Untuk pertanyaan/iklan/berita sila hubungi saya disini orderonline2010@gmail.com.

Zulkifli Nordin Minta Maaf Hina Penganut Hindu, Salahkan PAS.


Dia minta maaf.  

Dia minta maaf secara terbuka. Tapi dalam pada dia meminta maaf itu dia tak lupa menyelitkan unsur2 untuk menyalahkan pakatan rakyat, khususnya pas dalam isu tersebut.

Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Malaysia  Datuk Zulkifli Noordin sekali lagi menegaskan permohonan maafnya secara terbuka kepada masyarakat beragama Hindu berikutan klip video ucapannya yang tersebar sejak minggu lalu.
“Kepada rakan-rakan penganut agama Hindu, dengan menyusun sepuluh jari saya mohon maaf atas sekiranya saya mengguris hati mereka kerana saya tak berniat nak menghina agama Hindu.
“Semoga tuan-tuan memaafkan saya,” kata beliau yang juga ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu itu dalam sidang media di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru di sini hari ini.
Beliau sebaliknya menyalahkan parti dalam Pakatan Rakyat yang mengamalkan politik sempit dan suka mencaci pihak lawan sehingga mempengaruhinya bertindak sedemikian.
Beliau turut mempertahankan kenyataannya itu dibuat dalam satu ceramah di markas PAS kira-kira 10 tahun lalu semasa beliau masih lagi memegang jawatan Yang di Pertua PAS kawasan Bandar Tun Razak dan Ahli Jawatankuasa PAS Wilayah Persekutuan.
Malah, ucapan itu dibuat dalam program PAS dihadapan penyokong parti sendiri semasa beliau masih menjadi peguam mewakili Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. -FMT-

Minta maaf oke la.

Tetapi mengheret PR tue kurang tepat kot. Sebab dia sendiri cakap benda tue 10 tahun lepas punya citer. PR formed selepas PRU 2008. Ketika 2008 mereka bertanding atas tiket masing2 tetapi berkempen dan berceramah sekali di atas pentas yang sama sebab mereka mempunyai misi dan tujuan yang sama, iaitu kalahkan BN.

Sekarang tahun 2013. 

Tolak 10 tahun bermaksud tahun 2003.

Jadi tahun 2003 tue, Anwar bukan saja belum keluar dari penjara bahkan PR masih belum wujud lagi. Jadi kenapa nak salahkan PR tak pasal2 dalam isu neh?

Tak dinafikan bahawa PAS patut alert dengan tindakan dan kata2 pemimpin2 mereka ketika itu. Bukan tunggu 10 tahun baru blast isu tersebut.

Kalau tunggu 10 tahun baru blast nampak sangatla main politik je lebih dalam isu neh. 

Ini adalah pengajaran untuk PAS secara tidak langsung. Cuba la menapis sikit mereka2 yang mahu di angkat sebagai pimpinan dan penceramah, tak kira PAS mahupun PR itself. Memang terdapatnya beberapa pemimpin2 dalam PR tak kira la PAS ke, PKR ke, DAP ke suka cakap melalut. Bahkan yang racist pun ada. Antara kantoi dengan tak kantoi jek.

Dan kepada pemimpin2 tersebut, sementara belum kantoi neh, ubahla sikap. Bila dah kantoi nanti, jangan menyesal sudah la.

KAH KAH KAH 
Does this video mean that we're racist? Wait, look closer…