Untuk pertanyaan/iklan/berita sila hubungi saya disini orderonline2010@gmail.com.

Tingkah Laku Keganasan Pemimpin Kanan UMNO Tersebar.

Tak sempat pr nak buat huru hara. Korang dah mulakan dulu. Dari mengacau majlis ceramah orang, lepas tu parang2kan anak orang, sampaila yang terkini. Seorang pakcik kena makan pelempang bertubi2 oleh pemimpin umno.

Ini ke yang najib cakap kami mendengar?

Aku rasa better tukar slogan yang lebih bersesuaian. Ini perlu bagi mengambarkan situasi yang berlaku secara tepat. Slogan kami mendengar tu tak berapa nak mengambarkan keseluruhan keadaan sebenar.

Yang sebenarnya ;

Kami mendengar ada ceramah pr lepas tu kami pakat buat huru hara.

Kami mendengar pemuda pr nak pacak bendera jadi kami menetak.

Kami mendengar masalah kakitangan kerajaan jadi kami melempang.

Ini baru betul. Cakap biar sampai habis. Tak baik bagi orang salah sangka oke.

Kah kah kah

Kah kah kah kah

Kah kah kah kah kah

R: Seorang lelaki mendakwa dirinya seorang kakitangan di Jabatan Perdana Menteri mendakwa telah dibelasah oleh seorang pemimpin kanan Umno.

Lelaki tersebut yang juga berstatus ketua cawangan Umno itu mendakwa, kejadian itu berlaku di Putrajaya pada 5 April lalu pada sekitar jam 11.30 pagi.

Ekoran itu juga mangsa telah membuat satu laporan polis terhadap pemimpin kanan Umno itu di IPD Putrajaya pada hari sama.

Dalam salinan laporan polis yang dihantar kepada media, pengadu mendakwa telah pergi ke pejabat pemimpin Umno itu pada hari tersebut untuk mengadu masalah yang dihadapinya.

"Sebaik saja saya masuk ke pejabat (pemimpin Umno itu) terus menampar muka saya sebanyak lebih kurang lima kali dan menyepak bahagian belakang badan saya.

"Saya tidak tahu mengapa beliau bertindak sedemikian terhadap saya.

"Saya telah mengalami kesakitan di bahagian muka dan belakang badan saya tetapi tiada sebarang kecederaan ataupun luka yang saya alami," laporan polis itu dipetik.

"Tujuah saya buat laporan polis ini adalah untuk melindungi diri dan takut sekiranya saya diapa-apakan di kemudian hari.

"Laporan polis dibuat oleh saya tanpa dipaksa oleh mana-mana individu," kata lelaki berusia 50 tahun itu.

Mangsa juga mendakwa sedang menimbang untuk membawa kes itu kepada Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

http://t.co/OJiBh7HH55


8 Affordable Beach Destinations For A Relaxing Getaway