Untuk pertanyaan/iklan/berita sila hubungi saya disini orderonline2010@gmail.com.

NFC nak saman, saman je lah.

Loser...

Main tarik pula si salleh neh.

Nak saman, lue saman, lue saman. Taknak saman lue dediam dah larh. Aku rasa ramai pemimpin pr dah bersedia untuk disaman oleh salleh dalam isu nfc neh. Hujah2 yang dipakai oleh salleh bersandarkan penafian tanpa dokumen dan fakta je. Contohnya begini ;


Rakyat : Jabatan audit mendedahkan nfc tidak mencapai target. <== dengan bukti + fakta.

Salleh : Jabatan audit tersilap lapor. <== bukti mana? Dokumen mana? Takdak. Tapi dia soh kita percaya dia?

Rakyat : PAC mendedahkan berlakunya penyelewengan, salah urus dana dan lari target oleh nfc <== bukti video kenyataan oleh azmi khalid.

Salleh : Hentikan fitnah atau saya saman.<== waklue. Yang cakap tue PAC. Kami cuma angkat dan sebarkan ajek. Lue ingat PAC = PKR kah? PAC = gov whorr. fitnah apa menda nya?

Then last2 guna polis bersihkan nama dia. Ingat rakyat percaya ka? Apa2 benda penyelewengan kalau guna polis aku satusen pun tak percaya. Tapi kalau ko bagi aku macam aku ikut dan perhatikan siasatan polis neh, baru aku boleh buat pilihan. Toksah hadap lah rakyat malaysia neh bengap macam lembu beb. 

Satu persatu isu salleh neh kantoi tapi dia still tegakkan benang yang basah. Aku no hal kalau dia neh betul2 pandai berbisnes bagai. Tapi jadi hal bila dia sesedap dapat pinjaman dan gunakan pinjaman tersebut utk bina kekayaan sendiri. Walhal pinjaman tue sepatutnya untuk NFC. Dia boleh pakai untuk kepentingan peribadi plak.

Senang cakap, salleh ko saman je larh. Banyak lagi bukti2 yang akan didedahkan di mahkamah. Di ulangi, banyak lagi bukti2 yang akan didedahkan di mahkamah. Tinggal lagi ko kena saman jek. Ko cepat saman sekarang. Kalau ko rasa ko betul dan benar ko saman. Aku cabar ko untuk saman. Mari kita lihat siapa yang kena dalam isu neh.

Pengurusan Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) masih mempertimbangkan mahu mengambil tindakan termasuk menyaman pihak-pihak yang membuat tohmahan syarikat itu menyalahgunakan dana awam projek ternakan lembu, kata pengerusinya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.


Menurut Mohamad Salleh, pihaknya sedang mengkaji tohmahan-tohmahan yang dibuat termasuk oleh Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.

“Saya sedang mengkaji tuduhan Rafizi untuk tindakan selanjutnya,” kata beliau dipetik Berita Harian.


Mengenai tindakan yang akan diambil, suami kepada Ketua Wanita Umno dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Shahrizat Abd Jalil itu berkata, “saya akan mengkaji tuduhan ini dan akan mengambil tindakan memadai.” -MI-

Ameno : Takut saham jatuh larh tue..

Isu BR1M : Penjelasan Borang dan Email yang palsu.

Wahh..

Rupanya ada banyak borang bantuan palsu diedarkan. Sebelum neh kecoh dengan isu jual borang. La neh edar borang palsu plak. Hairan betul. Lihat bawah neh ;



TV3 tadi kata ia palsu. Yang neh aku sangka baik je dengan tv3. Tapi aku tetap nak timbulkan beberapa persoalan. Aku heran apa susah payah nak edar dan cetak borang2 palsu neh? Tambahan pula ia diedarkan dengan percuma. Kalau dapat bayaran nampaklah juga motifnya. 

Tapi yang neh diedarkan secara percuma. Percuma. Di ulangi percuma. Kos print, kos photostat dan etc tak payah kira ka? Takan buta2 buat provokasi? Bukan senang nak perolehi borang neh. Orang biasa macam aku tak boleh juga nak pandai2 cipta borang neh dan sebarkan. Sebab tue aku pelik sket. Ka ada orang2 kerajaan yang cuba main tipu? Yang neh bukan tuduh tanya je sambil2 buat penaakulan.

Selain dari isu borang neh, isu email di bawah neh pun palsu. TV3 tak lapor pun pasal neh. Even sebelum orang2 umno cakap ia palsu pun aku dah predict benda neh palsu beb. 




Penjelasan LHDN berhubung isu neh ialah ;

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1Malaysia,

Tuan,
Terima kasih atas maklumat yang dikongsikan.
Pihak kami akan sentiasa berwaspada dan menyemak semua borang yang dikemukakan oleh pemohon yang layak.

Kami juga mohon kerjasama pihak tuan untuk turut sama menghebahkan kepada pemohon yang layak di kawasan tuan untuk mendapatkan borang yang benar.
Kerjasama pihak tuan amat kami hargai.

Sekian. Terima kasih.

Rusidah Abdul Rahim
Pegawai Perhubungan Awam
Lembaga Hasil Dalam Negeri Cawangan Klang
Telefon: 03-3341 8258 / 03-3361 4633 samb 39005
Faks : 03-3342 4109
E-mel : rusidah@hasil.gov.my / klang@hasil.gov.my


Sebenarnya aku ingat2 lupa benda neh. Tapi selepas berita pasal email neh tersebar aku teringat balik. Salah satu strategi yang najib = umno = bn akan guna pakai ialah elemen simpati. Maksudnya dia akan buat seolah2 dia dan kerajaan difitnah. Seseorang yang difitnah dengan mudah akan mendapat simpati orang ramai. Dsai begitu. TGNA juga begitu. Mereka difitnah dengan hebat dan hasilnya ramai yang simpati pada mereka.

Jadi, inilah salah satu elemen yang akan digunakan pakai oleh umno. Mereka sendiri yang akan buat fitnah terhadap kerajaan dan kita pula yang tatau apa2 menyebarkan fitnah sehingga ia kelihatan di bawa oleh pr dan last2 kita kantoi. Minta sesama kita kerjasama dalam isu neh. Baru2 neh dalam isu amanat dsai pun sama. Aku pun terkena nasib baik ada rakan yang betulkan. Terima kasih pada dia.

Terdapat banyak maklumat2 dan info2 yang perlu tapisan. Kalau kita main sebar tanpa periksa asal usul kita yang kena balik. Harap ada geng2 yang sudi tapis dan periksa setiap kesahihan info yang datang agar kita tidak terperangkap dengan permainan mereka.

Ameno : Dah up dah strategi najib..

Alamak kawan blogger aku kena saman dengan Musa Hasan.


Lepak geng, lepak. Cara terbaik amend balik artikel tue dan minta maaf je pada Musa Hasan. Tak berbaloi beb kena saman pasal isu neh. Tiga blogs yang BAKAL disaman oleh Musa Hasan ialah ;


1. free malays.blogpot.com, 

2. pulakdah.blogspot.co

3. abushahid.wordpress.com.

Salah seorang dari 3 bloggers di atas aku kenal. Kenyataan Musa adalah seperti di bawah neh ;
Kuala Lumpur - "Laporan polis yang saya buat baru-baru ini untuk memulihkan imej dan maruah saya dan ahli keluarga yang terjejas," kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Beliau yang difitnah berkahwin dengan seorang penyanyi, Syella Kamaruddin pertengahan bulan lalu meminta penulis-penulis blog yang memfitnahnya agar menghentikan perbuatan mereka.

Musa membuat laporan di Balai Polis Petaling Jaya pada 8 Disember lalu setelah mendawa dia difitnah beberapa penulis blog kononnya berkahwin dengan penyanyi tersebut.

"Ini semua (fitnah yang mengaitkan dirinya) adalah cerita palsu. Ia turut memberi kesan dan menjatuhkan maruah keluarga saya.

"Saya harap pihak bertanggungjawab akan menyiasat penyebaran blog berunsur fitnah ini termasuk beberapa lagi blog yang saya tidak namakan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Musa, 60, baru-baru ini menafikan tohmahan yang dilemparkan terhadapnya dalam beberapa blog bahawa beliau mendirikan rumahtangga dengan Syella atau Nurshid'la Ahmad Kamaruddin, 26.


 Menurutnya, apa yang disiarkan dalam beberapa laman blog termasuk dakwaan beliau membelanjakan sejumlah RM15 juta untuk majlis perkahwinan itu sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan dirinya.

Beberapa keping gambar perkahwinan Syella dengan pasangannya tersiar dalam beberapa laman blog.

Antara maklumat yang disiarkan dalam blog itu adalah belanja majlis perkahwinan tersebut dianggarkan sebanyak RM15 juta, selain Syella menerima hadiah banglo bernilai RM5 juta, kereta Audi R8 berharga RM800,000, wang hantaran RM111,111, mas kahwin RM1,000, telefon bimbit, set mandian, alat solek, al-Quran, sejadah, telekung dan tasbih.

Berikutan tersiarnya gambar majlis persandingan itu, beberapa komen antara lain turut menghina bekas Ketua Polis Negara itu.

Musa dalam pada itu berkata, beliau turut menamakan tiga laman blog dalam laporan polis yang dibuatnya.

Tiga laman blog itu adalah free malays.blogpot.com, pulakdah.blogspot.com dan abushahid.wordpress.com - GB-

Musa tidak menamakan blog aku, tapi dia bagi warning jek. Tapi takde lah aku nak terasa sangat pasal aku pun bukan tuduh dia. Just tanya jek. Tapi kalau itupun salah kena lah aku beralah dan amend balik artikel tersebut dengan kenyataan minta maaf. 

Harap rakan2 bloggers yang lain pun buat cara gini gak. Tak berbaloi beb disaman. Banyak lagi benda yang lebih berfaedah patut dibuat contohnya menjatuhkan rejim zalim ka.. 
kah kah kah

Ameno : Peh.. cuak gak aku beb tadi. Muahahaha..

Video must watch - Orang PR suka buat kecoh.

 

Kecoh betul lah penyokong pakatan rakyat neh. Sengal. Kalau dah pemimpin PR bagi laluan tue makna nya pemimpin pr bagi chance lah pada ngo [atau umno] untuk meluahkan apa yang dia rasa. Tapi sikap2 penyokong PR neh memang tah hapa2.

Tak nampak meh mat sabu rileks je? Tak nampak meh chegu bard pun rileks jek? Yang korang kecoh sangat napa? Hahaha.. lawak. Inilah dia sikap2 penyokong yang buat orang menyampah dengan PR. Faham tak? Sikap korang buat orang menyampah. Benda takde isu pun. Orang nak bercakap dan pemimpin pr pun okey tapi apahal korang [penyokong2 pr] kecoh bagai?

Tengok dari gaya, pakcik tue cakap bebaik. Dia pun dah berusia. Kalau ye benci umno, jangan sampai hilang rasa hormat pada orang tua. Title video neh sepatutnya ialah penyokong pr suka buat kecoh, bukan nya orang umno yang buat kecoh. 

Hah ye.. nanti ada yang komen yang melalut masuk cakap bn buat lagi teruk.. penyokong umno buat lagi teruk.. kalau dah asyik banding kejahatan dengan benda yang lebih jahat lagi.. apa kata kita bandingkan aje diri kita dengan setan? At least ada sikit rasa rendah diri bahawa kita neh lebih baik dari syaitan, okey tak?

kah kah kah

Kalau aku ada disitu, aku rakam muka bebudak yang buat kecoh dan banding dengan beruk. Saja nak promote geng2 beruk versi manusia. Hah.. apa? Marah? Marah aku? Ada aku kesah. Heh.

Ameno : Beruk terlepas.

Isu KR1M : Bukti Ismail Sabri menipu - Part 2

1 word.

Kantoi!

Kalau yang tadi tue bertarikh 29 nov 2011, yang neh plak agak terbaru iaitu bertarikh 8 dec 2011. Lihat bawah neh beb ;


ARAHAN TINDAKAN PEMERIKSAAN TAHAP 5 (TAHAN, UJI DAN LEPAS) BAGI PRODUK KACANG TANAH DARI NEGARA INDIA UNTUK DIANALISA PARAMETER AFLATOKSIN

Salam 1 Malaysia

Tuan/Puan,

Berdasarkan pemantauan Bahagian ini terhadap produk kacang tanah di Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M), telah mendapati produk kacang tanah dari negara India yang diimport oleh syarikat Trichy Marketing Sdn Bhd mengandungi paras aflatoksin yang tingg iaitu 1355.1 µg/kg. Maklumat bagi syarikat di India adalah seperti berikut:

Nama Syarikat         : Rajathi Biotech Pvt Ltd

Alamat                       : No.1 Ranganathan Avenue, Millers Road, Kilpauk, Chennai  600 010 India
Suhubungan dengan itu, berkuatkuasa serta merta, semua pengimportan kacang tanah dari negara India khususnya yang diimport oleh Syarikat Trichy Marketing Sdn Bhd adalah dikenakan tindakan Pemeriksaan Tahap 5 (Tahan, Uji & Lepas) untuk dianalisa parameter aflatoksin.

Di samping itu, setiap pensampelan yang dilaksanakan perlu dimaklumkan kepada Bahagian ini dengan kadar segera melalui format laporan yang dilampirkan. Laporan berkenaan perlu dikemukakan melalui email kepada En. Shahrul Rizal bin Abd Jalil (shahrul_rizal@moh.gov.my) dan En. Mohamad Khairulnizam bin Azmatullah (mkhairulnizam.a@moh.gov.my). Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi kedua-dua pegawai berkenaan di talian 03-88833567 (Shahrul) dan 03-88833545 (Khairulnizam).

Segala kerjasama yang diberikan pihak tuan/puan dalam perkara ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Submitted By : ADMINISTRATOR UTAMA FOSIM  08 Dec 2011

8122011 - Laporan TUL Kacang Tanah dari India (Produk KR1M).xls

Tadi syarikat china kan? Neh syarikat india plak. Tapi ari tue mangkok2 ayon menyalahkan kita nak kodem orang melayu. Kata depa lue aphal dengki sangat amenoworld nak jatuhkan bangsa lue sendiri? Gua bengang bhai. Wa balas balik, lue ada bukti meh bahawa seme product2 bermasalah di KRIM semestinya product orang melayu yang buat? Ada? Lue pun takde. 

Belum pape dah pongpang pasal bisnes bumiputra.  Belum pape dah set dalam kepala hotak depa yang tolol neh bahawa sewajibnya product2 bawah jenama 1malaysia neh bumiputera punya. Waklue. Sanggup sangka buruk pada bangsa sendiri itu yang celaka bhai. Walaupun actually neh isu neh takde kaitan dengan bangsa pun. Sebab benda neh memang sah2 bermasalah. Tak kira bangsa apa makan ia tetap jadi racun gak bukan jadi penawar pun. 

Cuma aku pertikaikan masalah persepsi mangkok2 umno. Belum pape dah set di hotak bahawa orang melayu yang punya bisnes KR1M. Bengkek beb. Baca balik posting lama aku pasal neh. Itu pasal aku selalu bagitau banyak kali, janganlah nak memandai2 fikir bahawa orang2 melayu ada kilang besar bagai buat product2 bermasalah neh. 

Baik aku makan sardin ayam brand dan snek kacang tanah buatan tempatan. Walaupun pemilik dia bukan melayu tapi sah2 lah pembuat dia melayu. At least aku support gak orang melayu bukan macam depa. Beli kat KR1M tapi seme pakat import. Dan yang lebih sadis.. ada racun.

kah kah kah

Padan muka. Kantoi.

Jenama 1malaysia tapi product import? 

kah kah kah

Padan muka. 

Hah.. apa lagi umno.. gunalah ayat neh pula.. dap [tony pua] gadoh dengan ismail sabri [umno] pasal product import dari china dan india.. jadi siapa yang patut tepuk tangan? Kafir? Selalu kan neh ayat fav korang. Melayu gadoh melayu, cina tepuk tangan. Cina gadoh melayu, kafir tepuk tangan.  Neh macam mana pula? Sapa yang patut tepuk tangan? Ke aku yang patut tepuk tangan pasal korang bengap sangat? Opss sorry.. i terikhlas.

kah kah kah

Sumber info di atas di sini dan sini. <-- web kerajaan beb.

Ameno : Ismail,  neh fitnah pembangkang gak ke apa? kah3x

Isu KR1M : Bukti Ismail Sabri menipu - Part I

Benda neh memang sahih beb. 

Lihat bawah neh. Baca sampai habis okey.


ARAHAN TINDAKAN PEMERIKSAAN TAHAP 5 (TAHAN, UJI DAN LEPAS) BAGI PRODUK SARDIN DALAM TIN VERSI 155 GRAM SAHAJA BERJENAMA "1 MALAYSIA" DARI NEGARA CHINA DAN PEMERIKSAAN TAHAP 4 (SURVEILAN) BAGI SEMUA PRODUK IKAN DALAM TIN DARI NEGARA CHINA UNTUK DIANALISA PERATUS KANDUNGAN IKAN DAN DISEMAK PELABELANYA

Salam 1 Malaysia

Tuan/Puan,

Berdasarkan pemantauan Bahagian ini terhadap produk ikan sardin dalam tin jenama "1 Malaysia" yang dijual di Kedai Rakyat 1 Malaysia dan pasaraya Mydin, adalah didapati wujud sampel untuk versi 155 gram yang mengandungi hanya 44.10% ikan sahaja dan tidak mematuhi Peraturan 161 (2), Peraturan-Peraturan Makanan 1985 yang memperuntukkan peratus ikan perlu tidak kurang daripada 55%. Setelah disiasat, adalah didapati produk ikan sardin jenama "1 Malaysia" ini adalah diimport dari negara China oleh pengimport Syarikat Teik Senn (Malaysia) Sdn Bhd daripada Pulau Pinang.

Suhubungan dengan itu, berkuatkuasa serta merta, semua pengimportan ikan sardin dalam tin jenama "1 Malaysia" dari negara China versi 155 gram sahaja khususnya yang diimport oleh Syarikat Teik Senn (Malaysia) Sdn Bhd adalah dikenakan tindakan Pemeriksaan Tahap 5 (Tahan, Uji & Lepas) untuk dianalisa peratus (%) kandungan ikan dan disemak aspek pelabelannya.

Di samping itu, berkuatkuasa serta merta, semua produk ikan dalam tin (seperti sardin, tuna dan sebagainya) yang diimport dari China sahaja adalah dikenakan tindakan Pemeriksaan Tahap 4 (Surveilan) untuk dianalisa parameter peratus (%) kandungan ikan dan juga disemak aspek pelabelannya. Tindakan ini hanya melibatkan produk ikan dalam tin sahaja (seperti sardin, tuna dan lain-lain) dan tidak melibatkan produk seperti udang, ketam dan sebagainya.
Di samping itu, setiap pensampelan yang dilaksanakan perlu dimaklumkan kepada Bahagian ini dengan kadar segera melalui format laporan yang dilampirkan. Laporan berkenaan perlu dikemukakan melalui email kepada En. Shahrul Rizal bin Abd Jalil (shahrul_rizal@moh.gov.my) dan En. Mohamad Khairulnizam bin Azmatullah (mkhairulnizam.a@moh.gov.my). Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi kedua-dua pegawai berkenaan di talian 03-88833567 (Shahrul) dan 03-88833545 (Khairulnizam).

Segala kerjasama yang diberikan pihak tuan/puan dalam perkara ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 Sekian.

Submitted By : ADMINISTRATOR UTAMA FOSIM  29 Nov 2011

Laporan TUL sardin dalam tin_1 Malaysia dan SURVEILAN ikan dalam tin_China_221111.xls

Link asal ==> sini

Ismail cakap apa? Fitnah pembangkang? Buletin neh pada 29 nov 2011. Neh fitnah pembangkang ka? Fitnah wak lue. Orang2 dalam kerajaan sendiri aware benda neh larh.. bangang betul. Aku benci giler menteri penipu neh weh. 

Nota : Alamat web neh ada gov. Takan neh website tipu plak? 

Ameno : Sapa lantik dia jadi menteri? Sungguh bodoh orang itu.

Borang bantuan rm500 tapi sibuk tanya pasal kawasan undi buat apa?

Dari awal lagi aku malas nak cakap pasal isu neh berapi2. Saja tunggu benda yang betul2 boleh dipertikaikan untuk aku masuk line. Bukan apa, bagi aku seme orang dah faham bahawa bantuan neh bantuan on-off. So nak kecoh lebih2 sangat pun buat apa? 

Lebih baik ada dari takde. Inilah pendapat aku. At least kerajaan dah mula belajar untuk rendah diri bagi mengambil ahti rakyat. Dulu sombong nak mampos. Sekarang tahu ko terhegeh2.

Tengok bawah neh jap ;




Aku bukan nak mendengki kerajaan 24 jam sampai apa benda dia buat aku komplen jek. Jangan salah faham. Cuma aku pelik apa point dia sibuk nak siasat orang tue mengundi apa di mana bagai? Motifnya apa motif? 

Nak siasat? Buat research? Buat simpanan data? Atau apa? Benda neh pasal nak bantu rakyat so buat je larh benda2 yang patut. Benda2 yang tak patut diketengahkan dan boleh menimbulkan pertikaian orang ramai tak patut ada. Contohnya sibuk amek tahu orang tue mengundi di mana sekian2. Neh apa kaitan nya dengan bantuan pula? Mana ada kaitan langsung. 

Jangan salah gunakan benda2 begini untuk buat perkara yang salah. Nak research buat cara research. Ikut saluran yang betul. Jangan salah gunakan bantuan neh untuk buat benda lain pula. 

Apa motifnya menyibuk orang undi apa kemana bagai neh ek? Nak sibuk siasat sapa yang dah undi.. sapa yang blom pernah mengundi.. sapa yang boleh dibeli..? Sapa yang tidak boleh dibeli..? Neh tanya je seme neh. Korang yang cari pasal sebab saja bagi orang macam aku speculate bukan2, jadi jangan nak marah bagai plak.

Kesimpulan nya mudah jek. Bila nak bagi bantuan, buat cara yang proper. Buat cara kerajaan malaysia bagi bantuan. Jangan buat cara kerajaan umno yang bagi bantuan.  Bendera parti bagai dan apa2 benda yang related dengan parti tak salah digantung tapi masalahnya jangan over. Memanglah umno dan bn yang menjadi kerajaan di malaysia neh tapi jangan sampai lupa bahawa kami neh rakyat Malaysia.  So focuslah pada bendera malaysia.

Lagi satu, adalah sangat baik andai umno agihkan bantuan seolah2 seperti pemimpin malaysia yang agihkan. Jangan mendominasikan majlis seolah2 macam umno yang bagi, umno punya duit dan umno punya suka. Jangan. Tolong jangan. Pasal kita neh nak mengutamakan kebersihan. Risau ada yang muntah merata2. Bai.

Sumber gambar : sini

Nota : Untuk rekod bukan aku yang tulis note "umpan piliharaya" tue. Aku tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut.

Nota : Jangan over sangat kutuk kerajaan dengan isu neh sampai babitkan benda yang tak perlu. Bukan apa, kang kutuk over2, last2 pr pun bagi bantuan on off baru tahu korang terkedu time tue.. ha ha ha

Ameno : Tengok sandiwara. Best taw.