Untuk pertanyaan/iklan/berita sila hubungi saya disini orderonline2010@gmail.com.

Kalau takde duit, buat cara takde duit, dasar si miskin !!!



Assalamualaikum,

Aku tertarik dengan entry kau yang bertajuk Amaran keras untuk orang miskin Malaysia : JANGAN JATUH SAKIT.

Aku ada satu cerita nak share.

Aku terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan hendak mengambil exam microsoft certification, kena langgar dengan kereta dari belakang. Aku pengsan masa tu dan bila sedar dah berada kat hospital dengan segala wayar bagai. Aku mengalami pendarahan dalam kepala dan tengkorak aku retak dibahagian kanan dan kiri. Darah dari dalam kepala banyak keluar melalui kesan retakan dibahagian telinga.

Untuk makluman kau, satu HARAM aku tak ingat apa yang berlaku kat hospital (short term memory lost), apa yang cerita ni semua hasil siasatan polis, cerita dari kawan2 dan family.

Cerita bermula bila aku dihantar ke hospital ****, aku accident lebih kurang pukul 9:30 pagi bulan september tahun lepas. HR company aku call abang aku tapi masa tu abang aku sedang bercuti di pangkor, so abang aku wakilkan tunang aku. Masa dekat hospital, pihak hospital suruh tunggu sebab katil di wad neurologi tak cukup. Sampai la ke petang tunggu pastu diorang cakap kena wayar duit pendahuluan terlebih dahulu sebanyak RM500 baru boleh pergi keperingkat seterusnya. Tunang aku pun bayar dan secara magiknya katil-katil di wad neurologi banyak yang kosong. Benda ni semua tunang aku tak cerita pun kat family aku, takut jadi benda lain pula dan aku pun tahu pasal ni 3 bulan lepas tu.

Masa di wad neurologi tu, tunang aku ada bertanya tentang keadaan kepala aku. Doktor kata kena monitor dulu dalam masa 24 jam kalau darah tu masih keluar mungkin aku akan hilang ingatan. Masa aku sedar doktor tu tanya aku "Kenal tak siapa ni?"sambil tunjuk kearah tunang aku dan aku cakap kenal dan bagitau nama tunang aku (yang ni aku lansung tak ingat). Tunang aku juga tak dibenarkan berada disamping aku masa doktor buat pemeriksaan sebab jantung aku berdegup laju bila tengok tunang aku.

Lepas tunang aku cerita semua ni, tetiba aku rasa bengang yang amat. Ya la, masa tu aku sakit tahap kritikal korang boleh main politik duit lak. Doktor tu pun kata tahap aku kritikal dan kena monitor. Senang je korang cakap suruh tunggu atas sebab katil tak cukup. Tak ke BANGANG tu. Aku tak hairan la duit RM500 tu, aku boleh bayar!, yang penting korang selamatkan nyawa aku. Kalau korang nak sangat duit cakap je terus terang masa sampai kat hospital pagi tu. Kau ingat aku ni binatang ke apa?

Aku dah google kecenderaan aku based on report doktor. Kategori kecenderaan aku ni kalau tak dirawat dengan cepat boleh membawa maut. Rawatannya ialah BEDAH dengan kadar segera untuk membuang darah dari dalam kepala dan aku tersangat2 bernasib baik sebab darah tu keluar melalui retakan dibahagian telinga kiri aku. Retakan yang menyelamatkan nyawa aku.

Mentang2 aku ni accident motorsikal kau layan aku lebih kurang je, sarjan polis yang handle kes aku siap backup lagi sebab dia tau hal yang sebenar. Masa aku buat report sebulan lepas tu, sarjan tu siap call lagi orang yang langgar aku supaya datang kebalai untuk ambil surat saman. Dia kata nak saman orang tu depan aku supaya aku puas hati. Ada juga 4,5 kerat polis yang cakap kurang ajar. Ingat aku mat rempit ke apa, kalau tak tau cerita sebenar diam sudahlah atau bertanya.

Macam ni ke perkhidmatan, selagi tak kena kat family sendiri boleh la buat muka selamba. Cuba kalau ni benda ni berlaku kat family sendiri, mesti marah gila. Sebab duit punya pasal, nyawa orang sekarang ni boleh buat main2 macam tu je.

Masalah yang dikenalpasti.

1. Di malaysia kita dapati perubatan, kesihatan telah dijadikan alat untuk seseorang menjana pendapatan/keuntungan/kekayaan.

2. Masalah ini langsung tak diambil berat oleh kerajaan kita,

3. Jurang ekonomi antara miskin kaya semakin melebar disebabkan kek ekonomi yang tidak seimbang.

4. Suatu hari nanti mungkin orang miskin akan mati begitu sahaja disebabkan tiada wang untuk mengubati penyakit.

5. Apatah lagi mereka kini menggunakan kad2 insurans [gunakan insurans untuk bina kekayaan melalui perubatan] kekonon nya ini savings untuk berubat dan etc2. Sedangkan insurans ini kita pun tak pasti hukum dia macam mana. Halal ka, haram ka. Adakah jika kita tak sakit duit2 tersebut akan dipulangkan ka, lebur ka. Syarikat2 insurans pula menjadikan kesihatan sebagai alat jual beli.

6. Dan ini muncul pula idea dasar penswastaan ubat-ubatan di malaysia.

7. Idea ini muncul bagi mengurangkan kos kerajaan dalam membekalkan ubat-ubatan kepada pesakit di hospital kerajaan.

8. Persoalan nya disini ialah kenapa hanya rakyat je diseru berjimat cermat dan bukan di pihak yang melakukan pembaziran? 

Adakah rakyat di pihak yang membazir yang sampai kerajaan arah2kan kita jimat cermat? Adakah rakyat yang terkantoi membeli kapal selam yang tak boleh selam? Adakah rakyat yang terkantoi membeli helikopter yang tidak boleh dikendalikan akibat kekurangan pakar? Atau adakah rakyat yang terkantoi membeli teropong paling mahal di dunia?

TIDAK.

Yang terlibat itu agensi kerajaan. Jadi yang melakukan pembaziran = diseru berjimat cermat = tindakan dan nasihat yang kena pada tempatnya. 

Jika ko suruh orang yang tak membazir = berjimat cermat = itu BODOH nama nya.

Nasihat bukan saja perlu betul, bahkan ia harus disampaikan kepada orang yang betul juga.

Di sini nasihat jimat cermat itu betul tetapi sayangnya bukan rakyat yang kena jimat cermat tetapi kerajaan itu sendiri yang perlu berjimat cermat.

9. Ambil contoh kes di atas. Bayangkan jika mereka tiada wang sebanyak rm500? Bayangkan tiada pula kad medik insurans apa bagai? Adakah dia akan pergi disebabkan gagal membayar rm500 on the spot?

10. Dan bayangkan pula jika dasar penswastaan ubat-ubatan itu dilaksanakan kelak.. apakah tiada kemungkinan ada orang akan mati kerana tiada wang untuk membeli ubat?

11. Kita faham polisi tersebut belum dilaksanakan, ia baru diperingkat cadangan dan akan dilaksanakan selepas selesai semua perkara berkaitan, namun disini kita seru dan minta jasa baik kerajaan jangan buat polisi ini sehinggalah rakyat dibebaskan dari masalah kemiskinan.

Jangan bagi alasan, sapa suruh sakit la, jaga la kesihatan la, beli insurans la ko ingat orang miskin mampu beli insurans ke? TONGONG. Lepas tue bagi alasan rakyat semakin banyak la apa la. Ingat, rakyat semakin banyak = jumlah kutipan cukai juga semakin banyak = so jumlah tanggungan meningkat = tiada isu beb. Garisan disini bukan turun naik tetapi selari.

Tiada sebab untuk kerajaan teruskan polisi ini jika kerajaan pandai berbelanja dengan berhemah. Kita tidak mahu nanti orang memandang bahawa ko sakit, ko miskin, tak mampu berubat padan la muka. Di manakah nilai2 kemanusiaan kita sehinggakan sakit, iman dan sebagainya perlu di ukur dengan seberapa banyak jumlah duit yang kita miliki?

Adakah duit2 tersebut sangat penting sehingga kita ketepikan sikap prihatin dan kasih sayang sesama manusia? Kita belum terlalu jauh untuk berpatah semula kepada Allah swt oke. Fikirkan. 
The 13 Coolest Things To Have Ever Happened Onboard AirAsia Flights

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...