Untuk pertanyaan/iklan/berita sila hubungi saya disini orderonline2010@gmail.com.

Gambar bodek tersebar.






Wanita dan puteri umno selepas neh jangan nak salahkan persepsi buruk orang ramai terhadap parti umno selepas neh. Tolong lah faham. Sebab apa? Sebab korang sendiri yang merelakan persepsi tersebut. Korang bagi lah sejuta alasan sekalipun yang kita orang nampak dan faham cuma ;

Kondo

Tanah di beberapa lokasi termasuk putrajaya

Pasaraya

Kad Kredit

Firma pelaburan

Rangkaian restoran mewah

Ini jek. 

Kita orang takmo faham kes mahkamah ka tunggu bicara ka, PAC ka, apa ka tue seme kita orang dah anggap WAYANG. Yang kita orang betul2 anggap tak wayang ialah ada pemimpin2 tertinggi umno menghalalkan penyelewengan dan salah guna wang rakyat secara terang - terangan meskipun rakyat dah jelas menunjukkan rasa amarah mereka. 

Tapi takpelah. Korang tetap takmo terima dan aku bukan pula bukan suka memaksa. Kita tunggu pru 13. Tapi tolong jangan tangkap aku kalau aku pergi edarkan risalah pasal skandal nfc, minta tolong sesangat. Tenkiu.

Ameno : Bodek baik punya.

MB: Isu Hasan Ali Ubahsuai pejabat RM300,000 ikut tata cara

MB cakap telus. No hal. Takan azmin tak discuss dengan mb pasal neh sebelum dok pongpang2 kecoh dalam media? Sebab tue aku cakap isu neh dari awal lagi memang boleh menimbulkan masalah. Kalaupun baru diketahui SEKARANG neh bahawa dha melakukan pembaziran sepatutnya ketika pejabat dia SEDANG DI UBAHSUAI, time tue kena lah pandai2 SELIDIK DAN SIASAT. 

Hari tue aku hilang sikat. Harga sikat tue makan puluh. So aku memang sayang. Jadi aku mencari merata rumah. Lepas tue jiran aku cakap sikat tue dah kena hanyut dek air time banjir ari tue. Then aku cakap ko gila apa? Sikat tue baru hilang ari neh, terjatuh dari tingkap yang mana aku baru perasan sekejap neh sebab tue aku dok cari2. Lepas tue dia diam dan masuk rumah. Aku dok cari dan cari. Lepas tue aku dok terfikir. Mungkin kah budak itu yang mencuri sikat aku? 

Then aku pergi tanya dia. Dia tak mengaku lepas tue aku rasa perlu aku marah dia jadi aku marah. Lepas tue dia menyorok dalam rumah. Aku takan puas ahti selagi sikat mahal aku tak dipulangkan semula. Jadi aku menggunakan sikap suka menyelidik dan menyiasat. Aku masuk rumah amek rm2 then aku umpan budak tue. Aku cakap ko bagi sikat aku neh aku bagi ko rm2 then dia pulangkan kembali sikat mahal aku.

Yang ingin aku jelaskan disini ialah, sepatutnya dari awal lagi kalau dilihat, disyaki dan etc2 bahawa dha melakukan satu pembaziran, ko kena persoalkan time2 tue juga. Jangan tunggu lama2, nanti2 lama orang akan fikir yang bukan2.

Contohnya aku. Aku siyes fikir yang bukan2. Sesuatu seperti neh aku takan percaya bulat2 walaupun ia datang dari mulut pakatan rakyat. Korang mungkin boleh bagi pelbagai alasan, tetapi jangan fikir bahawa semua orang boleh terima alasan2 tersebut tanpa memikirkan ia. Cuba fikir baik2.

1. Azmin ali bongkar kes pembaziran dha.

2. MB Selangor cakap ikut tatacara yang betul.

Azmin dan Khalid ialah orang PKR. 

Korang fikir orang akan fikir apa? Sebab tue kalau nak timbulkan isu, bincang dulu. Kalau tak sepakat, toksah main lah. Senang.

Ingin aku tegaskan disini, segala apa yang dibelanjakan oleh HASAN ALI, sudah semestinya di bawah PENGETAHUAN MB ketika IA SEDANG BERLAKU. Jika DHA kantoi, maka PR juga tidak terselamat.


Ameno : Adik beradik pun gadoh der..

Gambar panas pemimpin umno tersebar

Peribadi orang jangan kita usik. Jangan kita sentuh kalau ia tak membabitkan rakyat ataupun menyusahkan rakyat. Sebab tue kalau nak bercakap pasal peribadi orang tengok dulu kiri kanan atas bawah kita, betul ke kita berada di landasan yang benar? Betul ke cara hidup kita berada di posisi yang betul?

Kalau diri sendiri pun tunggang langang, tak betul jangan lah sesekali dok pongpang pasal peribadi orang lain. Kalau ko tak puas ahti kat dsai, ko attack dia pasal perkara2 yang membabitkan hal rakyat. Kalau ko tak puas ahti kat pr, ko attack dia pasal perkara2 yang membabitkan penyelewengan dan sebagainya. Sukar untuk aku percaya bahawa pr terlalu bersih. Sudah semestinya kalau dicari betul2 ada jek benda yang korang boleh attack pasal pr. Aku cakap terus terang neh.

Aku takmo wujud satu senario di mana satu pihak menyerang peribadi nanti pihak yang lain in order nak membalas serangan terbabit, serang pula peribadi lawan. Perkara sebegini tidak akan menguntungkan sesiapa sebaliknya menyusahkan kita semua.

Korang bayangkan kalau pengikut2 bagi sesetengah pemimpin terpaksa mengeluarkan pelbagai idea untuk memenangkan peribadi pemimpin masing2, apa yang kita sebagai rakyat dapat? Kita tak dapat apa pun. Pengikut dok sebar dan berbalah pasal peribadi pemimpin aku macam neh, peribadi pemimpin ko pula begini, yang pemimpin dia pula macam neh dan etc2.  Dan akhirnya isu2 yang membabitkan kepentingan rakyat diketepikan. Sebab? Masing2 dok jaja dan buka isu peribadi jek. Bila masanya rakyat nak sedar yang dorang tue dihimpit dengan pelbagai masalah yang serius?

Oleh itu, sebagai pemimpin mulakan dulu dengan diri anda. Jangan buka citer peribadi lawan. Kawal mulut dan pertuturan masing2. Jangan dok tuduh2 lawan sebagai anti islam, pro israel, lawan kahwin 2,3,4 lah.. macam lah dia tak berkahwin dan berkahwin, gatal lah, jual ubat seks lah, parti tue sesat lah dan etc2. Nasihatkan semua pengikut anda agar asingkan isu peribadi yang tidak menjejaskan rakyat better tak payah kecoh, kalau isu peribadi tue menjejaskan kepentingan rakyat oke, boleh buka untuk merungkai permasalahan.

Sebagai pemimpin, kalau dimulakan dengan diri anda, insya-Allah lama kelamaan pengikut akan sedar.Orang kata cakap siang pandang2, cakap malam dengar2, jadi pepaham lah. Bukan seme isu ko layak cakap. Ada sesetengah isu sebelum ko bercakap orang macam neh macam tue better ko cermin diri dulu. Macam aku. Better aku cermin dulu sebelum dok pongpang bercakap pasal aurat dan etc2. Pasal apa? Pasal aku reti malu. Aku reti check peribadi sendiri. Siyes. Bai.

Nota : Gambar Noh Omar bersama Isteri ke.. tet tercinta.. 

Updated ;

Untuk gambar klik sini.


Oleh kerana ada yang menegur dan menganggap aku cakap tak serupa bikin jadi aku padam gambar tersebut untuk membuktikan bahawa aku cuba bercakap selaras dengan apa yang ingin disampaikan, dan berikan link asal gambar tersebut. Kesimpulan yang ingin diperjelaskan ialah elak serang PR dengan isu2 yang tiada kaitan dengan rakyat. Tue jek. tq

Ameno : Amek cermin, tengok diri sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...