Untuk pertanyaan/iklan/berita sila hubungi saya disini orderonline2010@gmail.com.

Bumbung sekolah nak runtuh..


Tolong amek perhatian lah. Neh kalau runtuh kena pelajar kan tak pasal2 masuk hospital jek. Bukan nak politikkan ke apa tapi amek perhatian pasal benda neh membabitkan nyawa.. kalau runtuh kena kat diri sendiri dan diri sendiri yang meninggaldunia takde orang nak kesah pun der.. cuma risau kalau kena kat budak2 sekolah ka, cikgu2 sekolah ka apa ka..

Lihat berita kat bawah neh ;

KUANTAN – Keadaan bumbung salah satu bangunan sebuah sekolah kebangsaan di sini yang hampir tercabut menjadikan ibu bapa tidak senang duduk selepas menghantar anak-anak ke sekolah.


Lebih membimbangkan, bahagian bawah bumbung yang rosak itu menjadi tempat permainan pelajar-pelajar ketika waktu rehat atau waktu pulang sekolah.

Seorang penjaga, Abdul Majid Ahmad, 63, berkata, dia yang setiap menghantar dan mengambil cucunya, Noor Aina Shafiqah Mohamad Shukri, 9, di sekolah berkenaan tidak mahu ada murid yang tercedera akibat kecuaian orang lain.

“Saya bimbang jika dibiarkan, satu hari nanti ada yang tercedera kerana saya lihat semakin hari bumbung itu sudah semakin jatuh,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, kawasan bahagian bawah bumbung itu juga tidak diletakkan tanda amaran supaya pelajar tidak menghampiri tempat itu.

Abdul Majid berkata, sebelum ini, ibu bapa pernah membuat aduan berkaitan masalah itu ketika mesyuarat PIBG - SH-

Arhh sudah, kuantan rupanya. Tolong alert lah. Ada ahti lagi nak menglynas..konon selamat. Bab bumbung sekolah pun fail. Kot ye pun mampu jaga keselamatan penduduk cuba utama kan benda yang dah terang2 nampak tak selamatnya dulu bagi membuktikan bn benar2 konsisten dalam menjaga keselamatan penduduk.

Neh yang ringkas dan cikai pun lembab nak bertindak lagi mao menglynas? Buat lawak jek der.. lue fikirlah sendiri. Bai

Ameno : Tue kalau runtuh boleh buat topic bumbung sekolah runtuh.. asyik bumbung stadium dan parlimen jek jadi hujah.. muahahah

Misterinya bila mendaftar sebagai pengundi..


Cuba korang tengok gambar kat atas tue.. Dah? Itu apa? Surat ucap tahniah der. Bagus betul orang umno ampang neh. Respect aku dekat dorang. Dorang ada sikap yang suka menghargai pengundi baru dan aku memang akan puji sikap mereka tue.. tapi kan der.. aku pelik sket lah.. kat bawah neh apa pula? 


Hahh..? 

Apa ? Hahahaha.. 

Aku respect umno punya strategi. Kalau ada orang kutuk, orang tue sebenarnya tak faham apa itu strategi dan perang propaganda. Kesian. Kalau 100 orang pengundi baru yang berdaftar, 100 lah orang akan terima surat macam kat atas neh dan sekurang2nya mungkin ada di antara 100 orang tue yang terserap dengan info atas surat terbabit. Ini membuktikan umno telah berusaha pelbagai peringkat untuk mempertahankan kuasa yang sedia ada dan merampas kuasa yang mereka hilang. Kesungguhan mereka aku akan puji walaupun apa yang terpapar atas kertas tersebut adalah salah.

Ini sesuatu yang kerajaan pr paling lemah dan lemau. Kebanyakkan yang promote pr secara jemaah neh adalah geng2 indi. Selalu apa yang pr buat ialah mereka lebih tekankan usaha promote parti masing2. Dap promote dap, pkr promote pkr, pas promote pas errk jap. Pas promote pr lebih kot daripada promote pas sendiri. Heh.

Sebenarnya sudah sampai masanya untuk pr mengcounterattack perang2 propaganda bn neh. Janganlah memakai mentaliti lama alahh takde org terpengaruh lah der.. dan etc2.. itu seme kerja2 dan alasan2 orang yang PEMALAS. Aku ulang PEMALAS.

Ko nak orang undi ko, tapi ko malas promote apa benda yang ko boleh tawarkan, jadi orang pun akan ragu2 untuk undi ko, bila org tak undi ko, ko cakap org malas berubah padahal ko sendiri malas nak mempromote apa yang ko mampu tawarkan. Lepas tue bila orang complaint ko soh orang buka web ko lah, pergi pejabat ko lah, tanya orang tue, orang neh lah.. itu alasan2 yang cikai dan sadis. 

Yang nak undi ko, tapi yang kena cari maklumat pasal parti ko, ialah pengundi2? Sekarang sapa yang rayu sapa? Ko ke atau pengundi? Dah tahu media arus perdana di kuasai oleh bien, sepatutnya lancarkan perang dan strategi macam mana nak sampaikan maklumat kepada rakyat.. sudah sampai masanya untuk pr lebih advance berbanding bien yang aku lihat semakin lama semakin ke depan dan konsisten mempromosikan parti mereka. 

Mereka dilihat lebih efektif. Kadang2 aku kagum gak tengok. Program mereka takde sambutan pun mereka tetap beria2 turun padang. Mereka edarkan risalah dan sungguh2 menyuruh orang undi bn. Dalam setiap aktiviti mereka, mereka akan memastikan unsur2 mengundi bien tue diterapkan dalam apa jua keadaan. Walaupun aku tak suka apa yang mereka sampaikan tapi usaha mereka itu aku puji sebab bersungguh. Ini berbeza dengan pr. Dorang selalu bagi alasan duit punca masalah tapi geng2 ABU elok je buat pelbagai program walaupun dana terhad. Macam mana parti2 yang lebih kukuh dana nya boleh kalah dengan bebudak ABU? Tak malu ke derr..?

Lihat bawah neh gak ;


















Kalau pimpinan pr cerdik, dorang pun patut dah lama buat kartun untuk counter attack. Tapi jangan sebarkan info2 fitnah macam kat atas neh. Sepatutnya lawan guna fakta. Bagitau apa yang pr dah buat dan akan buat jika diberikan peluang perintah negara neh. Itu kalau pimpinan pr betul2 cerdik lah kan. 

Macam mana pas boleh counter attack video pasal hudud dan bob lokman, takan pasal kartun tak boleh pula? Jangan takut jika di anggap meniru. Ia lebih baik daripada duduk diam dan tak berbuat apa2 untuk mematikan fitnah2 di atas neh. 

Kalau dah setiap hari di edarkan risalah2 macam neh lama kelamaan orang akan terserap juga dengan info2 yang disuakan. Sebab tue ada bagosnya pr lawan balik dengan cara yang sama. Kalau boleh jangan bagi alasan kekurangan dana sebagai punca utama malas nak berpropaganda. Aku dah bosan dengar alasan tue. Cikai sangat. Aku yang haprak duit neh pun reti nak cari dana der untuk menyebarkan kebaikan pr.. takan pemimpin2 pr kalah dengan aku? Ceh.. memalukan.

Ameno : Malas jek alasan utama.. tak pun karenah biokrasi.. kah3x..