Untuk pertanyaan/iklan/berita sila hubungi saya disini orderonline2010@gmail.com.

Bapa berang dengan sikap angkuh polis!

Masih ramai lagi yang taktahu pasal neh sebenarnya. Aku pun tak sure napa ramai yang tak alert isu neh. Takpe, korang baca bawah dulu nanti aku kasi video pula ;
 
Keluarga remaja Muhamad Arif Abu Semah yang ditahan bawah Ordinan Darurat sejak Mac 2008 berang tengan layanan polis yang hanya memberikan masa berjumpa hanya tiga minit kepada mereka.

Bukan itu sahaja, polis berpakaian biasa didakwa dengan kasar menarik rakan Arif, Fuqran, 17, daripada bilik apabila bertanyakan tahanan lain tentang keadaan rakannya, tempat ditahan dan sama ada akan dibawa ke mahkamah.

Bapa Arif, Abu Semah Ab Rahim kemudian bertanya kepada polis tentang insiden pada jam 11 pagi di balai polis Rawang.

"Mereka tidak menjawab, sebaliknya menarik kami selepas berjumapa Arif baru tiga minit. Perkara ini amat dikesali sedangkan biasanya saya boleh melawat selamat sejam setengah. Apa salahnya kawan anak saya bertanyakan soalan itu?"

"Adakah kita tidak mempunyai hak untuk tahu ke mana dibawa, dan bila dia akan dibawa ke mahakamah," katanya dalam linangan air mata apabila dihubungi Malaysiakini.

Abu Semah semalam ditemani peguam Edward Saw. Remaja itu didakwa didera menggunakan kayu, wayar dan batang besi yang disebat di kaki.

Arif juga mahukan rawatan perubatan tetapi mendakwa dinafikan pihak berkuasa.

Keluh-kesah Arif itu diketengahkan oleh NGO hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan kumpulan peguam Lawyers for Liberty pada Khamis berkaitan remaja dan pemuda yang ditahan bawah Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 1969.

Dan tonton video ini. Korang mesti sebak bila tahu remaja ini sebenarnya teraniaya.  

Ameno : Itu bukan angkuh lagi.. berlagak habis.. 3 minit je? Jangan2 nak balas dendam sbb mengadu kat peguam kot.. tv3 langsung taknak masukkan citer neh dalam berita dorang enh..

Hot : Gambar anwar ibrahim gelak-gelak dengan eskay.

Kat bawah neh ialah gambar anwar ibrahim dengan eskay ketika mereka tak gaduh-gaduh macam sekarang. Lihat bawah ;

Arhh sudah. Dulu gelak-gelak. Sekarang gaduh-gaduh. Duit memang boleh beli ;

1. Perkahwinan
2. Persahabatan
3. Kesetiaan
4. Harga diri dan maruah
5. Pangkat dan kuasa.

Nota : Gambar ini diperolehi dari blogger umno. Keoriginalan gambar ini tidak dapat dipastikan. Harap maklum.

Ameno : Mesti dsai tak sangka akhirnya eskay berpaling tadah.. yer tak?


Hot : Hishamuddin saman anwar ibrahim!

Hishamuddin nak saman anwar ibrahim sebab anwar ibrahim mengaitkan nama hishammudin dalam isu video seks zina. Hahaha.. orang tue dah marah. Baca bawah dulu ;



1. Hishammudin cakap dakwaan anwar perlu dijawab di mahkamah. 

Habis tue dakwaan korang terhadap dsai macam mana pula? Nak suruh dsai saman korang? Ada berapa banyak tuduhan terhadap dsai? Perisik? agent? penjual negara? pengkhianat? peliwat? Perlu ke dsai filekan saman untuk menjawab semua pertuduhan2 itu? Hidup biar adil wey. Kalau umno dan pkr sama2 proceed rci kita boleh tahu sapa benar sapa salah.

2. Hishammudin cakap tindakan anwar mengaitkan dia dengan isu video seks adalah untuk mengalihkan perhatian masyarakat dari masalah pkr.

Sapa alih sapa sebenarnya? Aku rasa isu video seks ini adalah sebagai taktik keji dan kotor kerajaan untuk mengalihkan perhatian masyarakat daripada korupsi kerajaan pula. So macam mana? Aku neh rakyat. Bukan pkr yer. Harap maklum. Ada nak saman ke?

3. Hishamuddin cakap pas perlu keluar dari pakatan sebab tindakan pas menguntungkan dap.

Aku cakap tindakan pas keluar dari pr pula akan menguntungkan umno. Jadi macam mana? Nak bagi keuntungan pada orang yang belum tentu selamanya kafir atau orang bercirikan munafiq? Biar pemimpin pas fikir masak2 dulu yer. Ko jangan sibuk hishamuddin.

4.Hishammudin bidas pr membelanjakan 600,000.00 ribu utk kempen iklan anti-isa.

Kali neh aku bersetuju kalau sungguh dakwaan hishammudin neh benar. PR janganlah buang duit rakyat untuk buat kempen peribadi pula. Masih ramai rakyat susah yang perlukan duit2 tersebut. Buat iklan gah2 macam iklan 1malaysia tapi keuntungan satusen pun tak dapat kat rakyat yang memerlukan pun tak guna gak. Dah ramai dah menyampah kat ISA neh. Kalau nak buat kempen pun, jimat2 sket duit tue. Agak2lah sampai rm600,000.00 pula. Pembaziran!

Ameno : Umno berdendam dengan pkr, tapi satu malaysia diseret untuk menyelesaikan dendam dan permusuhan peribadi dorang pula.. pasal apa?

Asri : Anwar patut bersumpah..

Saya tidak bersetuju Dato T bersumpah kerana itu hanya bertujuan mendedahkan keaiban orang lain. Tetapi oleh kerana mereka sudah bersumpah dan menimbulkan buruk sangka kepada pihak yang dituduh, mengapa tidak DSAI (Anwar) bersumpah saja.

NONEJika beliau tidak salah, apa yang hendak dirisaukan? Ya, bukan satu paksaan, atau kewajiban, tetapi dapat menghilangkan sangkaan.

Sumpah bukan semestinya di mahkamah. Sumpah di mahkamah ada babnya. Sumpah luar mahkamah ada babnya. Jika isteri suruh suami sumpah bahawa dia tidak curang, adakah berdosa atau Allah mengghukum jika suami bersumpah dia tidak buat, dan memang dia tidak buat.
Sumpah macam itu dapat menghilangkan perbalahan.

Namun saya nak tegaskan cara politik kita memang sudah jijik dah kotor. Isu aib peribadi cuba dijadikan isu rakyat dan negara. Sangat hina. Jika kita usah layan puak-puak ini pun patut.

Pandangan asri neh elok anwar pertimbangkan dan jangan tolak bulat2. Ini semua soal persepsi. Penyokong pakatan rakyat memang dah terang faham bahawa ini fitnah jijik lagi kotor dari pihak umno untuk menjatuhkan dsai secara keji.

Tapi dsai dan pkr kena faham, di malaysia neh tak semua orang sokong pr. Tak semua orang faham dan boleh detect taktik kotor umno neh. Kebanyakkan dari mereka, golongan atas pagar dan penduduk2 kampung yang taktahu apa2 ditipu hidup2.  Sebab itu kalau dsai rasa dia mampu menjelajah satu malaysia untuk clearkan nama dia, abaikan lah cadangan asri neh.

Kalau agak2 sukar sebab asyik kena kacau ngan polis je, ada baiknya dsai buat bersumpah. Kita bukan nak suruh dsai bersumpah sangat. Benda neh pun cuma org2 bebal je buat. Kalau dsai buat memang reputasi dsai tercemar gak ngan sumpah2 neh. Orang akan mempersoalkan kenapa dsai tak faham ke dalam islam mana ada sumpah2, yang pergi layan rentak eskay tue buat apa. 

So itu antara side effect yang dsai kena tanggung kelak. Tapi fitnah jijik umno memang dah melampau sangat. Kalau agak2 dsai dan family leh sabar dengan semua makian, takpelah sabar je lah. Kalau agak2 tak tahan sangat, kena bersumpah lah untuk menghilangkan keraguan dan persepsi buruk. Masyarakat melayu mmg begitu. Mereka mempercayai sumpah lebih dari Alquran. Sebab kalau nak suruh umno bicarakan kes neh ikut hukum syariah untuk dapatkan keadilan, tunggu sampai mati lah jawabnya. Melainkan dsai bersumpah, mungkin baru dorang proceed untuk bawa kes neh ke mahkamah pula. Macam2 boleh jadi. 

Ameno : Bersumpah atau tidak bersumpah dua2 ada side effect yang sama besar pada dsai..berat mata memandang.. berat lagi bahu yang memikul.. 

Masuk race untuk rebut hadiah blackberry dan ipod touch disini 

Hot : Mahathir : Sumpah laknat eskay betul!

WOww..! Mahathir.. apakah menuduh dsai bersalah..? baca bawah ;


Mahathir dalam satu kenyataan memberitahu bahawa ;

1. Eskay ada hak untuk bersumpah laknat.

Kalau begitu, aku pun rasa aku ada hak untuk tampar mahathir dan najib. Soal nya bukan ada hak atau tiada hak. Soalnya adakah sumpah itu benar-benar menuruti kehendak pertuduhan zina. Tak kisahlah mengikuti cara islam ataupun sivil [ada ke zina dalam sivil? takde kan?] Yang penting, lalui dulu lah proses mahkamah. Bicarakan di dalam RCI. Kenapa tidak buat kes mahkamah? Liwat boleh takan zina tak boleh?

2. Mahathir secara tidak langsung telah mendedahkan kepada pandangan dia kepada umum bahawa dia rasa dsai bersalah. 

Mahathir.. mahathir.. ko patut desak tubuh rci. Tak sangka untuk orang macam ko pun rela mempercayai sumpah seperti ini?

3.Naib ketua pemuda pkr mengatakan sumpah itu satu bidaah yang amat sesat.

Untuk naib ketua pemuda pkr pula, lebih baik ko diam dari membebel dan merapu tak tentu hala. Aku mengaku aku tak berapa arif bab2 bidaah neh tapi tak payah buat statement melulu boleh tak? Korang gak yang bergaduh kat masjid tue sambil memekik2 kan? Cuba amek sket tanggungjawab. Cuba jangan asyik nak menang je sampai mampos. Ada baiknya kalau pkr minta maaf secara terbuka bagi menyejukkan beberapa pihak [atas pagar] yang melihat tindakan mereka itu.

Ameno : Saya bersummmmmmmmmm........ ooo .. hehehe
Join contest dan rebutlah Hadiah hari ibu untuk ibu anda!


Najib : PAS perlu keluar pakatan!


Hari neh aku beli paper mingguan malaysia. Tak silap aku mingguan malaysia neh ialah utusan harian betul tak? Sebenarnya aku pun dah lupa. Hahahah.. aku tengok kaler depan dia warna merah. Selalunya kaler merah neh berita harian punya. Baca punya baca aku sampai naik confused apsal pula ada artikel awang selamat terselit kat paper neh. Rupa2nya aku beli paper utusan. Kalau hari minggu nama dia ditukar kepada mingguan. Hahahaha.. sengal aku. Dah jangkit deman kpop versi malaysia iaitu mpop. Kah kah kah.. pecah perut aku lagi hari neh.

Tajuk akhbar atas isu neh memang cantik. Korang nak tahu apa? Baca bawah ;

PAS PERLU KELUAR PAKATAN.
Jika benar-benar berjuang untuk kepentingan agama islam - najib

Isi kandungan berita itu pula ;

- PAS perlu keluar pakatan kalau mereka benar2 memperjuangkan untuk kepentingan agama islam.

- PAS tidak akan memperolehi apa2 yang dicita2kan dan hanya akan memberikan keuntungan kepada dap.

- Najib : "Tak kesahlah samada pas bersendirian ataupun bergabung dengan umno [nak muntah aku] yang penting pas tidak boleh bergabung dengan dap kerana usaha pas dalam memperjuangkan islam akan dihalang" 

- Usaha gigih pas dalam kempen prn sarawak baru2 ini hanya memberikan kejayaan kepada dap.

- PAS perlu terima kenyataan bahawa idelogi politik mereka berlainan [pas dan dap]

- Dalam pakatan, PAS tak boleh buat apa2 sebab ada kekangan dari DAP.

- Najib berkata pas perlu memikirkan kepentingan untuk bangsa, agama dan negara.

- Najib juga mengajak hadi berusaha ke arah kerajaan perpaduan.

- Najib "kenapa buat baik dengan dap? adakah dap boleh memperjuangkan islam? saya nak cakap sini kepada haji hadi cukup cukuplah berkerjasama dengan dap. Ini merugikan kita"

- BN menjanjikan realiti dalam aspek pembangunan manakala pembangkang pula tiada hasil dan manfaat buat rakyat.

- Najib "janganlah bermain politik jalanan, pkr lahir di jalanan sedangkan umno lahir di istana, dan sebab itulah parti kita keramat untuk membela nasib bangsa, agama dan juga negara".

Satu yang najib dan ramai org islam taktahu. Kita bukan memperjuangkan utk kepentingan agama islam. Islam itu sendiri sebenarnya memperjuangkan kepentingan kita. Kita sendiri jika mahu berjuang untuk kepentingan kita, keadilan dan kesejahteraan dalam hidup ini perlu menerima islam. Jika ada yang menolak islam, itu adalah kerana mereka tidak mahu kan keadilan untuk semua manusia. Sedangkan islam itu adil untuk semua bangsa, semua agama, semua jantina apatah lagi untuk semua negara kerana islam itu bukan ciptaan manusia tetapi ciptaan Allah swt. 

Apakah Allah swt hanya mencipta keadilan untuk orang islam? Tidak. Keadilan ada untuk semua manusia tanpa kira agama dan status mereka. Jadi kata2 najib bahawa kita [manusia] memperjuangkan islam untuk kepentingan agama islam adalah bebal. Islam bukan agama yang mementingkan diri sendiri ataupun mempunyai apa2 kepentingan. Kita memperjuangkan islam kerana mahukan hidup dengan adil dan saksama. Kalau ini org islam sendiri tak faham, maka usah bicara pasal islam.

Bila persepsi ini sudah hadir oleh org islam sendiri [najib] bagaimanakah pula reaksi bukan islam? Sudah tentu bukan islam akan merasa kecewa. Apa neh bhaii.. untuk kepentingan agama islam pula neh bhai.. kami yang tak islam neh lue nak campak mana bhaii? Pas sendiri juga gagal terangkan kepada bukan islam bahawa islam itu semua. Jangan ingat bila berkopiah lengkap, tak pernah buat jahat dan zalim, bersolat wajib dan sunat 24 jam boleh memahamkan manusia bahawa islam itu untuk semua. Langkah2 penerangan pas tidak meluas dan kelihatan kepentingan politik itu mendahului kepentingan islam. Sedangkan bila pas berdakwah islam sekaligus pas akan menaikkan imej politiknya juga. Ini berlaku kerana pas terheret dan terseret dengan permainan politik kotor dan jijik umno.

Bila dah tahu diseret dan diheret.. sudah sampai masanya untuk pas berhenti diperlakukan demikian. Kuatkan kerja2 dakwah kita, Kuatkan. Sapa juga halang kita cantas. Kalau mca bising, kita cantas. Kalau umno memekak, kita cantas. Kalau dap meroyan, kita cantas. Kalau pkr melenting, kita cantas. Sudah sampai masanya untuk kita memikirkan kebaikan yang akan generasi akan datang kita raih atas perngorbanan kita kali neh.

Berkenaan kenyataan najib di atas pula, jelas najib angkuh dan riak. Angkuh dan riak itu bukan pakaian manusia. Tapi najib pakai. Heh. Dia fikir dia lebih baik dari dap. Tapi dia dan dap sama sahaja. Malahan dap lebih baik dari dia. Sebab dap mengaku terang2an mereka anti islam. Manakala umno berselindung. Mereka [umno] juga anti islam cuma takmo tunjuk macam dap. Tak berani cakap. Tapi perbuatan mereka tiada beza dengan dap pun.

Isu bergabung neh isu kecik. Samada bergabung atau tidak dap dan umno ttp akan gagalkan usaha pas. Malahan semua parti di malaysia neh akan halang kecuali pas. Inilah hakikatnya. Ini benda yang kita kena terima. Adakah jika hari neh pas keluar dap, maka esok dap akan cakap i support islamic country. No. Tidak. Telah tertulis dalam Alquran bahawa kafir akan mencari seribu satu jalan untuk gagalkan misi umat islam. Tetapi juga telah tertulis dalam Alquran manusia munafiq dan fasiq [umat islam] inilah musuh terbesar dan punca kegagalan umat islam. Ini umno. Mereka ada ciri2 ini. 

Mereka marah kita bilang begitu. Maka kita buktikan banyak kali. Sikap mereka menjurus kepada kemunafiqan. Umno tetap tidak peduli. Musuh depan2 yang kita nampak macam dap, kita boleh agak apakah pelan mereka. Musuh2 belakang yang gemar bermain wayang macam umno, adalah lebih bahaya kerana setiap langkah mereka penuh dengan muslihat dan tipu daya. Kerana itu munafiq tempatnya di neraka paling bawah, paling jahanam akibat sikap mereka yang memang jahanam.

Berhenti menyalahkan dap atas kegagalan umat islam hari neh di malaysia. Berhenti menyalahkan org bukan islam juga di atas kegagalan kita pada hari neh. Pergi duduk depan cermin. Cabut keluar semua keburukan. PAS bukanlah parti yang hebat. Islam menjadikan PAS dihormati. Umno bukanlah parti yang buruk. Tetapi mereka mencabut islam keluar dari dalam diri. Pkr bukanlah parti yang jahat. Tetapi mereka dilanda bencana fitnah. Umat islam kalau tidak berhenti menyalahkan orang lain, kita tidak akan kemana-mana. Mati dan hidup hanya sia2.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik yang jelas. Sesiapa melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik hingga dia meninggalkannya, iaitu apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran (menegakkan benang yang basah).- (Hadis riwayat Bukhari)

Ameno : Saya mencintai islam walaupun saya orang jahat.

Hot : Awie serang bob lokman!

Hait.. apsal awie marah sangat kat bob lokman neh? Baca bawah ;

KUALA LUMPUR: “Jangan hipokrit, jangan cari publisiti murahan dan jangan riak,” kata penyanyi kumpulan Wings, Awie kepada pelakon dan pengacara, Bob Lokman yang kebelakangan ini dikatakan kerap ‘menyerang’ dunia hiburan selepas bersara daripada bidang itu.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 43, berkata jika Bob mahu mencari ilmu akhirat, tidak perlu dia mencari publisiti dengan usahanya itu kerana itu bukan perbuatan yang baik.
Awie turut menegur Bob yang nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, 47, supaya memberikan tumpuan terhadap dunia baru yang beliau cari dan pada waktu sama tidak menyerang dunia hiburan yang beliau ceburi sebelum ini.
“Dia (Bob Lokman) pernah menjalani kehidupan dalam dunia hiburan ini untuk tempoh belasan tahun lamanya dan memperoleh pendapatan daripada dunia yang beliau kutuk ini.
“Apa yang saya hendak ingatkan Bob supaya tidak melakukan perbuatan yang boleh memalukan diri sendiri, bak kata pepatah meludah ke langit terkena muka sendiri.


Aku taktahu apa yang bob lokman serang dunia hiburan so agak bias lah kalau aku cuma dengar pandangan sebelah pihak je. Niat di ahti aku memang nak balon je awie pasal aku anti dia dari dulu lagi. Dalam banyak2 artis kat malaysia neh.. dia neh artis yang aku benci sejak kecik. Aku memang tak faham macam mana ada orang boleh minat awie. Ketika erra bercinta dengan awie pun aku rasa erra fazira tue bangang. Ada ke dia pilih awie. Tapi nasib baik dah putus. Alhamdullilah. Heh.

Tapi apa pun aku rasa awie ko janganlah melatah. Bob mungkin citer pasal pengalaman [cara kehidupan] dia ketika dia dalam dunia hiburan. Yang ko terasa lebih2 pun kenapa. Errr awie bukan ke ko sempat peluk2 fasha sandha dulu? Kah kah kah..

Ameno : Awie makan cili.
Psttt... ada blackberry free lah! 

Hot : Perak batal nadir bumi!

Rasanya ramai kot tahu baru-baru neh perak ada sign MOU dengan syarikat dari china untuk proses nadir bumi macam kat pahang tue. Alah isu lynas tue. Tapi baru dua hari perjanjian itu ditanda-tangan, MB perak umumkan bahawa kerajaan negeri tak bersetuju dengan Mou tersebut dan berharap ia akan dibatalkan. Dan ia memang dah dibatalkan. Syabas. Baca bawah ;


Baca betul2 apa yang zambry cakap. Zambry cakap mereka mengutamakan rakyat dan kepentingan mereka. Hehehehe tak kesahlah tue. Apa yang penting zambry akui bahawa nadir bumi memang berbahaya kepada rakyat. So kalau perak sendiri dah akui kenapa pahang masih nak nafi? Lue fikirlah sendiri. 

Ameno : Tak jadi aku nak pindah keluar dari perak. Hehehe..