Untuk pertanyaan/iklan/berita sila hubungi saya disini orderonline2010@gmail.com.

Rafizi didakwa di bawah akta BAFIA yang palsu ka?





Aku terima satu inbox oleh rakan facebook aku. Dia cakap dia copy paste benda neh dari rakan facebook dia. Terai korang baca neh jap ;


Mengikut BAFIA Act 1989 hanya memperuntukkan ke atas pengarah atau pegawai mana-mana institusi berlesen. Jadi, Rafizi tidak boleh didakwa dibawah BAFIA kerana beliau tidak memegang/ pernah memegang sebarang jawatan di dalam institusi kewangan.
THE BANKING AND FINANCIAL INSTITUTIONS ACT, 1989 Kewajipan kerahsiaan Seksyen 97 (1) memperuntukkan bahawa tiada pengarah atau pegawai mana-mana institusi berlesen, sama ada semasa tempoh memegang jawatan atau semasa tempoh pekerjaannya atau selepas itu, boleh memberi, mengemukakan, membuka, mendedahkan, menyiarkan atau selainnya menzahirkan kepada mana-mana orang apa-apa maklumat...

Kepada rakan2 yang tahu secara langsung apa itu BAFIA dan bagaimana akta neh sepatutnya dan seharusnya berfungsi sila nyatakan kepada kami disini supaya kami lebih jelas dengan akta yang dimaksudkan.

Dalam masa yang sama, andai benar rafizi tidak layak diBAFIAkan, ini bererti persepsi ali abu mengenai penahanan rafizi sebenarnya bertitik tolak dari usul dan idea rafizi mengenai proton. Rujuk sini. Ada juga rakan2 cakap mungkin juga ada kaitan dengan pendedahan rafizi mengenai george kent. 

Tapi aku cenderung mengatakan sebenarnya proton. NFC cuma nak cover up ajek. Pasal aku tengok isu george kent tue kira cam samar2 lagi tak cukup kuat untuk membentuk persepsi dan tanggapan umum.. berbanding isu proton yang jelas mencuri tumpuan orang ramai.. sama macam NFC.

Apa pun kita tunggu dan lihat betui ka tak betui..

Wang ikat jamin Rafizi asalnya RM100ribu.

Peh..

Tinggi gila nilai rafizi di kacamata umno.


Petikan berita keadilan ;

Pendakwaraya memohon mahkamah supaya Rafizi diikat jamin RM100 ribu dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah.


Kenapa seratus ribu beb?

1. Seratus ribu = nilai yang tinggi = mana lah rafizi ada duit simpanan sebanyak tue = so last2 terpaksa lah duduk dalam penjara sementara tunggu wang ikat jamin dikumpulkan bagi menunggu perbicaraan kes mahkamah.

2. Dan itulah matlamat pendakwaraya. 

3. Mereka nak rafizi duduk dalam jail dan merasa tekanan akibat ditahan.

4. Salah satu cara nak pressure rafizi.

Tapi harapan dorang berkecai sebab hakim tak setuju. Padan muka. Gila kaw. Dedahkan akaun yang terbukti menunjukkan penyelewengan pun salah ka sekarang? Sepatutnya tahan orang yang menyeleweng bukan tahan orang yang mendedahkan penyelewengan.

Last2 mahkamah bersetuju wang ikat jamin ditetapkan sebanyak rm15,000 tetapi update di facebook keadilan tulis rm10,000 pula. Yang mana satu aku sendiri pun tak pasti sangat. Yang pasti bukan rm100k sepertimana yang dicadangkan oleh pihak pendakwaraya.

Orang nak sambut puasa dan raya dengan senang ahti pun tak boleh. Umno sekarang memang paneh ahti dengan rafizi. Dah macam2 dia cakap. Dan selama neh cakap2 dia belum lagi mencucuk ahti nurani mahathir. Tapi isu proton mungkin menyebabkan mahathir tersentak. Dan hubungan mahathir dengan bnm dan zeti bukan cikai2.

Bersiap sedia lah menyakitkan ahti mahathir dalam isu proton. Kita seme kemungkinan akan terbabit dalam skandal liwat, dituduh, disaman or diheret ke mahkamah. JAGA-JAGA.. ada lembuuu sedang memerhatiii...

kah kah kah

Rafizi di tahan kerana NFC atau kerana PROTON?





Di malaysiakini tulis sebab NFC. NFC neh bukan skandal baru. Ia dah lama dibongkarkan start dari tahun lepas. Bahkan ia mula menjadi pertikaian disebabkan pendedahan awal yang dilakukan oleh juruaudit negara sendiri melalui laporan audit tahunan negara.


Susulan itu pendedahan demi pendedahan mengenai NFC dibuat menyebabkan shahrizat terpaksa meletak jawatan dan pendedahan2 tersebut paling kerap dilakukan oleh rafizi. Disebabkan pendedahan2 tersebut juga UMNO, BN dan NFC berdepan dengan pelbagai tanggapan serong masyarakat. 

Bagaimana wang sebanyak rm250juta boleh diberikan kepada keluarga menteri untuk menjana kekayaan peribadi sedangkan menteri2 malaysia sepatutnya bertanggungjawab menguruskan wang yang ada untuk kebaikan bersama sekurang2nya untuk kebaikan rakyat malaysia keseluruhannya bukan nya untuk kegunaan diri sendiri. 

Apa pun kita stop dulu pasal NFC. Kita focus pasal rafizi dan tujuan penangkapan dia jek. Laporan Malaysiakini ;

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli ditangkap oleh polis pagi ini kerana didakwa terbabit dalam mendedahkan butiran perbankan yang berkaitan dengan skandal National Feedlot Corporation (NFC).

"Saya kini ditahan di bawah BAFIA (Akta Institusi Perbankan dan Kewangan) dan akan dibawa ke mahkamah sekarang," katanya dalam mesej teks kepada Malaysiakini.

Beliau berkata pihak polis datang ke rumahnya pada kira-kira jam 7 pagi ini.

"Saya percaya saya sedang dibawa ke Mahkamah Shah Alam untuk didakwa," katanya.

Dan pandangan dari rakan facebook aku ;


Knp Rafizi ditangkap?


Rafizi ditangkap di bwh akta BAFIA krn bogelkan Sharizat Jalil & famili dlm isu lombu NFC? Ha ha ha. Jgn buek lawak siang2 poso ni geng. Kalau dio nk tangkap, dulu lg dio dh tangkap maa. Ini semuo camouflage bai. Rafizi ni ditangkap atas arahan Mursyidul Am UMNO, Tun Mahathir krn polisi trbaru pakatan yg mahu mengurangkn cukai keto import hasil inisiatif Rafizi akan menyobabkn pet project Tun iaitu Proton beserta vendornya lingkup.


Rafizi wajib di'neutralize' demi kebahgiaan & kesejahteraan 'Perut Tun' tidak diganggu gugat. Kalau pakatan dpt menawan Putrajaya, kemungkinan bosa proton x laku krn polisi trsebut. Yolah korang dh tontu boli keto korea atau jopun. Sudah la murah, berkualiti pulak. Buek apo boli proton kalau kualiti mcm gampang.


Isu Sharizat jalil & NFC hanyo lah kambinghitam utk mewajarkn penangkapan Rafizi arini. Korang kono pandai baco politik Msia. Rafizi brjayo memicit titik kelemahan Tun & kroninya. Proton hanyalah sekadar teknik memerah wang rkyt ke 'Perut Tun'. -Ali Abu-
 
Sejujurnya aku rasa pandangan dari rakan facebook memang ada kebenarannya. Kalau nak tahan rafizi kenapa tak tahan dari dulu lagi? Kenapa sekarang? Kenapa bulan ramadhan yang jelas2 boleh menyinggung keluarga rafizi, sahabat handai dan penyokong2 pkr? Kalau mereka boleh menangguh penahanan rafizi di bawah akta BAFIA untuk beberapa bulan selepas butiran perbankan didedahkan oleh rafizi kenapa tidak tangguhkan lagi sehingga syawal berlalu?
 
Nah,
 
Sudah semestinya ada sesuatu yang telah berlaku sehingga menyebabkan bn mengubah corak pemikiran mereka secara tiba2. Apa yang terbaru rafizi lakukan beb? Tak banyak. Terkini pasal proton. Sejurus rafizi umumkan kadar cukai kereta akan diturunkan selepas pr mentadbir negara, rafizi juga dedahkan kaedah2 tertentu bahkan turut memperjelaskan bahawa proton takan terjejas kerana harga proton juga akan turun.
 
Rafizi juga dedahkan rancangan PR bahawa kerajaan boleh tampung cukai kereta yang susut dengan cara lain dan umumkan langkah2 tersebut. Dan langkah2 rafizi disokong oleh ramai pihak tak kira parti bahkan ia kurang mendapat bantahan umum sepertimana isu ptptn disebabkan cukai kereta yang rendah adalah antara yang ditunggu2 oleh hampir kesemua rakyat malaysia.
 
Andai kata benarlah sepertimana yang aku anggap bahawa rafizi ditahan kerana PROTON bukan disebabkan NFC maka wajarlah kita turun ke jalanraya. Opsss bukan berdemo untuk sokong rafizi secara individu sebaliknya sokong usul dan idea yang dibawa oleh rafizi mengenai PROTON.

Kita akan tunjuk kepada BN sejauh mana idea rafizi mengenai PROTON melekat di jiwa dan raga kita. Bahkan tun mahathir juga akan terkejut. Harap2 idea neh disokong oleh rakan2 dari PKR. Tunggu.