Untuk pertanyaan/iklan/berita sila hubungi saya disini orderonline2010@gmail.com.

Isu renjatan elektrik : Orang meninggal jangan di usik papa gomo. - Updated!

Papa gomo neh aku tak reti lah nak bercakap dengan dia. Aku kadang2 pernah terfikir jangan2 dia neh blogger upahan pr kot. Cuba selidik bebaik posting dia. Konon nya membela umno tapi 99% hanya memburukkan umno luar dalam. Langsung takde imej ilmiah. Siyes. 

Aku memang pernah terfikir macam tue. Aku kenal ramai kekawan umno. Aku tak dapat nafikan memang ada di antara mereka yang bodoh piang. Maaf cakap lah geng, kita kawan tetap kawan, cuma dalam politik neh istilah bodoh piang tue merujuk kepada akal politik bukan merujuk kepada hubungan persahabatan kita. Jangan terasa lebih2 lak.

kah kah kah

Sambung balik citer tadi, oleh kerana terlalu ramai nya kekawan umno yang aku kenal, aku dapati dorang neh ada satu patern. Tak kira lah sebodoh mana pun dorang dalam akal berpolitik, tapi kalau bab2 mati ka, bab2 hukum ka, dorang jarang nak melebih2. Cukup jarang. Itu bagi kenalan2 aku lah kan. Lain orang lain perangainya. Kawan2 umno korang aku taktau lah perangai depa macam mana. 

Oke sekarang kita nak citer pasal papa gomo. Baru2 neh papa gomo ada terbitkan satu artikel. Sebelum dia terbitkan artikel neh, aku ada baca di facebook MSO. Dia ada bagitau bahawa ada dua aktivis umno meninggal dunia ketika nak gantung bendera parti. Jadi marilah kita sama2 sedekah Alfatihah. Aku amek dan sebarkan di wall page aku.

Aku takde niat apa2. Cuma nak ucapkan Alfatihah. MSO pun sama. Kami lawan memang lawan dalam bab politik dengan bien, tapi bab2 lain, kita masih kawan. Kita masih boleh raya sekali, aku masih boleh paw kekawan umno aku dan aku percaya ramai di antara kita boleh berkawan sesama sendiri. Cuma aku tak nafikan terdapat kekeliruan info berhubung punca kematian mereka berdua. Mula2 dilaporkan terkena petir tapi rupanya terkena renjatan elektrik.

Apa yang amat menyedihkan sekali ialah papa gomo telah mempolitikkan isu tersebut. Bagi aku, itu satu tindakan yang sangat kurang ajar dan biadap. Orang tue aktivis umno. Dia dah meninggar der. Biarlah dia. Kenapa papa gomo perlu menjaja gambar dia dan menfitnah dia sebagai orang pas dan menyakitkan ahti keluarga dia seme dengan entry yang bertujuan fitnah dan memalukan?

Aku bukan cakap kosong. Benda neh memang dah terbukti beb. Lihat bawah neh ;


Info neh mula2 disebarkan oleh blogger sungairapatonline. Dia tulis sesuatu yang aku percaya menjurus kepada fitnah dan menghina mangsa yang meninggal tue kemudian nya dia dah betulkan balik. Aku percaya artikel asal dia telah dicopy paste oleh papa gomo sebelum SRO edit artikel dia. Lihat sini.

Nota : Sila perhatikan url address SRO atas entry tue apa.. => penyokong-pas

Lepas tue, papa gomo mungkin terbaca. Bila dia terbaca info tue, dia pun buat drama baru. Macam biasa, karang skrip baik punya. Korang boleh rujuk sini. Aku pun dah printscreen beberapa sebagai bukti bahawa dia pernah menulis artikel tersebut. Kot2 lepas neh dia sedar bahawa dia dah terfitnah orang sendiri ka apa ka, boleh lah aku tunjukkan bukti tersebut. 

Lihat bawah neh ;


Ini perenggan pertama artikel. Aku percaya ini yang papagomo paste dari SRO. Dan lihat bawah pula ;


Skrip papa gomo yang bodoh. Dan2 jek ahli2 pas, fb, blog seme salahkan tnb? Bila masa tah. Kelakar gile aku baca skrip dia weh. Siyes. Telenovela pun kalah siot. Drama korea kesayangan aku pun tak boleh lawan papa gomo punya skrip. Memang betul2 mengemparkan. 

kah kah kah

Apa pun aku nak minta maaf kepada keluarga mangsa. Bukan lah aku nak kata yang meninggal tue umno dan etc2 maka mereka layak dikeji apa seme. Cuma aku nak membetulkan salah faham yang timbul je. Aku berharap kepada semua aktivis parti politik tak kiralah dari parti mana pun, tolonglah jaga keselamatan masing2 ketika buat kerja2 parti termasuklah pasang bendera.

Tak perlu lah pasang kat tiang2 elektrik tue kalau sungguh akhirnya nyawa jadi galang ganti. Pasang jek tempat lain. Yang lebih selamat. Dan marilah kita sama2 menghadiahkan Alfatihah kepada kedua2 mangsa aktivis umno. Walaupun kami neh penyokong pr, insya-Allah, Alfatihah kami neh tetap halal bagi penyokong2 umno. Ingatlah kita tetap bersaudara walaupun berbeza parti. Al-fatihah.

Updated.

Hish.. bukan setakat posting jek fitnah, sekali gambar pun fitnah der. Isu neh dah dibongkarkan oleh sahabat blogger semut dan papan kekunci. Rujuk sini. Sekarang neh aku cuma terfikir satu perkara jek. Kat mana nak letak muka? Kat mana nak letak muka der?

KAH KAH KAH

Baca ini juga.

Ameno : Papa gomo memang keji permainkan kematian orang..

Farahhana, ko yakin ke DSAI ada hubungan sulit dengan bini orang?

Ini pandangan aku. Kalau ko tak yakin benda tue benar dan betul ko takan amek port. Tapi bila ko dah amek port tue maksudnya ko percaya tuduhan tue ada. Dan bila ko dah memilih untuk percaya tuduhan tersebut, itu bermakna ko pun individu yang turut sama menuduh kan?

Bagi aku, ko neh main cakap je kan? At least tengok lah kiri kanan atas bawah nak buat statement apa pun. Aku bukan nak bekap dsai ka azmin dalam isu neh. Sebab pemikiran aku mudah je dalam kes neh. Kalau ko ada bukti then ko pergi report kat pejabat agama dan mahkamah syariah.

Ko cakap lah yang dsai tue ada hubungan sulit dengan sekian2 dan mohon di ambil tindakan. Ada dua sebab ;

1. Sebab dia orang islam. So menjalin hubungan dengan isteri orang hukum dia berdosa.

2. Sebab dia pemimpin. Pemimpin yang ada moral yang teruk tidak layak di angkat sebagai pemimpin.

Simple. Kalau ada bukti then ko pergi buat pertuduhan, kes dan sebagainya. Ko cakap pongpang2 dalam paper tv dan seme tue apa jek yang ko dapat? Mungkin ada yang sokong ko. Mungkin ada yang keji ko. Tapi sokong dan keji ka apa ka tidak akan menyelesaikan apa2 masalah pun.

Akhirnya benda neh akan berulang setiap kali pru sehingga orang rasa semak. Kalau benda tue betul pun orang rasa semak. Kalau benda tue tak betul pun lagi lah orang rasa semak. Asyik2 dok cakap dia ada hubungan dengan bini orang. Asyik2 dok pongpang isu sama selama bertahun2. Ingat orang tak reti jemu ka? 

Kalau ko dihadapkan dengan makanan yang sama setiap hari untuk setiap waktu ko pun reti nak complain bagai, apatah lagi rakyat yang setiap kali nak dekat pru, ada jek kisah dsai main dengan bini orang lah, main dengan anak orang lain, main dengan pelacur lah, main dengan office boy lah, main dengan itu neh lah. Sampai bila kisah dsai main itu dan main ini harus dijaja dalam setiap kempen2 pru bien? 

Hello, kalau ada bukti, then dakwa. Jangan lah asyik2 cakap tapi dakwa nya tak pernah. Aku pun boleh cakap najib ada affair dengan orang tue orang neh tapi bukti? Mana ada. Cakap kan zaman neh laku sangat. Cakap je apa2 yang ko nak cakap selagi boleh cakap. Agak2 nak mampos mengucap lah pula. Simple.

Jadi orang gunakanlah akal yang telah dikurniakan. Aku dah banyak kali cakap. Ada bukti then ko bagi. Bukan kat aku or mana2 blog dan rakyat malaysia. Sebaliknya bagi pada pihak yang boleh dakwa dsai atas isu tersebut. Isu neh perlu penutup. Selagi mana ko jaja isu2 macam neh, selagi itulah umno dan bien akan menjadi kebencian orang. Aku tak tipu der. Lue fikirlah sendiri.

Kenyataan farahhana kat bawah neh. Dipetik dari utusan malaysia.



Ameno : Dengan haiwan takdak ka?

Shahrir masuk PAS? Khalid Samad dah sahkan. .

Mak aiii.


Mula2 aku fikir tipu jek neh. Confirm tipu der. Tapi bila aku tengok kemain lagi pemimpin itu neh buat statement bagai. Biar betul? Ini citer betul ka? Bukan citer tipu2 meh? Bukan kah neh citer april fool jek neh?

Tapi rupa-rupanya.. peh. Korang saksikan sendiri kenyataan penuh khalid samad neh. Masa tue baru korang tahu langit tinggi ke rendah ke serdahana tinggi ke serdahana rendah ke, katik dan etc.

Baca bawah neh ;

SHAH ALAM, 1 April:Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyifatkan berita abangnya Datuk Shahril Samad menyertai PAS masih bertaraf berita angin yang belum sahih.

(Gambar sidang media Shahril yang disiarkan oleh blog kononnya beliau keluar Umno dan menyertai PAS)

"Saya sendiri belum dapat sahkan kerana dia tidak beritahu apa-apa kepada saya...mungkin berita April Fool kot kerana hari ini 1 April," kata Khalid ketika dihubungi Harakahdaily.

Beberapa blog hari ini melaporkan berita kononnnya Ahli Parlimen Johor Baharu Datuk Shahrir Samad mengumumkan keluar dari Umno dan menyertai PAS bersama lebih 2,000 orang ahli.

Blog melaporkan, ketika mengadakan sidang media untuk membuat pengumuman itu, berlaku kekacauan yang dipercayai dilakukan oleh ahli Umno yang ingin menggagalkan sidang akhbar tersebut.

Empat orang cedera termasuk seorang wartawan. Mereka dikejarkan ke hospital, lapor blog itu. 

Ia kemudian disuraikan oleh polis.

Shahril dlaporkan blog itu berkata:

“Tiada jalan lagi memperjuangkan agenda negara di dalam kerajaan sedia ada. Jangan lontar batu dari luar bagi membetulkan keadaan sudah tidak terpakai. Penyelesaian yang tepat ialah tukar dan bersama membina negara tercinta dengan idea dan kematangan."

Blog itu juga melaporkan, difahamkan Pakatan Rakyat akan bermesyuarat Jumaat ini bagi membincangkan keperluan meletakkan Shahril Samad sebagai Menteri Besar Johor tidak kira parti mana yang menang terbanyak seandainya Barisan Nasional berjaya ditumbangkan di Johor pada PRU13 ini.

Ketika ditanya sama ada Shahril akan membuat road show bersama adiknya Khalid Samad, Shahril menjelaskan

"Selepas apa yang berlaku tadi (keganasan sidang media), saya berfikir Road Show akan bermula di luar Johor terlebih dahulu. Sebelum memberi tumpuan kepada Johor secara habis-habisan menjelang pengundian," lapor blog itu.

Beliau yang juga bekas Menteri berbuat demikian bersama-sama 2,000 orang pengikutnya. Shahrir adalah abang kepada Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, lapor blog itu lagi.-Harakah-

Kesimpulan nya apa? Kesimpulan nya khalid samad dah sahkan bahawa benda neh april fool jek. 

kah kah kah

Namun sayang, masih ada yang percayakan benda neh sebagai real pula. Mak aii.. Jangan terpedaya der. Orang buat sindir je. Mungkin gak benar dia sambut april fool. Apa pun itu niat dia malas aku nak ulas lebih2. Cuma simpati pada yang terpedaya siap pergi hebahkan di wall fb lagi kecoh kecoh shahrir samad masuk pas.. panas2.. hebahkan shahrir masuk pas.. dah insaf bagai.. umno bakal tumbang dan etc.. adoii tergelak aku der. Siyes.

Pada sesiapa yang terpedaya tue, aku harap korang maafkan lah mereka. Mereka tue bergurau tapi sayang tak kena tempat dan time. Tue jek. Bai.

kah kah kah

Ameno : Lawak tapi ramai tak dapat tangkap ia adalah lawak.

Rekod dunia : Malaysia sambut April Fool tiap-tiap hari.


Cis.

Baru aku tahu. Patutlah tiap2 hari kena tipu jek. Celaka betul lah. Buletin utama dan media arus perdana bersekutu dengan menteri2 malaysia berpakat menyambut april fool setiap hari. Konon nya niat mereka nak bergurau senda tapi tak lawak oke. Tak lawak.

Di ulangi sekali lagi

TAK LAWAK OKE.

Mohon sesangat kepada kerajaan bien hentikan lawak april fool korang tue. Hukum sambut april fool haram. So buletin utama, utusan dan geng2 anda sila lah berhenti buat kerja haram. Tolong lah faham. Oke bai.

kah kah kah

Gambar : 9gag.

Ameno : Patutlah hari2 gua kena tipu.. kah3x..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...