Untuk pertanyaan/iklan/berita sila hubungi saya disini orderonline2010@gmail.com.

Tutorial : Lajukan Broadband yang dah habis limit.



Semalam aku jalan-jalan kat blog ataupun berblog walking aku terjumpa satu tutorial yang menarik dan tiptop. Ble aku baca sampai habis perghh mmg best siot. So aku patut tulis balik dalam belog untuk rujukan mendatang.

Bagi yang guna broadband macam aku memang sure layan tutorial neh. Benda neh aku tak test lagi sebab broadband aku masih ada data lagi. Tengoklah beb baru awal bulan. Agak2lah pun nak menganas habiskan data broadband pun kan? Heh.

Aku ciplak benda neh kat sini.

Buka broadband korang dan sambungkan ke internet macam biasa. Lepas tue follow step kat bawah neh okey ;
 
1. Mula-mula korang kena pastikan apa ip address korang. Cara nak check ip korang kena klik sini. 

2. Lepas tue buka notepad. Korang tahu kan apa tue notepad? Kalau taktahu tanya rosmah okey. Heh.

3. Paste benda neh kat notepad tadi. 

c:\windows\system32\ping [jarak] ip adress korang [jarak] -t

4. Save kan file tadi sebagai ping.bat.  Save kat desktop.

5. Kemudian cari balik file yang korang savekan tadi. Klik untuk buka. Nanti akan terkeluar satu command prompt. Biarkan command prompt tue terbuka ketika korang sedang online.

Then korang bandingkan internet speed korang sebelum dan selepas buat benda neh bila broadband korang habis data/cecah limit. okey? Aku tak terai lagi sebab masih ada data. So takley nak share pengalaman. Cuma baca pengalaman orang lain je. Kalau korang tengok ada perubahan share sini okey. 

Last, sila ulang balik dari mula kalau korang terkeluar/mengeluarkan diri dari connection okey.

Benda neh untuk seme jenis broadband. Nanti share result kat sini okey. Nak tgk betul ke tak.

Jom join contest yang paling mudah dengan facebook. Antara hadiah menarik ialah iphone4, kamera dan tv lcd 

Ameno : Best gak buat tutorial neh. Hahaha..

Panas ! Warisan Merdeka sedang dibina?

Rakaman di bawah ini ialah hasil research admin ;



Point penting ;

1. Hasil tinjauan admin group terbabit tapak yang berdekatan dengan tanah cadangan pembinaan warisan merdeka mendapati wujud pekerja pembinaan.

2. Apabila didekati dan ditanya kepada pekerja-pekerja terbabit mereka memberikan jawapan ini ;

- kawasan itu termasuk dalam laluan mrt yang bakal di bina tidak lama lagi. Oleh itu mereka sedang melakukan ujikaji tanah ataupun sewaktu dengan-nya. Aku rasa sebelum bina apa2 kena uji kot stuktur dan kekuatan tanah kat situ. Aku rasa je lah. Aku tak pandai bab2 neh.

- Tinjauan dalam kawasan tanah kosong [yang ditutup dengan zink [aku rasa]] pula mendapati ada khemah untuk pekerja pembinaan berehat. Tengok gambar di bawah neh ;





- Dan apabila di tanya kepada mereka, apa yang akan di bina di sini. Mereka kata hotel 5 bintang.

3. Persoalan nya kita tahu tapak itu sepatuntnya tapak pembinaan menara warisan. Ke dah tukar? Ke nak bina hotel + menara warisan?

4. Katakanlah memang benar bina menara  warisan.  Tapi kenapa satu haramjadah rakyat malaysia tak tahu pun dan kenapa kerajaan kita melangkaui kemahuan dan kehendak ahti kita? Dan kenapa ia seperti di sorok-sorok dari pengetahuan umum? Mahathir ketika membina kl tower dan klcc boleh dikatakan kerja2 pembinaan sering dilaporkan oleh station tv dan media massa.

5. Sebenarnya KLCC dan KL Tower yang wujud di malaysia sudah lebih dari mencukupi dan boleh digunakan untuk kegiatan pelancongan dan sebagainya. Itupun banyak lagi kosong aku dengar walaupun aku tak pernah pergi selidik satu persatu ruang pejabat dalam tue. 

Daripada sibuk buat warisan merdeka lebih baik buat hub halal kat tengah-tengah bandar tue. Pelan dah ada dalam kepala hotak saya. Kalau nak email je nanti saya kasi butiran. Faham tak piem? Ko neh bikin aku panas je lah.



Ameno : Suka sembunyi2 bila nak buat sesuatu tue selalunya ditafsirkan sebagai ada niat jahat.. betul ke?Kita patut check kontraktor yang terlibat dalam projek neh.. amacam? Sapa boleh periksa...?


Sengal Zone : Fasilitator 5

Clue 5 : berasal dari Sabah !

Nota : Untuk makluman entry neh takde kena mengena dengan politik. 

Ameno : Apa menda lah yang aku layan neh..

Terkini : Pegawai kastam yang mati : Bukan kaki rasuah.




Kat bawah neh ialah komen yang aku petik dari sini ;


Anonymous said...

Salam wbth.. Bro aku taktau nak mula dari mane..just nak info mintak ko siasat. kematian pegawai kastam Port Klang. Kwn aku ramai keje forwarding bagitau tadi kat wisma kastam kecoh,mcm kastam mogok pasal kematian ni.kaunter semua tutup.polis takeover wisma xbagi org masuk.tak kuar TV kot.. point aku adalah: Arwah si mati ni dorg ckp bila solat kat wisma dia selalu jadi imam..so mane logik org yg beriman nak bunuh diri..tu satu hal,dlm byk2 pegawai dia ni paling susah nak amek rasuah atau duit kopi.Isu dia di tahan pun (melalui sumber lisan org kastam)SPRM kantoi voucher RM30 jer dari sykt forwarding bagi dia.tapi bukti xsahih ade atau tak. kedua : ini adalah konspirasi Pengarah Kastam Negeri Sgor sengaja nak kenekan dia,( ko siasat lar,aku ni bagi ko sumber lisan jer )sebagai kambing itam.dan semua kastam tau pengarah dorg giler pangkat & kuasa. ketiga : geng2 forwarding ni ckp yg ske lari cukai,byr cukai tipu ni semua sykt2 tempatan yg dimiliki VVIP.Kalau company international semua byr proper. Aku juz nak inform kat ko supaya dgn skil yg ko ade ko bleh mintak rakan2 blogger lain siasat dgn lebih detail,tgk keperibadian si mati ni.majoriti geng fwrding kat port klang percaya dia clean,alim dan baik sahsiah nyer..lagipun dia dah pencen tapi sambung khidmat jer. ok gang,arios.


Aku dengar citer dia nak pergi haji tahun neh? Betul ke? Masih ingat kes arwah aminulrahsid yang di lemparkan dengan pelbagai tuduhan negatif di media sedangkan dia bukanlah penjenayah dan sebagainya?

Isu Pegawai kastam neh pun lebih kurang sama gak. Pegawai neh dituduh rasuah dan dituduh bunuh diri atas sebab rasa bersalah. Entah betul entah tidak. Agak2lah nak bela kerajaan pun takpayahlah buat citer. Tapi kes neh aku rasa tak boleh bawa pergi sebab kali neh melibatkan nyawa kakitangan kerajaan yang hilang nyawa di jabatan kerajaan. Kerajaan sudah tentu akan cuba sedaya tutup mulut orang awam. Tak silap aku pengarah kastam di tv3 tadi telah memberikan kata2 begini ;

"kepada kakitangan kastam yang terlibat dalam siasatan rasuah sila jangan buat tindakan melulu dan terburu-buru, kalau ada masalah boleh berbincang dan rujuk kita"

Aik? Kenapa dia cakap macam tue? Mudah. Dia nak timbulkan persepsi bahawa pegawai tersebut bunuh diri. Ahli keluarga mangsa juga dilarang berjumpa media. Kenapa? Korang baca sini kata-kata kawan arwah yang mengenali arwah.

Bagi mematikan semua spekulasi negatif terhadap arwah siasatan terperinci mesti dilakukan. Tapi nak suruh siapa siasat kalau dah pdrm pun bawah kerajaan? Lue fikirlah sendiri.


Ameno : Seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan dia bersalah.