Untuk pertanyaan/iklan/berita sila hubungi saya disini orderonline2010@gmail.com.

Hot : SPR Kantoi Menipu!!!

Makkk aiiii

Aku mampos2 ingat gambar tue palsu. Pasal takde sesiapa sudi tampil jadi saksi kejadian di facebook. Di tambah pula ada page umno mana tah dok sebarkan statement yang gambar blackout tue palsu.

Gambar masa latihan jek.

So aku pun pepoyo arhh pergi percaya kan. Tunggu gak member2 pr sangkal hujah depa tapi sorang pun tak muncul. So tah macam mana tah aku boleh terpercaya dakwaan dari bn.

Yang aku heran si SPR siap buat penafian menerusi tv dan radio beb. Gambar tersebut palsu.

Aik?

Kalau ko dah siasat pasal apa citer kat bawah neh bleh wujud plak? ;

KENYATAAN AKHBAR ADUN SERI SERDANG
YB NOOR HANIM ISMAIL
GAMBAR LAKONAN BLACKOUT 505: MENYANGKAL DAKWAAN SPR

Saya mengecam kenyataan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) melalui Timbalan Pengerusinya Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang menyatakan bahawa kejadian Blackout 505 yang tersebar di internet dan akhbar adalah fitnah dan lakonan yang dirakam sebelum PRU 13.

Ternyata hasil penelitian dan siasatan awal yang dilakukan beliau bersama pegawai-pegawainya adalah sangat lemah dan hanya sekadar ingin menutup kelemahan sistem pilihanraya yang ada dan menafikan kejadian blackout yang benar-benar berlaku. Saya ingin menyatakan bahawa gambar yang tersebar tersebut adalah benar dan kejadian itu berlaku di SEKOLAH KEBANGSAAN SERDANG, di bilik pengiraan undi Saluran 3. “Counting Agent” kami telah mengambil beberapa gambar sebelum dan selepas kejadian blackout tersebut itu berlaku.

Saya juga melihat beberapa kelemahan Timbalan Pengerusi SPR dalam menilai beberapa aspek dikatakan Prosedur Operasi Standard (SOP) SPR sewaktu hari mengundi pada 5 Mei 2013 yang lalu. Bagaimana beliau sendiri tidak tahu pakaian rasmi petugas-petugas SPR berwarna kelabu pada hari tersebut. Saya juga berasa hairan kerana beliau juga tidak kenal kotak bekas kiraan undi yang digunakan oleh pihak SPR sendiri. Gambar tersebut dengan jelas menampakkan logo SPR di tepi kotak kiraan undi yang digunakan.

Sewaktu kejadian itu berlaku, wakil calon kami juga telah berusaha membekalkan lampu suluh ke bilik kiraan undi tersebut bagi memastikan proses kiraan undi berjalan dengan lancar. Saya menafikan bahawa terdapat wartawan di lokasi kejadian kerana yang ada hanya Ketua Tempat Mengundi (KTM), petugas SPR, wakil calon dan anggota polis yang bertugas.

Oleh itu, saya menyarankan agar pihak SPR khususnya Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana telah melakukan kesilapan dalam mengeluarkan kenyataan tanpa membuat kajian yang mendalam dan mengambil ringan isu yang dibangkitkan oleh rakyat. SPR sebagai badan rasmi yang menguruskan pilihanraya ini mesti dilihat profesional, adil dan telus serta tidak berpihak kepada mana-mana parti.

YB NOOR HANIM ISMAIL
ADUN SERI SERDANG.
25 Mei 2013 / 15 REJAB 1434

Melihat kepada cara depa menepis dakwaan tersebut boleh kita sifatkan mereka memang pandai menipu. Ingat senang ke nak jadi penipu yang berjaya? Susahhhh wooooooo

Dah kalau ramai yang dok ingat gambar tue palsu dengan aku2 sekali terjebak sahla yang SPR memang pakar penipu. BN pun kalah kali neh.

Tahniah di ucapkan.

Kah kah kah


JUAL SEKALI, UNTUNG BERKALI2, DAPATKAN FORMULANYA DISINI