Untuk pertanyaan/iklan/berita sila hubungi saya disini orderonline2010@gmail.com.

Kelab Malam di Shah Alam.


Di malaysia, kat mana2 pun ada kelab malam. Dulu, kelab malam betul2 depan rumah aku. Setakat orang mabuk2 tue bersepah dah aku jumpa. Sekali dengan member2 aku mabuk sakan kat situ. Yang bekerja pun ada. Demm.

kah kah kah

Sekarang neh tv3 dok jaja isu kelab malam di shah alam. Isunya ialah shah alam tak pernah ada kelab malam. Shah alam membawa imej sebuah bandaraya yang ala2 islamik. Jadi kewujudan kelab malam disitu akan menjejaskan imej bandaraya islamik shah alam itu sendiri.

Jadi, umno marah.

Menurut khalid samad, kelab malam itu beroperasi secara haram. Maksudnya kelab malam tue memang wujud. Bukan fitnah. Fizikalnya wujud. Cuma jalan cerita nya sahaja boleh dipertikaikan.

Kelab malam yang beroperasi tanpa lesen neh telah diketahui oleh MBSA. Bahkan saman telah dikeluarkan oleh MBSA kepada kelab malam tersebut namun MBSA belum mengambil apa2 tindakan untuk menghentikan operasi perniagaan tersebut.

Kata MBSA mereka sedang meneliti wujudnya komplikasi dari segi undang2. Beroperasi tanpa lesen yang sah [sesuai dengan jenis perniagaan] itu maksudnya perniagaan tersebut telah melanggar undang2.

Dan MBSA kata mereka risau wujudnya komplikasi dari segi undang2 jika arahkan premis tersebut hentikan perniagaan mereka?

Owh oke.

Kita risau nak bertindak ke atas seseorang yang langgar undang2 kerana mungkin wujudnya konflik undang2 pula terhadap kita?

Heh.

Itu satu. Yang kedua ialah MBSA + Datuk Bandar = boleh menyelesaikan kes tanpa memerlukan khalid samad untuk campurtangan. Maksudnya kat sini ialah kuasa dalam tangan mereka. With or without khalid samad pun bila2 masa dorang boleh melakukan apa2 operasi dan sebagainya. Tetapi kenapa mereka tak selesaikan permasalahan tersebut?

Ada sesuatu yang berlaku disini. Boleh jadi kelab malam itu ialah drama swasta untuk mengenakan pihak tertentu. Apa pun ini hanyalah pendapat peribadi. Bukan la mewakili fakta pun.

Jika tersangatlah benar MBSA mahu bertegas lakukan apa2 tindakan, sepatutnya dari hari pertama mereka tahu kewujudan kelab malam yang ber-operasi tanpa lesen mereka akan terus menyita premis tersebut. Tak payah tunggu dikecohkan bagai. Melainkan memang sengaja nak tunggu ia dikecohkan atas sesuatu sebab.

Ataupun.. memang ada seseorang dari pakatan rakyat yang terlibat dalam kelulusan premis perniagaan tersebut tanpa disedari oleh rakan2 dari pkr dan pas? Aku terlupa taip salah satu nama parti ke? Heh.

Yang aku pelik umno kemain menjaja isu kelab malam di shah alam. Konon nya tak islamik lagi la shah alam dengan kewujudan kelab malam tersebut. Bagus. Bagus sungguh usaha umno. Aku puji. Selain di shah alam, sila pergi buat roadshow satu malaysia mengenai isu kelab malam. 

Bukan apa, setahu aku, umno cakap malaysia ialah negara islam. Seperti mana umno mempertahankan shah alam atas sebab ia "islamik" seperti itulah malaysia harus dipertahankan kerana ciri2 islamik nya juga menyebabkan ia dikenal sebagai negara islam kan? 

Ada kelab malam di shah alam, ia bukan islamik dah.

Jadi jika ada kelab malam di malaysia, kita pun bukan negara islam dah.  

Jadi selepas di shah alam, sila pergi bersihkan kelab malam di kawasan lain juga. Kita harus mengembalikan shah alam kepada sebuah bandaraya islamik seperti mana kita harus mengembalikan malaysia kepada sebuah negara islam kan umno kan? Aku tunggu. Aku tunggu pejuang islam bersihkan kelab malam di seluruh malaysia. Atau, hanya shah alam je yang korang nampak?

Heh.
8 Affordable Beach Destinations For A Relaxing Getaway