F Benar guna kalimah Allah jatuh kafir - Harussani. - Ameno World

Sunday, 27 January 2013

Benar guna kalimah Allah jatuh kafir - Harussani.

Mufti kita dah keluarkan suara. Yang sebenarnya dia nak bidas pendirian Anwar Ibrahim dan PKR dalam isu neh. Ingat aku tak nampak permainan nya disini? Majlis syura PAS sudah membuat keputusan mengenainya. 


Mereka telah keluarkan kenyataan rasmi. Kenyataan itu ialah kristian tidak boleh menggunakan kalimah Allah dalam bible kerana dibimbangi akidah umat islam terkeliru. Ini mengambil kira faktor persekitaran malaysia yang mana rata2 iman umat islam di malaysia sangat2 lemah. 

Jadi bila dah lemah terpaksa la gunakan undang2 untuk kawal ataupun lindungi iman umat islam di malaysia. Mereka tak boleh berdiri tegak atas kaki sendiri kalau tak ditongkat dengan undang2.  

Macam pembalut buku. Kita taknak bagi dia mudah koyak maka kita balut buku dengan pembalut. Tapi ada sesetengah buku tue gunakan hard cover. Baguslah kalaupun kena keluarkan duit lebih. At least tak la mudah koyak. Daripada cover lembut tetapi kena tampung dengan pembalut buat apa kan. Jadi dua kali kerja tak pasal. Kena beli pembalut apa bagai.

Dalam kes neh aku setuju mantapkan akidah umat islam. Jika undang2 digubal untuk melindungi akidah umat islam maka buat betul2. Buat sampai habis. Benda2 yang melalaikan dan membantu mereka tersasar kena la banteras. Dalam pada itu banyakkan program agama yang terbuka, yang percuma dan paling penting pengisian kena bebas dari pengaruh politik.

Tapi yang aku tak setuju jika kristian terus dipersalahkan dari hari ke hari disebabkan penggunaan kalimah Allah ini. 

Lepas menyalahkan, mengkafirkan pula. Dulu kata tak baik kafirkan orang tetapi apa citer seorang mufti kafirkan umat islam tanpa terlebih dahulu menganalisis, menyiasat iman mereka, akidah mereka macam mana apa seme..?

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria hari ini mengingatkan umat Islam di negara ini bahawa mereka akan menjadi kafir sekiranya membenarkan pihak lain menggunakan kalimah Allah.  Beliau menjelaskan jika umat Islam membenarkan kalimah Allah digunakan oleh agama lain, bermakna mereka bersetuju dengan tindakan pihak berkenaan mempersekutukan Allah.

"Maka persetujuan itu juga menjadikan kita (umat Islam) kafir. Justeru kita mesti bersatu mempertahankan aqidah kita. "Kita tak boleh terima dan tidak boleh berkompromi dengan orang yang mempersekutukan Allah," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian pejabat Damara Care and Herbs Sdn Bhd di Ipoh hari ini. 

Harussani berkata hanya umat Islam jahil sahaja yang sanggup berkompromi dalam isu berkenaan. Justeru beliau meminta pihak berkenaan menghentikan cadangan penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi Melayu kerana ini akan mencabar kesabaran umat Islam di negara ini.

Jika cadangan ini diteruskan, beliau bimbang akan menjejaskan keharmonian beragama serta perpaduan kaum di negara ini. 

- Bernama

Hehe.

Di malaysia, sabah, sarawak, penang dan wilayah persekutuan bukan sahaja ada bible melayu bahkan kalau nak gunakan kalimah Allah pun boleh. Nazri Aziz yang kata. BN punya protokol. BN tue diketuia oleh Najib Razak. Atas Najib Razak ialah Agung. Bersama Agung ialah majlis raja2.

Sekarang berapa ramai yang kafir di Malaysia neh?

Yang tak kafir cuma la Harussani seorang jek. Betul tak mufti perak?

kah kah kah  

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...