut dan biar kita as rakyat nilaikan sendiri.

2. Dedahkan kepada media antarabangsa.

Kenapa ya nak tunjukkan video tersebut kepada media antarabangsa? Bukan kah selama ini kerajaan melarang rakyat malaysia memburukkan nama malaysia di media antarabangsa? Walaupun pemimpin yang terlibat dengan skandal seks [seperti yang dikatakan oleh datuk tersebut] itu ialah dari side pembangkang, dia tetap rakyat malaysia dan nama malaysia akan terpalit sama semasa media antarabangsa menulis mengenai isu ini.

3. Siapakah datuk t?

Sapa datuk neh? korang rasa sapa enh?

4. Rakaman pada 21 february

Tapi amek masa untuk dedahkan perbuatan tersebut kenapa? Kali neh aku tgk plan mmg teratur. Tiada kaitan bn, najib, rosmah dan sebagainya. Bagus. Kalau ini pun bertujuan nak membunuh karier politik pemimpin tersebut, ianya mungkin berjaya sebab plan neh nampak sempurna.

Dan baca sambungan nya di bawah neh.. ada lagi beb ;

Akhbar itu juga melaporkan Datuk T berkata beliau mahu pihak media menonton video membabitkan ahli politik berkenaan sebelum menghantar salinan kepadanya dan isterinya “untuk mengenal pasti orang dalam video” tersebut dalam tempoh seminggu dari sekarang

Katanya, jika individu dalam video tersebut adalah ahli politik yang dikenalpastinya kepada media, "maka beliau dan isterinya mesti berundur dari politik."

Datuk T berkata jika mereka tidak berbuat demikian, beliau akan meminta beberapa NGO menubuhkan sebuah panel bebas untuk menyiasat dan mendapatkan khidmat forensik profesional untuk mengkaji ketulenan rakaman tersebut.

Datuk T mendakwa beliau telah terjumpa video selepas dia diminta oleh ahli politik berkenaan untuk mencari jam tangannya dalam bilik itu - tempat aksi seks itu berlaku.

Katanya, beliau tidak menemui jam tersebut tetapi sebaliknya terjumpa alat perakam CCTV yang aktif dan membawanya keluar dari hotel itu.

Datuk T juga berkata, hanya dia seorang sahaja yang memiliki rakaman tersebut.

Ble datuk t cakap macam ini.. maka aku terpaksa merasai kepelikkan drama ini.. time2 pilihanraya sarawak pula tue.. 

Anwar ibrahim? Kalau betul ko tak bersalah.. maka buktikan ia.

Updated :

- perempuan yang dikaitkan dengan dsai ialah perempuan berbangsa cina.

- video seks berdurasi 17 minit

- ada macam-macam aksi seks.

- wajah pemimpin pembangkang jelas terlihat dalam video terbabit.

Namun aku pelik. Datuk t kata dia nak cari jam tangan tapi dia terjumpa cctv. Apa size cctv tersebut? Kenapa blh ada bawah katil? Kenapa dia tak bagi cctv tue kat dsai? Kenapa dia syak dalam cctv tue ada "sesuatu"?

Tonton video seks terbabit di sini.

Ameno : Dengar citer ahli parti yang sama parti dengan pemimpin tersebut menafikan kesahihan video terbabit.. aik.. apsal ahli sibuk bercakap? biar pemimpin yang terlibat tue ulas sendiri lhor..

Hot! Kris dayanti bercium dalam masjid!


Dah tengok kan gambar di atas neh? Gambar neh ialah gambar akad nikah kris dayanti dan suami dia yang bernama raul lemos.

Selepas akad nikah mereka pergi bantai bercium pula dalam masjid. Aku rasa inilah sebabnya kot ahmad jusoh melarang pernikahan dalam masjid. Tapi di malaysia belum lagi sampai ke tahap macam neh. Ke aku yang taktahu?

Yang aku tahu cuma ada di antara artis yang pasang pelamin macam siti nurhaliza, mawi dan erra fazira. Malahan ada yang datang nak bersolat pun [kebetulan dah masuk waktu so nak bersolatlah di situ] tetapi ditegah masuk sebab ada upacara pernikahan artis terkenal. Siottt je halang orang masuk masjid. Nikah artis sapa lah tue yg kurang ajar sangat kan? Lue fikirlah sendiri.

Kalau dah begini, memang afdal nikah kat rumah je. Aku dari dulu memang tak layan nikah artis malaysia neh. Sapa lhar yang bangang-bangang pergi tengok artis bernikah tue. Gila betul. Beria-ria tengok artis bernikah. Opsss sorry terjujur plak. Dapat duit pun tidak [kalau dapat duit aku mesti pergi]. dapat makanan pun tidak. ke dapat makanan ? entah. aku taktahu. ada ke time nikah orang hulur makanan? Takde kan. So aku fikir ikut logik aku je lhar. Heh.

Apa pun memang respect lhar perlakuan artis indonesia sekarang. Macam-macam mereka buat. Daripada video porno [peter pan] sampailah ke bercium dalam masjid seme artis mereka buat. Heh

Tue tak kira lah lagi perkahwinan campur antara kristian dan islam dan mengekalkan ajaran masing-masing. Malahan ada yang murtad beb. Dasat! Begitu banyak kelemahan pemerintah mereka. Dan pemerintah mereka menyuakan kelemahan kita kepada rakyat mereka untuk alih isu sebenarnya. Kalau rakyat indonesia tak sedar-sedar gak memang dasar bangang. Opsss sorry aku terjujur lagi.


Ameno : bercium dalam masjid..? biar betik bhai..

Aktress Miera Liyana mohon maaf!

Pelakon yang pakai seksi tue dah minta maaf. Dia minta maaf dalam suratkhabar. Berikut ialah permohonan maaf artis tersebut ;




Miera ada cakap dia sedia terima teguran tentang pakaian yang dia pakai kat atas neh. Dia cakap dia bersedia terima teguran dengan terbuka. Okeylah tue. So aku ada benda sket nak tegur kat miera liyana neh.

1. Miera minta maaf. 

Tujuan dia minta maaf tue sebab apa? Sebab di kritik ataupun sebab dia tahu benda tue berdosa? Kalau sebab di kritik, maka miera usah susah-susah minta maaf. Sebab miera tak sikit salah pun pada aku dan pada orang lain. Memang betul tindakan miera tue mendorong umpatan terhadap diri dia. Tetapi ble aku mengumpat miera, aku amek risiko aku sendiri untuk dapat dosa. So miera, kalau ko baca neh, ko maafkan lah aku ya.

So miera, ko tak buat salah pada sapa-sapa pun. Ko buat salah pada Allah swt dan ko kena pohon keampunan dari Allah swt, bukan pada aku ataupun pada mana-mana individu di dunia ini. Isu aurat neh bukan aku yang tentukan ko kena tutup aurat macam tue sekian-sekian. Sebaliknya ianya ditentukan oleh Allah swt. Maka layaklah kepada DIA ko mohon keampunan. Bukan nya kami.

Kalau pun ko minta maaf pada kami, apa je yang kami boleh buat? Bukan kami boleh hapuskan dosa ko. So tak berbaloi lhar miera. 

2. Miera juga cakap dia tak sempat test pakaian neh sebab dihantar lewat. Dia taknak pakai tiub sebab nanti nampak tak cantik apatah lagi pakaian neh terdedah di bahagian belakang.

Wahai miera artis yang comel, dedah depan ataupun dedah belakang, hukum dia sama sahaja. Takpelah mungkin sejak miera pakai baju tue dia tak jumpa waima satu pun ahli keluarga dia, tak terserempak pun pengurus dia dan orang yang bawa kereta pun mungkin tak berani nak tegur dia sehinggakan dia boleh lepas sampai ke majlis makan malam rafflesia tue. Mungkin miera takde cermin besar yang boleh lihat sampai ke bahagian dada. Kita kena sangka baik. Apa pun diharapkan miera tidak mengulangi perbuatan ini lagi.

3. Miera juga mengatakan ada yang datang kepadanya dan menegur mengenai pakaian nya. Ada juga manusia yang melihat dia dengan pandangan yang pelik.

Kesian miera. Patutnya mereka tolong miera cari jalan untuk tutupkan bahagian tue. Ini tidak mereka tengok dengan pandangan yang pelik pula. Patutnya mereka beritahu miera dengan ikhlas apa sebenarnya yang berlaku. Bagitau miera "hey awak punya **** terkeluar.." at least mungkin miera sempatlah nak fikirkan idea untuk cover pakaian dia. Mungkin juga "mereka" yang tengok miera dengan pandangan yang pelik, berpakaian pun seksi macam miera kot? Kalau ya, maka miera usah fikir sangat. Mereka tue lagi pelik. Sendiri pun pakai seksi ada ahti nak tenung orang lain yang seksi. Bodoh ke apa. 

Apa pun miera, pandangan aku sendiri mengenai isu neh, ko harus di hukum. Jangan melatah ye miera. Aku bukan nak dengki kat ko. Tapi kena bersikap adil. Jadikan ia pengajaran. Rais yatim patut ambil tindakan terhadap ko. Banning ko dari muncul di tv untuk beberapa ketika. Seperti rosnah mat aris. Seperti faizal tahir. Walaupun rosnah mat aris menghina isteri Nabi saw melalui mulut, miera pun sebenarnya telah lakukan hal yang lebih kurang sama. Iaitu menghina orang islam. Memang benar miera tak sengaja [ikut cakap dia okey] tapi tak bermaksud miera boleh dilepaskan dari sebarang tindakan undang-undang. Sebab itulah aku nak rais yatim kenakan tindakan tatatertib ke atas miera. Hidup biar adil.

Tapi andai rais yatim tak amek tindakan terhadap ko, dun worry. Aku takan kecam ko. Sebab aku rasa ko neh mungkin tidak terdidik dengan nilai-nilai islam sedari kecil..macam terabai pun ada juga berdasarkan kepada jawapan balas ko terhadap wartawan kan.. [bukan nak salahkan mak bapak ko yer]. Sebaliknya rais yatim je aku kutuk. Pasal dia tidak adil. Heh.

Ameno : Miera budak lagi tue.. alahaii.. sapa2 pergi lhar ngorat miera dan tarbiah budak tue.. usaha murni tue.. budak tue pun comel..

Terkini : Ismail Sabri nak selamatkan RM13 billion!

Aku neh tak berapa faham ble baca benda alah kat bawah neh. Siyes. Aku dah cuba nak fahamkan. Aku cuba sungguh-sungguh.. tapi aku tetap gagal. Aku nak share dengan korang kegagalan aku memahami perkara di bawah neh. Manalah tahu kot2 ada di antara korang leh terangkan kat aku. Tengok bawah ;





1. Ismail sabri cakap malaysia membelanjakan 13 billion setiap tahun untuk mengimport keperluan makanan.

So salah ke? Ke guna duit kerajaan? Kalau mengimport kan ada duit import? So kerajaan untung melalui cukai kan? So salah gak ke benda alah neh? Tak faham aku. Lagipun jumlah penduduk malaysia semakin bertambah dari hari ke hari. Jumlah penduduk malaysia + penduduk asing = semakin meningkat. Tetapi kos mengimport keperluan makanan tetap statik iaitu pada angka 13 billion je. So apa je masalah di situ. Siyes aku blur. Ya, ya aku tahu korang seme bijak pandai. So elobrate lah untuk aku.

2. Tu diaaaa.. aku tengah tulis pasal neh peh tue tiba-tiba pengacara astro awani mengulas isu neh [ lebih kurang jam 12.06 am. saja aku catit masa neh]. Pengacara cakap "kerajaan membelanjakan sebanyak rm13billion ringgit setahun untuk mengimport keperluan makanan, memetik kenyataan ismail sabri"

Aku cakap terus terang, aku tak dengar ismail sabri cakap. Aku cuma dengar pengacara awani yang cakap. Tapi dalam utusan [lihat atas] hanya menulis "malaysia" bukan "kerajaan". So lue all fikirlah sendiri ya.

Kalau kerajaan mengimport dari luar pun apa masalahnya? Kan kerajaan jual balik kat rakyat. Sebenarnya aku dah pening sket. Adakah kementerian sabri yang menguruskan hal import makanan luar neh? Lalu mereka port makanan tue seme kat mana? Mereka jual kat sapa sebelum di agihkan kepada rakyat? Makin aku fikir makin aku pening. Arhhh sudah.

3. Ismail sabri cakap jumlah 13billion dapat diselamatkan jika rakyat mengusahakan  tanaman kontan dan tanah terbiar.

Aku tak tolak usaha kerajaan untuk membangunkan tanah-tanah terbiar dalam sektor pertanian. Aku rasa idea neh bagus. Tapi aku pelik sket. Contohnya ikan lhar kan. Bukan seme ikan yang wujud kat perairan luar negara tue wujud kat dalam perairan kita betul? Ada jenis-jenis ikan yang hanya boleh hidup di perairan tertentu. Sama juga macam sayur lhar, bawang dan etc. So.. tetap kena import juga kalau nak makan benda alah tue.

Tapi aku pelik ble ismail sabri guna perkataan "selamatkan" tue. Apa yang dia nak selamatkan pula? Duit tue bukan duit dia. Dan kita beli sayur guna duit kita. So kat sini apa kena mengena dengan dia sampai dia nak selamatkan pula? Hishh.. makin aku fikir makin aku pening. Arhhh sudah. Tidur je lhar. Korang plak sambung fikir.



Ameno : Apa dia nak cakap sebenarnya neh? Jangan2 dia cuma nak bagi hint bahawa petrol nak naik lagi kot?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...