Untuk pertanyaan/iklan/berita sila hubungi saya disini orderonline2010@gmail.com.

Kenapa PAS BERKEMPEN DI DUN SUNGAI ACHEH?

Jawapannya sebab PAS kan dah berdaftar untuk jadi calon. Tatau ke? PAS bertanding juga di kawasan Dun Sungai Acheh. So apa yang peliknya disitu kalau PAS berkempen?

Agak bodoh la soklan lue tue kan?

Hehe.

Owh oke. Sorry2. Gua minta maaf sebab tertanya soalan yang lue rasakan agak BODOH itu. Tapi gua tetap akan tanya. Pasal gua sebenarnya sedang confuse. Hopefully saf2 suci molek confirm syurga tak marah gua. Ampun berjuta2 ampun ya PAS.. patik nak tanya ja. Bukan nak cari gadoh.

Alkisah dia macam neh. Hari tue kan gua terbaca di malaysiakini. Juga di HARAKAHDAILY. Apa yang gua baca itu ialah ;

PAS Pulau Pinang akur dengan keputusan menyerahkan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Acheh kepada PKR seperti mana yang telah diputuskan oleh PAS Pusat hari ini.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Datuk Saleh Man berkata, memandangkan persetujuan telah dicapai oleh kepimpinan tertinggi PAS dan Pakatan Rakyat, maka semua pihak harus akur dengan keputusan tersebut.

Sehubungan itu juga katanya, jentera parti PAS dan PKR harus bergerak bersama dengan satu matlamat iaitu memastikan BN tewas pada Pilihan Raya Umum (PRU13) kali ini. 


Rujukan :  http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/18558-pas-p-pinang-akur-serah-sungai-acheh-kepada-pkr

Aku nak highlight sikit. Aku percaya tiada sesiapa pun paksa/kawal/remote harakahdaily dan Saleh Man untuk keluarkan kenyataan seperti di atas. Takde kot mana2 PKR ataupun Chegu Bard pergi acu pistol kat kepala dia untuk keluarkan statement di atas. Aku yakin. Kalau aku salah aku minta maaf. Mohon PAS Negeri report POLIS kalau PKR ada ugut korang untuk keluarkan kenyataan di atas oke.

TQ.

Dan sambung balik. Apa yang menjadi tanda tanya, kepelikkan dan kehairan orang ialah bilamana muslimat2 PAS turun padang dan berkempen bagi pihak PAS. 

Rujuk gambar ;



Gua takmo side mana2 dalam isu perebutan kerusi dan blablabla. Taking side neh melemahkan dan menyusahkan gua sebenarnya. Pasal gua banyak kawan2 di kalangan partisan pakatan. Gua taking side berpihak kepada PR pun ada je member2 dari BN dah panas dengan gua. Tue korang punya pasal la kan.

KAH KAH KAH

Tapi gua kena gak taking side kali neh sebab nak buat perubahan. Yang tue lain citer oke. Sekarang citer pasal di atas. Gua berpandukan kepada keadaan semasa. Bukan nak menangkan sapa2. Just berpandukan kepada keadaan semasa. Harap memahami.

1. PAS pusat dan PAS negeri kalau dirujuk kepada keputusan bersama pada dasarnya telah pun bersetuju menyerahkan kerusi tersebut kepada PKR.

2. Then bukan kah sepatutnya kempen2 yang dijalankan sepatutnya HIGHLIGHT calon sebenar di kawasan situ? CALON SEBENAR kat situ bermaksud CHEGU BARD le. Sebab PAS dah tarik diri. Memang ada tercatit nama calon PAS dan sebagainya kat kertas undi time undi nanti tetapi kan dah TARIK DIRI secara officially nya walaupun SPR tak secara officialnya meluluskan hal tersebut tetapi still dah consider TARIK DIRI di kalangan2 penyokong PR, betul tak?

3. Bukan kah sepatutnya kempen2 PAS ialah memberitahu kepada public / pengundi bahawa undila calon kami CHEGU BARD dan jangan pangkah calon PAS sebab taknak bagi UNDI berpecah? Bukan kah sepatutnya dah saling berpakat dan bukan hentam menghentam sesama sendiri lagi dah kali neh? Bukan kah sepatutnya dah sepakat dan berkempen bersama2? 

Ka, sebenarnya PAS Negeri merasakan ahh rugi la. Dah bayar duit calon. Takan nak tarik diri juga. Bertanding je la. Lagipun salah apa? Apa salah PAS kalau berkempen pun? Nak kata langgar peraturan pun tidak. Nak kata langgar hukum ISLAM pun tidak. Yang ko kecoh dah kenapa?

Owh oke2.  

Atau yang sebenarnya aku sedang salah faham? Yang dimaksudkan akur dan tarik diri tue sebenarnya ada maksud lain? Kalau ya takpela, aku minta maaf banyak2 la ek. Nanti aku check kamus balik. Untuk kenalpasti apa maksud sebenar akur dan tarik diri. Kena banyak belajar aku neh. BM pun failed. TQ ek. Babai semua.
Mahu Cuba Dapatkan IPHONE 6 DGN HARGA 418?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...