Untuk pertanyaan/iklan/berita sila hubungi saya disini orderonline2010@gmail.com.

Tutorial : Selamatkan entry blog anda!

Benda neh aku dapat tahu lebih kurang minggu lepas. Yelah kot. Aku dapat tahu dari blog munzirshafie. Yeke neh nama dia? Arhh pandai2 lah search sendiri. Aku dah malas neh sebab bengang. Aku bengang pasal ada perempuan2 yang tak senonoh pergi citer kat public [facebook] yang dorang pakai tuala wanita jenis apa dan mengaku terang2an yang dorang pakai benda tue pada hari itu dan sebagainya.

Agak2 lah nak brcerita pasal tue pun tengoklah kiri kanan dulu. Tapi agak payahlah nak tegur dorang neh setelah aku melihat mentaliti org yg buka topic tue. Mungkin hari neh dia kurang faham, esok lusa insya-Allah dia ustazah tersohor, siapa tahu.

Lupakanlah perbuatan yang membengangkan aku dan membangangkan maruah wanita2 neh, kita sambung balik topic di atas.

Kalau hari tue aku ada buat totorial nak pindah wordpress ke blogspot kan? Kali neh aku buat tutorial macam mana nak selamatkan entry2 korang dari dibaham / hilang angkara individu2 yang report blog korang @ dipadam google akibat report dari pihak kerajaan terhadap korang. Heheheh nasiblah kan. Dah anti kerajaan kena berani berdepan dengan risiko tersebut.

Perkara pertama yang korang kena buat untuk selamatkan blog korang ialah ;

1. Hapuskan dulu peluang2 untuk orang lain report blog korang. Contohnya macam neh ;



Caranya korang kena hide dulu lah benda2 tue. Macam mana nak hide? Mudah je. Klik sini.

Then settle satu masalah. Dan bagi mencegah ataupun mengurangkan risiko sakit ahti yang amat sepertimana yang terjadi kat albanjari online dan kedahlanie korang kena buat persediaan awal. Caranya? Lagi mudah.

Mula-mula pergi kat ;

1. dashboard

2. setting

3. eksport blog

4. save dalam pc / laptop korang.

5. Buat seminggu sekali ataupun 2 minggu sekali. Tetapi aku pilih seminggu sekali. Kalau blog aku kena hack, at least aku dah siap sedia dari awal2. Aku boleh bina balik blog baru dan upload balik content2 lama dalam blog aku yang dah kena hack. 1 hari je dah siap setting. Tapi memanglah sayang kalau blog kena hack. Tapi nak buat macam ini risiko yang perlu dihadapi bila menulis pasal politik.

Lagi satu tutorial neh terpakai gak untuk wordpress sebenarnya. Korang pergi kat dashboard wordpress dan cari eksport. Then save. Sama je. Senang sangat. 


Ameno : Baru buat 2 kali. Minggu lepas  dan minggu neh.

Hot : Fakta LYNAS yang anda mesti peduli.



Ini ialah isu rakyat kuantan. Walaupun aku bukan rakyat kuantan tetapi aku terpanggil nak membawa isu neh dari satu entry ke satu entry atas tanggungjawab memberikan kesedaran dan mencungkil kebenaran di balik pembinaan kilang lynas. Bagi yang belum baca dari mula, elok baca sini, sini dan sini terlebih dahulu. 

Walaupun mungkin di antara korang bukan rakyat kuantan tetapi kita bertanggungjawab untuk bersama-sama rakyat kuantan bagi memperjuangkan keselamatan diri mereka di sana. Statement terkini yang dikeluarkan oleh kerajaan ialah kerajaan nak panggil pakar antarabangsa untuk membuat kajian bebas. Akan tetapi ramai yang was-was bahawa kerajaan akan memberikan analisis yang telus dan memihak kepada rakyat kuantan. Mereka merasakan kewujudan pakar antarabangsa adalah untuk menguatkan hujah kerajaan bahawa lynas memang selamat dan tidak berbahaya kepada penduduk. 



Fakta yang anda mesti tahu ialah ;

1. Kilang neh sudah siap hampir 95% peratus pembinaannya. Almaklumlah nak operasi bulan 9 nanti. Selepas siap mereka nak bawa masuk kelengkapan, mesin, memasang sistem keselamatan dan macam2 lagi lah.

2. Kilang ini adalah kilang rare earth yang terbesar di dunia, mengalahkan yang ada di china. Keluasan kilang neh lebih kurang anggaran sebesar seumpama 140buah [betul ke ayat aku neh?] padang bola sepak.

3. Kilang neh bebas cukai selama 12 tahun dari kerajaan.

4. Setahun lynas akan mendapat untung sebanyak rm5billion [anggaran].

5. Kilang neh bebas cukai, jadi dimanakah kerajaan kita mendapat hasil @ benefits dari kilang neh? Tue kena kaji lanjut lah.

6. Australia lebih besar dari malaysia. Tetapi mereka tak berani pun buat kilang neh di negera mereka sendiri. Kilang neh pernah memohon untuk dibina di australia ttp gagal mendapat kelulusan kerajaan australia atas alasan keselamatan penduduk.

7. Memandangkan ramai yang masih sangsi betul ke kilang neh boleh membunuh orang ramai, maka disini kesangsian anda akan berakhir. Baca baca ;




Berita neh dipetik dari sini.

Lihat yang aku highlight kan tue. Semua neh ialah kesan2 operasi kilang rare earth dalam jangkamasa yang panjang. Antara penyakit yang mereka alami  ialah ;

1. kanser

2. mati tapi taktau punca sebenar

3. selalu sakit2.

4. hilang gigi

5. pencemaran air dan kualiti udara yang teruk.

Penduduk di sana macam dah takde harapan. Bagi mereka, suara2 mereka hopeless. Kerajaan china takan dengar dan takan bantu sebab duit lebih penting dari nyawa. Sampaikan ada tasik radioaktif lagi. Berita neh berita antarabangsa. Bukan berita tempatan. Jika masih was2 lagi, aku takboleh nak kata apa. Pergi sana sendiri, siasat, lihat depan mata.

Jika korang bersama aku, sebarkan maklumat ini dalam blog dan promote group bawah neh ;


Isu rakyat kuantan, bukan masalah org pahang je. Kita kena bersama2 mereka untuk bebaskan diri daripada permasalahan neh. Inilah yang kita kata 1malaysia. 

Ameno : Mereka boleh kata media tempatan menipu, tp bagaimana pula dengan media antarabangsa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...