Untuk pertanyaan/iklan/berita sila hubungi saya disini orderonline2010@gmail.com.

Terkini : Pengumuman Penting Jam 11.30 Oleh Najib Razak Di TV..

Saksikan Perdana Menteri berucap secara langsung di TV pada pukul 11.30 pagi ini.

Petikan twitter.

Benda yang sama BERNAMA sebarkan juga. Juga petikan dari twitter rasmi BERNAMA..

Prime Minister will appear live on TV at 11.30am today, said Prime Minister's office-Bernama
  
Perdana Menteri akan berucap secara rasmi pada pukul 11.30 pagi ini. Saksikannya secara langsung di semua stesen televisyen. –Admin

PM juga dikhabarkan mengadap Agong tadi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kemudian tiba di Istana Negara kira-kira jam 8.25 pagi tadi bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Beliau bergerak keluar dari Istana Negara kira-kira jam 9.10 pagi tadi selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib akan berucap secara langsung di televisyen pada jam 11.30 pagi ini.
- Berita Harian

Menerusi Mynewshub aku baca tadi ;

1. Rabu ini cukup 4 tahun Datuk Seri Najib Tun Razak menjawat jawatan Perdana Menteri (dilantik pada 3 April 2009).
2. Tempoh perayaan Chin Beng (masyarakat Cina melawat dan membersihkan pusara nenek moyang) akan tamat.
3. Perdana Menteri seperti biasa akan mengadap Yang Dipertuan Agong pukul 8 pagi Rabu ini sebelum mempengerusikan mesyuarat Kabinet, mungkin beliau akan mendapatkan perkenan untuk pembubaran.
-Ramai menjangkakan Perdana Menteri akan membubarkan Parlimen selepas mesyuarat Kabinet.
4. Satu program besar akan berlangsung hujung minggu ini (yang selalunya hanya akan diadakan selepas pembubaran Parlimen)
**Namun semua itu hanya bersandarkan jangkaan semata-mata. – Mynewshub

Kemungkinan besar Najib akan umumkan tarikh pembubaran parlimen. Samada dia cakap hari neh bubar ataupun dia akan beritahu bila masanya tarikh parlimen akan dibubarkan. Tapi aku rasa hari neh bubar sebab aku berpendapat point no 1 mynewshub tue semacam tepat.. 

Nak cukupkan 4 tahun mungkin.. nak jadikan lebih simbolik.. 3 april 2008 dan 3 april 2013.. owh oke. Aku dah faham.. yeahhhh parlimen bubar pada hari ini.. 
8 Affordable Beach Destinations For A Relaxing Getaway