Untuk pertanyaan/iklan/berita sila hubungi saya disini orderonline2010@gmail.com.

Bukti dana NFC digunakan untuk bayar kad kredit Shahrizat anak beranak.

Ohoiii..

Kalau dah masuk news tue, confirm lah si shahrizat memang tersepit dengan pendedahan terbaru enh. PKR takan bengong2 nak bercakap tanpa bukti. Di sini aku bagi beberapa bukti yang penting untuk tatapan dan sebaran kekawan.

Lihat bawah neh ;









Benda penting yang aku perasan disini ;

1. Bayaran kad kredit dibayar guna account syarikat. Wahh.. gaji dah besar gedabak. Takan belanja sendiri pun minta company lagi?

2. Bayar pergi kelab apa bagai pun guna wang syarikat. Hak ek ne betul lah depa neh beb.

3. Bil telefon standard riban2 sebulan. Bayangkan sampai ada yang cecah rm5k. Company bayar gak tue. 

4. Bayaran kepada beberapa orang tanpa details lanjut. Ada sorang tue dapat sehingga rm8k. Tak tahu sebab apa kerana butiran langsung tidak dinyatakan. Ko, kalau nak bagi orang lapan ribu, takan main bagi jek beb? At least mesti ada details bagai. 

5. Dua kali solaris beli computer. Hairan den. 10 unit pc = rm26,000 +++. Aku tak persoal harga sebab tak faham komputer apa yang dia beli tapi 2 kali beb dalam tahun yang sama dengan jarak bulan yang bukan jauh sangat. Napa? Takan komputer tue dah rosak?

Butiran neh seme aku dapat dari keadilan yang dah mula edarkan cashbook nfc siang tadi. Lebih kurang macam akaun keluar masuk. Bagi yang nak semak detail dan kaji sendiri boleh download disini. Bagi yang malas nak download, boleh copy di atas dan sebarkan di wall memasing. 

Nasihat aku pada sharizat dan family co, tolong buka pintu penjara sendiri sebelum rakyat tolong buka kan. Ada caranya nak berniaga. Berniagalah betul2. Neh sampai dah berjoli sakan bagai.. tolonglah. Takde masa aihhh orang nak redha lagi dengan penyelewengan nfc neh. Takde masa beb. Bai.

Ameno : Berjoli sakan beb. 

Betul ke Shahrizat bayar hutang kad kredit RM600,000,00 guna dana NFC? UPDATED!

Memang betul.

Bukan betul ke tak betul, tapi memang sah dah betul. Pendedahan pkr tadi dibuat di hadapan wartawan dalam sidang media sebentar tadi. Gampang betul. Hidup bermewah2 guna wang rakyat. 

Kalau guna duit sendiri takde sapa nak kecoh pun bhai. Tapi lue guna wang rakyat. Sapa tak sakit ahti? Lihat bawah neh ;




Kali ini, dakwa pengarah strategi PKR Rafizi Ramli, empat ahli keluarga Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil membelanjakan RM593,500 pada tahun 2009 dengan kad kredit yang wangnya dari dana NFC.

Menurut Rafizi, empat ahli keluarga yang memegang jawatan pengurusan dalam NFC telah menggunakan kad kredit yang bayarannya dituntut dari NFC bagi perbelanjaan antara RM122,402 dan RM182,525 setiap seorang.

Mereka adalah suami Shahrizat, Datuk Mohammad Salleh Ismail, iaitu pengerusi NFC, anak lelaki mereka yang berusia 31 tahun, Wan Shahinur Izmir (pengarah eksekutif), seorang lagi anak mereka Wan Shahinur Izran yang berusia 27 (ketua pegawai eksekutif) dan anak perempuan mereka Wan Izzanah Fatimah (pengarah) yang berusia 25 tahun. -MKINI-
Wahh..


Lue ingat kerajaan bagi lue modal dalam projek nfc untuk lue bershopping sakan ka? Lue ingat neh duit mak bapak lue meh? Woiitt.. neh duit, lue, mak, bapak, aku dan kita orang seme rakyat malaysia beb. Bukan duit lue sorang2. Mana lue ada hak nak joli sorang. Nak joli mai sama2. Baru adil. Aphal plak lue jek layak berjoli sakan guna wang rakyat dan rakyat pula kena tersepit dengan kos kenaikan harga barang dan kemendungan ekonomi malaysia?

Ini celaka betul beb. Siyes gua cakap neh. Gua punya mode sabar dah out. Toksah soh gua sabar pasal memang siyes gua dah hilang sabar dan hilang respect. Mana tak sakit ahti beb? Mesti sakit ahti punya.

Peh.

Jumlah hutang peribadi = kad kredit shahrizat dan family co, yang dilangsaikan dengan menggunakan wang nfc = rakyat malaysia ialah sebanyak ;

RM600,000.00

Apa? Tak faham angka? Baik aku tulis dengan perkataan.

ENAM RATUS RIBU RINGGIT MALAYSIA.

Apa benda larh yang lue orang joli sakan guna kad kredit neh ek? Hanya Allah swt je tahu. Nasihat aku pada shahrizat ialah jangan hanya cuti tiga minggu. Cutilah selama2nya please. Tolonglah berambos. 

Berambos jauh2. Mendengar nama lue saja dah bikin gua panas. Belum lagi melihat muka lue. Rupanya lue lebih jahat dan licik dari yang aku bayangkan.

Ameno : Panas.

Perkasa dah lama sokong aset NFC dibekukan.

Ini lawak ke apa ke?

Dari mana dia datang tup2 cakap dia dah lama sokong aset nfc dibekukan? 

kah kah kah

Lihat bawah neh ;




Ada sapa2 nampak dia menyalak dalam isu neh? ==> TAKDE.

Ada sapa2 nampak dia berdemo dalam isu neh? ==> TAKDE.

Ada sapa2 nampak dia hentam shahrizat dan keluarga dalam isu neh? ==> TAKDE.

HABIS?

Apa yang ko dan aku nampak?

Apa pun tak nampak melainkan geng2 depa bekap shahrizat dan family. Itu je yang aku pasan. Balik2 neh syarikat bumi. Balik2 pr dengki. Balik2 shahrizat bersih. Balik2 neh cuma masalah kos dan masa. Lebih kurang begitulah alasan nya. So time bila depa bantah dalam isu neh? Mana ada pun.

Yang bantah umno cheras ada lah. Itupun kena serang lepas bantai. Lepas tue bung mukhtar. Dia pun kena balon lepas serang shahrizat. Dan beberapa orang umno macam azmi khalid. Mahathir pun tak berani bantai melainkan cakap kias2. So bila masa perkasa balon shahrizat? Ada meh? Takdak!

Namun,

Walaupun aset nfc dibekukan, nfc akan tetap beroperasi seperti biasa menurut kenyataan anak shahrizat. So pembekuan neh mungkin bersifat luariah. Dalamiah tak pasti lagi macam mana. Nak tahu? Tunggu lepas tiga minggu. Lepas shahrizat habis bercuti.

kah kah kah

Ameno : Satu lagi wayang tanpa panggung dari malaysia untuk rakyat.