Untuk pertanyaan/iklan/berita sila hubungi saya disini orderonline2010@gmail.com.

Lagi bukti bergambar keganasan polis terhadap orang awam.


Lokasi kejadian : jalan tun perak

waktu : jam 5 petang.

tarikh : bersih = 9 julai.

Gambar dirakam oleh orang yang memerhatikan aksi tersebut pada hari tersebut.

Menurut maklumat yang tersebar di beberapa blog dikatakan bahawa pakcik neh hanya melalui jalan tersebut sebelum tiba2 dihalang dan dihadang daripada meneruskan perjalanan. Dalam mempertahankan diri yang tiba2 kena serang, pakcik tersebut jatuh tersungkur dan akhirnya ditahan kerana terlibat dalam perhimpunan bersih.

Polis yang kat belakang tue marah semacam je. Tah pape. Orang nak lalu je pun [andai citer neh benar lah kan] takan itupun nak marah2. Lagipun aku peliklah dengan cara polis handle isu neh. Menipu tak sudah2. Kita antara saksi yang berada di lokasi kejadian cukup tahu apa yang polis buat kepada kita dan kita sikitpun tidak menggunakan kekerasan kepada mana2 pihak tetapi malangnya pihak polis dan kerajaan tak henti2 mengatakan bahawa apa yang mereka buat ialah wajar. Tang mana wajar nya kalau dah ko cakap ko MELAYU nak tolong orang MELAYU.. tapi rupanya bantai ORANG MELAYU..

Cukuplah. Isu perkauman dah takde tempat di malaysia. Kini bukan nak isu pasal 1melayu segala bagai. Pergi lah mampos. Kini motif untuk 1malaysia bersatu jatuhkan rejim zalim dan membina semula negara neh setelah apa yang bn dan umno hancurkan. Cincin aje 75juta. Heh.

Ameno : Aku keliru dengan tugas polis yang sebenarnya.

Nilai gelang itu rm1.65juta.

WOW..

Lihat bawah ;
The pair of bangles with 3,424 diamond stones, allegedly owned by Rosmah Mansor, is worth RM1.65 million, according to fine jewellers Jacob & Co.

In an e-mail communique to FMT, the New-York based jewellers said the price for the pair of bangles is US$540,000 (RM1.65 million).
Jacob & Co said each 18k white gold bangle is fitted with 1,712 diamond stones and weighed 137.31 gra

Sekarang neh kita perlu siasat samada rosmah ada atau tiada beli [memiliki] gelang mahal neh. Tapi pelik plak aku apasal gelang neh lagi murah dari cincin hah? Gelang rm1.65 juta = sepasang = 2 tangan pakai. Cincin = kecik = satu jari = 73juta? Perghh mahal nak mampos. Tak faham aku tang mana mahalnya kat cincin tue. 

Takde ke sapa2 pegawai rosmah yang boleh sharing maklumat kat sini. Alah.. bos korang tue dipercayai... baca betul2 ya dipercayai telan duit rakyat untuk beli benda2 mahal neh. Kot kaya sangat pun mana dia mampu nak beli seme2 neh. Pasal dia bukan ada apa2 bisnes. Orang politik mana boleh involved bisnes ini salah. So bersangka baik lah yang mereka laki bini bukan orang bisnes. Jadi kalau dah bukan kaki bisnes mana datang pula duit beli cincin tue? Dan mungkin gelang jugaaa...? Heh.

Jahanam dowh malaysia di bawah dorang. Aku dah bengang neh. Nak demo lagi tak weh?

kah kah kah

Ameno : salam satu malaysia ke salam sapu malaysia pak najib weh?

Punca sebenar anwar cedera ialah punca AIDC menipu.

Kalau nak membalon pun biarlah membalon benda betul. Cuba lah jangan ko pandai2 buat citer untuk fitnah segala bagai. Korang neh bloggers umno memang spesis tak ingat mati dan tak ingat Allah swt gamaknya. Asal boleh seluk untuk fitnah, korang seluk. Bak pepatah baru aku cipta khusus untuk korang ;

Alang-alang nak menfitnah, fitnah lah ikut cara bloggers umno.

Amacam? Best tak?

Kah kah kah

Kalau ya ada hujah nak balon anwar  aku pun suka nak terima. Pasal aku pun sebetulnya tak puas ahti gak dengan beberapa cara wakil rakyat daripada pkr terutamanya lah pada hari tersebut. Kalau mat sabu boleh menyamar dan memikirkan idea untuk tiba ke lokasi kejadian apa pasal anwar, nurul izzah dan tian chua tak boleh pula?

Dah tahu ada restraint order dari polis untuk halang dorang jadi jejak kl, ehhh lagi bangga2 menayangkan diri sendiri di hadapan orang di kl sentral. Yang perempuan bukan tak boleh berpurdah. Yang lelaki pun sama. Bukan tak boleh berpurdah. Bukan tak boleh makeup dan tacap muka tue agar nampak lain. Supaya polis tak kenal. Orang awam tak perasan. Dan boleh tiba di lokasi kejadian.

Yang bila taknak buat [takde idea macam tue] pasal memang taknak sampai di kl. Pasal memang nak biar polis aim dorang. Pasal nak main politik. Ini strategi untuk raih simpati. Aku pun pandai. Cuma, perlu ke? Perlu ke pemimpin pembangkang macam anwar untuk meraih simpati lagi di saat dia sebenarnya sudah mendapat pelbagai sokongan rakyat tak kira pelbagai kaum?

Bersih 2.0 membuktikan yang rakyat rupanya tak termakan hasutan dan fitnah kerajaan.Walaupun media telah memomokkan pelbagai versi bersih tetapi nampaknya rakyat memilih untuk tidak mempercayai kerajaan. Jadi apa point nya pula anwar ibrahim nak meraihkan sokongan moral dan simpati rakyat? Takde point pun. Andai dia sampai ke lokasi dalam keadaan yang menyamar aku fikir itu baru dramatik.

Aku boleh faham kenapa tuk guru hadi awang tak menyamar. Bagi aku pelik juga kalau tuk guru menyamar. Orang bertaraf tukguru neh, dia memang bukan jenis menyamar2. Tapi bagi aku orang macam anwar dan geng2 pkr sepatutnya boleh menyamar untuk tiba di lokasi kejadian. Tetapi bila keazaman tiada maka mana datang idea nak menyamar semata2 nak sampai di lokasi, betul tak? Ini pandangan aku. Aku merasakan kebanyakkan mereka yang ditahan tue tiada keazaman nak tiba di lokasi kejadian.

Walaupun hadi awang ditahan pada hari anwar ditahan, hadi awang turut ditolak pada hari anwar ditolak tetapi hadi awang tetap cool. Walaupun khalid samad ditahan pada hari anwar ditahan. Dan turut ditolak pada hari anwar ditolak, khalid samad juga cool. Walaupun aku kecewa kenapa khalid samad tak menyamar untuk berusaha tiba di lokasi kejadian. Anwar ibrahim? Dia? Anwar ibrahim memang agak kecoh semacam. 

Ini pun pandangan ikhlas aku. Aku tak berapa gemar pemimpin yang suka sangat cari simpatatik politik neh. Banyak orang dalam pkr macam neh. Walaupun dia jenis buat kerja tapi tolong lah kurangkan sedikit simpatatik politik. Perlu simpatatik politik supaya dia boleh tahu sejauh mana rakyat sayang dan mempercayai dia tetapi kalau terlalu kerap orang jemu dan dia kena ingat disebabkan simpatatik politik lah orang umno benci dia. Takan dia taktahu?

Namun hujah AIDC mengenai kecederaan anwar ibrahim tak boleh pakai disebabkan ;

Lihat video di bawah neh ;




1. Video versi cut. Tak kesah lah dari mana ko dapat video neh tetapi video neh bukan kronologi penuh pada hari kejadian. Ianya di sunting bhai. Di ambil sedikit demi sedikit dan macam mana nak justifikasikan kejadian pada hari tersebut kalau ianya disunting? Contoh mudah ;

- aku dari dapur berjalan menuju ke ruang tamu lalu masuk ke bilik, tapi ko sunting ruang tamu lalu nampak lah adegan aku dari dapur terus masuk ke bilik. Lepas tue ko pun pandai2 jaja cerita di balik video.

Adoiiyaiii. Tak boleh macam tue. Kan ada banyak video2 yang rakaman yang di upload ke youtube. Dalam facebook aku pun ada. Cuba ko tengok semua dan baru buat kesimpulan. Tindakan neh membuktikan ko neh bebal tak sudah. Sesiapa yang tak pandai teknologi pun tahu ia nya disunting bagi pendek.


Di bahagian description tue dia ada tulis rough cut. Ditulis dalam kurungan. Yang neh aku rasa bukan nama orang. Yang neh nak maklum kan bahawa wujudnya suntingan tertentu. Ko lihatlah video neh terlebih dahulu. Aku sebenarnya tak berapa ada minat nak amek tahu kecederaan anwar. Penting ke sebenarnya?


Video neh di upload oleh member facebook aku. Nampak tak? Apa yang berlaku lebih dari seminit tiga saat. Maka jangan lah ko buat2 citer dalam seminit tiga saat itu ini dan segala bagai. Apa yang ditekan oleh AIDC ialah isu polis tak serang anwar. Tapi aku tak nampak itu isu besar pun. Pasal sapa pula yang ada tear gas kalau bukan polis je pun? Dan siapa pula cakap bahawa polis wajib berpakaian seragam polis? Ada akal tolong kasi tajamkan ia.

Bagi aku lah kan, peduli hapa aku sapa serang sapa. Sekarang aku cuma nampak kenapa anwar sihat dalam video neh dan apsal dalam malaysiakini menulis, dsai kena pakai pendakap leher seperti arahan doktor dan kenapa dia terbaring terlantar sakit? Apa yang aku tertinggal neh? Ada sapa2 tahu untuk clearkan pemikiran aku?

Ameno : doktor pun berlakon ka?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...