Untuk pertanyaan/iklan/berita sila hubungi saya disini orderonline2010@gmail.com.

Kertas lucah membabitkan Anwar Ibrahim disebarkan.

Takde masalah. Aku rasa aku dah cakap benda neh berpuluh2 kali. Sampai aku sendiri naik muak dengan apa yang aku tulis. Terlalu banyak repetition. Tape recoder pun boleh rosak macam neh.

Baru2 ini kertas lucah seperti bawah telah diedarkan. Macam biasa, dihalalkan atas nama strategi politik. Nak dekat PRU la katakan. Lihat bawah ;

 

Sumber  : sini

Rekod, aku hitamkan kat part tue. Kertas asal ia terdedah habis. Langsung takde tapisan. Ia diedarkan oleh PENYOKONGYANGSUKAJAJALUCAH. Siapa mereka? Rasanya kat sini seme orang tahu.

Sudah sampai masa nya untuk penyokong2 ini diberikan tunjuk ajar. Nampaknya mereka terlalu bodoh sampai tak reti nak berfikir. Member aku pun berlambak2 orang umno. Tapi dorang bukan bangang sampai nak buat perkara di atas.

Tindakan di atas hanya menjejaskan nama baik orang umno. Orang umno pun tahu tetapi masalahnya dalam umno banyak sangat yang bangang dari yang cerdik tue yang tak henti2 dikaitkan dengan tindakan bangang.

Dalam isu seks lucah, tak guna apa seme ko pergi edarkan gambar ka video ka apa ka. Bila orang kata JANGAN EDARKAN itu bukan maksudnya ORANG SOKONG ANWAR IBRAHIM. Ramai orang2 dari atas pagar yang bukan proksi PR mahupun BN TIDAK MENYOKONG PENYEBARAN perkara di atas. Kenapa? Ko ingat asal orang kata JANGAN SEBARKAN itu maksudnya DORANG SOKONG DSAI KAH? Kalau ye memang KO NEH BANGANG.

Orang larang dan nasihat ko jangan SEBARKAN sebab penyebaran itu tidak akan menyelesaikan masalah. Ya ya ko akan cakap ini nak sedarkan orang yang dsai tue blalbablabla..  dan mohon orang jangan undi PR. Itu alasan korang.

Alasan sampah. Alasan orang takde akal.

Kalau ko nak sedarkan orang BUKA KES ini di MAHKAMAH. Bawa kes neh ke MAHKAMAH. Apa ko nak takut?

Ko ada bukti.
Ko ada pakar sana sini.
Ko ada macam2.

Hah, bawa, buka kes, buktikan di mahkamah. Settle.

Ko edarkan benda2 di atas di public. Public bukan semua nya orang dewasa. Ada kanak2 juga. Apa yang kanak2 akan cakap kalau nampak gambar di atas? Bukan semua orang nampak kertas di atas dorang akan bakar dan koyakkan dalam cebisan2 kecil oke. Ada yang buat bodoh, ada yang campak begitu sahaja, ada yang langsung tak sentuh.. 

Kalau kertas2 ini melayang2.. terbang pergi ke hadapan kanak2.. apa tindakan dorang? Lebih2 lagi yang dah reti membaca? Apa yang mereka akan fikirkan? Apa yang mereka akan bersembang dengan member2 dorang? Pasal dsai? Atau pasal SEKS?

Sebab tue sebagai manusia, belajar gunakan akal. Nak berpolitik pun ada caranya. Kita tak halalkan tindakan keji atas nama strategi politik oke. Kalau ko rasa ia halal ko jawab sendiri depan Allah. Ia tangan ko yang mengedar maka gunakan mulut ko untuk menjawab depan Allah. Silap, tangan dan mulut yang Allah swt pinjamkan. Maka jawab la kau. Simple. 
8 Affordable Beach Destinations For A Relaxing Getaway

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...