Untuk pertanyaan/iklan/berita sila hubungi saya disini orderonline2010@gmail.com.

Hebat : Gaji pengarah TNB berjuta2.. !!!



WOW.. hebat beb. Gaji dorang memang besar. Sesuai lah dengan standard TNB sebuah syarikat GLC yang berdaya saing [baca monopoli] di malaysia neh. Kalau aku tengok2 lah kan gaji pengarah eksekutif tnb neh kan perghh.. segala2nya boleh beli cash beb.. korang klik atas kalau tak percaya.. betapa besar nya gaji dia dalam setahun kan dia boleh collect hampir 2 juta. Best kan?

Gaji setahun dia ; 1,200,000.00 <-- sejuta bhai.

Elaun kereta dia ; 60,000.00 <-- neh elaun kereta je beb.

Bonus setahun ; 302,500.00 <--neh bonus aje beb.

Pemotongan EPF ; 236, 964.00 <-- pembayaran epf untuk bertahun2 kita.. dia setahun je. heh

Dasat kan? Kaya gila. Kalau korang rajin.. baca sampai bawa. Kat bawah tue [merujuk gambar di atas] ada diterangkan bahawa ;

Si khalib yang juga pengarah eksekutif TNB neh mendapat 400,000.00 + 600,000.00 = 1 juta dari TNB sebagai penyelarasan gaji baru.

Perghhh... pergi meeting je semata2 je pun dapat allowance.. perghhhh aku cemburu neh bhaii.. Memang dasar melayu totok sifat kedengkian aku meluap2 melihat betapa banyaknya gaji yang diraih oleh pegawai2 tertinggi tnb neh. Tak heran lah kenapa tnb asyik bising je kalau tarif elektrik tak naik2. Hehehe..

Apa2 pun bagi aku gaji dia neh dah ditetapkan oleh lembaga pengarah. Sebagai rakyat aku tidak akan mempertikaikan rezeki dia. Cuma selaku pengguna elektrik aku rasa tnb patut fikir bahawa rakyat bukan nya bodoh. Kalau tnb boleh bayar gaji pengarah tinggi2, boleh untung berbillion2 tanpa menaikkan kadar elektrik apa salahnya pun kalau keuntungan tnb susut sket.. ye tak? Bukan nya tak untung pun kalau tak naikkan kadar elektrik. Aku melihat objektif tnb neh semacam dah lari. Sepatutnya tnb membekalkan elektrik rumah ke rumah dalam kadar yang bersesuaian.. untuk membantu rakyat tetapi kini motif tnb dah berubah. Mereka bekalkan elektrik dari rumah ke rumah untuk mencapai keuntungan yang maksimum.

Sebenarnya ramai rakyat malaysia faham yang tnb perlu mencari keuntungan bagi meneruskan bisnes. Almaklumlah tnb antara syarikat glc yang menawarkan peluang pekerjaan kepada rakyat malaysia. Cuma yang kita tak boleh nak faham ialah kenapa setiap kali minyak naik..[minyak dunia sekarang turun] rakyat pula yang kena keluarkan duit ? Kenapa tidak tnb cut urusan niaga mereka dengan ipp je? Faham tak? Bukan tiada alternatif lain selain dari menaikkan tarif elektrik dan gas asli setiap enam bulan. Ada. Memang ada. Cuma mereka taknak guna cara tue, sebaliknya mereka tarah poket kita macam biasa. 

Nota : Menjawab fatimah zuhri.. bukan hanya harga minyak je berbeza.. tarif elektrik pun dah berbeza 3,4 tahun yang lepas. Setiap kali minyak naik, tnb naikkan tarif. Malahan bil sekarang di kira 2 bulan sekali, mana kita as rakyat tahu kalau wujud unsur2 penipuan..ye tak? Harap maklum.

Ameno : Aku nak ngorat anak pengarah tnb lah.. heheheh
http://www.tnb.com.my/tnb/application/uploads/annualreports/9701b2624e4d83df2799ce3da16134e2.pdf <-- kalau korang rajin korang baca sini.. tempat di mana aku dapat dokumen neh.. mungkin korang leh jumpa benda yang lagi WOW.. kot.. hehehe..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...