Untuk pertanyaan/iklan/berita sila hubungi saya disini orderonline2010@gmail.com.

SMS Nasharuddin Mat Isa berhubung pemecatan dari Majlis Syura.

Terima kasih semua rakan rakan saya.Saya menerima ratusan sms,email dan panggilan talipon.Sehingga disaat saya hantar sms ini saya masih belum menerima sebarang surat menyatakan perlucutan jawatan tersebut. 

Walau apa pun,perjuangan untuk mendaulatkan Islam mesti diteruskan,berjawatan atau tidak. Jawatan tersebut adalah lantikan Parti, bukan pilihan saya, jika Parti ambil kembali jawatan itu, itu adalah hak Parti. 

Cuma setakat ini saya hanya tahu tentang pemecatan tersebut melalui media dan tidak melalui saluran rasmi Parti.Berorganisasi hanya lah wadah tetapi berpegang pada prinsip adalah satu tuntutan. Saya akan terus berikan sumbangan terbaik kepada mana mana pihak yang ingin mendaulatkan Islam.

Nasharudin Mat Isa

Kisah Ustaz Nasha neh bukan baru. Bagi mereka yang rajin membaca penulisan blog tulangbesi aka TB dia mesti tahu susur galur perlakuan Ustaz Nasha sehingga membawa kepada pemecatan Ustaz Nasha dari Majlis Syura Ulama 13 Jan 2013 yang lepas. Boleh dikatakan perjuangan TB hari neh terlaksana, tak sia2 la. 

Tetapi untuk membolehkan TB melihat pengakhiran Ustaz Nasha seperti yang kita lihat hari neh, TB telah dicaci maki oleh ramai penyokong pas yang tegar. Setakat maki hamun, kutuk mengutuk, caci dan tuduh macam2 kat dia.. toksah cakap la. Dah buta mata dia agaknya baca seme tohmahan tersebut.

Agaknya itu juga la nasib yang aku akan terima. Bila aku akan mula membongkarkan isu penyelewengan tabung memali. Dalam usaha, tapi aku akan contohi sikap TB. Sabar dan terus sabar.

Berbalik kepada cerita di atas, harap PAS pertimbangkan cadangan dan idea aku dalam menanggani kes Ustaz Nasha ;

1. Sila panggil Ustaz Nasha. Duduk dan serahkan surat pemecatan Ustaz Nasha daripada MSUP serta merta.

2. Ia menjadi persoalan orang ramai bahkan aku juga terfikirkan hal yang sama. Pecat 13 jan tapi umum 26 jan 2013? Seriously, ini fishy. Bahkan aku beranggapan seperti ini, walaupun MSP memutuskan untuk memecatkan Ustaz Nasha pada hari itu, itu bergantung kepada tindak tanduk Ustaz Nasha. 

Agak2 dia buat hal maka keputusan pemecatan itu akan di umumkan serta merta. Boleh jadi PAS pada hari itu telah pun tahu bahawa Ustaz Nasha akan ke Gaza bersama2 Najib. Mungkin berlaku rundingan, mungkin sebaliknya, atau apa saja tetapi yang aku tahu keputusan pemecatan itu baru di umumkan sekarang. Bukan pada 13 jan hari tue. 

Bahkan cara pemecatan itu pun tak rasional. Siyes. Ko nak pecat seseorang dari satu2 jawatan, panggil dan serahkan surat kepada dia. Face to face. Tak kira la betapa tak rasional sekalipun sikap Ustaz Nasha, PAS sepatutnya bersikap rasional dan profesional. Biarlah Ustaz Nasha dengan haluan dia. Dah tak boleh dah nak buat apa. Tetapi untuk buang dia pun kena ikut protokol. 

Macam bos nak pecat kita. Tak pelik ka dia pergi declare kat public tanpa maklumkan hal tersebut kat dia?

Itu jika kata2 Ustaz Nasha benar la. Kalau dia menipu sila betulkan balik kenyataan dia oke. Aku komen based on what Nasha has responses

3. Nasha mungkin akan buat roadshow macam Hasan Ali. Beza antara Nasha dan Hasan Ali ialah Nasha berasal dari PAS. Bahkan Nasha bemula dari bawah. Jadi Nasha ada pengikut setia dan tegar. Bahkan Nasha lebih dipercayai berbanding Hasan Ali. Ini kerana Nasha jarang terlibat dengan kontroversi.

So dari sini PAS kena bijak mainkan peranan. Buktikan Nasha sendiri mendorong kepada  pemecatan dia melalui tindak tanduk dia. Nasha pasti takan mengaku. Bagi mereka yang jarang ikuti tindak tanduk Nasha pasti tak jelas.. mungkin ada yang terpengaruh. UMNO pasti akan jadikan ini isu.

Jangan lupa, Nasha baru pulang dari Gaza. Gaza, bumi yang umat islam malaysia sayang. Pulang bersama Najib dan berita pemecatan dia pun tersebar. Ini fakta. Persepsi yang timbul ialah PAS tak seronok melihat Najib dan Nasha ke Gaza. Jadi oleh kerana PAS dah buat keputusan ini, pada ketika ini, maka berhadapan la dengan persepsi ini.  

Tarik rambut dalam tepung. Tepung tak berselerak, rambut tak putus. Pastikan penyokong PAS tak ragui PAS dan pastikan juga Nasha terpukul dengan tindakan dia sendiri

Apa pun Ustaz Nasha, mengambil tahu masalah di kawasan yang kita wakili juga merupakan antara ciri2 perjuangan ikut acuan islam. Tak guna kita pongpang pasal perjuangan di Gaza kalau tempat yang kita wakili kita abaikan. Oke bai. 
Does this video mean that we're racist? Wait, look closer…