Untuk pertanyaan/iklan/berita sila hubungi saya disini orderonline2010@gmail.com.

Ya, saya pengecut dan penakut - Najib.

Bukan susah nak cakap. Senang jek beb.

Saya najib. Saya ialah seorang pm yang pengecut dan penakut. Bahkan suka merepek dan tak faham apa benda yang saya repekan. Kadang2 repekan saya terkena kat diri saya sendiri tapi saya buat bodoh jek sebab saya kan pm. Media bawah saya. Bodoh2 saya sekalipun mana2 media arus perdana tidak akan terang - terangan mencemarkan reputasi saya sebab mereka semua di bawah kawalan saya. 

Hahahaa..

Hebat tak saya?

Patut ko berucap macam tue je najib. Aku suka ko jadi jujur walapun ko akan terlihat sebagai jujur yang bodoh. Aku tak suka ko menipu walaupun ko tak berjaya menipu disebabkan bodoh. 

Maaf najib. Kadang2 aku memang terlebih2 jujur. Nak buat macam mana. Kita kawan kena la ikhlas2. Aku bukan suka bodek plus ampu cam kekawan ko yang lain tue najib. Aku ikhlas oke.

kah kah kah

Baru2 neh najib telah muncul dalam majlis sambutan hari nelayan, penternak dan blablabla.. yang juga menjemput kanak2 tahun 6 untuk menghadiri program tersebut. Lihat gambar ;

 
Sebenarnya takde apa sangat ucapan dia tue. Aku dah biasa dengar ucapan2 bodoh dia selama neh. So kalau dia tambahkan lagi takde beza pun. Tetap membuktikan dia bodoh juga. Bukan makin cerdik pun. Tapi aku ada spot satu ayat yang aku rasa sangat2 tidak bertanggungjawab di sampaikan oleh pm.

Rujuk anak panah di atas.  Najib cakap ;

1. PR ajar rakyat supaya jangan kenang budi aka bersyukur

2. PR dorong rakyat supaya tidak berterima kasih kepada kerajaan [bn].

La. Najib.. najib. Aku dah cakap banyak kali. Sekarang isu bukan PR. PR boleh desak, dorong, hasut dan melakukan apa2 sahaja tetapi kalau takde apa2 bukti rakyat pun takan bodoh2 pergi sokong PR. 

Masalah sekarang ialah pada BN. Bukan pada PR. BN itu sendiri yang tak kenang budi dan tak reti nak berterima kasih kepada rakyat especially mereka2 yang telah mengundi bn selama neh.

Well, aku mengaku aku tak pernah undi bn. Tapi aku bersyukur gak sebelum sempat aku boleh mengundi, tangan aku tak tercemar untuk undi bn. Alhamdullilah. 

Tapi aku cakap bagi mereka2 yang pernah mengundi bn. Mereka2 yang pernah mengundi bn sebenarnya mengharapkan bn menjaga kebajikan mereka tetapi bn melakukan perkara yang sebaliknya. Jadi bila mereka marah sebab mereka dikhianati dan disakiti maka mereka terpaksa la mencari alternatif lain supaya tidak lagi disakiti oleh kerajaan kini. Alternatif lain itu tak lain dan tak bukan iaitu PR.

PR tak pernah ajar rakyat tak kenang budi jauh sekali jangan berterima kasih. PR cuma bersama2 rakyat menghighlightkan penyelewengan dan permasalahan yang sedang melanda malaysia yang mana masalah2 ini, penyelewengan2 ini dilakukan oleh umno barisan nasional.

Ini sahaja yang najib perlu faham. Ini juga yang semua penyokong2 umno + bn dan bloggers umno perlu faham. Buat apa ko jelajah satu malaysia dan kutuk2 pr. Daripada ko buang masa mengutuk2 pr elok ko tarik keluar masalah2 yang berlaku dan cari jalan penyelesaian. 

Macam mana ko jadi pm kalau ko tatau 3 langkah utama? Ko pernah jadi pembimbing rakan sebaya tak najib? Aku pernah. Meh aku ajar ko cara nak selesaikan masalah. Kesian tol la ko neh.

1. Tuliskan masalah yang wujud = listkan masalah2 yang ada.

2. Kaji punca2 masalah = listkan punca2 yang menyebabkan masalah itu wujud.

3. Fikirkan langkah strategik untuk tanggani masalah tersebut = laksanakan langkah2 yang membantu mengurangkan, membendung or menyelesaikan masalah tersebut sehingga ke akar umbi.

Ini jek yang ko perlu buat kalau nak kekal berkuasa. Bukan susah pun. Senang gila babi. Kalau aku jadi pm, ini la langkah pertama yang aku buat. Cari keluar seme masalah dan list downkan langkah2 untuk atasi permasalahan tersebut. 

Owhh lupa. Mana boleh. Kalau siyes nak selesaikan masalah2 penyelewengan di malaysia itu bererti aku baru aje ajar ko dan menteri2 bn masuk penjara beramai2.  Padan la benda mudah ko rasa sukar nak buat. Dah ko sendiri punca masalah.

kah kah kah

Sumber gambar : sini

Hot : Kaitan antara Nazri Aziz, Nedim Nazri dan Micheal Chia didedahkan.

Jawapan-jawapan di dalam Parlimen oleh Dato’ Seri Nazri Aziz yang mempertahankan habis-habisan individu-individu yang disabitkan di dalam skandal wang Umno Sabah berjumlah RM40 juta menimbulkan banyak tanda tanya.
Sebagai seorang menteri kanan yang dipertanggungjawabkan menangani kes-kes rasuah dan pengubahan wang haram (money laundering) yang sensitif seperti kes RM40 juta ini, Dato’ Seri Nazri Aziz perlulah telus, bersih dan dilihat tidak mempunyai sebarang kepentingan dengan mana-mana individu yang dipertahankan beliau.
Malangnya, KEADILAN mempunyai bukti bahawa kaum keluarga beliau mendapat manfaat terus (direct benefit) dari sumbangan Michael Chia, iaitu individu utama yang dituduh di dalam skandal RM40 juta.
Anak kepada Dato’ Seri Nazri Aziz iaitu Nedim Nazri Aziz dan keluarganya mendapat manfaat melalui sebuah kenderaan mewah jenis Hummer hitam dengan nombor pendaftaran WNX 9776.
Kenderaan mewah Hummer hitam WNX 9776 ini dianggarkan berharga lebih RM459,000  dan dimiliki oleh Michael Chia. Hakmilik ini boleh disahkan melalui carian saman di laman MyEG.
(Sila rujuk Lampiran A)
Saman bernombor 1100105197 bertarikh 1 April 2011 (Gambar A1) mengesahkan bahawa kenderaan Hummer hitam (gambarnya disertakan sekali di dalam carian saman MyEG seperti dalam Gambar A2) adalah dimiliki oleh Michael Chia atau Chia Tien Foh (670406-12-5261).
Gambar A1
Gambar A2

Melalui kerjasama dengan Sarawak Report, KEADILAN telah menjalankan siasatan kami sendiri untuk mengesahkan bahawa kenderaan mewah Hummer itu benar-benar digunakan oleh anak Dato’ Seri Nazri Aziz.
Bukti-bukti berikut (diperolehi melalui siasatan mengenai latar belakang anak Dato’ Seri Nazri Aziz dan pemantauan Hummer WNX 9776) mengesahkan bahawa kenderaan tersebut digunakan sepenuhnya oleh anak Dato’ Seri Nazri Aziz:

i) Kenderaan tersebut berada di parkir Clearwater Residence, Damansara Heights iaitu kediaman anak Dato’ Seri Nazri Aziz
Pemantauan kami menunjukkan bahawa Hummer WNX 9776 dipandu oleh pemandu peribadi keluarga Nedim Nazri Aziz. Rutin harian kenderaan tersebut banyak berkisar di antara Clearwater Residence (kediaman anak Dato’ Seri Nazri Aziz) dan Bangsar Shopping Complex (kedai anak Dato’ Seri Nazri Aziz).
Lampiran B (Gambar B1 – B6) menunjukkan gambar-gambar pemantauan di lobi Clearwater Residence yang jelas membuktikan bahawa kenderaan itu berulang-alik dari Clearwater Residence dan dipandu oleh pemandu dan pengawal peribadi keluarga Nedim Nazri Aziz.

Gambar B1
 Gambar B2
Gambar B3
 Gambar B4
Gambar B5
Gambar B6

ii) Bukti-bukti bahawa Nedim Nazri Aziz tinggal di Clearwater Residence
Lampiran C menunjukkan 4 gambar.
Gambar C1 adalah petikan skrin (screen shot) laman Twitter Nedim Nazri Aziz @nednazri mengajak rakan-rakannya bersantai di kolam renang di unit kondominium mewahnya di Clearwater Residence, berlatar belakangkan Kuala Lumpur.
Gambar C1
Gambar C2 adalah petikan skrin (screen shot) laman Twitter Alwi Kamaruddin @alwi77 yang mengesahkan bahawa Nedim Nazri Aziz tinggal di satu unit di Clearwater Residence.
Gambar C2
Gambar C3 menunjukkan gambar kolam renang di satu unit di Clearwater Residence berlatarbelakangkan Kuala Lumpur seperti yang diambil oleh petugas KEADILAN yang berjaya memasuki unit di situ. Gambar ini mengesahkan bahawa kolam renang di kediaman Nedim Nazri Aziz adalah salah satu kolam renang di Clearwater Residence.
Gambar C3
Gambar C4 menunjukkan petikan skrin (screen shot) dari laman www.clearwaterresidence.com yang mengesahkan mengenai kolam renang seperti yang dirujuk oleh Nedim Nazri Aziz.
Gambar C4
 Lampiran C mengesahkan bahawa Nedim Nazri Aziz tinggal di Clearwater Residence.

iii) Bukti-bukti yang mengesahkan keluarga Nedim Nazri Aziz menggunakan Hummer WNX 9776
Lampiran D menunjukkan 5 gambar.
Gambar D1 adalah petikan skrin (screen shot) dari laman Twitter Bee Khan @BeeKhan yang mengesahkan bahawa akaun Twitter itu adalah milik isteri kepada Nedim Nazri Aziz (rujuk twit yang merujuk kepada @nednazri sebagai “daddy”).
Gambar D1

Gambar D2 adalah petikan skrin (screen shot) dari akaun Twitter @BeeKhan yang menunjukkan gambar bayi mereka di dalam sebuah Toyota Vellfire, iaitu satu lagi kenderaan yang digunakan keluarga mereka.
Gambar D2
Gambar-gambar D3 hingga D6 adalah petikan dari pemantauan yang menunjukkan dua individu yang mengendalikan Hummer WNX 9776 (seperti yang dibuktikan dalam Lampiran B) adalah individu-individu sama yang memandu Toyota Vellfire yang berulang alik ke Clearwater Residence.

Gambar D3
Gambar D4
Gambar D5
Gambar D6
Ini membuktikan bahawa dua individu tersebut adalah pemandu dan pengawal peribadi keluarga Nedim Nazri Aziz yang turut memandu Hummer WNX 9776 yang dimiliki Michael Chia.

KEADILAN mempunyai bukti-bukti lain yang cukup untuk membuktikan bahawa Nedim Nazri Aziz, anak kepada Dato’ Seri Nazri Aziz mendapat manfaat kewangan melalui penggunaan kereta mewah Hummer WNX 9776 yang dimiliki Michael Chia.
Dalam keadaan Michael Chia disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Dato’ Seri Nazri Aziz bertanggungjawab terhadap SPRM, kenyataan-kenyataan Dato’ Seri Nazri Aziz yang bermati-matian mempertahankan Michael Chia sudah pasti menimbulkan perselisihan kepentingan (conflict of interest). Ini sudah cukup untuk menimbulkan keraguan bahawa ada unsur-unsur rasuah di antara Dato’ Seri Nazri Aziz yang melindungi Michael Chia melalui kenyataan-kenyataan beliau kerana si tertuduh membiayai kenderaan mewah yang digunakan oleh anak beliau (Dato’ Seri Nazri Aziz).
KEADILAN mengalu-alukan maklumbalas Dato’ Seri Nazri Aziz yang sebelum ini begitu gah mempertahankan Michael Chia, sebelum kami mengambil tindakan yang selanjutnya. Beliau juga harus sedar bahawa penafian membabi buta kononnya beliau tidak tahu menahu mengenai urusan peribadi anaknya tidak boleh diterima rakyat.

RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
1 NOVEMBER 2012 
Nak download bukti klik link atas ataupun copy paste ayat di atas untuk edaran di laman sosial. Harap maklum.

Kos Selenggara Kediaman Rasmi PM dan TPM tahun 2008 -2012.


Ini makan juta.

PM dan TPM asyik suruh kita berjimat cermat. Tapi korang perhatikan. Dari tahun 2008 - 2012 bertambah ke tidak kos nya setiap tahun? Bertambahkan? Yang kat kita dia suruh jimat, yang kat dia sesuka ahti jek nak berbelanja apa sahaja.

Sepatutnya diri sendiri berjimat dulu. Aku mohon sangat nazri perincikan apa bentuk belanja yang dikeluarkan. Aku nak faham. Aku nak cuba faham kenapa kos nya mahal sangat. Apa yang menyebabkan kediaman rasmi PM dan TPM menelan kos yang sangat2 besar.

So nazri tolong la perincikan kenapa. Mohon wakil rakyat pr minta penjelasan dari nazri. Minta secara detail. Apa yang membuatkan ia begitu mahal. Dan kenapa ia bertambah setiap tahun. Kami rakyat berhak tahu oke.

Hoi anak Chua Soi Lek, meh sini kejap.


Aku respect la dengan anak CSL tue. Kemain dia beria2 jadi hero dalam seme isu dan topic semasa. Asal ada isu semasa, muka dia mesti terpampang menyibuk menyelit kat sana sini. Dalam satu sudut nampak macam dia beria2 buat kerja.

Dalam satu sudut lain pula dia sekadar nak kan nama dia tertulis dalam bahan berita jek kot. Almaklumla semakin banyak cerita mengenai dia masuk berita maka orang akan semakin mengenali dia. So dari situ dia nak bentuk sesuatu imej dan persepsi untuk diri dia. Taktik2 macam neh dah biasa sangat dah dilakukan oleh politician. Orang2 akhbar pun dah boleh baca dah. Tapi sebab orang2 akhbar pun berkaitan rapat dengan politician nak taknak dorang pun layankan aje.

Semalam kosmo ada update satu isu. Masalah yang berlaku di labis. Jom baca apakah masalah itu terlebih dahulu ;

Sejak enam bulan lalu, pekebun kelapa sawit di Kampung Tenang di sini tidak mempunyai pilihan selain terpaksa melalui jambatan kayu yang reput walaupun mengetahui bahaya menanti mereka.
Bukan itu sahaja, keadaan jambatan itu yang merentasi Sungai Kepoh itu menyebabkan aktiviti membawa hasil buah sawit dari kebun kerap tergendala.
Jambatan berkenaan menghubungkan Kampung Tenang dengan Hutan Lipur Taka Melor iaitu kawasan kebun milik penduduk.
Hasrat pekebun menggantikan pokok getah tua juga turut terbantut kerana jambatan itu tidak boleh dilalui kenderaan.
Seorang pekebun, Mohd. Azli Atan, 35, berkata, dia kecewa kerana jambatan kayu yang berusia lebih 20 tahun itu masih belum dibaiki.

 Apa yang perlu korang tahu?

1. Jambatan neh dah rosak lebih kurang dekat 6 bulan dah.

2. So maksudnya selama 6 bulan ini juga la penduduk2 di sana menghadapi masalah ini.

Baikla. Apa kaitan jambatan rosak di atas dengan anak CSL pula?


Rujuk sini.

Dalam parlimen labis ada dun. Berapa dun aku tak pasti. Tapi masih ingat PKR Tenang? Tenang tue duk dalam parlimen labis. Tenang yang mengalahkan cikgu normala wakil pas ketika itu. Sekarang korang yang pilih menangkan bn kan? Apa jadi? Dapat segala2 kemudahan yang dijanjikan? Dapat jambatan baru? Dapat itu neh? Tak dapat?

PADAN MUKA.

Kalau pun korang pilih pas dan korang tak dapat apa2 dari pas disebabkan sekatan ekonomi ala israel yang dilakukan oleh bn tapi korang still ada harapan dapat apa2 dari bn. Bn neh taktik dia mudah jek. Segala2 yang dia kuasai kalau dia tak dapat kuasai kembali, dia akan bagi macam2 untuk kuasai apa yang dia tak kuasai tue. 

Sama macam sekarang. Dia tak dapat majoriti kuat dalam pru - 13. Tue yang beria2 bagi macam2 yang tak macam2 sangat pun pada aku. Tapi kira ada la juga sesuatu berbanding dulu2 kan. So kenapa jadi benak sangat bagi undian kepada bn kalau akhirnya jambatan rosak pun tak dapat pembelaan? Sebab tue aku cakap PADAN LA MUKA ko. Undi la bn lagi. Kan dah dapat.

kah kah kah

Berbalik kepada masalah jambatan yang rosak tadi. Sekarang benda neh berlaku di labis. Labis yang mana diwakili oleh anak chua soi lek neh hah. Dia sepatutnya jaga labis. Itu la kerja dia. Sebab tue orang vote dia jadi wakil rakyat bagi parlimen labis. Tapi tahu dia buat apa? 

Owhh dia sibuk menyemak dalam isu2 di selangor. Juga isu2 hudud. Sibuk nak jadi jaguh dan tunjuk jaguh. Jaguh ke kalau penduduk yang sendiri wakili pun terpaksa gunakan jambatan uzur nak mampos? Jawab la Chua Tee Yong..

Sumber berita ;

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1101&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm

Hot : Surat mohon turunkan bendera PAS.


Apa la punya double standard.

Padan la mazlan aliman bengkek. Baca bawah neh sat ;

Bendera PAS disuruh turun, bendera Umno tak apa!

Sejak wujudnya Umno, tiada siapa ganggu bendera Umno dan BN di pasang di mana2. Sampai lusuh dan koyak tak ada yang peduli. Pasang di premis masjid surau pun tidak mengapa. Kata jangan politikkan rumah ibadah, langgar semacam sahaja.

Kedudukan parti politik sama sahaja di sisi perlembagaan persekutuan. Tiada yang membezakan antara BN atau Pakatan Rakyat.


Tapi kerana ketaksuban dan jahil perlembagaan, ada Pengerusi JKKK seperti bukti surat yg saya lampirkan bertindak tidak cerdik. Arah bendera PAS diturunkan, atas alasan ianya dinaikkan dlm kawasan JKKK.

Kesian pada Pengerusi JKKK seperti ini, ketinggalan zaman.....

Sumber ;  https://www.facebook.com/photo.php?fbid=291292960988358 set=a.216576541793334.47838.100003229707933&type=1&ref=nf

Bagi pandangan aku JKKK tak payah la bias. Rileks sudah la. Memang la mana2 parti politik akan meletakkan bendera mereka di mana2. Berlapang dada dah la. Macam la pas pergi letak bendera dorang kat atas bangunan umno. Setakat kat pagar besi ka dawai besi ka apa segala besi ka rileks sudah la.

Bukan nak tuduh2 tapi biasa JKKK macam neh mesti pro umno punya. Confirm. Surat jek cantik. Ayat jek baik. Tapi padahal penuh dengki. Kalau tak dengki daripada dia suruh turunkan bendera pas baik dia naikkan bendera umno duduk sebelah bendera pas. At least dengki macam tue boleh kita terima sebab sama2 diberikan hak untuk berkempen daripada dengki macam neh. JKKK.. jkkk.. korang neh memang apa pun tak boleh la..

kah kah kah

Hasan Ali tubuh rangkaian TV dan radio online.

Menurut Hasan yang juga merupakan pengarah bagi IMR Network, rangkaian televisyen dan radio online itu bertujuan bagi memartabatkan institusi Islam, Melayu dan Raja.

"Saya mahu tinggalkan satu rangkaian pendidikan yang mengikut kehendak dan perjuangan atas dasar Islam, Melayu dan Raja.

"Kita juga persiapkan dengan bilik kawalan dan bilik audio sebagainya bagi menjayakan IMR Network," katanya semasa melancarkan IMR Network di Shah Alam petang tadi.


Malah, katanya, IMR radio kini telah beroperasi. Bagaimanapun, IMR TV baru beroperasi 25 peratus.

"Kita telah beroperasi sebulan yang lalu. Tetapi hari ini, IMR radio beroperasi sepenuhnya.

"Ada pelbagai rancangan yang kita sediakan. Ada program bincang mengenai politik, ekonomi, usahawan dan sebagainya," katanya lagi.

IMR Network TV dan radio boleh ditonton dan didengar secara online dengan melayari imrnetwork.my.

Satu lagi projek nak membodohkan orang. Sorry to say tapi aku memang tak percaya kat dia neh. Siyes. Nak tubuhkan station tv dan radio online sebab nak memartabatkan ;

1. Institusi islam?

2. Melayu?

3. Raja?

Aku tak tau la tapi aku perhatikan selama hasan ali dalam pas takde la beria2 aku nampak dia memartabatkan islam pun. Tak dapat pergi melancong selepas masuk pas pun nak komplain kat orang. 

Bagi alasan takde duit. Macam la aku nak percaya. Rileks la. Kalau betul pun tue lue sendiri yang cari. Lue masuk parti kan? So lue kena la tanggung risiko apa seme. Kalau lue taknak tanggung risiko lue toksah la masuk parti macam gua neh. Lepak tepi sudah la. 

Tapi bila lue dah pilih nak masuk parti, duduk dalam parti, nak berjuang dalam parti tue lue kena la hadap peraturan dan polisi yang termaktub dalam parti2 tersebut. Kalau taknak ikut peraturan macam gua tak payah la masuk mana2 parti politik. Ini dok komplain dan mengungkit2 tak dapat melancong selepas masuk pas. Gila kelakar.

Sila la percaya kalau korang rasa hasan ali boleh memartabatkan islam, melayu dan raja. BTW kalau kita nak tolong orang melayu perkara pertama kena buat ialah jangan sokong umno. Kadang2 kita terima dan nampak juga jasa2 umno pada kita tetapi kalau kita bandingkan dengan kejahatan umno akhirnya kita terpaksa tolak umno. Perbandingan antara baik dan buruk kita dah kaji dan analisis sebab tue kita cakap melayu kena tolak umno untuk lebih cemerlang. Kita menilai la juga. Bukan buta2 terima oke.

Bab raja aku ingat buang masa je kot memartabatkan raja. Raja2 dok dalam istana mewah. Bukan nak kata apa la tapi dorang tak pernah hidup susah. Dorang pun tak hingin hasan ali martabatkan dorang. Dorang senang lenang what. Apa bangang sangat yang si hasan ali beria2 nak pertahankan raja2 di malaysia? Baik cover diri ko tue dulu. Tak dapat pergi melancong pun nak mengadu. Buat malu kaum jek. 

Nasib baik ex pas. Kalau duduk dalam pas, kalau aku balon ko confirm kena kutuk kaw2. Macam kes nasaruddin mat isa la. BTW selain nasaruddin mat isa, ada 3 individu lain yang lebih kurang sama pendirian macam nasaruddin. Taip nama dia kat sini phewwwwwwww kena balon kang aku dengan penyokong2 pas. Dorang takan percaya. 

Macam kes nasaruddin mat isa la. Mati2 tak percaya. Sekarang terbukti jua. Tapi takpela. Kita tunggu dan lihat la. Harap2 mereka2 tue kembali la sedar. Perjuangan bukan perjuangan kalau pas join umno. Perjuangan boleh dikatakan perjuangan kalau pas bawa diri dia ataupun bersama2 pr. Sebab umno sekarang nak karam. Gunakan pas sebagai pelampung jek. Buka la mata.  4 individu tue tolong la sedar diri.

Apa pun hebat juga hasan ali neh kan. Masa duduk dalam pas pongpang2 takde duit nak pergi melancong sebab berkorban apa sahaja demi pas. Tapi bila dah keluar pas terus buka station tv. Hebat2..rezeki terpijak neh.. tahniah..

Wakaka..  

Sumber berita : sini