Untuk pertanyaan/iklan/berita sila hubungi saya disini orderonline2010@gmail.com.

Apa kaitan ron 97 dengan pasaran minyak global?

Baiklah sekarang kita dah tahu yang minyak ron 97 dah naik ke paras paling tinggi dalam sejarah/rekod negara kita. Ini bermaksud, minyak ron 97 yang dijual kini adalah yang PALING MAHAL berbanding tahun-tahun sebelumnya. Sebelum ini ron 97 dan ron 95 tidak pernah melebihi 2.70 seliter. Namun, selepas kenaikan ini ron 97 menjadi rm2.80 seliter dan kenaikan ini akan BERTERUSAN. Kenapa ini berterusan?

Kerana menerusi berita antarabangsa, kita dapati krisis di asia barat akan berterusan untuk suatu tempoh yang lama dan ini akan memberikan kesan kepada harga minyak dunia. Bagi pandangan aku lah kan ;

1. Minyak dunia naik, minyak malaysia turut naik = malaysia untung.

2. Malaysia import minyak low quality dari venuezuela. Dan jualkan semula kepada rakyat malaysia. Di manakah nilai subsidi itu sebenarnya, aku tak pasti.

3. Jika kita fahamkan betul2. Setiap kali kerajaan naikkan harga minyak, mereka bandingkan dengan harga minyak pasaran hadapan. Ini bermaksud, harga minyak untuk bulan neh dah keluar [dah ditetapkan] pada 2,3 bulan yang lepas. Bulan ini ialah bulan april. Ini bermaksud kenaikan harga minyak dunia berlaku pada bulan satu awal tahun ini sekurang-kurangnya bagi membolehkan kerajaan menaikkan harga minyak pada bulan april 2011. Tetapi bulan satu awal2 kerajaan dah naikkan harga minyak. Manakala pada bulan oktober, november dan disember tahun lepas, harga minyak berada pada paras yang stabil. 

Memang kenaikan harga minyak dunia berlaku pada pertengahan bulan satu, bulan dua dan pertengahan bulan tiga. Tetapi kenaikan tersebut tiada kena mengena dengan kita kerana hanya minyak yang berkualiti tinggi je naik. Manakala minyak yang kita pakai dan guna ialah ron 97 dan ron 95. Ron 97 kualiti biasa-biasa, dan ron 95 kualiti cikai. [pandangan ini merujuk kepada iklan-iklan shell] 

Jika kerajaan tidak ikut mekanisme ini, lalu kenapa canangkan kenaikan harga minyak berkaitan dengan kenaikan minyak global? Jika kerajaan beli minyak pada bulan jan 2011, mestilah harga yang perlu dibayar kerajaan dah tahu awal2 sebab harga minyak untuk bulan jan 2011 dah keluar 2,3 bulan lebih awal. Begitu juga jika kerajaan beli minyak pada bulan april 2011. Sudah tentulah kerajaan dah tahu awal2 berapa harga minyak untuk april 2011 sebelum april 2011 lagi. Dari situ kerajaan dah boleh buat perancangan belanjawan.

Lebih kurang contoh macam neh ;

Harga sotong bulan april rm1.80
Harga sotong bulan may rm1.80
harga sotong bulan june 2011 ialah rm2.00
harga sotong bulan julai 2011 ialah 2.20

Sekarang bulan april. Aku dah beli sotong pada bulan april ikut harga bulan april. Dan aku beli stok banyak2. Aku beli ber-tan2 dengan harga 1.80 untuk buat stok. Sebab apa? Sebab aku dah tahu yang harga sotong utk bulan 6 dan 7 akan meningkat. Dari situ aku jimatkan sedikit kos, dan aku akan naikkan harga kat customer. Dorang taktahu aku dah order banyak2 ikut harga lama. Yang dorang tahu sekarang harga sotong dah meningkat. Ia disebarkan di seluruh saluran media. 

Dalam erti kata lain, siapa tahu yang kerajaan dah buat simpanan stok lebihan ikut harga lama tetapi jual kat kita dengan harga baru? Bila kerajaan dah tahu awal2 lagi yang minyak akan naik, sudah semestinya mereka dah order awal2 dengan kuantiti yang banyak. Rugilah mereka bayar mahal dengan kualiti bahan yang sama [walaupun sebenarnya kita yang bayar].

Walaubagaimanapun ini adalah pandangan aku semata-mata. Korang dinasihatkan jangan percaya melainkan menerima pandangan aku seadanya.

Memandangkan kerajaan tidak tunjuk bukti jual-beli dan laporan kewangan petronas sudah tentulah pelbagai spekulasi akan timbul. Kerajaan tak boleh nak sekat pemikiran rakyat bila mereka sendiri memilih untuk menyembunyikan angka2 tersebut. Namun apa yang amat dikhuatiri ialah kesan yang timbul akibat kenaikan minyak ron 97 neh.

Seperti yang kita tahu, minyak tidak semestinya digunakan untuk kenderaan je. Untuk kilang2 pun ada yang guna mesin2 berat, pun ada yang guna petroleum untuk mengerakkan kuasa mesin. Jenis2 mesin neh aku tak tahu nama dia. Namun bukan semua mesin guna eletrik semata-mata sebagai sumber tenaga. Ada yang mencampurkan dua tenaga untuk mengerakkan jentera berat. Tak pastilah mereka pakai minyak petroleum yang macam mana tetapi ini akan memberikan kesan sedikit sebanyak.

Itu belum lagi peniaga-peniaga di malaysia. Mereka bukan kira minyak apa yang naik. Tak kiralah diesel ke, petroleum ke, asal dengar je minyak naik, mereka automatik naikkan harga barang mereka. Untuk mengatasi sikap tamak neh, kerajaan kenalah ajar mereka dengan serius. Masalah neh bertambah rumit sebab otak kerajaan pun lebih kurang otak peniaga2 malaysia. Last2 yang tersepit rakyat juga.

Apa yang aku dapat info  ;

- semua harga makanan ringan akan naik. Mungkin takde effect sangat kot benda alah neh pada kita.

- harga rempah naik.

- harga spare-part kereta naik

- harga barang eletronik naik.

Ini bermaksud di malaysia kita bukan sahaja berdepan dengan harga makanan yang mahal, tetapi harga kenderaan, harga rumah, harga barang2 keperluan [baju, hp, etc] pun mahal juga. Namun tangga gaji kita masih di tokok lama dan aku tak tahu sampai bila rakyat malaysia akan terus bertahan. Dan aku pun taktahu sampai bila aku mampu bertahan.

Ameno : Minyak naik sebab nak tunggu rakyat naik minyak.


Panas : IGP sahkan video seks pemimpin pembangkang tulen.

Sekarang IGP dah bagitau yang video seks yang membabitkan dsai [konon nya] dengan seorang wanita cina, sah tulen.

Baca bawah ;

Rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang ketua pembangkang, telah disahkan ketulennya oleh pakar tempatan yang melakukan pemeriksaan terhadap video berkenaan, kata Ketua Polis Negara KPN) Tan Sri Ismail Omar. 
Beliau berkata siasatan kini dalam peringkat akhir oleh pasukan khas yang ditubuhkan di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bagi menyiasat rakaman video seks berkenaan.
NONE
"Dengan ini diumumkan bahawa siasatan (video) kini di tahap terakhir...ini bermakna polis telah menerima laporan pakar mengenai kesahihan video itu. Dengan kata lain, rakaman itu adalah tulen," katanya pada sidang media tergempar di Pusat Latihan Polis (Pulapol) hari ini.
Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan identiti pelaku dalam video seks terbabit.
Ismail berkata kertas siasatan berhubung kes itu akan dihantar ke Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat untuk tindakan selanjutnya.
Katanya setakat ini seramai tiga individu telah ditahan, namun dilepaskan dengan jaminan polis.
Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan identiti ketiga-tiga individu

tersebut namun memberitahu polis akan memanggil sesiapa sahaja yang boleh membantu siasatan berkaitan kes itu.
Beberapa point penting kat sini ialah ;

1. Video lucah terbabit di sahkan tulen.

2. Pakar yang sahkan ia tulen.

3. IGP taknak dedahkan siapakah pelaku dalam video seks terbabit.

4. IGP akan serahkan video terbabit kepada jabatan peguam negara untuk diambil tindakan lanjut.

Okey? Baiklah. Adakah video seks chua soi lek diberikan kepada jabatan peguam negara untuk di ambil tindakan? Tidak. Mungkin kerana dia mengaku. Tapi masalahnya sekarang kenapa kerajaan susah payah nak bicarakan kes ini? Kalaupun ini video lucah dsai, apa kena mengena pula dengan kerajaan barisan nasional dan rakyat sampai nak heret2 dsai pula? Pasal berzina? Helloo.. berapa banyak perzinaan yang diheret ke mahkamah untuk didakwa? Ada banyak kes zina yang membabitkan orang islam termasuklah golongan pemimpin dan artis. Tetapi dilepaskan aje. 

Isunya kat sini ialah, kalaupun memang benar dsai berzina, kerajaan patut tayangkan video tersebut untuk tontonan umum, selepas rakyat melihat video terbabit, rakyat akan membuat penilaian sendiri. Of courselah rakyat akan tendang dsai daripada mengetuai pakatan rakyat. Ini sudah semestinya.

Manakala isu perzinaan dia pula biarlah di adili melalui mahkamah syariah sebab itulah tempat selayaknya bukan nya dinilai oleh peguam negara yang juga terbukti ada skandal maksiat tetapi lepas. Heh.

Namun, itu kalau benar2 dsai berzina. Masalahnya kebanyakkan rakyat malaysia tak percaya dsai adalah individu yang dimaksudkan. Sebab? Simple je ;

1. Kerajaan tidak tayangkan video tersebut kepada umum.

2. Bloggers kerajaan tiada gambar/klip video terbabit. Kalau terbukti ianya dsai sudah tentu dah diedarkan.

3. Polis menyiasat dengan cepat. Sedangkan banyak jenayah lain yang lebih penting diabaikan.

4. Tiba2 kerajaan nak dakwa pelaku video seks lucah. 

5. Dikeluarkan pula musim pilihanraya negeri sarawak.
6. Didedahkan oleh orang-orang yang ada kaitan dengan umno dan kerajaan.

Kena faham, rakyat dan penyokong pakatan rakyat tidak mengangap dsai sebagai maksum atau bebas dari kesilapan. Apa yang rakyat inginkan ialah bukti. Ada bukti, then tunjuk. Takde bukti, then bersedialah kena maki oleh rakyat.

Ameno : Tahun melucah malaysia 2011.

Hot! Pegawai JKM layan orang susah macam anjing!

Ini ialah email yang aku terima. Dan email neh ada sedikit suntingan sebab pengirim email neh guna nama sebenar. So aku dah edit bahagian nama sebenar. Manakala bahagian ** tue pula aku sembunyikan nama syarikat, nama tempat dan nama pegawai tersebut atas beberapa sebab. Pengirim email TIDAK menyuruh aku menyembunyikan perkara tersebut. Cuma aku sembunyikan atas faktor-faktor tertentu. 

Saya nak berkongsi satu cerita dengan ameno. Saya harap ameno boleh tulis tentang ini di blog ameno. Kebetulan semalam saya ada online dan terbaca satu artikel mengenai gaji pekerja estet [korang baca sini] dan saya rasa terpanggil nak bagitau ameno beberapa kebenaran yang ameno perlu tahu.

sebenarnya pekerja di estet tidak layak mendapat bantuan jabatan kebajikan masyarakat walaupun mereka termasuk dalam kategori orang susah. saya cakap mcm ni sbb saya pernah memohon bantuan utk abg saya yang susah. Kebetulan waktu itu mmg dia bekerja di estet **** *****. Tapi kehidupan nya sangat daif dan gaji pula sedikit. Macam dia ni, gaji ada juga cecah rm1k sebulan ttp itupun setelah berkerja 16jam sehari. Kerjanya berat dan penat. mcm ameno cakap tak setimpal dengan upah yang diterima.

disebabkn gaji nya sikit dan anaknya pula ramai, saya pernah menolong abg saya ni pergi minta bantuan di jkm dan baitumal. ttp jawapan yang diterima benar2 menguris perasan abg saya. pegawai jkm datang ke rumahnya di estet dan melihat ada peti ais dan mesin basuh. Katanya org miskin mana ada peti ais dan mesin basuh. kira dah kayalah ni. nasib baik sy di kl ketika itu, kalau tidak mmg saya tampar2 mulut perempuan tu. setelah menunggu 2,3bulan surat dari jkm sampai memberitahu bahawa abg saya tidak berkelayakan dapat bantuan sbb anak sulung dah mencecah umur 13 tahun dan blh berusaha cari pendapatan utk tolong keluarga. Apa jenis alasan ini?

jawapan di baitulmal pula mengatakan abg saya tidak berkelayakan. ttp salah seorang anak dia ada mendapat bantuan baitulmal menerusi yuran persekolahan. itupun baru tahun lepas dapat setelah di usahakan oleh cikgu sekolah dia. kadangkala anak2 dia yang lain malu nak kesekolah sbb yuran sekolah tak bayar2. namun cikgu di sana tidak pula mendesak utk anak2 dia bayar yuran kerana tahu ibu-bapa budak2 tersebut susah.

setelah hampir 19 tahun berkerja di estet, abg saya akhirnya buat kptsn utk berhenti. katanya tidak sanggup terus berkerja dengan upah yang sedikit tetapi waktu kerja yang panjang disamping badan pula kerap sakit. dia berhenti dan kami adik beradik ada usahakan utk cari sebuah rumah kampung utk di diami oleh dia. rumah kampung tersebut agak uzur. kami adik beradik pun ada tanggungan masing2.. kami telah cuba sedaya upaya. kami ada belikan enjin dan sampan agar abg kami blh pergi tangkap ikan utk cari pendapatan sendiri.

ttp mcm yg saya sebutkan tadi, bantuan kami terhad. kebetulan kakak ipar saya, isteri kpd abg saya pandai menjahit. jadi isteri saya telah mendaftarkan kakak ipar saya ke sebuah pusat utk belajar jahitan agar jahitannya lebih kemas supaya dia blh ambil upah.

Dan alhamdullilah, dia dah mula ambil upah jahitan sekarang. Bolehlah digunakan utk tampung apa2 yg kurang. cuma apa yang dikesalkan ialah rumah abg saya tiada bekalan air paip dan tandas. saya sendiri dah turun naik macam2 pejabat utk dapatkan geran agar rumah abg saya blh sambung paip. ttp gagal. kalau tiada geran, mmg tak blh masuk air sampai bila2. saya pernah pergi ke jabatan kesihatan utk adu masalah ini sehingga sekarang sudah setahun tiada respon balas dari mereka. saya buntu nak tolong abg saya mcm mana?

anak2 pula terpaksa mandi di sungai. air sungai tahu2 je lah bukan bersih mcm dulu. sebenarnya saya pernah juga pergi jkm utk mohon bantuan masuk air dan buat tandas buat abg saya. ttp gagal. alasan yang diberikan oleh jkm ialah abg sy masih sihat dan blh usaha sendiri. namun jkm berikan bantuan lain sebanyak rm100 sebulan selama setahun dan bantuan tersebut telah pun tamat pada bulan lepas.

pegawai jkm datang ke rumah abg saya pada bulan february yang lepas dan menyuruh kakak ipar saya belajar menjahit baju dalam dan seluar dalam di pejabat jkm. bayangkan nak pergi balik sudah tentu kena keluar tambang bas. mereka org miskin nak makan pun kadang2 bajet apatah lagi dengan beban kenaikan harga barang. Ini kan pula nak suruh keluar duit pergi ke sana ke mari?
apa yang amat dikesalkan ialah kakak ipar saya sambil menangis bercerita kepada isteri saya ttg insiden yang brlaku di jkm ***** ***** oleh seorang pegawai yang bernama ****** ****** yang mengherdik kakak ipar saya sebagai pemalas, mengharapkan bantuan kerajaan je, tiada usaha sebab itulah miskin.

pegawai tersebut marahkan kakak ipar saya sambil menunjuk satu keratan akhbar sinar. keratan akhbar tersebut memaparkan kesusahan keluarga abg saya yg mendapat perhatian adun pas ketika itu. kebetulan abg saya mendapat bantuan jkm atas usaha adun pas pada tahun lepas. dan jika berkesempatan mmg saya nak jumpa adun pas ***** ***** untuk adu masalah ini kepada dia. biar pegawai yang bernama ****** ****** sedar yang dia sepatutnya berkerja utk bantu org susah bukan herdik org susah.

disebabkan insiden itu kini abg sy mmg putus harapan nak minta bantuan dari kerajaan lagi. saya pada awalnya bercadang nak bawa abg saya pergi ke jabatan kesihatan utk tanya status permohonan geran dan masuk air serta bantuan bina tandas ttp abg saya mati2 menolak ajakan saya. katakannya lebih baik begini tidak mengharapkan belas ihsan org. rupa2nya setelah diceritakan oleh isteri saya ttg apa yang berlaku pada bulan lepas, baru saya tahu puncanya kenapa keluarga abg saya enggan mengharapkan bantuan lagi.

kalau inilah kesusahan yang orang susah terpaksa lalui, saya tak hairanlah kenapa kebanyakkan org susah lebih suka cari sampah dari minta pertolongan kerajaan. minta pertolongan kerajaan umpama minta sedekah.

Ameno : Aku sokong penulis email. Jabatan kebajikan masyarakat patut bantu orang susah bukan herdik orang susah.

Terbaru : Media antarabangsa ulas malaysia ambil risiko untuk industri rare earth

The New York Times telah mengulas kesanggupan kerajaan malaysia membina kilang memproses tanah jarang [rare earth] yang mengundang bahaya radiasi dan kesihatan kepada penduduk di sekitar kuantan.

Berikut ialah petikan tersebut ;


Untuk bacaan penuh artikel tersebut, klik sini.

Ada beberapa point menarik sini yang aku nak petik ;

1. Industri rare earth ini akan menghasilkan banyak sisa radioaktif.

2. Macam mana lynas nak hapuskan sisa ini, aku belum tahu.

3. China mempelopori industri ini. Dan terdapat laporan bahawa banyak sisa toksik terhasil di china.

4. China juga mula tunjuk lagak kepada beberapa buah negara disebabkan china satu-satunya negara yang berani mempelopori industri rare earth secara besar-besaran sehingga menguasai permintaan dunia hampir 95%.

5. Bagi menamatkan riwayat china yang berlagak [kebergantungan kepada china] sudah tentulah negara yang bergantung harap pada industri rare earth untuk bahan mereka, mengharapkan agar ada negara lain mempelopori industri ini untuk menampung permintaan dunia.

6. Industri rare earth ini akan menghasilkan bahan yang boleh digunakan untuk membuat iphone, bom dan badan [body] kereta dan pelbagai lagi.

7. Ini bermaksud ada permintaan yang besar dari dunia antarabangsa untuk bahan mentah yang terhasil dari industri ini. Industri ini sebenarnya menghasilkan logam. Dan logam ini mempunyai pelbagai kegunaan antaranya seperti yang diterangkan di atas tadi.

8. Ini juga bermaksud malaysia akan untung bukan sekadar berjuta-juta setahun tetapi berbillion-billion setahun akibat permintaan yang sangat tinggi untuk industri pemprosesan tanah jarang ini.

9. Menteri besar pahang memberikan jaminan bahawa industri ini selamat. Dalam erti kata lain adnan menjamin bahawa tidak akan berlaku masalah kesihatan akibat sisa toksik dan pencemaran sungai akibat radioaktif.  Lihat bawah ;



Untuk bacaan penuh klik sini dan klik sini untuk melihat kronologi kilang yang hampir serupa pernah dibina di perak telah menghasilkan sisa toksik yang berbahaya kepada penduduk sekitarnya suatu masa dulu sehingga menyebabkan kematian dan operasi kilang tersebut ditutup.

10. Apa yang merisaukan rakyat ialah ;

- pemimpin malaysia semakin lama semakin terbukti suka menipu dan menyeleweng wang cukai rakyat. Apa yang lebih parah wang zakat juga tidak disalurkan ke tempat yang betul. Ramai orang susah di malaysia gagal mendapat bantuan yang se-adilnya dari pusat zakat dan jkm. Wang zakat ditahan-tahan dan disimpan oleh mereka [pusat zakat]. Mungkin digunakan untuk pelaburan kot?

- kepercayaan rakyat terhadap pemimpin telah hilang akibat kredibliti mereka yang sangat-sangat dicurigai. Contohnya isu di atas. Menteri besar pahang memberikan jaminan bahawa industri ini tidak membahayakan penduduk. Tetapi untuk pengetahuan korang, bagi pemilik industri yang menghasilkan sisa toksik yang berbahaya seperti ini mereka sendiri pun hanya mampu menjamin 'kurangnya bahaya radiasi kepada penduduk' bukan "tiada radiasi seperti kata-kata menteri besar pahang ini'.

- jika kita lihat banyak tanah-tanah di pahang musnah akibat ketamakan pemimpin di sana. Pahang hutan musnah. Pahang ada kasino. Kini pahang ada industri yang menghasilkan sisa toksik pula. Tetapi pahang bukanlah negeri yang maju di malaysia. Pelik. Heh.

11. Dan jika kita teliti ke dalam sket, kita akan dapati bahawa ;

- industri tanah jarang ini mempunyai keuntungan yang sangat besar akibat permintaan yang sangat tinggi dari negara-negara maju.

soalan : negara-negara maju tersebut tidak pula berani buat kilang seperti ini di negara mereka, kenapa? Sedangkan keuntungannya sangat tinggi. kenapa?

- industri ini mampu melonjakkan pendapatan negara 

soalan : kenapa kerajaan malaysia beria-ria nak cari keuntungan segera? Dan apakah kesan nya kepada penduduk sekitar? Apakah pelan [langkah-langkah pencegahan] yang kerajaan ada untuk memastikan sisa toksik tidak mengalir keluar ke tempat yang tidak sepatutnya sehingga membahayakan nyawa penduduk? Adakah pelan tersebut di edarkan agar rakyat dapat menilai keberkesanan nya? Adakah kerajaan telah sign perjanjian dengan penduduk sekitar agar hak mereka terjamin dan terlindung jika bahan radiasi didapati mengangu kehidupan mereka kelak? Ini semua perlu difikirkan.

- industri ini akan memproses bijih yang dilombong dari mount weld australia sebelum dibawa ke malaysia melalui kapal kontena untuk diproses. 

soalan : kenapa perlu angkut jauh2? Bukan kah ini akan mengakibatkan kos pengangkutan yang tinggi? Kenapa tidak dibina berdekatan lombong di australia kalau industri ini tidak berbahaya kepada kesihatan penduduk dan negara tersebut?

12. Kilang ini di jangka akan memulakan operasi mereka pada bulan september tahun ini. 


Ameno : bina kilang nuklear sebelah rumah menteri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...