Untuk pertanyaan/iklan/berita sila hubungi saya disini orderonline2010@gmail.com.

Adakah timbalan perdana menteri saya bodoh?





Aku taktahu nak cakap apa bila baca statement karut lagi mengarut dari muhyiddin yasin. Dia boleh slumber mak enon jek lepas tangan atas kerugian negara dalam projek lembu. 


Kepala hotak kau. 

Ko ingat rakyat malaysia cop duit ka? Jangan lah buat muka tak malu sangat tipiem. Janganlah begitu. Walaupun ko dihentam oleh orang2 najib atas pendedahan projek neh dan ko pun sedar pasal tue tapi janganlah tak malu sangat dengan buat statement keji. 

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata "tiada yang luar biasa" tentang Laporan Ketua Audit Negara 2010 mengenai projek Pusat Feedlot Kebangsaan (NFC).

Sebaliknya, kata Muhyiddin, jabatan audit telah mengesan kelemahan-kelemahan yang akan dijelaskan.

Muhyiddin yang merupakan menteri pertanian ketika projek RM73.64 juta itu diluluskan, bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut, dan sebaliknya berkata ia akan dijelaskan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar.-mkini-


Kata tipiem di atas. Dia cakap tiada yang luar biasa. Penyelewengan dan kerugian dalam NFCorp rupanya ==> tiada yang luar biasa. Jadi adakah maksudnya penyelewengan + kerugian dalam NFCorp ialah ==> perkara yang biasa?

Takpe. Jangan marah dulu. Itu belum power beb. Yang kat bawah neh lagi power. 
"Lambert dia lari, dia tak sanggup buat. Kalau kita tengok laporan audit kata pagar runtuh itu semua sebab Lambert larilah tu," katanya lagi yang juga ahli parlimen Tanjong Karang dalam ucapan penggulungannya di Dewan Rakyat sebelum itu.

Ditanya dalam sidang media, Noh berkata sukar untuk mengambil tindakan ke atas Lambert kerana kerajaan tidak menandatangani apa-apa perjanjian dengan syarikat berkenaan.

Kementerian juga sedang membincangkan untuk menawarkan tanah pajakan seluas 500 ekar yang ditinggalkan oleh Lambert itu kepada syarikat lain.-MKINI-

Hah? Apa? Takde perjanjian? Tapi dapat jalankan projek? Adakah tipiem kita ialah seorang yang bodoh? Macam mana dia boleh salurkan wang, peruntukkan, dana kepada syarikat yang tiada perjanjian dengan kerajaan pula?

Wahh..
Aku terpaksa respect. Rupanya aku diperintah oleh orang bodoh selama neh. Patutlah. Aku tak patut heran lagi. Aku tak patut hairan kalau malaysia neh dipenuhi korupsi, maksiat, penyelewengan, jenayah dan blablablablab. 

Sebab pemimpin no 2 aku ialah orang yang tak cerdik langsung. Dan dia mungkin jadi pemimpin no 1 andai najib dijatuhkan akibat sikap pemborosan melampau. Menjatuhkan si boros menaikkan si pelingkup dan tak kira apa rakyat tetap no 1 yang menderita. Hebat.

Arhh lagi satu. Nak bagitau. Rupanya menteri boleh berniaga mengguna dana negara. Siyes neh. Sila lihat bawah ;
Menteri pertanian dan industri asas tani, Datuk Seri Noh Omar mengakui bahawa projek Pusat Feedlot Kebangsaan bernilai RM73.64 juta yang digambarkan dalam keadaan "kacau-bilau" oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 telah diberikan kepada anggota keluarga seorang menteri kabinet.

Ketika ditanya, Noh mengakui bahawa projek berkenaan telah diberikan kepada anggota keluarga menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Namun, Noh menjelaskan bahawa penganugerahan projek berkenaan dibuat tanpa melanggar apa-apa peraturan.

"Ya, apa salahnya kalau dia meniaga dan dia bukan kerja direct nego(rundingan terus)?" soal Noh kembali ketika ditanya mengenai projek yang menurutnya telah dianugerahkan melalui "tender terbuka" itu.


Ahhhaa.. begitu rupanya. Jadi adakah selepas neh semua menteri2 bn nak meniaga menggunakan dana negara? Silakanlah. Kami sangat seronok melihat perlembagaan dan hak rakyat dicabuli. Sekian.
Ameno : Seorang menteri dapat tender kerajaan guna duit rakyat dan rugi, tapi noh cakap cakap tak salah sebab tak langgar apa2 peraturan. Hebat. Saya mesti puji.

Suara pakatan rakyat blog pr ataupun bn?

Aku tatau samada blog neh popular ke tidak. Tapi aku tahu dia antara blog terawal yang menyiarkan gambar super impose najib dengan pope. Malahan aku rasa mungkin dari blog itu kot yang membuatkan pr dikecam oleh media arus perdana sebagai tukang fitnah. 

Neh cerita je. Kena faham betul2. Cerita neh sepatutnya takde kena mengena dengan yang hidup dan mati. 


A : Beb, apa kata kita rombak balik strategi kita.
 
B : Rombak macam mana?

A : Selama neh kita asyik menyamar guna medium fb. Apa kata kali neh kita guna blog?

B : Maksud ko?

A : Kita guna blog untuk kutuk2 bn tapi dengan cara yang sangat2 halus supaya orang tak perasan bahawa kita sebenarnya kutuk pr.

B : Apa faedahnya yang kita dapat macam neh? Buat apa kita nak kutuk2 bn tapi secara sinis kita mengutuk pr? Bukan semua orang boleh nampak dan faham bila kita buat macam tue. Silap2 nanti depa akan bertambah sokong pr pula.

A : Lepak. Kita buat macam neh ada banyak faedah. Kita boleh rapatkan diri kita dengan blogs pr. Dari situ mungkin kita boleh korek apa2 info dalaman. Dan kita juga boleh buruk2kan pr secara tidak langsung. So kat sini kita tak rugi apa pun. 

B : Tapi kalau ada yang terpengaruh dengan hujah2 pr macam mana?

A : Sebab tue larh kita hanya perlu muatkan artikel yang boleh diragui dan dihujah balas oleh bn semula. Simple.

Okey. Aku tahu ada dana. Aku dapat info tadi. Aku kawan dengan semua. BN pun kawan. PR pun kawan. Bebas pun kawan. Apa bangsa pun kawan. Apa agama pun kawan. Apa kecenderungan seks pun aku kawan. Walaupun ada yang tak senang dengan cara aku yang berkawan dengan semua kelompok tapi itulah aku. 

Aku tiada minat nak menapis pergaulan aku. Aku juga tiada minat nak menulis mengikut kecenderungan pihak tertentu. Apa pun aku dah tahu taktik neh. Bila melibatkan dana ia melibatkan proses. Bila melibatkan proses ia melibatkan kelulusan. Bila melibatkan kelulusan ia melibatkan orang. Bila melibatkan orang ia melibatkan mulut. Bila melibatkan mulut ia bukan lagi rahsia. Kantoi.

Sekian. 

Nota : Jangan salah faham. Ini bukan fitnah. Ini bukan pertanyaan. Neh ialah cerita yang sepatutnya tiada kena mengena dengan yang hidup dan mati, betul tak? Heh.

Ameno : Sapa makan apa yang dia makan, maka itulah yang dia rasa.

Aku kena ban dengan admin page TGNA bila bersuara pasal Ambiga support gay.

Apa salah aku bila cakap pasal benda betul? Ingat aku bodoh sangat ke nak serang tanpa simpan bukti printscreen? Dasar pengecut. Sebagaimana najib, ali rustam dan pelbagai lagi page bn yang suka ban aku bila dorang takde hujah kali neh admin page tgna juga ban aku bila dia takde hujah. 

Kalau ko berada di pihak yang benar, apasal ko ban aku? Balas larh hujah aku. Ko nak takut pasal apa? Ka pasal ko memang buat salah? Ko sama je macam najib dan bn. Tak boleh kena tegur. Tak boleh kena kritik. Kalau neh cara yang diamalkan oleh pas, terbuktilah pas = umno = 2 x 5. Nak je aku cakap lebih teruk dari neh. Tapi takpe. Tak perlu pun. Pendedahan neh dah cukup membuktikan pendirian korang tue macam mana. Heh






Ada orang akan bagi hujah. Ya dorang semestinya akan defend pas dan tgna dalam isu neh. Yang sebenarnya aku tahu yang ban aku neh ialah admin page tgna. Tindakan dia tidak mewakili pas dan tidak mewakili tgna. Malahan aku percaya andai tgna sendiri yang manage pas tersebut, tuk guru tidak akan ban aku. Sebab aku cakap benda betul. Dan tuk guru pula jenis suka dengar benda betul. Bukan benda tipu dan hipokrit yang selalu disampaikan oleh orang2 sekeliling dia tue.

Motif kenapa aku mengaitkan pas dalam hal neh mudah. Jangan fikir benda neh takde kaitan dengan pas sementelah pas juga yang pongpang bantah isu elton john sebab dia gay. Kenapa pas boleh pongpang cakap pasal elton john tapi dia tak boleh pongpang bantah festival gay di malaysia neh? Adakah kerana festival gay neh ada kaitan dengan ambiga dan NGOs yang support bersih?

Apa yang membezakan konsert penyanyi gay dengan festival + konsert gay yang di anjurkan NGOs pro bersih dan dirasmikan AMBIGA pada pandangan pas sehingga pas hanya membantah konsert elton john tetapi belum lagi bersuara pasal festival gay neh? [Selepas neh tatau lah kalau depa bersuara].

Festival gay neh anak tempatan. Elton john tue orang luar. Apa sebab orang luar yang bawa budaya gay ko marah tapi bila orang tempatan buat benda yang sama ko senyap? Itu je isu dia. Aku faham. Bukan lah tanggungjawab pas untuk banteras hal neh. Ia sepatutnya menjadi tanggungjawab kerajaan. Sama macam konsert elton john. Sepatutnya kerajaan bidas. Tapi kerajaan diam so pas amek langkah bersuara. Lalu, apa sebab dalam festival gay yang ada kaitan dengan ambiga dan geng2 sekutunya tidak mendapat bantahan dari pas pula?

Aku jadi pelik. Apsal depa pongpang pasal elton john tapi bab yang membabitkan ambiga depa diam. Itu pasal aku raise question kat sini. Bukanlah aku nak membidas pas sangat. Tapi benda kehipokritan neh aku nampak. Jelas lagi terang. Aku pun suka gak nak membina persepsi baik buat pas. Tapi perlukah aku bina dengan jalan menipu? 

Inilah yang orang kata. Tangan sendiri mencuri tak nampak. Tangan orang lain yang mencuri ko nampak. Anak tempatan buat festival + konsert untuk support gay + lain2 alam ko tak nampak. Tapi orang luar gay yang datang sini untuk buat konsert  ko pertikaikan. Sedangkan orang luar tue ialah penyanyi gay yang bakal menyanyi di hadapan penyokong2 yang belum tentu gay sedangkan festival gay plus etc2 + konsert yang dibuat anak tempatan neh dah sah2 mengumpulkan dana dan hiburan untuk puak2 gay + les dan etc2.

Simple. Tapi kalau taknak faham takpe. Teruslah buat lawak lagi. Aku tumpang gelak. Dan aku juga tumpang melihat lakonan pas. Selama neh aku tahu sangat umno pandai berlakon. Cuma aku tak sangka pas pun ada bakat macam tue. Sekarang aku dah tahu. Hebat. Itu je pujian yang aku boleh bagi. Heh. 

Nota : Link gay disini.

Ameno : Selamat datang ke dunia parti maksum.

3 Tip Luangkan Masa dan Melayan Kerenah Anak.



Suatu petang, Puan Shida sedang menyediakan juadah malam di dapur. Tiba-tiba datang anak sulungnya berusia 4 tahun lebih menanyakan satu soalan yang dah lama si kecil tu terfikir.

Daniel : Mama, adik ni datang dari mana? Dulu tak ada pun. 
 
(Sambil tunjuk ke arah adiknya yang sedang tidur lena)
Mama : Errr.. err?? 

Huhuhu.. Soalan macam ni biasa terkeluar dari mulut anak-anak kita yang bijak. Anda ada beberapa pilihan jawaban

Pilihan Pertama

Mama : Daneil.. mama tengah sibuk ni.. gi tengok tv tu.. jangan kacau mama buat kerja.
Daniel : Emmm.. (maka berlalulah si anak ke ruang tamu)

Pilihan Kedua

Mama : Adik datang dari perut mama lah sayang. Kan hari tu perut mama besar. 
Sekarang adik dah keluar.  Abang pun dalam perut mama dulu.

Daniel : Ooo..Tapi kenapa dalam perut? 
 
Mama : Sebab  mama sayangkan abang dengan adiklah. Masa tu kecil sangat belum kuat lagi. Bila dah besar, dah kuat, baru boleh keluar. 
 
Mama : Macam kucing kat rumah atuk tu.. kan perut dia besar. Pastu keluar anak-anak dia.
Anak : Ooo macam tu…

Melayan kerenah dan soalan anak kita memang memerlukan kesabaran dan kebijaksaaan.  

Jawaban pertama sangatlah kurang bernas. Ia merencatkan sifat daya berfikir anak-anak dan mengurangkan WIBAWA anda sebagai ibubapa dan guru pertama bagi mereka.

Mengikut fitrahnya, anak-anak mempunyai sifat ingin tahu yang sangat tinggi. Biasanya di usia 4 tahun ke atas minda logik mereka mula bercambah. Maka, masa ketika inilah mereka melontarkan soalan yang kita pun tak pernah terfikir. Boleh jadi berpeluh juga nak menjawabnya, kalau tak betul  gaya.

Iyalah, nak cerita secara terperinci tak boleh pula, kerana usianya yang kecil. Nak biarkan sahaja soalan tu, lagi tak boleh dan malah sangat tidak sihat bagi perkembangan minda anak-anak. Justeru itu, sebagai ibubapa yang prihatin wajar kita mengambil perhatian yang lebih tentang ‘kecelaruan’ anak-anak dengan memahami tahap kebolehan mereka berfikir.

Bagaimana perlu melayan dan meluang masa untuk mereka?

Mungkin tip-tip di bawah ini mungkin boleh para pembaca sekalian :

1) Jadilah guru pertama kepada anak anda

Jawablah soalan yang ditanyakan oleh si manja anda secara berhemah. Terangkan seringkas yang mungkin yang boleh difahami oleh mereka agar mereka akan berasa percaya dengan jawaban anda mengikut kefahaman mereka.  Dengan cara ini anda dapat wujudkan ‘Trust-bonding’ atau hubungan saling percaya dengan mereka. Mereka akan berasa andalah ibubapa yang berwibawa. 

2) Anak-anak  bukanlah orang dewasa yang kecil (Not your tiny adults)

Banyak masalah timbul apabila kita gagal untuk menyedari perbezaan antara anak yang berumur 3 tahun dan yang berumur 11 tahun. Kebiasaannya, kita akan membawa semua anak-anak menonton cerita yang SAMA di Televisyen ataupun panggung wayang untuk berlaku adil. Hakikatnya adalah tidak, bagi si kecil anda. Mereka masih tidak cukup matang untuk memahami segala apa maklumat berbanding kakak dan abang mereka. Ianya umpama kita cuba untuk mempercepatkan atau ‘speed up’tumbesaran minda dan emosi mereka.

3) Memahami tahap kebolehan mereka berfikir

Cuba bayangkan, jika kita menyuruh anak yang berumur 2 tahun untuk masuk tidur apabila sudah lewat malam. Walaupun mereka akan ikut arahan si ibu untuk bangun dan masuk ke biliknya, tapi cuba kita buat pemeriksaan ataupun ‘spot check’ di biliknya, pastinya si manja anda akan bermain daripada tidur! Itulah dunia mereka, suka bermain dan itu sahaja yang membuatkan mereka selesa. Ini kerana, mereka kekurangan nilai pemikiran yang wajar (rasional) ataupun  ‘Operational Rational Thinking’ di usia ini. Jadi, janganlah marahkan mereka jika tidak melakukan apa yang anda suruh.

Sebagai ibu bapa kita harus mewarnai dan menghargai waktu-waktu kecil si manja anda. Luangkanlah masa anda dengan menjawab segala apa persoalan mereka walaupun anda sangat penat untuk melayan. Jangan biarkan waktu kecilnya berlalu begitu sahaja, kerana pastinya ianya tak akan berulang kembali. Anggaplah mereka adalah imbasan masa kecil anda dan sebahagian masa lampau anda.

Oklah sampai di sini sahaja. InsyaAllah ada umur kita jumpa lagi di lain masa. Sebelum berpisah saya tinggalkan anda dengan paparan video keseronokan kanak-kanak di kelas playgroup. Semoga anda terhibur dengan lagu dan keceriaan anak-anak ini. 






    
Excel Qhalif juga berbesar hati ingin menjemput anda dan si manja anda ke Kelas PERCUMA Islamic ALIMkids Playgroup yang di adakan hampir setiap hujung minggu. Setakat ini hanya tinggal 2 tarikh sahaja lagi untuk pendaftaran percuma ini. Setiap kelas kami hanya terhadkan 15 orang sahaja. Rebutlah peluang dan alamilah sendiri kehangatan playgroup ini. Ibubapa dan si manja yang berusia dari 2 tahun ke 4 tahun dijemput hadir. Klik link di bawah untuk ketahui jadual, lokasi dan berdaftar secara online. http://excelqhalif.com/prebiu-percuma-alimkids-playgroup/

Nota : Advertorial.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...