Untuk pertanyaan/iklan/berita sila hubungi saya disini orderonline2010@gmail.com.

Gambar palsu, AES ditanggalkan pada hari jumaat.

Woww..

Kempen yang dijalankan sepanjang minggu depan telah dimuktamadkan pada hari ini. Ketegasan dan amaran dari kerajaan negeri selangor kepada penguatkuasa TEMPATAN dan PUSAT telah dibuktikan sebentar tadi. AES telah ditanggalkan dari beberapa lokasi di sekitar selangor buat masa kini. 

Antara gambar yang dikongsikan di wall facebook ;




Komrade SAMM Selangor dan yang berhampiran diminta bersedia dengan kelengkapan secukupnya, kita akan robohkan kamera AES setelah mendapat kebenaran dari Kerajaan Selangor. Kita akan lakukan secara percuma demi memastikan negara ini, Selangor khususnya selamat dari gangguan AES yg bebankan rakyat!

Selamat tinggal AES. Babai. Selagi BN dan menteri berdegil dan bertegas tidak mahu lakukan pindaan, tidak mahu mendengar keluhan dan kritikan membina selagi itu no AES di malaysia.  Lagipun BN kena selesaikan pelbagai isu berbangkit mengenai AES dan cara ia dilaksanakan. 

Ini termasuklah bab syarikat yang diberikan tender, ketelusan dalam penguatkuasa dan sejauh mana sistem yang PDRM buat ini mampu mengurangkan kadar kemalangan dan membentuk pemanduan berhemah. Jangan cakap je kencang depan tv beb. Bila minta hujah seme berterabur cakap kita fitnah. Yang herannya, kita kadang2 tanya je.. tanya je pun dorang kata kita fitnah? Gila babi betul la pemikiran depa. Buat aku confused jek.

kah kah kah

Updated :

Gambar di atas adalah palsu. Artikel ini telah dikemaskini dengan maklumat terkini ;

Exco Selangor Ronnie Liu berkata pihak berkuasa terbabit pada hari Jumaat ini akan menurunkan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik yang dipasang di negeri itu.
"Saya akan maklumkan masanya kepada pemberita," kata Liu yang bertanggungjawab ke atas kerajaan tempatan.

Kamera perangkap laju itu dipasang di kilometer 6.6 Lebuhraya Lembak Kelang Selatan (SKVE) dan di kilometer 301.6 di Lebuhraya Utara Selatan.

Liu turut mempersoalkan satu gambar yang didakwa menunjukkan pekerja menurunkan kamera berkenaan di SKVE, yang beredar di ruang Internet.

"Ianya palsu. Ia mungkin (dirakam) ketika mereka memasang (kamera) tersebut. Saya sudah hantar orang untuk periksa dan kamera itu masih ada," katanya.

Selangor akan menurunkan kamera berkenaan selepas memberitempoh selama 14 hari kepada kontraktor AES supaya berbuat demikian dalam masa dua minggu.

Beliau mendakwa, Jabatan Pengangkutan Jalan dan kontraktor berkenaan gagal memohon untuk mendapatkan kebenaran merancang bagi memasang alat berkenaan – yang dianggap sebagai struktur haram.-MKINI-

JUAL SEKALI, UNTUNG BERKALI2, DAPATKAN FORMULANYA DISINI