Untuk pertanyaan/iklan/berita sila hubungi saya disini orderonline2010@gmail.com.

Jalanraya malaysia cipta rekod termahal di dunia.

Tahniah.

Masuk world record lagi tu. 

TAHNIAH BN

TAHNIAH NAJIB

TAHNIAH ORANG SABAH

Anda ada jalanraya termahal. Aku takde.

kah kah kah


Seorang MP PKR hari ini mendakwa bahawa sebatang jalan sepanjang 0.9km menuju ke bangunan DUN Sabah dibina dengan kos RM14.9 juta.


Azmin Ali (PKR-Gombak) dalam satu soalannya di Dewan Rakyat hari ini mendakwa jalan tersebut dirasmikan oleh ketua menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman baru-baru ini.

"Jabatan Kerja Raya negeri mengumumkan bahawa kosnya adalah RM14.9 juta," dakwanya ketika mengemukakan soalan tambahan.

Beliau berkata, perbelanjaan seperti itulah yang menjejaskan pembangunan di Malaysia Timur
-MKINI-

Rileks.  

Azmin ali cuma citer bab mahal jek. Punca2 mahal dia tak bagitau. Tak baik tahu azmin ali lue main tipu2. Lue ingat seme orang bodoh meh? Meh aku explain kenapa ia mahal walaupun ia tak sampai pun satu kilometer.

1. Kenderaan bergerak sendiri bila guna jalanraya tu. Ko takyah tekan minyak atau apa. Automatik jalan sendiri cam tangga bergerak.

2. Minyak bertambah. Yup. Tak kira diesel atau petrol kalau ko guna jalanraya tersebut minyak dalam tangki kenderaan ko akan bertambah.

3. Bunga tayar kembali baru. Yup. Berjalan atas jalanraya tersebut menyebabkan bunga pada tayar2 kenderaan ko akan diperbaharui macam baru.

Taknak jalanraya macam neh? Bodoh ar kalau taknak. Mahal pun berbaloi. Ko ada? Aku takdak.

kah kah kah

Analisa Bajet 2013 : Bajet BN VS Bajet PR.

Atas permintaan. 

Tak ramai tapi ada lah dalam beberapa rakan fb minta kita buat perbandingan antara bajet pr dengan bajet bn. Hanya dengan perbandingan tersebut baru la kita boleh menilai mana satu yang hampir dan dekat untuk menyelesaikan masalah kita sekarang. Masalah aku sebagai rakyat. Dan inilah pandangan aku.

Apa masalah kita?

1. Hutang

2. Kos sara hidup

3. Tangga gaji

5. Harga rumah

6. Kos pendidikan

7. Kos perubatan / belanja yang dikeluarkan utk mengubati penyakit.

8. Kadar jenayah yang meningkat akibat masalah sosial.

9. Pembangunan yang tidak seimbang

10. Kemudahan dan infrastuktur yang tidak seimbang

Ini la masalah kita. Masalah ko dan aku. Masalah kita bersama. Dengan mengenalpasti masalah baru kita boleh faham bajet yang mana satu lebih dekat kepada kita untuk membantu kita menyelesaikan masalah2 di atas.

Masalah sosial timbul daripada angkara di atas. Jika masalah di atas selesai, masalah sosial kita mungkin takan selesai 100% tetapi akan susut sebanyak 99%. Rakyat mana yang akan buat masalah andai mereka tidak terdedah kepada bahan or punca untuk buat masalah?

Bajet PR VS Bajet BN.

Isu PTPTN.

Kata BN :  10% discount untuk peminjam ptptn yang bayar secara konsisten hingga tamat hutangnya. Melalui ia juga adalah beberapa clause. Contohnya bayaran penuh selama setahun juga ada discount lebih.

Kata PR : Pendidikan adalah percuma. Semua rakyat tertakluk kepada pendidikan percuma melainkan sebaliknya. Selagi mereka belajar, maka kos untuk belajar tu ada tersedia utk mereka. Jika mereka lakukan hal yang sebaliknya mereka kena bayar balik setiap satu sen pembayar cukai untuk mengelakkan daripada terbazir ke tangan mereka2 yang tidak menghargainya.

Pandangan aku : Untuk menyelesaikan masalah pendidikan bukan la kena bagi percuma itu dan neh. Sejujurnya bagi aku masalah neh hanya akan selesai jika kerajaan wujudkan akta atau polisi yang menetapkan kadar yuran dan kos pendidikan di malaysia.

Jika kita mampu bayar sendiri, mahukah kita meminjam?

Macam kita mampu makan kfc [mungkin bukan semua] mahu kah kita meminjam wang untuk makan kfc? Kita pinjam kerana tidak mampu sedangkan keperluan untuk sambung belajar amatlah mendesak. Sebab tu kita pinjam. 

Walaupun dasar PR memberikan pendidikan percuma itu bagus tetapi dasar itu juga sebenarnya sedang menguntungkan golongan kapitalis yang berleluasa di malaysia.

Dasar PR dan dasar BN sebenarnya sedang membantu golongan kapitalis berkuasa dan terus berkuasa untuk tunduk kepada tuntutan mereka. Ini kerana akhirnya pinjaman yang diberikan bn akan pergi kepada kapitalis. Pendidikan percuma yang dijanjikan pr juga akhirnya akan berpihak kepada kapitalis. Kapitalis akan mendapatkan wang tersebut samada pinjaman or percuma.

Pendidikan tidak patut dijadikan alat untuk menyusahkan orang awam. Untuk membebaskan diri dari kapitalis, satu dasar, polisi dan lebih tepat akta, menetapkan kadar yuran adalah wajib dilakukan. Dengan lakukan ini, wang pembayar cukai akan dimanfaatkan dengan lebih efisyen. 

Dasar pr memang membebaskan rakyat dari satu masalah. Dasar bn hanya mengurangkan sedikit beban rakyat. Tetapi kedua2 dasar ini tidak memberikan kebaikan untuk jangka panjang andai tidak ditetapkan akta untuk melindungi kepentingan rakyat marhaen terhadap pendidikan. Namun, dalam isu pendidikan, dasar pr lebih mendekati kepada masalah dan keperluan rakyat.

Masalah perumahan di malaysia.

BN : 1.9b diperuntukkan oleh bn untuk selesaikan beberapa masalah berkaitan perumahan. Antaranya bina kos rumah rendah, bina rumah baru under prima = rumah mampu milik, selesaikan 30 projek terbelangkai, rendahkan kriteria peminjam untuk skim rumah pertamaku. Mengurangkan aktiviti spekulasi.

PR : 5b diperuntukkan oleh pr untuk selesaikan beberapa masalah berkaitan perumahan. Dana 5b neh akan disuntik masuk ke dalam dasar perumahan negara yang akan diperbaharui di bawah pr. Dasar ini akan mengawal selia dan memantau semua product berkaitan perumahan di malaysia. 

Antara perkara yang akan dibuat oleh pr di bawah dasar ini ialah ;

5 perkara asas : 

- Menyelesaikan masalah perumahan dengan memantau / menetapkan / masuk campur / dalam menentukan harga rumah di malaysia. Hanya merujuk kepada nilai hartanah yang baru dibina bukan yang telah dibina.

- Dasar ini akan mengambil peranan utama dalam memodulkan menyediakan rumah di seluruh malaysia. Kebergantungan kepada swasta tidak diperlukan sebaliknya akan merangka usahasama dengan swasta bagi menjamin hak rakyat untuk memiliki 1 rumah setiap keluarga paling kurang.

- Menyelesaikan semua masalah rumah tinggal atau projek perumahan yang terbiar secara berperingkat dengan suntikan dana berterusan sehingga masalah selesai. 

- Menentukan satu dasar polisi baru yakni pemilik tidak perlu membayar kepada bank andai mereka membeli rumah yang belum disiapkan supaya pemilik tidak terbeban kepada hutang atas rumah tinggal or perumahan terbiar. Bank pula bertanggungjawab penuh untuk memastikan setiap projek perumahan yang melibatkan diri ia sebagai peminjam kepada rakyat haruslah berjalan sebagaimana yang ditetapkan. Ini perlu supaya rakyat tidak terbeban dan bank pula tidak rugi.

- Membina perumahan mampu milik dan kos rendah serta masuk campur dalam urusan semua urusan pembinaan rumah di malaysia melalui pelbagai agensi kerajaan. Agensi kerajaan berkaitan perumahan juga akan bersepadu dan diselaraskan semula bidang tugas mereka supaya tidak wujud tenaga kerja tanpa kerja.

Pandangan aku : Dasar PR lebih dekat dengan masalah rakyat. Jika pr melaksanakan dasar di atas aktiviti spekulasi akan tersusut sendiri. Dasar bn bukan tidak bagus tetapi kurang bagus jika dibandingkan dengan pr. Namun dasar ini kekal sebagai dasar jika tidak dilaksanakan dengan betul. PR dan BN boleh berjanji dengan memperkenalkan dasar tetapi sejauh mana ia akan dilaksanakan menurut apa yang dirancangkan, itu aku tatau.

Tangga Gaji.

BN : RM900 sebulan paling rendah.

PR : RM1,100 sebulan paling rendah.

Pandangan aku : Dasar gaji minumum bagus. Tetapi cara bn dan pr perkenalkan ia tidak bagus. Majoriti rakyat tidak faham. Bahkan rakan2 aku juga tidak faham. Kata mereka jika bn laksanakan dasar tersebut aku boleh dapat paling kurang 900 sebulan dan jika pr laksanakan ia aku paling sebulan boleh dapat rm1,100 sebulan.

Begitu kah?

Sebenarnya dasar ini harus ditetapkan bersama dengan satu polisi. Polisi itulah yang akan menjamin hak majikan dan hak pekerja. Polisi apa tu? Polisi = penanda aras, kerja yang macam mana, waktu kerja yang macam mana, pendidikan yang macam mana, pengalaman yang macam mana, syarikat yang macam mana, yang harus terikat kepada dasar gaji minimum. Ko ingat orang yang kerja 5 jam sehari pun pun kena bayar rm900 sebulan ka?

Orang yang kerja 3 hari seminggu pun kena bayar rm1,100 sebulan ka?

Dasar bagus, perincian pelaksanaan tidak bagus sebenarnya ia tetaplah tidak bagus. Jangan hairan kenapa majoriti majikan merunggut. Selain dari polisi, pemantauan melalui penguatkuasaan dan undang2 juga diperlukan. Dasar sesiapa boleh buat. Tetapi siapa pula nak menjamin bahawa dasar itu dipatuhi oleh majikan yang layak? 

Kesihatan di malaysia. 

Kata BN :  150juta untuk kesihatan. Lebih banyak klinik 1malaysia akan dibuka. Klinik 1malaysia juga akan membuka perkhidmatan baru iaitu pemeriksaan darah dan air kencing. Kerajaan juga akan membaiki pulih klinik2 usang. Kerajaan juga akan menambahkan beberapa mesin dialisis dan pemeriksaan ujian mamogram percuma yang memanfaatkan kaum wanita di malaysia.

Kata PR : Meningkatkan tahap kesedaran kesihatan di kawasan luar bandar di sabah dan sarawak. Menyediakan kemudahan kesihatan untuk kawasan luar bandar terutamanya di sabah dan sarawak. Menyediakan lebih dana untuk menjaga kebajikan rakyat dalam isu kesihatan yakni mengaji lebih banyak banyak pakar perubatan bagi memenuhi keperluan rakyat dan menyediakan satu modul baru di mana pesakit dibolehkan dirawat hanya dari rumah jika mereka tidak perlu masuk ke wad bergantung kepada usia, tahap kesihatan [jenis penyakit] dan kemampuan dia utk bergerak. Dalam erti kata lain doktor datang kepada anda. 

Pandangan aku : Aku suka modul baru yang pr perkenalkan tu. Lain2 apa yang bn dan pr perkenalkan tu sebenarnya dah lama ada dalam kerajaan dan ia sedang dipertingkatkan dari sesama ke semasa. Tapi baik pr dan bn mereka tidak menyelesaikan masalah terpenting rakyat. 

Tak dapat dinafikan majoriti yang mudah mendapat demam itu lebih banyak yang mendapat kanser. Tetapi kenapa kos merawat kanser itu terlalu mahal? Kenapa kos pembedahan di malaysia mahal? Kenapa jenis2 rawatan tertentu hanya terdapat di pusat swasta? Bukan kah sudah sampai masa nya untuk bn dan pr masuk campur dalam menentukan kos perubatan di malaysia? Memastikan seme jenis hospital kerajaan menawarkan seme jenis rawatan untuk seme jenis penyakit?

Dan baik pr mahupun bn tidak pula aku terdengar bahawa mereka akan menghentikan penjualan rokok di malaysia untuk menjaga kesihatan rakyat. Bajet kesihatan pr mungkin nampak baru tetapi ia tetap sama seperti bn. Tidak membantu menyelesaikan masalah rakyat yang paling terpenting iaitu rendahkan kos rawatan di malaysia. 

Kos sara hidup.

Kata BN : BRIM 2.0 untuk keluarga dan BRIM individu termasuk pelajar IPT. Baucar buku 1malaysia dan bantuan persekolahan dari darjah 1 sampai tingkatan 5. KARISMA untuk rakyat miskin. Bantuan nelayan diteruskan. Insurans untuk nelayan, budak sekolah yang menaiki bas sekolah, penjaja kecil. Pinjaman untuk tekun yang dipecahkan ikut kaum dan pengurangan kadar cukai individu. 

Kewujudan 1AZAM dan pusat internet 1malaysia. Rebate rm200 untuk setiap rakyat malaysia berumur 21 - 30 tahun bagi pembelian smart phone dalam peruntukkan sebanyak rm300juta. Penyediaan deposit 10 % untuk pembelian bas sekolah baru.

Kata PR : Kadar bantuan untuk membasmi kemiskinan akan dinaikkan dari rm300 kepada rm500 sebulan. Caruman untuk suri rumah yang berpendapatan rm1,500 ke bawah kepada rm600 setahun. Gaji guru akan dinaikkan sebanyak rm500. Kajian semula terhadap stuktur/modul subsidi bagi memastikan hanya golongan sasaran mendapat kelebihan subsidi yang mana berperanan membantu rakyat malaysia dan golongan miskin. 

Kurangkan kadar cukai untuk kenderaan sebanyak 20%. Hapuskan tol secara berperingkat bermula syarikat konsesi yang dimiliki kerajaan. Hapuskan dasar AP secara berperingkat yang melebihkan kroni. Menyediakan perkhidmatan internet mampu bayar [rendahkan kos pembayaran internet bulanan]. Kajian semula terhadap sistem IPP bagi membebaskan TNB daripada menanggung kos yang tidak perlu sehingga membebankan rakyat. Kajian semula terhadap kadar pengangkutan awam di malaysia dengan mengurangkan kos tambang. Hapuskan sistem monopoli dan mengalakkan persaingan supaya rakyat mendapat kelebihan untuk memiliki sesuatu perkhidmatan lebih murah.  

Pandangan aku : Aku terpaksa cakap bajet yang pr buat lebih realistik dan mendekati kepada keperluan rakyat. Aku tak faham kenapa ko bagi smartphone dengan rebet rm200 jika duit tu ko boleh buat merendahkan kadar internet, kurangkan tambang pengangkutan awam or bayar kepada syarikat konsesi tol bagi hapuskan tol? Paling2 koman pun tingkatkan kecekapan sistem jaringan jalanraya di luar bandar. 

Rm200 itu akan mati. Ia akan mati sejurus smartphone aku rosak. Atau sejurus aku beralih kepada modul baru sebagaimana rm250 dan rm500. Ia akan mati wahai bn. Ko bagi aku sekali dan ia akan mati disitu. 

Jika ko bagi aku kadar internet yang berpatutan aku akan sentiasa tersenyum setiap kali bayar bil. Inilah kerajaan aku. Aku bayar bil murah sebab kerajaan aku bagus. Syarikat internet tetap untung, aku happy kerajaan juga happy. 

Jika aku naik bas dengan tambang berpatutan aku akan sentiasa happy. Aku happy kerajaan juga akan happy. Bukan aku suruh serap subsidi aku cuma suruh tentukan satu tambang yang mana kita tahu tambang itu tetap akan menghasilkan keuntungan utk syarikat dan rakyat marhaen. Orang kata win2 situation.

Jika aku nak pergi ke mana dan hey di mana2 pun ada perkhidmatan pengangkutan yang efisyen aku akan sentiasa tersenyum. Aku takan marah kerajaan. Hey kadang2 aku naik bas la nak pergi kerja. Hey kadang2 terpaksa naik kereta sebab nak bawa barang. Hey tak kira aku naik apa pun ia memudahkan urusan aku sebab seme urusan tersebut tidak membebankan aku dengan tol, cukai kereta yang tinggi jauh sekali tambang bas yang mahal or perkhidmatan bas yang putus2. Aku happy dan kerajaan juga akan happy sebab aku tak marah2.

Bagi insurans itu insurans neh hanya akan membantu syarikat insurans. Kerajaan bayar wang untuk jamin kebajikan kita. Aku faham niat kerajaan tapi sayangnya cara itu salah. Bagi wang pada syarikat insurans hanya menguntungkan syarikat insurans. 

Jika kerajaan gunakan wang yang sama dan sediakan satu suasana yang selamat dan keselamatan yang terjamin untuk rakyat itu lebih bermanfaat. Sediakan satu suasana yang membolehkan kami hidup lebih baik dan lebih memberikan kepuasan kepada apa yang telah kami bayar selama ini adalah lebih berbaloi.

Ingatlah, rakyat tak pernah hadap untuk mendapatkan segala2nya percuma. Rakyat pun faham untuk dapatkan sesuatu, kita perlu bayar sejumlah wang tertentu. Inilah lumrah alam. Tetapi rakyat persoalkan kenapa di malaysia kita terpaksa bayar sesuatu dengan lebih mahal dari jumlah yang kita mampu dapat setiap bulan sedangkan yang sebenarnya kita boleh mendapatkan ia dengan lebih murah andai kita urus tadbir sesuatu perkara itu dengan efisyen? 

Ingatlah, jika kita mampu dapatkan sesuatu selaras dengan beban kita, yang juga mendesak kita untuk mendapatkan ia bagi memenuhi tuntutan hidup, hutang kita akan susut secara tersendiri sebab kita tak perlu buat hutang untuk mendapatkan satu2 perkara. 

Aku takan cakap bajet pr adalah bajet terbaik. Sebab bajet pr bukan bajet terbaik pun. Bajet PR bukanlah bajet terbaik atau bajet yang dah cukup tepat untuk selesaikan masalah rakyat secara keseluruhan. Tetapi itulah yang terbaik jika dibanding dengan BN. 

Rakyat tak hadap barang percuma. Cukuplah kalau kerajaan faham beban rakyat, beban aku. Jika kerajaan sayang aku, aku juga akan sayang kerajaan. Aku tak komplain kerana aku benci. Aku komplain kerana aku disakiti. Ada beza sangat antara benci dengan disakiti. Tolong la faham najib. 

Sekarang, korang sendiri kenalpasti masalah korang dan fikirkan bajet mana yang lebih mendekati kepada masalah korang. Bai.



Rujuk sini bajet pakatan rakyat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...