Untuk pertanyaan/iklan/berita sila hubungi saya disini orderonline2010@gmail.com.

Faizal Hussien dan Shaheizy Sam balon BERSIH dan PR.

Kah kah kah

Wooo masak larh woii... aku neh dah larh sensitif sket bab2 neh. Mula larh aku tak hingin nak tengok artis neh kalau dorang dah start merapu. Bagi hujah no hal. Kalau boleh debat. Jangan hujah sebelah pihak. Gua memang bengang neh. Siyes.



Wooo.. Aduhai. Dorang cakap ada medium lain nak suarakan ketidakpuasan ahti yerk? Owhh okey. Sekarang neh aku harap ada sapa2 yang boleh bagitau kepada dua orang artis ;

1. Faizal hussien

2. Shaezy sam

Untuk berdebat dalam isu neh. Hujah tak boleh dari sebelah pihak je beb. Kena dengar penjelasan kami. Tak guna gak ko beria2 pongpang2 bagi pandangan ko. Pandangan ko mewakili diri ko dan ia tak mewakili keadaan yang sebenar. Jadi kalau korang, ketiga2 artis neh ada bran, kita berhujah dalam isu neh. Ko nyatakan pandangan ko dan kami nyatakan pandangan kami. 

Ada fb dia? Twitter? Atau apa saja? Jom berbincang. Tengok pandangan kami relevant kah atau pandangan berat sebelah korang tue yang relevant? Nak beria2 kutuk dan tolak pun biar ada asasnya. Dengar dan banding dari kesemua pihak dan baru buat analisis. 

Adalah amat tidak adil kami diadili tanpa diberikan hak untuk bersuara. Kata ada ruang untuk bersuara. Di mana? Masa bila? kat internet? Berapa ramai jek yang tahu? Boleh kami masuk tv3 dan nyatakan bantahan terbuka kepada kerajaan? HARAM!

Yang buat aku tergolek2 bila dengar hujah si faizal dan sam neh. Aduhai. Haram? Apa dia beb? Ulang balik? HARAM?? Hah.. tak dengar. HARAM? Apa yang HARAM? BERSIH? HARAM? TAKDE PERMIT? HARAM.. woo.. jangan buat aku cakap pasal BIDANG korang beb. Jangan. 

Aku tahu, ko tahu dan kita seme tahu apa itu HARAM yang sebenarnya beb. Sekali lagi aku nak cakap. Aku takmo main isu peribadi or isu yang babitkan cara orang cari rezeki. Tapi jangan pula ko sibuk pongpangkan kekonon nya kami neh bebal sangat tak reti beza mana satu haram disini Allah swt dan haram disisi manusia. Jadi orang jangan pentingkan diri sendiri beb. Please larh weh.

Dan si sam neh memang terang2 sokong bn. Okey ada aku kesah? Ko punya pasal larh weh. Tapi hidup neh kena adil. Ko kena tengok hujah dari kesemua pihak bukan amek hujah dari sepihak ko jek. Sama gak si faizal neh. Woitt faizal? Sapa yang kena bayar? Sapa? Aku nya duit sampai ke la neh tak dapat2 lagi. Kalau betul kena bayar bagi larh bukti oii. Setakat dengar2 je dan kutuk2 orang sebab apa yang ko dengar2 je tue adalah sangat tidak adil beb. TIDAK ADIL!

Si ahmad maslan pun satu. Muka marina mahathir taknak tunjuk. Muka ustaz zamri takmo tunjuk. Muka ambiga taknak tunjuk. Muka suaram taknak tunjuk. Muka suhakam taknak tunjuk. Yang muka pembangkang je ko tunjuk. Apa kebenda nya neh woittt? Jangan bagi info separuh benar beb. Ini dipanggil pemanipulasian info.

Lagi satu ramai orang tak faham isu bersih neh. Isu bersih 2 neh ialah kita TIDAK TURUN KE JALAN RAYA TETAPI KITA DIPAKSA TURUN KE JALANRAYA. PADA ASALNYA SI NAJIB DAH BERJANJI BAGI KITA STADIUM TAPI BILA SAAT ITU TIBA DIA TUTUP SEME PINTU STADIUM HINGGA MEMAKSA KAMI KE JALANRAYA!!!!

Faham? Yang neh jangan ada sapa2 yang buat lupa. Ko jangan. Aku jangan. Kita seme jangan. Ini sebahagian dari sejarah bersih 2. Inilah hakikatnya. Jangan nak spin fakta sejarah neh. Jangan beb. 


UPDATED ;


Episode kedua dari video di atas neh. Yang neh memang aihhh.. BIKIN PANAS beb. Siyes.




Pandangan aku satu jek. Kepada ketiga2 artis neh, marilah kita BERDEBAT dan BERHUJAH. Terutamanya pakcik osman kering neh. Aku rasa pandangan pakcik osman kering neh sangat bias dan sangat tidak mengambarkan hal yang sebenar berkenaan hal bersih. 


Mana boleh bersikap hanya mendengar hujah dari pihak2 yang dia suka dan mengabaikan hujah2 yang dia tidak suka. So please larh weh.. ada sapa2 kenal mereka bertiga? Minta tolong sampaikan kepada dia harapan aku. Via fb dan chatting je pun. Buat macam utusan tue hah. Chatting. Amacam? Boleh kah?



Nota : Apa itu bersih? Soal jawab bersih dan sebagainya? Rujuk artikel lama di blog neh. Search bersih nanti keluar seme. Bai.

Ameno : Apa pun tak boley

Melayu pemaleh daftar undi.

Alahai.

Inilah masalah besar orang2 melayu malaysia neh. Buat gua panas beb.  Kemain beria2 kita explain napa kena buat perubahan tapi last2 dia usah kata mengundi, daftar pun haram. Arhh tension.

Baca bawah neh sat ;
Orang Melayu dikesan paling ramai tidak mendaftar sebagai pengundi walaupun layak berbuat demikian.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, berdasarkan kajian pihaknya mendapati orang Melayu memandang remeh perkara itu dengan memberikan pelbagai alasan.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan bilangan sebenar orang Melayu yang terbabit daripada jumlah terkini 3.7 juta orang yang layak mendaftar tetapi tidak berbuat demikian.

"Ada yang memberi alasan bahawa mereka terlalu sibuk dengan urusan harian sehingga tiada masa untuk mendaftar. Malah ada yang mengatakan tidak ada perubahan besar akan berlaku dengan hanya satu undi," katanya. -utusan-


Melayu yang malas berdaftar owhh melayu yang malas berdaftar. Napa lah ko malas sangat nak daftar undi? Satu undi boleh membuat pelbagai perubahan di malaysia neh beb. Yang sebenarnya kalau kita beria2 pongpang pasal perubahan pun tak guna kalau standard mentaliti melayu begini wujud di malaysia. Siyes.

Mungkin geng2 melayu yang malas daftar mengundi neh ada alasan2 memasing tapi kat sini gua nak bagitau dorang napa dorang kena daftar mengundi. Tak kiralah ko nak undi pr ka bn ka apa ka yang penting ko daftar dan pergi mengundi. Neh yang penting.
1. Takde masa. <-- alasan standard.

Takde masa nak daftar tapi benda lain tahu pula cari masa. Cari lah masa dan pergi berdaftar. Bukan susah sangat. Daftar isi borang 5 minit je. Maybe kena tunggu sekejap tapi still tak makan masa ko sampai 24 jam pun der.

2. Bukan ada apa2 effect pun daftar ka tak daftar. <-- Alasan pemalas.

Effectnya ada beb. Ko dan aku neh rakyat malaysia. Bukan aku soh ko abadikan hidup ko utk berpolitik 24 jam cuma aku minta ko jalankan tanggungjawab ko dengan memantau kegiatan pemerintah. Ini effectnya. 

Kalau pemimpin jahat, dengan satu undian ko, satu undian aku dan satu undian dari setiap orang yang lain kita boleh lakukan perubahan besar bagi mengubah keadaan itu seme. Kalau ko malas nak amek port pasal politik ka apa ka lama2 pemimpin naik lemak. Sudahnya time barang naik ko bising tapi time suruh mengundi ko malas. Daftar pun haram!

3. Daftar pun bukan nya aku nak mengundi. Buang masa seme neh. 

Yang ko tak pergi mengundi sapa suruh? Sapa yang suruh? Sapa suruh ko malas berdaftar dan malas mengundi? Sapa suruh ko malas menjalankan hak dan tanggungjawab sebagai rakyat malaysia? Neh sapa yang suruh lakukan? Aku perlu tahu kenapa neh sebab senang sket nak ulas. Seringkali aku baca depa cakap malas nak mengundi, so napa ko malas? Malas sebab tak reti buat pilihan? Malas sebab tatau nak undi mana satu or memang saja suka2 nak malas? 

Cara nak buat pilihan senang je beb. Pilih calon bukan parti. Ini nasihat aku bagi ikhlas. Lihat dan analisis apa yang setiap calon boleh tawarkan untuk ko di tempat masing2. Lihat manifesto mereka dan bandingkan. Yang paling banyak bagi kebaikan dan kurang keburukan, ko pilih lah itu. Alahai kacang je larh. 

Janganlah bagi alasan taktau itu neh. Sampai bila ko nak hidup dengan alasan tatau je. Dulu tak reti bawa kereta, tapi sekarang pandai pula bawa kereta so sama gak dengan mengundi neh. Kalau taktau, belajar2 lah bagi tau. Nak susah apa nya?

4. Seme parti pun sama je. Penipu. Baik duduk diam2 tak payah daftar dan tak payah mengundi. FAHAM? <-- alasan orang tension.

Kadang2 kita faham gak situasi mereka neh. Mereka neh dah masuk ke tahap tak reti nak beza mana satu betul dan mana satu salah. Malahan mereka dah jadi sangsi dengan kedua2 pihak. Baik pr baik bn mereka rasa kedua2 party neh hopeless dan useless. Senang cakap, haprak. Ini pendapat yang selalu aku jumpa. Nasihat aku satu je. Kehaprakkan bn dan pr itu mereka punya pasal. Jangan kita pula jadi haprak dengan malas berdaftar dan mengundi. 

Daftar dulu, dan sebelum nak mengundi, analisis dulu setiap apa yang berlaku di sekeliling ko. Dan baru buat pilihan. Tak kesahlah ko nak undi sapa pun itu hak ko sepenuhnya namun jangan malas berdaftar dan mengundi. 

Berdaftar dan mengundi bukan bererti ko wajib memilih antara satu dari dua. Jangan salah faham. Berdaftar dan mengundi bererti ko dan aku sama2 menjadi penentu kepada apa yang akan berlaku di malaysia neh. Samada ia akan menjadi lebih baik or lebih buruk, itu seme atas tangan kita. 

Jika ko memilih untuk duduk diam2 di rumah dan tidak mahu ikut campur dengan urusan politik, ko sebenarnya baru sahaja mengabaikan tanggungjawab ko sebagai rakyat malaysia. Ini salah beb. Taknak ikut campur bukan bererti ko lebih baik dari orang yang ikut campur. Taknak ikut campur bererti ko PEMALAS. Tue je sebab utamanya. Dah bila pemalas, cakap banyak pun tak guna gak pada geng2 pemalas neh kan? Sikap malas neh sangat2 subjektif. Aku tak boleh ubah bagi ko. Ko kena ada kekuatan untuk ubah diri sendiri, amacam? Ada bran ka? So.. pergilah berdaftar.. please. Bai

Ameno : 3.7JUTA.. majoriti melayu belum berdaftar beb.. aish

Harga sebenar gula tanpa Subsidi.

Aku sebenarnya tak pernah amek tahu hal neh. Siyes. Tapi semalam time aku pergi beli gula aku terperasan kat plastik gula tue dah tertera hal subsidi neh. Peh. Beria2 beb kerajaan pongpang pasal subsidi neh sekarang. Lihat bawah neh ;


Nampak apa yang aku nampak? Bagus. Pendirian aku dalam isu neh mudah jek. 

AKU SOKONG SEBARANG USAHA DALAM MENGHAPUSKAN SUBSIDI GULA.

Hah.. gila ka? Kalau setakat beli gula sekilo dua dalam sebulan cakap memang larh senang. Neh kita cakap pasal peniaga2, pasal penjaja2, pasal restoran, pasal pembuat kek, pasal kilang dan etc. Mana boleh hapus je subsidi gula neh. Kesan dia besar dan berangkaian beb.

Betul larh tue. Kesan dia berangkaian beb. Tapi aku tak habis taip lagi tue. 

Muahaha.. 

Bagi aku ;

1. Subsidi gula kepada rakyat malaysia wajar dihapuskan secara total. Rakyat2 macam aku dan ko tak dapat subsidi gula pun takpe der. Takpe. Kalau terpaksa keluarkan rm1 demi mendiamkan mulut2 bn neh dari pongpang2 hek eley kutuk2 kerajaan, beli gula subsidi juga, so tindakan neh amatlah wajar 100%.

2. Namun subsidi gula kepada mereka2 yang perlu neh harus dikekalkan. Contohnya kepada peniaga2 kecil ka, penjaja ka, pembuat makanan ka, pengilang dan sebagainya. Untuk mereka subsidi gula wajar dikekalkan. Kalau boleh utamakan gula tempatan untuk mereka2 neh. Gula neh disubsidikan sebab kita import gula luar. Jadi nak selaraskan harga gula dalam dan luar negara maka jadilah gula bersubsidi sedangkan kita pun keluarkan gula sendiri. Dah kalau sendiri produce takan rm2.60 pun takde untung beb?

3. Subsidi gula yang diberikan kepada golongan sasaran akan mengurangkan perbelajaan wang cukai rakyat dalam isu neh. Lebihan cukai tersebut kerajaan boleh buat benda lain. Ini juga salah satu kaedah mendiamkan kerajaan dari pongpang2 membebel benda yang sama neh berulang2 dalam tv bagai. Aku nya telinga pun dah hampir pekak bila menteri bn asyik canang rakyat malaysia patut bersyukur.. ada subsidi dan blablab.. nasib baik tv gua tv lcd, kalau tv murah dah lama gua amek batu baling tv tue. Siyes cakap neh beb.

4. Kurangkan subsidi dan bagi kerajaan korup? Itu tindakan keji beb. Idea neh gua tolak. Ya, aku pun sokong hujah lue tue beb. Idea neh gua bagi pada kerajaan pr untuk dilaksanakan. Bukan nya kerajaan bn. Gua cuma nak geng2 umno tue sedar bahawa gua sokong penarikkan subsidi gula so dorang kurang 1 isu untuk balon gua dan lue. Amacam? Best kan?

5. Bagi aku, subsidi neh di malaysia kena sampai kepada golongan sasaran. Tak boleh pukul rata macam yang bn buat neh. Kalau boleh yang benar2 memerlukan je dapat subsidi. Contohnya orang2 yang miskin. Orang2 miskin neh usah kata gula rm2.60, kalau gula rm2.20 pun belum tentu depa boleh beli beb. Dah miskin kan? 

So kalau ada sistem kupon yang mana orang2 miskin neh leh guna utk beli barangan dapur dengan diskaun subsidi macam kat negara2 barat tue amatlah bagus sekali. Contohnya standard gula rm2.30 tapi bila depa beli dapat jadi rm2.00 dan pasaraya yang collect kupon tue collect balik duit dari kerajaan. Neh satu sistem yang bagus. 

Cuma nya risau gak kalau kupon2 neh disalahguna. Orang2 kaya pun dapat kupon. Memang bangang larh jawabnya. Itu soal pelaksanaan. Neh kita citer lain. Harapnya PR boleh ketengahkan idea neh. Siyes gua lihat idea neh bagos. Masuk la dalam manisfesto PR pru-13 neh.

Sudah sampai masanya untuk kita melihat isu subsidi neh dari sudut yang berbeza. Bukan seme idea menghapuskan subsidi neh ada sisi yang buruk. Kalau subsidi hapus dan salur kepada golongan sasaran, lebihan wang yang ada boleh salur kepada sektor yang lebih penting contohnya pendidikan percuma. Yang neh gua rasa seme setuju kan? Betul? Bagos. Bai.

Ameno : Setakat 20sen.. alahai ismail sabri.. janganlah berlagak sangat dengan subsidi gula neh..