Untuk pertanyaan/iklan/berita sila hubungi saya disini orderonline2010@gmail.com.

Review talian 1malaysia - Selesaikan masalah rakyat?

Paper salah lapor. 

Itu yang operator bagitau bila aku tanya adakah ini talian untuk aku adukan apa2 masalah rakyat? Kata dia.. ini sebenarnya adalah talian untuk mengadu mengenai 21 agensi kerajan. Jika ada berlaku apa2 disitu or nak ajukan pertanyaan, pendapat dan aduan mengenai agensi kerajaan boleh la call no neh.

Aku nak letak jek bila dia cakap begitu. Tapi tiba2 dia sambung cakap.. namun jika ada apa2 masalah or masalah2 lain pun dorang akan log report. Maksudnya ya la tue korang bleh terima aduan mengenai masalah berkaitan rakyat.


198 saat. Charge adalah 40sen. Mahal ke murah tue? Aku consider standard charge la kot. Takde mahal sangat. 3 minit untuk 40 sen.. oke la tue. Sempat la nak complain macam2 pun sebelum letak kan.

Saya nak complain pasal kenaikan kos sara hidup.. gaji statik harga barang meningkat. Mohon kerajaan amek inisiatif selesaikan masalah berkaitan.. boleh?

Boleh. Hehe. Operator dia baik siot. 

Semua perbualan yang kita bualkan dengan operator seme dirakam beb. Bukan mungkin dirakam tau. Tetapi confirm dirakamkan. Alasan yang digunapakai ialah bagi tujuan latihan. Tetapi aku rasa bukan kot. Sebaliknya bagi tujuan pembuktian. Ada bukti pengadu sekian2 telah mengadu mengenai sekian2 cerita. So itulah tujuan dia rakam.

Lepas mengadu dia minta no ic. Aku taknak bagi. Kalau siyes nak dengar masalah rakyat ko dengar je la masalah rakyat kan. Apa jek ko nak buat dengan no ic aku. No ic tak penting. Yang penting ialah apa jenis aduan yang aku kemukakan dan bagaimana kerajaan boleh menanggani aduan tersebut. Tue yang penting.

Tapi sejujurnya aku tak fikir bahawa mereka akan amek inisiatif selesaikan masalah rakyat tak kira seberapa banyak pun kita mengadu kat situ. Aku ada terfikir bahawa talian tersebut mungkin untuk menguji sejauh mana rakyat menyokong bn. 

Kalau ini yang najib mahu, no hal. Kami boleh tunjukkan sejauh mana kami sokong bn. After all.. pru 13 akan berlangsung tak lama lagi. Jika rasa2 mahukan ketakutan takpe. Kita orang boleh tunjukkan kepada najib apa erti "ketakutan" sebenar.

Ingat geng, kalau ia berupa survey boleh tipu2. Kalau ia berupa complain, jangan segan silu jadi manusia paling jujur.

kah kah kah  

Aku tatau la no 1malaysia neh akan bertahan berapa lama. Tetapi kalau korang nak troll tue jangan over2 sangat oke. Sikit2 sudah. Tapi memang sedap la nak troll beb. Aku tadi saja test jek. Nak tengok celah mana bleh troll. So kepada sesiapa yang nak buat video troll dipersilakan lah ek. Bleh aku share hasil korang nanti. Jom gelak2.

kah kah kah
8 Affordable Beach Destinations For A Relaxing Getaway