Untuk pertanyaan/iklan/berita sila hubungi saya disini orderonline2010@gmail.com.

Hot! Zulkifli Nordin termalu bila dah kantoi!

Heh. Kesian aku dengan yb neh. Aku dah guna segala kesopanan dan kesantunan untuk ajak dia masuk kbsb untuk berdebat bagi mempertahankan hujah dia atas dua perkara ;

1. Berhujah bagi membuktikan sang pelaku seks adalah 110% "dia" seperti yang dia sebutkan dalam berita malam tadi, baca sini dan sini

DAN 

2. Berhujah membuktikan bahawa kepimpinan ulama pas meminta dsai serahkan dna ataupun kepimpinan ulama pas akan mempertimbangkan semula kerjasama dengan pkr dan anwar ibrahim.

Fitnah berat tue. Satu dia tuduh orang berzina. Satu dia tuduh pemimpin tertinggi pas atas sesuatu perkara yang mereka tak pernah buat. Dan di bawah ini adalah hasil perbualan aku dengan dia. Aku fikir bila dia tuduh dsai asyik belit situ belit sana mestilah dia bukan kaki pembelit. Tapi rupanya tuduhan dia tue jatuh ke atas dirinya sendiri. Cukup tak sangka. Inilah yb yang ada di antara korang pernah undi. Heh






Aku sebenarnya bukan apa, aku cuma nak berbincang dengan yb neh secara berdepan dan berterus terang je tapi dah nasib badan le yb neh asyik mengelak je.. dia yang takmo berdiskusi dengan anak-anak muda zaman sekarang.. payahlah macam neh ada kemudahan teknologi tapi dia taknak gunakan untuk menyelami isi ahti rakyat macam mana? Lepas tue nak suruh kita percaya cakap dia? 

Apa pun terima kasih la yb sebab menunjukkan sikap sendiri.. ha ha ha.. lawak siottt..


Ameno : Perasan tak dia tak menafikan pun yang dia fitnah dsai dan pas dalam ayat di atas tue? Heh.

Hot! [Video inside] Datuk "T" tampil ke depan! Updated!

Susulan pendedahan YB Johari mengenai dalang skandal video seks lihat sini , dalang yang dimaksudkan kini tampil ke depan untuk membuat pengakuan. Berikut ialah versi video ;



Dan berikut ialah sidang akhbar mengenai isu ini ;

KUALA LUMPUR, March 23 — Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik admitted today that businessman Datuk Shazryl Eskay, Perkasa’s Datuk Shuib Lazim and himself were collectively the mysterious “Datuk T” behind Monday’s screening of a sex video allegedly featuring Datuk Seri Anwar Ibrahim.
The former Malacca chief minister also admitted that both he and Shazryl were behind the video.
He told reporters at a joint press conference together with Shazryl that they wanted to show that “a person who wants to be national leader and PM was not qualified.”
Abdul Rahim also said that PKR Sungai Petani MP Datuk Johari Abdul had demanded money to defect after the latter was shown the video on Monday afternoon.
The former Malacca CM also urged Putrajaya to set up a royal commission to investigate the authenticity of the video.
Johari had suggested earlier today that businessman Shazryl was the mysterious “Datuk T”, and that Abdul Rahim was among those behind the screening of a sex video.
Johari also accused the two men of attempting to entice him and other PKR MPs to defect after he had viewed the recording, which he said was of a person who only vaguely resembled Anwar.
According to Johari, Abdul Rahim had also promised to bring him to see Prime Minister Datuk Seri Najib Razak after he had viewed the sex video.
Anwar has already accused Najib of being directly involved with the screening of the sex video.
Updated : Eskay mengakui dia dalam video seks terbabit, baca bawah ;
 
"Saya dalam video itu". Begitu pengakuan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang sebelum ini dianggap sebagai Datuk T apabila ditanya sama ada beliau yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan orang dalam video seks yang ditayangkan kelmarin.
Shazryl yang mengakui bekas sahabat Anwar bagaimanapun enggan menjelaskan apakah peranannya ketika adegan itu berlaku.

Beliau juga enggan mendedahkan di bahagian mana gambar beliau dilihat dalam rakaman itu kerana ia sudah menjadi kes polis. 
 
Shazryl hari ini tampil dalam sidang media bersama bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik bagi menjelaskan persoalan berhubung identiti Datuk T.

Menariknya, Rahim menjelaskan, Datuk T bukanlah individu, sebaliknya merujuk kepada tiga kawan baik.

"T ini trio, three," kata Rahim sambil menambah seorang lagi adalah Datuk Shuib Lazim yang juga bendahari PERKASA.


Ameno : Sekarang siapa yang terdedah? Terperangkap? Terkena? Cuba fikir sendiri..

Hot ! Identiti datuk T dah terdedah!

 Baca bawah ;

Saya dihubungi oleh seorang kenalan yang sangat rapat bermula sejak 15 Mac 2011 untuk berjumpa dengannya mengenai sesuatu yang penting. Pada hari Isnin 21 Mac 2011 lebih kurang jam 12.20 tengahari, saya mengesahkan bahawa saya ada ruang untuk bertemu beliau.

Saya berjumpa dengannya di Hotel De Palma Ampang jam 4 petang hari itu, sebelum dibawa di dalam sebuah kereta yang lain. Kereta itu dipandu oleh dua orang yang saya tidak kenali.

Saya dibawa ke Hotel Flamingo Ampang, seterusnya dibawa ke sebuah bilik junior suite. Saya bertemu Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Dato’ Eskay Shazril Abdullah yang telah menunggu di dalam bilik tersebut. Saya turut disertai oleh kenalan saya tadi.

Saya duduk di depan Tan Sri Rahim Thamby Chik sementara Dato’ Eskay Shazril Abdullah duduk di sebelah saya. Kenalan saya tadi duduk di atas katil di belakang di dalam bilik tersebut.

Dato’ Eskay Shazril Abdullah mula bercakap dan mengatakan bahawa saya (“Johari Abdul”) adalah ahli Parlimen yang pertama akan menyaksikan tayangan video yang sedang mula dimainkan itu. Dia juga meminta pandangan saya mengenai Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Sepanjang tayangan video tersebut, Dato’ Eskay Shazril Abdullah menjadi suara latar menerangkan beberapa perkara. Contohnya, dia menyentuh bagaimana cara individu terbabit menanggalkan kondom selepas perlakuan berakhir mempunyai risiko air mani akan terpercik ke kawasan yang besar. Menurutnya, tabiat itulah yang menyebabkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sering meninggalkan bahan bukti seperti yang berlaku dalam kes liwat pertama tahun 1998 dulu.

Dia juga mendakwa bahawa dia selalu membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke club house di mana berlakunya kejadian itu dan tempat-tempat lain di Thailand seolah-olah ini perkara yang kerapkali dibuat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya, setiap kali dia membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke tempat itu, bilik itulah (yang dirakamkan) yang digunakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sementara dia (Dato’ Eskay) menggunakan bilik bersebelahan. Dalam percakapan seterusnya, dia menyatakan kebimbangan kononnya rakaman-rakaman video seperti itu telah dipunyai oleh pihak perisikan Thai.

Sepanjang penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik kerap mencelah dan membuat komen pendek yang memburukkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Saya percaya beliau cuba meyakinkan saya bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah seorang yang tidak bermoral dan tidak layak menjadi seorang pemimpin.

Selepas penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik mula bercakap. Dia memujuk supaya saya meninggalkan KEADILAN dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Dia berjanji untuk bawa saya berjumpa dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak. Tan Sri Rahim Thamby Chik juga menyebut bahawa dia akan uruskan segala keperluan kewangan dan keselamatan saya.

Tan Sri Rahim Thamby Chik juga cuba meyakinkan saya untuk membawa dan memujuk lebih ramai Ahli Parlimen KEADILAN berjumpanya, supaya dapat dipujuk keluar parti. Dia meminta saya mengepalai kumpulan Ahli-ahli Parlimen KEADILAN ini. Saya tidak memberikan komitmen, selain mendengar komen-komen yang dibuat.

Selepas itu, saya keluar dan diiringi oleh kenalan rapat saya itu. Di dalam lif, saya memeluknya dan memberitahu beliau, bahawa setelah menonton keseluruhan video tersebut, saya yakin bahawa orang di dalam video itu bukanlah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Saya berkeyakinan bahawa pelakon itu bukan Dato’ Seri Anwar Ibrahim berlandaskan faktor berikut:

1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.

2. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.

3. Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

4. Bahagian belakang si pelaku (punggong) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

5. Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat.

Selepas itu, saya menyatakan kesediaan untuk membawa beberapa orang ahli Parlimen KEADILAN agar mereka juga dapat menonton video dan berjumpa dengan Tan Sri Rahim Thamby Chik. Saya dimaklumkan sessi tayangan seterusnya akan dibuat kepada ahli-ahli Parlimen KEADILAN pada jam 330 petang 22 Mac 2011. Kami hadir semalam di Hotel Flamingo Ampang dan menunggu hingga jam 530 petang, oleh kerana mereka telah sahkan bahawa perjumpaan akan berlaku. Walau bagaimana pun, perjumpaan itu dibatalkan oleh pihak mereka.

Saya mengambil risiko membuat kenyataan ini diluar Dewan Rakyat kerana saya yakin bahawa episod terbaru ini adalah satu lagi rencana jahat untuk memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

DATO’ JOHARI ABDUL
AHLI PARLIMEN SG PETANI
AHLI MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN
23 MAC 2011 

Ameno : Tengah tunggu rahim chik nafikan.

Zaid buat laporan polis di ugut karpal singh!

Korang baca bawah neh ;

KOTA BHARU: Presiden Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim semalam, menyerahkan kepada polis untuk melindungi keselamatan dirinya berikutan dakwaan ugutan daripada Pengerusi DAP, Karpal Singh. 

Zaid berkata, ancaman Karpal itu serius kerana beliau adalah pengerusi sebuah parti besar dan boleh memberi kesan terhadap keselamatannya.


“Perkataan digunakan Karpal seperti ‘deadly consequences’, boleh memberi ketakutan kepada orang ramai dan tidak boleh sewenang-wenangnya digunakan terhadap individu tertentu.“Saya harap polis akan menyoal Pengerusi DAP itu terhadap maksud perkataan berkenaan. Saya faham itu adalah ugutan,” katanya selepas memberi keterangan kepada polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, di sini, semalam.

Mengikut laporan polis yang dibuat Zaid, pada 16 Mac dan 17 Mac lalu beliau membaca portal Malaysiakini, bertajuk ‘Karpal warns Zaid of contempt over DNA remark’; Malaysian Insider dengan tajuk ‘Karpal: Zaid risks contempt of court over DNA remarks’; manakala akhbar The Star bertajuk ‘Zaid rapped for making Anwar-DNA comments’. 


Zaid neh mengarut aje kan? Takan dia fikir karpal singh nak pergi bunuh dia pula? Tapi yelah dah lawyer sama lawyer punya permainan kan? Kita dok tepi je la. Masing-masing pandai membelit kalau tidak, masakan dorang jadi lawyer? Heh.
Ameno : Macam amek kesempatan populariti neh mr zaid neh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...