Untuk pertanyaan/iklan/berita sila hubungi saya disini orderonline2010@gmail.com.

Ini sebabnya kami kibarkan sang saka malaya.

Member ada mesej banyak kali di page. Aku tak perasan. Kalau guna laptop haram aku boleh baca sesiapa yang paste link ke apa ke kat situ. Kalau guna tab nampak plak. Tah tak faham aku. Kat bawah neh penjelasan dia. Bagi aku ;

1. Baca dengan ahti terbuka. Aku fikir kita pun boleh berbincang cara baik. Tak bersetuju itu perkara biasa. Tapi gunakan hujah. Jangan maki hamun dia pula.


2. Apa yang dia mahukan adalah lebih kurang aku juga. Tulis sejarah dengan menggunakan fakta yang betul. Sejujurnya aku tak berani sebut apa yang tersebar di internet itu adalah sejarah yang benar2 sahih dan fakta. Tetapi aku berani cakap apa yang tersebar di buku teks banyak yang auta.


3. Jadi aku berharap kita boleh ubah apa yang salah, betulkan apa yang tak betul dan kekalkan apa yang benar. Aku rasa kita perlu diberikan pendedahan sebenar tentang apa yang pernah berlaku di masa lalu.


4. Pejuang haluan kanan atau kiri mereka tetap sama2 berjuang. Mungkin cara lain, kaedah berbeza tetapi siapa lah kita nak kata yang tue pejuang, yang neh bukan. Mari lah kita iktirafkan mereka seme2 yang pernah berjuang.


5. Mengetahui sejarah mengenai sang saka malaya tak rugi apa. Bendera kita berubah2. So kita tahu asal usul pembentukkan bendera. Ia bukan satu perkara yang salah untuk disebarkan.


6. Mungkin ada yang akan marah tetapi biarlah. Kita hormat sahaja jika ada di antara mereka yang berniat mahu mengubah jalur gemilang kepada sang saka malaya. Tetapi jangan pula kita tuduh mereka pro komunis dan sebagainya.


7. Dalam waktu yang sama juga, penyokong2 jalur gemilang tidak boleh dianggap pro yahudi, israel apa jadah tue. Siyes benda tue melalut. Bagi aku. Sesungguhnya aku bukan lah orang yang akan cenderung percaya kepada segala macam teori konspirasi. Percayalah.


Akhir kata, sejarah adalah bukan apa yang kita mahu percaya. Atau disuruh percaya. Atau dipengaruhi untuk mempercayainya.

Sejarah adalah perkara yang benar2 berlaku. Bagi memuaskan semua pihak, mari kita kaji balik sejarah kedua2 bendera neh tanpa bias, tanpa menyebelahi mana2 pihak dan paling penting, tanpa campurtangan. Simple. 

Penjelasan saudara Nazri ;


Saya dan saudara Zairi shafai adalah individu yang bertanggungjawab membuat dan mengibarkan bendera Sang Saka Malaya dimalam sambutan kemerdekaan di Dataran Merdeka. Kami tidak mewakili mana-mana parti politik dari kerajaan mahupun pembangkang, kami mewakili golongan Anak Muda yang ingin menonjolkan kebenaran dan sejarah yang cuba ditenggelamkan oleh pihak yang bertanggungjawab, jauh sekali bermotif untuk menukar jalur gemilang kepada sang saka Malaya, kerana sang saka Malaya yang ditukarkan kepada jalur gemilang hari ini. Saya ingatkan penulisan ini bukanlah untuk mencari publisiti diri dan Rakan-rakan tetapi penulisan ini adalah bertujuan memberi pencerahan umum kepada masyarakat akan tujuan asal kami mengibarkan panji keramat itu.

Mungkin ramai yang tidak tahu akan kewujudan kesatuan terawal yang terlibat dalam menentang penjajah. Kesatuan Melayu Malaya (KMM) yang ditubuhkan pada 1938 adalah gerakan terawal menentang British. Di sinilah bibit-bibit penentangan penjajah berlaku. Ditunjangi oleh Ibrahim Yaakob bertujuan untuk melindungi Hak-Hak orang Melayu dan menentang penjajah British.

Pada tahun 1945, wujud pula Parti kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Parti ini merupakan parti politik Melayu yang pertama tertubuh di Tanah Melayu ketika itu. Matlamat utama penubuhan PKMM ialah untuk menuntut kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu dan menentang sebarang bentuk penjajahan Inggeris. Parti ini dipelopori oleh Mokhtaruddin Lasso, Ahmad Boestamam dan Dr. Burhanuddin Al-Helmy. PKMM mempunyai dua saya iatu Angkatan Pemuda Insaf (API) yang di ketuai oleh Ahmad Boestamam dan Angkatan Wanita sedar (AWAS) yang diketuai oleh Ustazah Shamsiah Fakeh. 

Bagaimanapun beberapa bulan kemudian apabila Kesatuan Melayu Muda (KMM) bergabung dengan PKMM, Dr Burhanuddin Helmi telah mengambil alih pucuk pimpinan sebagai presidennya yang kedua. Dalam bulan Disember 1947, PKMM bertukar lagi pucuk pimpinan dan kali ini disandang oleh Ishak Haji Muhammad sebagai presidennya yang ketiga. Dengan pertukaran pucuk-pucuk pimpinan itu PKMM tidak lagi condong kepada komunisme sebaliknya bersifat nasionalisme.


Dr Burhanuddin membawa PKMM ke arah mewujudkan Melayu Raya iaitu satu gagasan Kesatuan Malaya-Indonesia yang merupakan salah satu perjuangan utama PKMM. Pada dasarnya perjuangan PKMM adalah didorong oleh keazaman untuk mendapatkan kemerdekaan penuh dari Britain. PKMM lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949.

Apabila UMNO ditubuhkan, PKMM telah menyertainya bersama badan-badan Melayu yang lain, tetapi selepas itu telah keluar darinya apabila tidak setuju dengan pemasukan simbol keris dalam bendera UMNO dan tidak puas hati dengan sistem satu badan (tidak mengira saiz) satu undi dalamnya. Akhirnya, badan-badan yang 'berhaluan kiri' (menentang Inggeris) meninggalkan UMNO dan UMNO tinggal 'berhaluan kanan', yang lebih mesra Inggeris. PKMM juga berusaha menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) iaitu gabungan parti-parti politik radikal Melayu dan kemudian bergabung pula dengan All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA) yang bertujuan menentang kandungan Perjanjian Persekutuan 1948 bagi penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.

Perjuangan PKMM dilabel oleh Inggeris sebagai 'berbau' komunis dan dengan itu beberapa orang pemimpinnya telah ditangkap serta dipenjarakan. Akhirnya pada 18 Jun 1948, PKMM (dan beberapa parti anti-penjajah lain) telah diharamkan dan darurat diisytiharkan oleh pihak berkuasa British dengan persetujuan Yang Dipertua UMNO, Dato' Onn Jaafar.

Sang Saka Malaya adalah panji perjuangan mereka dalam menuntut kemerdekaan ditanah Melayu. Panji ini juga pernah berkibar megah digunung semanggol, Perak yang menjadi kubu Hizbul Muslimin yang diketuai oleh Ustaz Abu Bakar Baqir yang diasaskan pada 17 Mac 1948. 

Oleh yang demikian, saya bersama saudara Zairi merasakan bendera ini layak dikibar pada malam kemerdekaan selain dari Jalur Gemilang. Penuh dengan pelbagai cerita pahit maung perjuangan disebalik sang saka Malaya ini.
http://singaselatan.blogspot.com/2012/08/mengapa-kami-kibarkan-sang-saka-malaya.html?zx=418d2bb75661dc91

Rais Yatim, jangan sedih-sedih.

Ini Rais Yatim. 



Kenapa wajah dia nampak sedih? Semua neh berlaku kerana dia dah terkantoi. Ciss.. tak guna aku tolong malaysia cipta rekod. Dah la tak dapat upah. Last2 sekali kantoi sebab ada pengtweet hantu. 

Menurut satu kajian yang dijalankan oleh satu firma kajian bebas untuk twitter menyatakan ;



1. Dorang kumpul data pengtweet2 yang tweet semalam.

2. 107k tweets daripada 19k user dijadikan sample kajian.

3. Daripada kajian tersebut didapati bahawa 38% tweets datang dari 14%  pengguna twitter. 14% daripada 19k ialah = 2,761 pengguna. 38% pula = 41,000 jumlah tweets.

4. So sebanyak 2,761 pengguna twitter telah tweets sebanyak 41,000 dalam tempoh seminit.

5. Purata 1 pengguna = 15 tweet. 

6. Dan ini bukan perkara yang mustahil.

7. Tetapi ia boleh dipertikaikan sebab hasil kajian membuktikan bahawa mereka berkemungkinan besar adalah SPAMMERS = BOTS.



8. 14k user tersebut juga menggunakan tweetdeck.

9. Aku tatau tweetdeck neh apa jadah tetapi malaysiakini cakap tweetdeck neh berupaya mengawal banyak akaun dalam satu masa. Peh..

10. Check sini sendiri ==>  http://www.tweetdeck.com/

Laman web dia pun seram semacam. Kenapa? Saja aku jek tue. Bagi tambah angin.

kah kah kah

Apa pun nasihat aku kepada rais yatim. Jangan menangis teruk2. Jangan sedih sangat. Oppa najib akan memahami. Hanya perlu oppa, rais terkantoi lagi oppa. Jom kita gangnam sytle dulu. Insya-Allah, reda la kemarahan oppa najib tue nanti. Tapi jangan depan onni rosmah. Marah kang dia. Poco2 tue. Jangan memain.

kah kah kah

Sumber gambar : Google.

Kecik ahti AmenoWorld, bloggers UMNO yang buat.

Hish.

Sedih aku.

Aku bersemangat malam tadi. Semangat nak tolong cipta rekod untuk Malaysia. Semangat gila nak merealisasikan impian Najib Razak dan Rais Yatim tapi bloggers umno berpakat hentam kebaikan ahti aku di twitter pula.

Kecik ahti aku tak pasal2. Apa pun tak boleh larh dorang neh. Orang nak tolong pun kena keji. Punca dorang marah sebab aku cuba nak meramaikan askar upahan. Benda neh aku fikir mudah jek. 

1. Najib ada kek besar.

2. Najib nak agih2kan kek tue kepada orang ramai.

3. Aku dapat tahu.

4. So aku cuba la sedaya upaya sebarkan perkara tersebut.

5. Bloggers umno tak suka. Padahal sharing is caring ma. Silap. Sharing is money-ing ma.

Semakin banyak yang tahu + menyertai semakin kurang lah upah dorang. Itulah pemikiran dorang. Padahal mana ada. Suka sangat buruk sangka betul lah bloggers umno neh. Haizhh..

Upah untuk askar upahan limited jek beb. Tak terjejas pun upah wajib korang.

RM100 paling tinggi + makan minum + T-shirt + pengangkutan [tak tersedia untuk semua penyertaan] + muncul dalam tv [glamer sekejap] +  sijil penyertaan + kehiburanan [atau keboringan].

Lihat kat bawah neh ;


Nampak? JASA mengupah orang untuk cipta rekod. Salah ke? Aku tak cakap salah pun. Aku tak cakap apa2 kat twitter pasal salah or betul pun. Aku cuma cakap ada upah. Aku pun nak tweet. Nak upah. Tapi aku tatau nak claim kat mana. Terlepas dah upah aku. Tak pasal2. Rugi.

kah kah kah

Lepas tue dorang marah aku lagi. Dorang marah sebab aku cakap tak seme yang datang ramai2 tue atas kerelaan or nak menyokong apa bagai. Ada yang kena paksa. Ada yang disuruh. Dan ada juga yang disponsor. Ada yang didorong. 

Bahkan ada juga yang dipujuk pergi dengan menawarkan pelbagai imbuhan. Tak dinafikan juga ada yang datang sebab nak menyokong. Peratusan kecik jek tue. Bukan ayat dengki oke. Aku cakap pasal fakta. Aku neh kan jujur orangnya.

kah kah kah

Tak kesah lah apa pun sebabnya yang penting setiap yang datang ada sebab2 tersendiri. Bukan sebab nak sokong JANJI DITEPATI tu. Bahkan pelajar2 juga di undang bagi menampakkan program tue ramai.

Nanti boleh larh cakap 150k hadir sokong janji ditepati najib razak.

BN masih kekal kuat di Malaysia.

Najib terus utuh.

Blabalablabla..

Nak tipu2 bercakap tanpa gambar pun boleh. Tapi orang mesti mao gambar.

Tak nak caya lagi cakap aku? Hadoii.. kecik ahti aku tahu tak.


So caranya begini lah. Suruh pergi pada yang mampu menyuruh. Paksa pergi pada yang mampu memaksa. Mendorong orang pergi pada yang mampu mendorong. Takde hal bagi aku. Takde hal. Orang nak kempen, kita tengok sudah larh.

Rezeki jangan ditolak orang kata. Musuh jangan dicari. Faham tak blogger umno? Hadiah bien bagi mesti mao. Undi lue fikirkan sendiri.

kah kah kah

GAMBAR : Bas PAKATAN RAKYAT dirosakkan. [VIDEO INSIDE]

BAS yang digunakan untuk berkempen. Yang dibiayai oleh khalid ibrahim untuk kemudahan dsai dan wakil rakyat pr bagi memudahkan pergerakkan dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain untuk berkempen. Ia dah dirosakkan oleh orang gila.

Mengenai bas tue boleh baca sini. Bukti yang menunjukkan umno dengki dengan kekreatifan pakatan rakyat. Dan terkini bas tersebut telah pun dirosakkan. Oleh siapa? Kenapa? Punca? Aku takmo cakap sebab aku tatau.


Kita tunggu siasatan lanjut.


Lihat gambar berikut ;


 



Sumber : sini


Kedengkian.


Itu jek aku berani sebut. Menurut laporan dari sinarharian ;


1. Bas tue dirosakkan ketika mereka berada di kelantan.

2. Lokasi di depan pasar siti khadijah, kota bharu, kelantan.

3. Ia dirosakkan oleh sekumpulan lelaki.

4. Mereka simbah cat dan baling sejenis objek keras pada cermin bas.

5. Ia dirosakkan lebih kurang jam 5 pagi.

PKR akan dedahkan butiran lanjut mengenai kejadian tersebut dalam sidang media khas sebentar nanti. Orang umno cam biasa.. mesti cakap pkr berlakon untuk rosakkan bas sendiri. Apa pun tak boleh.

kah kah kah 

Ini rakaman pendek mengenai bas yang dirosakkan oleh sekumpulan lelaki jam 5 pagi tadi.




 Ini respon terkini dari DSAI berhubung kejadian tersebut ;