Untuk pertanyaan/iklan/berita sila hubungi saya disini orderonline2010@gmail.com.

Anwar Ibrahim, Lahad Datu dan Konspirasi.

Anwar Ibrahim.


Nama anwar ibrahim tidak dinyatakan secara jelas. Tetapi kemaskini terbaru media sana masih mengaitkan pembangkang antara dalang / punca utama apa yang berlaku di lahad datu. Mereka juga berulang kali menyebut dan menyebarkan hal yang sama tanpa henti. 

Dan update terkini mereka, boleh rujuk sini, masih menyatakan hal yang sama. Antara 3 dalang, pembangkang ataupun bahasa halusnya ialah Anwar Ibrahim antara dalang yang menyebabkan kekacauan berlaku di lahad datu.

These "external factors," as an Inquirer source described the groups, are one small faction that is in it for the money, an anti-Aquino administration group, and the Malaysian political opposition.
 
Anwar Ibrahim ialah ketua pembangkang di malaysia. Anwar ibrahim juga ialah calon yang disebut2 bakal menjadi perdana menteri apabila pakatan rakyat mengambil alih malaysia jika berjaya memenangi pru ke 13. 

Projek IC yang berlaku di sabah mengecewakan rakyat sabah kerana mereka teraniaya. Dan pembangkang amat mengambil berat dan seriyus bagi menanggani gejala tersebut.

Antara yang mendapat "kemalangan" terbesar jika projek ic itu disiasat, diperhalusi dan dikaji ialah mereka2 yang diberikan instant warganegara = philippines, indonesians, geng2 kesultanan sulu, barisan nasional dan mahathir.

Pembangkang dan warga sabah akan mendapat kebaikan disini.

Tidak ada kebaikan bagi keturunan sultan sulu.

Ada yang mengandaikan ini ialah konspirasi bagi menganiaya anwar ibrahim dan pr. 
Ada juga yang mengandaikan bahawa ini ialah konspirasi bagi bn untuk mengekalkan kuasa. 

Sekarang mari kita lihat pelan konspirasi yang dicadangkan oleh kedua2 belah penyokong parti politik terlebih dahulu.

Pelan konspirasi penyokong pr.

Lahad Datu adalah insiden untuk menghentikan siasatan projek ic, mengalih tumpuan dari kes bala, cara bn mahu mengistiharkan negara ini dalam darurat supaya pru tidak dilaksanakan dalam beberapa tahun, mengenakan anwar ibrahim agar dia dimasukkan semula ke dalam penjara sebagai dalang konspirasi lahad datu.

Pelan konspirasi penyokong bn.

Anwar mahu mengenakan najib dengan berbuat huru hara, bila ia melibatkan kematian, rakyat akan menyalahkan pentadbiran najib yang lembik, Anwar mahu meraih sokongan rakyat sabah dengan menyalahkan bn atas apa yang berlaku di lahad datu.

Sekarang mari kita lihat tindakan yang dilakukan oleh kerajaan bn dan pemimpin pakatan rakyat pula.

1. BN sedaya upaya menafikan apa yang berlaku di lahad datu adalah kes serius pada awalnya. Ini kontras. Jika bn mahu mengekalkan kuasa dengan mengistiharkan darurat, maka apa yang berlaku di lahad datu haruslah digembar gemburkan secara meluas supaya orang ramai rasa takut. Bila orang rasa takut, darurat akan diisytiharkan.

2. BN sedaya upaya mengawal dan menyelia apa yang disebarkan di media2 utama bagi memastikan mereka TIDAK menulis sesuatu yang menyebabkan orang ramai rasa insiden lahad datu ialah insiden seriyus.

KENAPA?

Jika mereka mahu masukkan anwar ibrahim dalam penjara, mahu mengekalkan kuasa, media2 utama la BOOM yang akan menyebabkan suasana huru hara dan ketegangan timbul.

LAHAD DATU DICEROBOH. LAHAD DATU DALAM KEADAAN BERJAGA2. RAKYAT LAHAD DATU TERTEKAN.

Takanla kita nak isytiharkan darurat dalam keadaan happy2. 

HAHAHAHA. Tengah makan aiskrim. 

Oi.

Apa2?

Darurat neh.

Darurat? Aku happy2 jek makan aiskrim.

Apa yang dikatakan konspirasi itu sangatlah bercanggahan dengan tindakan bn. Aku tidak nampak kaitannya disitu.

Apa yang aku nampak ialah BN sedaya upaya menutup kelemahan mereka sendiri. Kelemahan disini bermaksud ialah 300 hingga 400 orang asing memasuki perairan negara sewenang2nya atas nama perjuangan.

Sebelum nak masuk ke mana2 negara ko kena apa? Ko kena lalui jalan2 tertentu. Kalau guna airport, check pasport. Kalau guna jalan darat pun ada pemeriksaan. Inikan pula perairan negara. Disini apa yang aku nampak ialah BN sedang menutup kelemahan mereka yang gagal / loose dalam menjaga persempadanan.

Sebab itu laporan media di kawal. Sebab itu menteri hishammuddin cakap takde apa2, bukan pengganas dan etc2, sebab ia mendedahkan betapa lemahnya sistem pertahanan kita. Orang ramai melihat dan berkata2.

Habis. Pasal BN. Habis. Sekarang move on ke pemimpin pakatan rakyat.

3. Anwar menafikan dia terlibat dalam konspirasi serangan lahad datu. Tetapi bloggers umno dan media philippines tak habis2 menulis pembangkang antara yang menyebabkan tercetusnya kejadian di lahad datu. Aku rasa sedikit masa lagi media arus perdana akan amek kesempatan untuk sebarkan hal di atas. Peranan mereka mudah, cemarkan kredibliti dan keyakinan rakyat terhadap Anwar dan pembangkang.

4. Mereka menyebarkan gambar anwar dengan nor misuari. Sebenarnya, andaikata, kita andaikan saja bahawa nor misuari pernah menyebut tuntutan sultan sulu kepada dsai sebelum ini [andaian je oke] dan dsai cakap sejurus dia menjadi pm dia akan selesaikan tuntutan berbangkit. 

5. Andaikan pula misuari menyampaikan hal tersebut kepada keturunan sultan sulu.

6. Andaikan lagi bahawa keturunan sultan sulu tak sabar2 nak menyelesaikan tuntutan mereka. Jadi mereka menceroboh lahad datu dan buat pelbagai tuntutan disitu.

7. Jika ini yang berlaku, apakah logik menyalahkan anwar? Kalau seseorang datang kepada ko dan mengadu masalah orang lain then ko cakap oke2 nanti saya selesaikan masalah anda after i in power, now i am not in power, so cannot do much, later, after i am in power, we can meet and discycuss the matter ahead. 

8. Let say la benda neh disampaikan secara lisan dari orang ke orang, sampai ia jadi lain sehingga media philippines menulis tak henti2 kaitan pr dalam insiden tersebut, apakah logiknya menyalahkan anwar? 

Memangla tak logik. Itu kalau sungguhlah dsai pernah mengatakan begitu. Kalau dia tak pernah cakap apa2 mengenai tuntutan keturunan sultan sulu ? Pasal tanah yang mereka minta ? Konspirasi apa jadah tetiba dsai plak yang terkait kat sini?

9. Kalau ia konspirasi dari awal lagi suka la bn. Senang sket nak heret mamat neh ke muka pengadilan. BN tentu suka dapat memenjarakan anwar sekali lagi. 




10. Tetapi apa yang bn buat ialah mereka melalui bloggers mereka, sebarkan apa yang dituliskan oleh media philippines agar tumpukan isu anwar dalang konspirasi, nanti blogger pr akan balas balik owhh noo no no ini konspirasi bn so sesama mereka bermain konspirasi blablablablablab dan blabla.. akhirnya lenyapkan isu asal dan penting dalam kes neh iaitu ;

KENAPA PERAIRAN/SEMPADAN NEGARA BOLEH DITEMBUSI OLEH PENCEROBOH/ORANG LUAR SEWENANG2NYA DENGAN SENJATA? DI MANAKAH TAHAP PERTAHANAN NEGARA KITA SEHINGGA IA BEGITU MUDAH DIROBEK OLEH ORANG LUAR?

Pendapat aku, apa yang ANWAR perlu buat. 

1. Desak kerajaan philippines perjelaskan apa maksud dia insiden lahad datu ada kaitan dengan pembangkang.

2. Jangan saman since mereka tak pernah tulis nama mana2 pemimpin pembangkang.

3. Jika anwar saman itu bermaksud anwar tanpa sedar terasa dikaitkan dengan insiden tersebut, since mereka tak mention name and just tulis pembangkang, as ketua pembangkang anwar berhak mempersoalkan media philippines, dan minta mereka kemukakan pertuduhan terperinci, bukti, hujah dan kaitan pr dengan insiden tersebut. Jika gagal, PR boleh fikirkan tindakan selanjutnya. Bila media philippine sebut pembangkang itu bermaksud PAS, DAP dan PKR. Anda ialah pembangkang di malaysia ini, ingat tue. Ia bukan sesuatu yang HANYA DSAI je boleh fikirkan.

4. Jangan melatah dengan mengatakan ia konspirasi sana sini macam tian chua. Rilex2 sudah. Kalau boleh anwar sampaikan penghargaan kepada askar2, polis2, atm2 yang berjuang di lahad datu, katakan saya bersama mereka ka, pembangkang bersama mereka dan kita bersama2 pasukan pertahanan negara untuk selesaikan kemelut di lahad datu.

5. Minta hishammudin menjawab semula apa yang dikatakan tiada apa2 di lahad datu. Dulu dia pernah kata tiada apa2 yang seriyus di lahad datu, kemukakan laporan akhbar di bawah neh as hujah, dan beritahu dia ada 3 kematian dari pihak kita disini. 


Dia sepatutnya bertanggungjawab dan minta penjelasan kenapa perairan kita mudah diceroboh. Jangan salahkan ATM. Lebih baik salahkan menteri. Kadang2 ATM, pasukan khas dan etc2, mereka buat kerja, mereka cekap, tetapi peruntukan, kekangan, sekatan, kawalan dan etc2 itu menyukarkan pergerakkan dan mentaliti mereka..  mereka2 ini orang bawahan. 

Kita tidak tahu sejauh mana mereka berusaha untuk tingkatkan kualiti kerja mereka, bukan bidang kuasa kita untuk mengulas secara teknikalnya cara mereka buat kerja, ini kerana kita tidak tahu secara detail cara mereka buat kerja... sehingga itu, jangan mengulas sesuatu yang jauh dari pengetahuan kita. Cukup kita ulas apa yang kita nampak, dan tahu. Senang.

Ingat, walau apa pun pendirian politik kita, kita sepakat bahawa sabah ialah sebahagian dari malaysia dan philippines tiada hak ke atas sabah. Sabah ialah negeri merdeka dan adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mempertahankan ia dengan darah dan air mata. Walaupun media philippines tak habis2 provoke sabah hak mereka, itu adalah sesuatu yang salah dan karut.

Sejujurnya, stance aku dalam isu neh ialah sama seperti asal. Pada awalnya aku ada berkata ia mungkin bukan konspirasi dari mana2 pihak. Ia adalah satu kejadian yang telah berlaku, dan perlukan cara tertentu untuk atasi ia. Sehingga ia terbukti sebaliknya, aku akan berpegang kepada pendirian ini. Bai.
8 Affordable Beach Destinations For A Relaxing Getaway