Untuk pertanyaan/iklan/berita sila hubungi saya disini orderonline2010@gmail.com.

Senarai Smartphone RM500 - SengHeng Penjual Rasmi.

Ada. 

Bukan tiada smartphone berharga rm500 ke bawah. Cuma kena pandai cari je la. Samada  nak beli baru ataupun secondhand. Kalau beli baru low end dapat le. Still consider a smartphone. Bukan nya bukan smartphone. Tapi spesifikasi tue biasa2 je la. 

Menurut amanz, yang aku baca kat sini tadi, katanya antara pengedar yang dikenalpasti sekarang neh ialah SenQ. Actually SenQ = Seng Heng sama je. Aku tak sure apa beza dia sehingga amanz letak kedua2nya. Maybe ada slightly different kot. 

Setelah aku surf website sengheng tadi, kat sini, aku rasa apa yang blogger cursing malay tulis kat sini memang ada asas yang kukuh. Siyes. Sekarang pepehal korang rujuk dulu gambar bawah neh. Antara senarai smartphone yang menawarkan harga murah rm500 ke bawah.


Antara yang aku capture. Senarai penuh rujuk sini. Takyah tengok pun takpe. Aku tak fikir korang akan tertarik.

Sekarang aku cuba berfikir positif walaupun agak susah nak rasionalkan keadaan. Siyes komen2 yang negatif terhadap isu neh memang sangat berasas. Instead of rebate smartphone why not bagi rebat benda lain. Pendapat aku, takyah naikkan harga gula pun dah cukup bagus dari ko bagi rebate smartphone.

Bahkan aku siap terfikir2 lagi. Dapat duit tunai pun oke gak. Baik aku beli buku2 febret aku. Ada gak faedahnya disitu.

Ada beberapa pindahan yang kerajaan kena buat. Siyes. Pindaan ini lebih menyenangkan kepada mereka2 yang mahu memohon rebate di atas. Mungkin ada yang tak mahu tetapi bagi yang mahu kerajaan kena longgarkan beberapa syarat. Antaranya ;

1. Luaskan rangkaian pengedar rasmi. SenQ tue tak boleh pakai. Mahal. Lebih baik ko berkerjasama dengan mereka yang memang major telco beb. Kedai yang sah2 jual handphone. Kalau di fikir2 pun beli kat kedai2 tue memang lebih murah dari SenQ apa.

2. Jangan hadkan kepada telefon baru. Kalau boleh biarkan telefon secondhand pun layak direbetkan. Bukan apa, kadang2 nak beli baru tak dapat... so dapat yang second hand pun apa salahnya.

3. Naikkan nilai/had harga product. Kerajaan tak rugi apa oke. Korang nya rebet fixed. Pembolehubah ialah duit yang belia kena keluarkan. So apa kerugian kerajaan disini? RM500 or rm1,000 wont make any different pun for you. Pada aku boleh hadkan sehingga rm1,500. Sebab apa? Orang kata alang2 membeli, biar dapat sesuatu yang puas hati terus. Alang2 kerajaan nak bagi rebet, biar bagi sesuatu yang rakyat puas ahti terus.

4. Jangan paksa orang langgan broadband apa jadah. Zaman sekarang prepaid pun bleh buka internet der. So jangan nak merepek2 bahawa wajib melanggan internet oke. 

5. Pastikan blog amenoworld menjadi febret blog yang mesti korang lawati. Oke tak?

kah kah kah  

Ini antara benda yang aku fikir kerajaan boleh tambahbaik. Harus di ingat, aku memang tak setuju idea najib mengenai rebet smartphone. Pada aku kalau kerajaan turunkan cukai kereta lagi berasas. Tetapi kerana kerajaan dah beri, so aku pun tolong la makeup sikit idea najib tue. Tue je la. Hehe. Bai. 
8 Affordable Beach Destinations For A Relaxing Getaway